Thursday, June 12, 2008

Bebas Dari SMA

Alhamdulillah...hari isnin yang lepas akak pergi ke KKH seperti biasa ada appointment dengan doktor.Semasa menunggu punyalah berdebar-debar.Sebaik masuk ke bilik doktor dan melihat muka doktor tu tenang je.Hati akak je yang berdetap-detup.Bukan apa hari itu keputusan ujian CVS akan akak ketahui.Untuk pengetahuan SMA itu ialah penyakit genetik yang digelar sebagai Spinal Muscular Atrophy.Sebenarnya penyakit ini hanya terdapat 1 dalam 100 di Asia.Ia banyak terjadi di USA dan Eropah sahaja.

Sebaik doktor beritahu keputusan yang janin dalam kandungan akak ini bebas dari SMA-penyakit yang dihidapi oleh arwah Wani dan Hilmi,bertapa lega sekali hati akak.Tidak dapat akak gambarkan perasaan ini ketika itu.Ini bermakna akak boleh meneruskan kehamilan ini hinggalah bersalin nanti.Insya Allah semoga janin ini akan terus sihat sehinggalah selamat dilahirkan kelak.Akak berharap segalanya dalam keadaan baik kerana sesuatu yang terjadi itu adalah atas kehendak Allah swt juga.Tanpa keizinan dariNYA tiada apa yang dapat kita lakukan.Sebagai hambaNYA kita seharusnya redha dan berserah segala-galanya padaNYA.Semoga kegembiraan ini akan dapat akak rasai sekali lagi sewaktu akak melahirkan Ayie dan melihat dia membesar seperti kanak-kanal normal yang lain.

Kehadiran arwah Wani dan Hilmi dalam hidup akak sekeluarga walaupun hanya seketika ia tetap satu anugerah yang tidak ternilai harganya.Itu ujian dariNYA..hendak diuji diri akak dan keluarga.Kenangan itu tidak mungkin akan terpadam sampai bila-bila dan kehidupan ini harus juga kita teruskan walau apa sekalipun ujian dan dugaan yang pernah kita hadapi.Doakan untuk akak yer semua.Sampai disini dulu pertemua kita.

Saturday, June 07, 2008

Mistik

Salam pertemuan buat semua.Rasa-rasanya sudah lama juga akak tidak singgah ke teratak akaka sendiri.Entah mengapa terasa malas sekali hendak duduk mengadap depan monitor pc ini.Terima kasih akak ucapkan kerana masih sudi mengunjungi ke sini.

Oleh kerana akak pun dah lama tidak update blog ini jadi akak mengambil kesempatan disini untuk bercerita tentang sesuatu yang menarik.Memang betul kata-kata orang,perempuan yang sedang hamil senang sangat diganggu oleh "benda-benda" mistik ni.Akak juga tidak terkecuali dari mengalaminya.Ini berlaku 2 hari yang lepas.Seperti biasa akak masuk tidur dalam pukul 11 malam.Nak kata tak baca memang dah baca semua ayat yang perlu.Entah pukul berapa ia terjadi akak pun tidak tahu sebab tak sempat nak tengok jam pun.Ia tidak terjadi di alam realiti tetapi terjadi didalam mimpi akak.

Akak terasa ada benda yang menindih akak sampai akak nak gerakkan tangan pun susah.Akak bacalah beberapa ayat yang seboleh akak lakukan beberapa kali.Punyalah sakit sampai nak buka mata pun tak dapat.Akak tetap melawan "benda" tu.Akhirnya akak berjaya sedarkan diri,tetapi mata akak ni terasa punyalah berat nak buka.Macam ada sesuatu yang cuba menutup mata akak ini.Setelah sedar beberapa saat akak terlelap kembali dan "benda" itu kembali menghimpit akak.Lenguh tangan akak dibuatnya dan akak berjaya sedar kembali dan akak cuba pandang sekeliling bilik kalau ada apa-apa disitu tapi tiada.Ini bermakna "dia" mengganggu akak cuma dalam mimpi.Entah macam mana akak terlelap lagi dan diganggu lagi.Entah berapa kali ia datang akak tidak ingat.Sedar-sedar bunyi loceng hp akak berbunyi dan barulah akak tidak diganggu lagi.

Memang letih betul akak hari itu.Sudahlah tidur diganggu sampai siangnya akak betul-betul mengantuk.Nasib baik sudah buat kerja rumah akak dapat lelapkan mata sebentar kalau tidak sakit kepala akak pula yang datang.Harap-harap tiadalah yang cuba kacau lagi.Sampai disini dulu cerita akak.