Tuesday, February 28, 2006

Sindir-sindir sayang

myspace



masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...


myspace


Sumbangan : Anak Melaka


Saturday, February 25, 2006

Satu Kisah....Anda Percaya!!

Akak nak ceritakan satu kisah di sini.Akak ingat nak diamkan aje tetapi fikiran akak nie asyik dok fikirkan aje peristiwa itu.Nanti kalian ingat akak saja nak mereka2 cerita..hehehe...tp ini memang benar2 terjadi.Sekiranya ada antara kalian yang tahu dan bolah memberikan pandangan akak alu2kan.Waktu dan hari itu adalah hari akak memperingati pemergian Siti Hazwani yg genap 7 tahun.Dia meninggal lebih kurang pukul 12.05 am.

Ceritanya begini lebih kurang pukul 11.50 pm masa tu akak dah letakkan anak akak Hilmi atas katil utk menidurkan dia.Suami dan anak akak yg sorang Ayie sudah tidur.Selepas akak tutup lampu utama kat bilik tu akak pasanglah lampu meja kerana memang lampu tu akak sentiasa pasang untuk memudahkan akak memerhatikan alat2an Hilmi.Pada waktu yang akak sebut diatas,tiba-tiba lampu meja itu tertutup dan terbuka dengan sendirinya lebih kurang 3 atau 4 kali.Seperti orang memberikan isyarat.Akak memang tak terasa apa2 pun..buat bodoh saja.Tak mahu nak cakap apa2 pun..diamkan diri.Hilmi pun belum tidur.Takde pula akak terhidu bau2 wangi ataupun bulu roma akak meremang.Biasalah kalau ada makhluk2 nie datang pasti akan terhidu sesuatu yg lain dari lainkan.Mata Hilmi juga melilau kesekeliling bilik seolah2 dia melihat sesuatu.Dia pun tidak mengangis.Akak buat bodoh ajelah.Akak panggil2 juga Hilmi,dia bagi respon tengok kat akak.Itu bermakna dia telah melihat sesuatu yg baik.Jadi akak biarkan ajelah!!Tetapi...selepas itu lebih kurang pukul 12.15 am ia terjadi sekali lagi.Akak tidak menyapa atau berkata apa2 pun buat tidak kisah saja.Lepas itu barulah Hilmi dapat tidur.

Persoalannya ia tidak pernah berlaku dalam hidup akak sebelum ini atau ini hanya sekadar khayalan akak pun akak tak tahu.Bukan malam itu saja akak pasang lampu meja..tiap2 hari akak pasang.Tetapi malam itu lain dari yg lain.Cuma akak ingin tahu kalau ada sesiapa yang arif tentang perkara inilah.Akak pun bkn tinggi ilmu2 agama nie.Adakah roh boleh datang untuk melawat orang2 yg masih hidup??

Masih menjadi tanda tanya kepada akak.Walau apa2 pun setiap yg baik datangnya daripada Allah s.w.t dan setiap yg buruk itu adalah dari kesilapan dan kealpaan akak.Wallahualam.

Friday, February 24, 2006

Petua Kebahgiaan

Semoga kita dapat mengamalkannya.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang
sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan
berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
· Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ust Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga
moga boleh menghilang/meredakan.

Sumbangan : Anak Melaka

Thursday, February 16, 2006

Kene Tag Lagi Nie.

Dah akak dah kene tag oleh Khaty.Mesti mau jawab nie.OK...dah jawab dah!!

4 jobs:
1)Pernah guna jadi minah kilang...baru lepas sekolah time tu..hehe
2)Dinaikkan pangkat jadi juruteknik...kira oklah!!
3)Jadi Wages Clerk di JB.Kira gaji workers lagi!!
4)Selepas kawin keje part time jap di Cold Storage Takashimaya.Itu aje.

4 movies:
1)Anak Mani Kembali
2)The Crocodile (seram gak tngk buaya besar tu)
3)Kal Ho Naa Ho (bila tngk citer nie asyik nak ngangis aje)
4)Dil Hai Tumhaara (hindi lagi..suka pat lagu2nya)

4 places i have lived:
1)Flat tentera di Kamunting Taiping...
2)Flat tentera di Sungai Petani Kedah (bila abah akak kene posting)
3)Taman Kaya (kaya akak..hehehe) di Taiping.
4)Sekarang nie di Bukit Batok...(jauh betui mengembara nie..hehe)

4 tv shows i love to watch:
1)Macam2 aznil...mmg fav akak juge nie(best gilerrr)
2)Bersamamu (tv3)
3)Melodi (tv3)
4)Drama tvb jam 6 ptng (semua citer tvb)

4 places i've been on vacation:
1)Penang
2)KL
3)Kuala Kangsar,Perak
4)JB ler..(semua nie masa akak dok msia)Skrg jarang gi mana2.

4 blogs i visit daily.Hari2 gi blog depa2 nie...Sambil buat keje umah sambil2 tngk pc:
1)My own blog of course (samalah tu ..hehe)
2)Noushy, elly,honey,fysal,shai...dll!!
3)All the member bloglah..

4 of my favourite foods:
1)Soto Ayam (fav sngt)
2)Sambal belacan (takde nie tak sah maaa)
3)Ikan bakar cicah sambal kicap(ermmm)
4)Tom yam...(fav akak gak nie).Sebenarnya banyak lagi nie.

4 places i'd rather be:
1)Sudah tentulah hajat pertama nak gi Mekah.
2)Gold Coast Australia..dngr tempatnya cantik!!
3)Jalan2 Malaysia,sebab dulu dok msia pun tak jalan habis lagi satu Msia.
4)Hawaii...rasa2nya tak sampai kot!!hehe

4 albums i cant live without:
Tak ada albums..kecuali albums2 gamba...banyak tu..hehehe

4 vehicles i owned:
Hanya ada sebuah motosikal itu pun hb yg punyalah...

So i wanna pass tis virus to the following peeps:
1)Elly
2)Anakomak
3)Ryzal
4)Fysal

Wednesday, February 15, 2006

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sekian, Wallahu a'lam.

Sumbangan : AzWaN

Monday, February 13, 2006

Bagaimanakah Perasaan Anda Sekiranya....

Sebenarnya akak ingin berkongsi perasaan dengan kalian disini.Bagaimanakah perasaan kalian sekiranya doktor mengatakan anak anda menghidapi sejenis penyakit genetik yang tidak ada penawarnya.Dia kemungkinan juga tidak boleh hidup sebagai kanak2 normal dan umurnya tidak panjang.Pertama kali akak mendengarnya memang runtuh hati seorang ibu.Lebih2 lagi anak itu adalah anak pertama yang dinanti2kan kelahirannya.

Itulah yang terjadi pada Allahyarham Siti Hazwani.Penderitaan Wani telah berakhir.Alhamdulillah anak kedua lahir sihat dan dari hari ke hari dia membesar sebagai kanak-kanak normal.Akak sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengahari.Ingatkan kegembiraan akan perpanjangan sebaliknya kami diuji Allah sekali lagi.Anak ketiga pula mengidap penyakit yang sama seperti arwah kakaknya.Zulhilmi lahir normal tetapi masuk sebulan usianya pergerakan tangan dan kakinya mulai lemah.Akak dapat merasainya cuma akak cuba untuk mengelak dari memikirkan perkara yang buruk.Semakin akak tahan perasaan itu semakin ia menyakinkan akak.Naluri seorang ibu memang dapat merasakannya.

 
Masuk bulan ketiga Hilmi tidak menunjukkan sebarangan perkembangan sebagai kanak2 normal dan pergerakannya semakin lemah.Akhirnya dia jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.Ternyata benar Hilmi mendapat penyakit yang sama iaitu SMA-Spinal Muscular Atrophy (type 1).Hati ibu mana yang tidak kecewa.Bukan seorang tapi dua anak akak menderita penyakit yang sama.Hilmi mempunyai semangat yang kuat.Dia ditahan ICU pada usia 7 bulan selama 44 hari dan akhirnya dia terpaksa menggunakan ventilator-mesin utk membantu pernafasannya.

Gamba ketika usianya setahun.

Bayangkanlah akak terpaksa menguruskan Hilmi dirumah bersama-sama alatan yang tidak pernah akak lihat melainkan dihospital.Kini akak menjadi jururawat dan ibu sepenuh masa utk Hilmi.Seandainya nyawa akak boleh ditukar ganti dgn Hilmi,akak rela memberikan padanya,tetapi akak mahu dia hidup normal.Kalau itu kehendak Yang Maha Esa, akak pasrah menerimanya.Pada mulanya memang airmata sajalah teman akak,tetapi kini alhamdulillah akak semakin tabah dan cekal.Akak akan sentiasa kuatkan semangat akak demi keluarga.

Inilah peralatan yang Hilmi gunakan.

Sekarang usia Hilmi akan mencecah 4 tahun.Dia benar-benar kuat semangat.Akak tidak takut sekiranya suatu hari akak akan kehilangan Hilmi, kerana itu sudah ketentuan Allah.Cuma yang menjadi kebimbangan akak adalah andailah akak yang "pergi" dulu,siapalah yang sanggup dan sudi korbankan diri untuk menjaganya nanti.Akak sentiasa berdoa dan berharap umur akak dipanjangkan,diberikan kesihatan yang baik dan tenaga yang kuat.

Rujukan:Apa itu SMA??

Spinal Muscular Atrophy is a neuromuscular condition causing weakness of muscles.In Spinal Muscular Atrophy it is the anterior horn cell which is abnormal.Not all nerve impulse can be passed from the brain to the muscles.

There are several type of SMA.These differ in the age at which they have an obvious effect,how severe this effects and which muscles are most affected.

1.Severe (Type 1)-also known as Werdnig Hoffman Syndrome.Onset before or shortly after birth.Unable to sit.Do not usually survive past 2 years old.

2.Intermediate (Type2)-Onset between 3 months and 2 years.Able to sit but not stand without aid.Survival into adulthood possible.

3.Mild (Type3)-Also known as Kugelberg-Welander Disease.Onset usually around 2 years.Able to walk.Normal lifespan.

4.Adult Onset SMA-Number of form differing in age of onset.Degree of weakness is variable

Gambar Zulhilmi yang terbaru.


Saturday, February 11, 2006

Dalam Kenangan-Siti Hazwani

Walaupun Siti Hazwani telah lama meninggalkan ibu,namun ingatan itu masih segar terpahat.Biarpun Wani hanya bersama ibu selama setahun sebulan,namun ibu berpuas hati,bersyukur amat dapat melahirkanmu,menjagamu dan membelaimu.Kerana kaulah permata hati ibu yg pertama,bagaimana dapat ibu melupakanmu sayang.Secebis kisah disaat2 terakhir hayatmu...


Entah mengapa malam ini aku boleh lelapkan mata ini dengan lena sekali.Tidak seperti malam-malam yang lalu.Aku dikejutkan oleh jururawat.Jam baru menunjukkan pukul 12.20 pagi.Aku rasa aku terlena agak lama.Jururawat itu bersuara."mummy..you want to carry your baby".Mataku terasa berat untuk dibuka, dengan kepalaku yang masih terawang-awang bila bangun didlm keadaan yang mengejut terus sahaja menyahut."yes...I want."Aku langsung tidak memikirkan apa-apa, terus Wani aku pangku.Suasana di bilik wad juga agak samar-samar lagipun lampu bilik sudah ditutup kerana semua pesakit sudah tidur.Hampir 5 minit juga aku memangku Wani tanpa memikirkan sesuatu yang lain dari biasa.Kemudian jururawat yang masih berdiri di katil Wani yang sejak tadi sibuk membetulkan alat-alatan membuka suara."mummy...I'm so sorry..your baby's no more here already."Aku yang mendengar terus terpaku dan tiba2 terasa darahku mengalir dengan begitu pantas sekali.Aku bertanya."what??..are you sure??" Aku terus memandang ke arah Wani yang baru aku sedari badannya telah kaku dan sejuk.Dalam keadaan yang masih terkejut,aku terus merasai pergerakan nadi didadanya.Memang aku tidak dapat merasai denyutannya. Aku tidak dapat menahan sebak di dadaku lagi,airmataku mengalir sederas2nya.Aku seolah-olah tidak percaya dan hilang arah lalu menyuruh jururawat itu memasang kembali peralatan2 yang pernah menyaluti tubuh Wani sebelum ini.Akhirnya aku akur...Wani telah kembali ke sisi Yang Maha Esa.Dia meninggal pada jam 12.05 pagi,ketika didalam tidur.Seingat aku sebelum aku letakkan Wani ke katil pada pukul 10.30 malam, sebelum itu terjadi satu lagi kecemasan dimana nadi dan oksigen Wani turun dengan mendadak.Doktor dan jururawat berusaha,bertungkus lumus menyelamatkannya.Aku sangat sedih dan hatiku terasa sakit bila melihat tubuh Wani diperlakukan sedemikian.Tetapi apakan dayaku..itu sudah menjadi tugasan mereka.Wani kembali stabil.Aku memangkunya sebentar.Sebelum aku letakkan Wani kembali ke katilnya,sempat lagi aku mendodoikannya lalu mencium pipi dan dahinya sepuas-puasnya,tanpa aku sedari itu mungkin adalah ciuman yang terakhir.Lebih menghairankan aku..malam itu aku boleh terlelap dengan lena sekali sedangkan malam-malam sebelumnya aku langsung tidak boleh melelapkan mataku.Mungkin Allah tidak mahu aku lebih terasa sedih kerana harus merelakan Wani pergi di depan mataku.Aku tahu Wani lebih tenang "pergi" ketika didalam tidurnya.Setelah siap segala prosuder utk keluar wad,aku dan suami membawanya pulang ke rumah malam itu juga.Oleh kerana aku terpaksa menunggu hari siang,malam itu aku menemani jenazah Wani yang aku baringkan di katil ditemani bacaan Yassin.Yang amat menggembirakan aku sebelum jenazahnya dimandikan,aku dapat melihat Wani seolah-olah dia sedang tersenyum.Tidak pernah sama sekali aku melihat senyumannya itu ketika hayatnya.Aku tahu Wani sudah berada di tempat "istimewa" yang dijanjikan untuknya.Aku seharusnya bertuah dan bersyukur kerana Wani terpilih untuk menjadi salah seorang bidadari syurga.Dan aku tidak dapat menafikan memang aku teramat merinduinya biarpun sudah 7 tahun berlalu.Penderitaanmu telah berakhir sayang.Ibu masih merinduimu sayang.Ingatanku kembali menerpa dan teringat saat2 Wani mencium pipiku bertubi2 seolah-olah Wani tidak mahu melepaskanku tika dan saat itu.



Lambaian terakhir darimu...sedangkan Wani memang tidak boleh langsung menggangkat pergelangan tangan tetapi...tiba2 ini yang terjadi.
Al'Fatihah..Aamiin.

Wednesday, February 08, 2006

Hari Asyura-10 Muharam 1427Hijrah

BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah.

Antara peristiwa itu adalah Allah menerima taubat Nabi Adam, Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta Allah selamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.

Pada tarikh itu juga, Allah menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya daripada ombak besar yang melanda bumi dan Allah menyelamatkan Nabi Yunus yang tidak henti berzikir selama 40 hari dalam perut ikan nun.

Walaupun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?

Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.

Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu."

Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.

Kebetulan 10 Muharam tahun ini jatuh pada Khamis, jadi sebaiknya kita berpuasa Rabu dan Khamis atau Khamis dan Jumaat. Ini bagi mengelakkan kita meniru puasa orang Yahudi.

Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu)."

Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.

Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan."

Atau membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.

INTI PATI

Peristiwa 10 Muharam

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.

Nabi Isa diangkat ke langit

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.