Monday, March 23, 2009

Gelagat Fahmi



Melihat aksi Fahmi yang memegang dan merenung buku cerita Pooh memang mengasyikkan.Tengok tu Fahmi begitu serius memberikan perhatian terhadap gambar-gambar yang berwarna-warni yang tertera didalam buku tersebut.Mula-mula Ayie yang membaca buku tersebut didepan Fahmi.Mungkin kandungan gambar dalam buku itu menarik perhatian Fahmi.

Semoga ia sebagai permulaan untuk Fahmi menimba ilmu.Insya Allah!!

Sunday, March 22, 2009

Penghargaan

Buat kak Sakura..ucapan terima kasih diatas tanda kasih sayang ini.Mula-mula mengenali akak dialam maya ini dan seterusnya bila bertemu muka buat pertama kalinya maka terjalinlah hubungan ini dengan mesra.Semoga persahabatan kita terus berkekalan yer kak.

Dipanjangkan usia kita bertemu lagi.Insya Allah.

Friday, March 20, 2009

Tag Dari Honey

Rasa-rasanya dah lama juga tak buat tag ni.Seronok juga sekali sekala main tag-tag nikan,

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

# Kisah Aku...Seorang Ibu

Blog ini berkisah tentang diri ini yang bergelar seorang ibu.Sebagai tempat untuk meluahkan perasaan kegembiraan atau kesedihan dan berkongsi pengalaman menbesarkan anak-anakku.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://noamee.blogspot.com

Mula-mula dulu semasa membuka blog memang tidak terfikir nama lain.Oleh kerana keluarga dan saudara mara lebih senang memanggil dengan panggilan noamee jadilah nama ini ajelah yang menjadi pilihan utama.Lagipun senang sikit nak ingat bila akak 'sign in' untuk mana-mana forum atau lain-lain website.

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

Sebelum ini tema blog ini adalah Lukisan Dari Jendela Hati yang mana mengisarkan suka duka kehidupan akak mengharungi onak dan duri yang berbagai.Disamping itu berkongsi info-info yang mengandungi kisah teladan atau kebaikan.Kini ditukar kepada tema yang sekarang ini digunakan.Kebanyakan jalan penceritaan lebih kepada cerita tentang perkembangan anak-anakku terutama Fahmi sebagai ahli baru dalam keluarga ini.Selain itu jika ada info yang baik akan juga menjadi hasil tulisan di blog ini.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Tidak terlintas difikiran akak pun walaupun kadang-kadang blog ini tidak dikemaskini dengan cerita baru ataupun sekian lama tidak online sekalipun tetap tidak tergerak untuk menutupnya.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Blog Honey??Bila akak masuk blog honey kebanyakan kisahnya mengenai luahan hatinya yang sebenar.Setiap manusia memang tidak dapat lari dari ujian atau dugaan..bila membaca tulisan blog honey sedikit sebanyak membuatkan akak terasa ia sebahagian dari kehidupan akak yanh pernah dilalui suatu ketika dulu.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag

Akak ni memang tak reti nak tag orang.Jadi akak berhenti disini ajelah yer.Kalau sesiapa nak ambil tag ini..dipersilan dengan hati terbuka.

Saturday, March 14, 2009

Hari Sukan




Semalam sekolah Ayie mengadakan hari sukan dan Ayie juga mengambila bahagian dalam larian pada tahun ini tetapi cuma dapat tempat ketiga je.Bolehlah dari takde teruskan..hehehe.Tahun depan boleh mencuba lagi mana tahu dapat pungut lebih banyak piala.

Thursday, March 12, 2009

Pusingkan Badan

video

Melihat perkembangan Fahmi dari hari ke hari memang menyeronokkan.Sememangnya kelahiran seorang bayi itu terlalu istimewa dan adalah kurniaan Allah yang luar biasa.Bagaimana seorang bayi itu boleh mendatangkan kegembiraan bagi ibubapanya dengan melihat wajahnya saja sudah dapat menenangkan setiap orang.

Fahmi baru masuk 3 bulan 2 minggu tetapi dia sudah mula belajar untuk memusingkan badannya.Melihat dari sikap dan perilakunya..akak rasa Fahmi agak cepat jika dibandingkan dengan Ayie.Bukan akak nak beza-bezakan Ayie dan Fahmi pula..Ayie pun ada keistimewaannya tersendiri...cuma akak rasa teruja dengan perkembangan Fahmi.Sedar tak sedar Fahmi semakin membesar seiring dengan masa yang semakin pantas sekarang ini.

Selepas ini kenalah lebih berwaspada..tidak boleh letak Fahmi sembarangan.Saksikanlah telatah Fahmi dan bagaimana dia cuba memusingkan badannya kembali...bila tak dapat buat...dah mulalah nak mengamuk...hihihi.

Monday, March 09, 2009

Maulidur Rasul 1430 H

Photobucket

Marilah kita bersama menjadikan Nabi kita contoh terbaik untuk memperbaiki kekurangan diri kita kerana sifat-sifat Rasulullah adalah yang terbaik dan terpuji.

Thursday, March 05, 2009

Fahmi Mengamuk

Barulah dapat mengadap komputer ni.Siang tadi Fahmi ada temujanji di poliklinik atas urusan suntikan imunisasi dan perkembangan fizikalnya.Jadi ada dua tempatlah nak kene pergi.Pertama berjumpa dengan jururawat untuk menjalani suntikan.Hari ini Fahmi difahamkan akan dikenakan suntikan DTPa-IPV-HIB Vaccine (4 doses PKG) entah akak pun tak tahu apa nama dan untuk apa sebenarnya vaksin ni.Memang jururawat tu berikan penjelasan..tetapi tetap tak faham asalkan ia tidak memudaratkan dikira okaylah.Sebaik jururawat mengambil ujian data dari segi berat,tinggi dan ukuran kepalanya..jururawat tersebut memberikan keterangan tentang suntikan vaksin untuk Fahmi terlebih dahulu.

Proses untuk suntikan akan dimulakan dan Fahmi seperti sudah tahu pula nak kena suntik..dia dah mulalah merengek-rengek.Sebaik jarum halus tu mencucuk ke peha kanannya...apalagi pekikannya mulai bergema mengisi ruang poliklinik tersebut.Sudahlah kuat.....nyaring pula tu...macam kena pukul je aksinya.Tangisan Fahmi bertali arus tak henti-henti sampaikan naik merah mukanya.Dipujuk pun tak mahu lagi.Terpaksalah akak mendukungnya dan cuba untuk menenangkannya...tetap tidak berhasil.Sudahlah lepas tu nak kena berjumpa doktor untuk pemeriksaan fizikal pula.Fahmi benar-benar naik angin betul hari ini...jeritannya tetap tak reda..kalau berhenti pun sekejap je itupun tak sampai 5 minit.Bila masuk bilik doktor ujian tak dapat dilakukan dengan sempurna..akak kena keluar dahulu tetapi selepas itu masuk balik pun Fahmi masih mengamuk.Agaknya sakit sangatlah tu.

Hai kalau gini kena jumpa doktor dulu baru disuntik.Balik kerumah pun masih meragam dan merengek-rengek.Masa Ayie dulu tidak seperti ini...lepas suntik dalam beberapa minit je si Ayie dah diam.Beginilah ragam anak-anak.Lain anak lain caranya.Almaklumlah Fahmikan yg bongsu..agak manjalah sikit.

Sunday, March 01, 2009

Genap 3 bulan

video

Oleh kerana tarikh 29 hb tak ada dalam kelander bulan Feb,jadi hari inilah dikira Fahmi sebagai genap usianya 3 bulan.Dia nak cuba-cuba untuk mengangkat kepalanya sebaik ditiarapkan.Belum lama sangat meniarap...dia mulalah dah tak tahan.Dengan rambut yang masih sejemput je,entah bilalah nak panjang rambut Fahmi nie.Ingat cuti sekolah bulan ni nak buat passport..nanti tak glamer lah pula kepala gondol gitu..hihihihi.

Tatapilah video Fahmi yang berusaha untuk mengangkat kepalanya.