Monday, December 29, 2008

Awal Muharram 1430H



Semoga tahun baru hijrah 1430 akan memberikan seribu kerahmatan dan keberkatan dalam hidup kita semua.Amin.

Monday, December 22, 2008

Aksi 2 Beradik.

video

Melihat aksi Fahmi yang cergas dan ceria membuatkan hati ini bersyukur dan gembira sesangat kerana keghairahan menyambut kelahiran Ayie yang cergas seperti ini dahulu kembali mengamit memori itu.Kegembiraan itu berulang sekali lagi walaupun agak keletihan melayan karenah Fahmi yang telah menunjukkan sedikit kenakalannya amat tidak terasa oleh akak.Masa berlalu terlalu pantas diam tak diam Fahmi sudah mencecah 3 minggu.Keletahnya juga sudah berubah dari hari ke hari.Apatah lagi ragamnya sekarang ini bila siang hari aje asyik tidur dan berjaga sebelah malam...betul-betul menduga keimanan akak.Bagi diri ini itulah satu keseronokan yang tidak dapat digambarkan sebagai seorang ibu..sanggup berkorban apa aje demi anak tercinta.

Sekian lama akak tidak dapat menatap saat-saat begini bila ditakdirkan arwah Hilmi tidak secergas ini.Namun begitu akak tidak pernah menyesal kerana itu sudah ketentuanNYA dan alhamdulillah akak berpeluang menjaga arwah walaupun dirinya dalam keadaan yang sedemikian.

Semoga kebahgiaan ini akan menjadi milik akak sekeluarga sekali lagi dan Insya Allah diperkenankan oleh Allah swt.

Thursday, December 18, 2008

Editing

Salam semua...

Untuk sementara ini blog akak ini terpaksa akak menukar semula kepada bentuk asal blogger kepada template lama kerana akak sedang mengalami masalah untuk mengedit HTML buat sementara waktu.

Buat masa ini akak masih lagi belum berpeluang untuk berblogging kerana masa terlalu mencemburui akak.Nampak gayanya blog ini akan lewat di hiasi dengan perhiasan terbaru.

Thursday, December 04, 2008

Detik-detik Cemas

Pagi Jumaat 28 Nov memang sudah terasa kontraksi tetapi tidak terlalu kerap dan tidaklah sakit sangat.Hari itu juga akak makan banyak disebelah siangnya tetapi tidak ada selera sebelah malam untuk makan..jadi akak sekadar minum air suam aje sebelum tidur.Seperti biasalah akak memang tidur lewatnya lebih kurang 11.30 gitu.Rasa-rasanya akak baru aje terlelap dan suami akak pun baru nak lelapkan matanya sebab dari tadi dia memang mengadap pc aje.Entah macam mana akak terasa seperti terkencing aje...ingatkan gitulah..hihihi.Rupa-rupanya air ketuban akak dah pecah....masa itu lebih kurang 12.30 pagi aduhhhh....memang ia pengalaman yang pertama buat akak kerana sebelum ini akak pecah ketuban darah dulu.Walaupun air dah pecah sakit kontraksi tidak terasa lagi.Terus bersiap dan bergegas ke hospital.

Sampai di hospital akak terus dihantar ke labour suite..masa itu air tuban semakin banyak mengalir hingga dah jadi color hijau dah.Apalagi terus akak ditolak masuk ke bilik bersalin.Semasa dibuat CTG semuanya dalam keadaan baik tetapi semasa doktor hendak periksa samada pintu akak sudah terbuka tiba-tiba ada masalah dan akak diberitahu baby naik keatas dan heart beat baby tiba-tiba menurun.Doktor terus masukkan drip dan ubat utk tenangkan baby dan proses untuk bersalin secara C-section perlu dilakukan.Lagipun pintu akak baru terbuka 2 cm aje.Tidak boleh ditunggu lagi.Harus segera dijalankan pembedahan.

Sebaik diusung ke OT (bilik bedah) lebih kurang pukul 2 lebih pagi.....akak di suntik ubat bius di tulang belakang.Punyalah sakit tidak terkira dan kaki akak tidak dapat bergerak lagi.Dalam keadaan separuh sedar dengan kesejukan bilik bedah tersebut akak betul-betul menggigil walaupun akak tidak merasa apa-apa dari paras pinggang ke bawah.Lebih kurang pukul 3.20 pagi Zulfahmi selamat dilahirkan dengan berat 2715gram dan kedengaran tangisannya yang menyentuh sanubari akak sebagai seorang ibu.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat.Akak juga diberitahu bahawa tali pusat telah melilit leher Fahmi semasa pembedahan dijalankan.


Syukur Alhamdulillah akak dan Fahmi kedua-duanya dalam keadaan sihat.Terima kasih semua kerana sudi mendoakan untuk akak.