Friday, April 25, 2008

Tagged by Chii

Sorry Chii,akak lewat jawab tag nie.

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

1~b'jiwa lembut n sensitif tp klu kena serang boleh cepat meletup tau.
2~mudah berkawan tp klu org tak suka lebih baik jauhkan diri.
3~suka jalan sorang-sorang sebab senang nk g mana2.
4~tak pandai nak pujuk orang.
5~kadang2 tu keras hati.
6~kalau hati terluka...parutnya susah nak hilang.
7~klu g shopping tak leh lama2 nnt sakit kepala.

7 THINGS THAT SCARE ME:

1~dosa sendiri
2~bertemu Allah Yang Satu
3~kalau sakit gigi.
4~first time g interview
5~ular,ulat2 dan jenis2 cacing...eeeee
6~menantikan keputusan bayi dlm kandungan ni
7~klu diri ini dibenci orang

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1~Iris-Awie
2~Harum Subur Dihati-BPR
3~Andai Ku Tahu-Ungu
4~La Bamba-Los Lobos
5~Kali Terakhir Ku lihat Wajahmu-Uji Rashid.
6~Salam Terakhir-Sudirman
7-Madu Dan Racun-Arie Wibowo

7 THINGS I SAY THE MOST:

1~bedek ah.
2~yelah tu.
3~errmm
4~ikut jelah.
5~ok je.
6~boleh blah.
7~boiing.

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1~Diri Sendiri
2~Suami dan anak2
3~Keluarga
4~My 2 cats
5~Koleksi peribadi (adalahhh)
6~My 2 h/p
7~entahhhh.

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

1~Pernah tersalah naik bas masa skola..sedar tak cukup duit jln kaki hampir 4 batu
2~First Love at 15 tp tk pernah dating pun..cinta monyet je hihihi.
3~Jatuh motosikal masa belajar sampai terbalik.
4~Jatuh hati tapi kat tunang orang...frust menonggeng tul!!
5~Lari rumah masa remaja-tp g umah mak sedara laaa.(naughty tul)
6~Wanita pertama jd teknisyen d tempat keje dulu.
7~Merantau bawa hati yg lara-terus ketemu jodoh.

Saturday, April 19, 2008

Cerita Tentang Kehamilan

Aduhhh...sabar jelah yer.Baru nak masuk 6 minggu tanda-tanda awal kehamilan dah bertandang dah.Seronok dan tak sabar bila dapat tahu dah hamil tetapi nak menanggungnya memanglah payah.Bukan payah apa,cuma diawal kehamilan nie kenelah tahan sabar.Rasa loya dan nak muntah itu biasalah bagi orang mengandung.Rasa-rasanya dah turun berat badan akak nie cuma perut je yang naik..hehehe.Mana taknya malam je tak dapat nak makan nasi.Dah seminggu jadi begini.Makan merapu je nasib baik dapat telan roti.Bau nasi yang dimasak pun menganggu rongga tekak.Lapar tu memang lapar sampai pedih juga perut ni tapi nak buat macam mana dah tak boleh telan.

Ada rasa nak muntah tapi akak cuba tahan je.Badan asyik angin dan sendawa usah dikira lagi.Sebelah pagi pun tak makan banyak tapi suka sangat makan mee soto.Tengahari pun loya,lebih-lebih lagi bila start nak masak macam-macam bau masuk dekat lubang hidung ni...hihihi.Masak pun skit je untuk suami makan.Sekarang ni kena tahan hidung jelah..sampai bau badan suami pun dah nak rasa loya...tapi tak gitau dia..takut kecik hati dia pula.Pandai-pandailah kontrol sendiri.Letak je minyak kapak ke vicks ke!!

Kalau buat kerja rumah yang berat sikit mulalah kejang perut ni sampai ke malam dan pinggang bukan main sakit.Rasa nak pitam pun ada.Bila dah rehat kejap lega rasanya.Lain kali kenalah buat keja sikit-sikit,biar lambat asal selamat...khe..khe..khe.Apa-apa pun memang seronok melayan karenah diri sendiri.Badan sendirikan...sendirilah jaga yang penting baby sihat dan kuat.Itu yang akak harapkan.Insya Allah.

Tuesday, April 15, 2008

Tag Dari Kak E


Bahagian pintu.C Ayie la nie sibuk nak tampal.


Bahagian atas esbok.


Bahagian bawah dan tempat sayur.


Bahagian tepi.

Kak E bagi tag ni,pasal esbok.Maaf yer kak E lewat buat.Tak cantik dan kecil je esbok saya kak E sebab tuannya rendah je jadi kenelah beli esbok yang rendah juga..hihihihi.Esbok saya jenis brand lama,sekarang nie orang tak pakai lagi dah.Asalkan muat barang2 oklah.Saya memang tak suka simpan stok banyak-banyak nanti tak cukup tempat pula.Sudi2lah tengok esbok saya ni yer.

Wednesday, April 09, 2008

Detik-detik Terindah

Al-fatihah buat permata ibu-Hilmi...

Walaupun dirimu telah tiada kini,namun izinkan ibu mengingati hari kelahiranmu hari ini sayang.Hilmi,andainya dirimu masih disisi ibu..tahun ini akan genaplah 6 tahun usiamu.Mengimbas kembali detik-detik melahirkanmu memang tiada rasa kesal dalam diri ibu.Walaupun ibu terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat hampir 14 jam didalam wad bersalin namun segalanya begitu manis untuk dikenang.Sehinggakan ibu terpaksa mengambil suntikan epidural untuk menenangkan rasa sakit dan kebas sehinggakan ibu muntah dengan banyak sebaik Hilmi dilahirkan.Segala kepayahan dan keperitan hilang sebaik mendengar tangisanmu sayang.Percayalah sayang ibu tidak pernah menyesal.

Kehadiranmu pada awalnya bukanlah yang dirancang tetapi adalah secara kebetulan dan itu bukan bermakna ibu tidak menanti-nantikan kelahiranmu.Ia satu anugerah buat ibu dan ayah.Diawal perkembanganmu segalanya dalam keadaan baik dan sihat malah Hilmi lebih gebu dan agak montel.Tidak ibu sangka ia hanyalah sementera.Tanda-tanda penyakitmu mulai mengganti keceriaan yang telah mengisi ruang kehidupan kita sekeluarga sebelum ini.Apakan daya segalanya sudah kehendak Yang Esa.Naluri hati ibu sudah dapat merasainya apabila melihat tiada perubahan dari bulan ke bulan namun begitu ibu cuba untuk menepisnya dan menidakkannya.Ia benar-benar menjadi kenyataan bila Hilmi sudah disahkan mempunyai penyakit yang sama seperti arwah kakak Wani.Bermulalah satu kehidupan yang mencabar buat ibu dan ayah.

Alhamdulillah..walaupun pada mulanya kehidupan ibu agak tertekan untuk dilalui,namun apabila melihat semangat Hilmi yang begitu kuat sekali melawannya membuatkan ibu mendapat kekuatan dan kecekalan.Dikaulah sumber inpirasi buat ibu sayang.Hilmi yang menghadapinya lebih derita dari ibu yang melihatnya.Pada hakikat yang sebenar,ibu memang tidak berupaya melihat penderitaanmu dan sampaikan ibu pernah berdoa seandainya ia boleh ditukar ganti dan dijamin Hilmi akan menjadi seorang anak yang normal,ibu sanggup dan rela untuk memberikannya walaupun nyawa ibu sekalipun.Tetapi Allah tidak mengizinkannya dan Dia lebih Mengetahui akan sesuatu.

Namamu pantang sekali ibu sebut,pasti airmata ini berjurai-jurai jatuh.Segala memori akan satu persatu kembali ibu imbasi.Malah untuk menatapi potretmu jua tidak dapat ibu lakukan kerana ibu tidak dapat menahan kerinduan dan rasa sebak amat2 terasa didada ini.Izinkan ibu mengakhiri bait-bait ayat disini.Izinkan ibu juga untuk melafazkan SELAMAT ULANGTAHUN KE 6 buat bidadari syurga ibu, Zulhilmi.

Friday, April 04, 2008

Sah Dan Pasti

Untuk episod permulaan ini pada awalnya ingatkan nak jumpa doktor minggu depan tetapi kerana tidak sabar nak dapatkan kepastiannya akak terus jumpa doktor petang semalam di poliklinik.Sudah lama juga nak berkunjung ke sana jadi agak bingung juga sebab suasananya dah bertukar.Akhirnya doktor di Poli sudah mengesahkan memang akak sudah hamil.

Pemeriksaan akak bukan seperti ibu-ibu yang lain sebab akak terpaksa menceritakan sejarah akak jadi pemeriksaan di Poli tidaklah lama sangat diawal kehamilan seperti ini.Akak memang terpaksa buat pemeriksaan dan berjumpa pakar di hospital.Pihak Poli uruskan temujanji akak ke hospital.Jadi tarikh yang akak harus pergi ialah 29 April ini.Pertemuan pertama dengan pakar nanti adalah membuat scanning untuk memastikan janin akak sudah masuk berapa minggu.Selepas ini pasti mereka buatkan temujanji untuk pemeriksaan ujian CVS.

Memang berharap sangat agar segalanya dalam keadaan baik.Akak tidak mahu fikirkan apa-apa.Akak juga tiada pilihan selain terpaksa membuat pemeriksaan ini.Akak akui semuanya Allah swt yang menentukan tetapi sekiranya akak tidak melakukan ujian tersebut dan ditakdirkan terjadi apa-apa seperti dahulu lagi,mereka tidak mahu bertanggungjawab.Bukan akak ingin melanggar qada dan qadar tuhan tetapi kalau boleh akak ingin menikmati kesempurnaan bekeluarga seperti insan lain juga.Inilah sajalah harapan akak dan kehamilan ini juga akan menjadi yang terakhir buat akak sekiranya berita keputusan ujian itu tidak baik.Akak tidak sanggup melihat seorang lagi anak yang menderita dan tidak sanggup lagi kehilangan insan yang akak sayang.

Sekarang ini akak hanya mampu berdoa dan berharap agar segalanya dalam keadaan sempurna.Insya Allah dengan berkat doa-doa dari kalian disini akak akan mendapat kebaikannya.Terima kasih semua diatas kata-kata semangat dan nasihat yang ditujukan buat akak.Olehlah akak berhenti dahulu disini.Bertemu di episod mendatang.

Thursday, April 03, 2008

Tagged Dari Nizie.

Dapat satu lagi tag,kali ini tentang handbag pula.Koleksi bag2 akak tk banyak sangat dan takdelah mahal2 pun.Semua yang murah dan simple je.Dari yang besar,kecil,bertali panjang dan pendek juga backpack.Akak juga kalau nak pergi mana2 suka tukar2 bag.


Antara barang-barang yang ada dalam h/bag akak ialah:
1.dah tentulah bag duitkan.
2.payung.
3.kunci.
4.tisu.
5.handphone dan...
6.kad ezlink (utk naik bas).

Ini pula apa yang ada dalam bag duit akak:
1.duit kertas..dah tentulahkan.
2.duit syiling.
3.kad pengenalan.
5.kad bank.
6.berbagai jenis kad diskaun.
7.setem.
8.berbagai jenis kad klinik dan..
9.berbagai jenis plaster.

Tuesday, April 01, 2008

Akhirnya...

Bagaimana agaknya akak hendak menyampaikan berita gembira disini yer.Hari ini akak begitu gembira sekali dan bersyukur dengan pemberian Allah ini.Akhirnya dengan berkat usaha akak dan suami selama hampir 5 bulan (untuk planning) beserta doa dan kata-kata semangat dari kalian semua,hari ini akak ingin mengesahkan akak telah pun hamil.Tidak dapat akak gambarkan perasaan kegembiraan ini.Bersyukur teramat-amat.Sebelum ini akak buat ujian sendiri semuanya gagal dan hampa.Sehingga dirasakan seolah-olah tiada peluang lagi,tetapi akak silap..tuhan itu Maha Mengetahui.Setelah akak pastikan haid akak tidak datang hampir 4 hari akak terus buat ujian.Mungkin minggu depan baru akak bertemu doktor.Akak rasa kandungan akak ini baru je masuk 3 minggu.Namun demikian akak tetap berasa takut dan gusar kerana akak perlu untuk menjalani ujian CVS untuk memastikan janin akak negatif SMA.Akak akan menjalani ujian itu sebelum 12 minggu kehamilan.Akak berharap kegembiraan ini akan berkekalan dan akan hadir seorang lagi permata dalam keluarga akak.Doakan akak agar segalanya dalam keadaan baik k.Akak sekeluarga benar-benar berharap kali ini.Semoga Allah makbulkan doa dan hasrat akak.