Monday, December 29, 2008

Awal Muharram 1430H



Semoga tahun baru hijrah 1430 akan memberikan seribu kerahmatan dan keberkatan dalam hidup kita semua.Amin.

Monday, December 22, 2008

Aksi 2 Beradik.

Melihat aksi Fahmi yang cergas dan ceria membuatkan hati ini bersyukur dan gembira sesangat kerana keghairahan menyambut kelahiran Ayie yang cergas seperti ini dahulu kembali mengamit memori itu.Kegembiraan itu berulang sekali lagi walaupun agak keletihan melayan karenah Fahmi yang telah menunjukkan sedikit kenakalannya amat tidak terasa oleh akak.Masa berlalu terlalu pantas diam tak diam Fahmi sudah mencecah 3 minggu.Keletahnya juga sudah berubah dari hari ke hari.Apatah lagi ragamnya sekarang ini bila siang hari aje asyik tidur dan berjaga sebelah malam...betul-betul menduga keimanan akak.Bagi diri ini itulah satu keseronokan yang tidak dapat digambarkan sebagai seorang ibu..sanggup berkorban apa aje demi anak tercinta.

Sekian lama akak tidak dapat menatap saat-saat begini bila ditakdirkan arwah Hilmi tidak secergas ini.Namun begitu akak tidak pernah menyesal kerana itu sudah ketentuanNYA dan alhamdulillah akak berpeluang menjaga arwah walaupun dirinya dalam keadaan yang sedemikian.

Semoga kebahgiaan ini akan menjadi milik akak sekeluarga sekali lagi dan Insya Allah diperkenankan oleh Allah swt.

Thursday, December 18, 2008

Editing

Salam semua...

Untuk sementara ini blog akak ini terpaksa akak menukar semula kepada bentuk asal blogger kepada template lama kerana akak sedang mengalami masalah untuk mengedit HTML buat sementara waktu.

Buat masa ini akak masih lagi belum berpeluang untuk berblogging kerana masa terlalu mencemburui akak.Nampak gayanya blog ini akan lewat di hiasi dengan perhiasan terbaru.

Thursday, December 04, 2008

Detik-detik Cemas

Pagi Jumaat 28 Nov memang sudah terasa kontraksi tetapi tidak terlalu kerap dan tidaklah sakit sangat.Hari itu juga akak makan banyak disebelah siangnya tetapi tidak ada selera sebelah malam untuk makan..jadi akak sekadar minum air suam aje sebelum tidur.Seperti biasalah akak memang tidur lewatnya lebih kurang 11.30 gitu.Rasa-rasanya akak baru aje terlelap dan suami akak pun baru nak lelapkan matanya sebab dari tadi dia memang mengadap pc aje.Entah macam mana akak terasa seperti terkencing aje...ingatkan gitulah..hihihi.Rupa-rupanya air ketuban akak dah pecah....masa itu lebih kurang 12.30 pagi aduhhhh....memang ia pengalaman yang pertama buat akak kerana sebelum ini akak pecah ketuban darah dulu.Walaupun air dah pecah sakit kontraksi tidak terasa lagi.Terus bersiap dan bergegas ke hospital.

Sampai di hospital akak terus dihantar ke labour suite..masa itu air tuban semakin banyak mengalir hingga dah jadi color hijau dah.Apalagi terus akak ditolak masuk ke bilik bersalin.Semasa dibuat CTG semuanya dalam keadaan baik tetapi semasa doktor hendak periksa samada pintu akak sudah terbuka tiba-tiba ada masalah dan akak diberitahu baby naik keatas dan heart beat baby tiba-tiba menurun.Doktor terus masukkan drip dan ubat utk tenangkan baby dan proses untuk bersalin secara C-section perlu dilakukan.Lagipun pintu akak baru terbuka 2 cm aje.Tidak boleh ditunggu lagi.Harus segera dijalankan pembedahan.

Sebaik diusung ke OT (bilik bedah) lebih kurang pukul 2 lebih pagi.....akak di suntik ubat bius di tulang belakang.Punyalah sakit tidak terkira dan kaki akak tidak dapat bergerak lagi.Dalam keadaan separuh sedar dengan kesejukan bilik bedah tersebut akak betul-betul menggigil walaupun akak tidak merasa apa-apa dari paras pinggang ke bawah.Lebih kurang pukul 3.20 pagi Zulfahmi selamat dilahirkan dengan berat 2715gram dan kedengaran tangisannya yang menyentuh sanubari akak sebagai seorang ibu.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat.Akak juga diberitahu bahawa tali pusat telah melilit leher Fahmi semasa pembedahan dijalankan.


Syukur Alhamdulillah akak dan Fahmi kedua-duanya dalam keadaan sihat.Terima kasih semua kerana sudi mendoakan untuk akak.




Friday, November 28, 2008

Iringi Daku Dlm Doa Kalian

Semalam berkunjung ke hospital untuk pemeriksaan lagi.Semasa dalam perjalanan di dalam bas ada juga terasa kontraksi sikit-sikit tetapi tidaklah tetap.Takut juga..manalah tahu dalam bas terjadi kejadian yang mendebarkan pula.Pasti haru birukan dengan penumpang yang ramai yang berpusu-pusu hendak ke tempat kerja.Silap-silap semua kena ikut gi hantar ke hospital..ekekekeke.Sebaik doktor buat pemeriksaan pintu baru terbuka sedikit je.Hari ini terasalah juga sakit dibawah perut dan kaki mulai membengkak sedikit.Semalam tidur pun terasa kebas dibetis.Semakin ditunggu semakin lama dah pula.Memang berharap dalam masa terdekat ini dah masuk ke bilik bersalinlah.

Detik-detik menanti saat-saat kelahiran orang baru bakal menjelang tidak lama lagi.Hati yang berdetik dengan debaran terasa kencang dan tidak terhitung lagi.Sebelum akak bertandang ke bilik bersalin tidak lama lagi...ingin akak keudara disini untuk menyampaikan harapan agar sudi-sudilah doakan yang terbaik untuk akak dan baby yer.Sekiranya ada salah dan silap akak selama ini, dengan rendah hati akak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada kesilapan atau kesalahan yang akak sedari atau tidak pernah akak lakukan.

Insya Allah dengan izinNYA kita akan bersua lagi setelah akak kembali mengisi ruang di udara blog ini.Buat kalian yang masih sudi mengunjungi teratak akak ini akak ucapkan terima kasih dan nantikan berita gembira ini tidak lama lagi yer.Sebelum akak akhiri bait-bait ayat disini,sekali lagi akak mohon kemaafan dan doakan semoga semuanya dalam keadaan selamat.Amin

Thursday, November 20, 2008

Berita Hamil Lagi.

Alhamdulillah hari Rabu yang baru lepas ada lagi pertemuan dengan doktor dan segalanya dalam keadaan baik cuma ada masalah sedikit semasa periksa air kencing.Akak mengalami keputihan yang berlebihan jadi doktor terpaksa ambil sampel untuk memastikan tiada kuman atau bakteria didalam keputihan tersebut.Kalau ada kuman akak terpaksa buat treatment.Tetapi sejak dua minggu yang lalu berat badan akak tidak bertambah..masih sama juga iaitu 58.9 kg.Makan memang tak banyak..agaknya semua zat baby yang ambil ni.

Kedudukan baby dah agak kebawah dan sekali sekala rasa sakit atau Braxton Hicks akan terjadi.Pada kehamilan yang lepas akak selalunya akan tumpah darah dulu,tak tahulah kali ini akan tumpah air atau darah dulu.Rasa tidak sabar menanti kelahiran semakin meluap-luap dan alhamdulillah tiada rasa takut atau risau yang menyeliputi diri ini.

Insya Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar dan tiada komplikasi yang sukar.Sampai ketemu lagi dilain cerita...tak tahu nak coret apa dah ni.

Sunday, November 09, 2008

Semuanya Ok!!

Maaflah kerana lewat buat liputan rasmi kat sini..bukan apa tuan rumah ditimpa perasaan malas je sikit..hihi.Hari Selasa yang lepas ada perjumpaan dengan tuan doktor di KKH kenalah buat scan untuk pastikan kedudukan uri dan baby sekali lagi.Berita yang diterima amat menyenangkan hati, jadi tidak perlulah dibuat pembedahan ceaser seperti yang akak beritahu dulu.Kedudukan uri sudah naik tetapi baby tetap akan sentiasa berpusing.Harap-harap kedudukan uri akan terus kekallah diatas agar akak dapat bersalin normal.

Sekarang ni pun akak rasa baby bukan main ligat beraksi dalam rahim akak ini.Duduk pun rasa tak selesa,asyik nak buang air je.Macam-macam aksi baby buat sampai berlekuk-lekuk perut akak ini..hehehe.Nampaknya sekarang ini akak hanya menunggu masa untuk bersalin dan sedang menghitung hari.Insya Allah segalanya dalam keadaan baik buat masa ini dan semoga kegembiraan ini akan dapat akak kecapi sekali lagi.Memang tidak sabar dah ni nak menyambut orang baru.

Cepat betul masa berlalukan diam tak diam kandungan akak dah masuk 36 minggu atau lebih tepat dalam kiraan 9 bulan dan detik-detik kelahiran bakal tiba tidak lama lagi.Sekarang ini akak perlu banyak berjalan agar mudah nak bersalin nanti.Cuti sekolah pun bakal menjelang lagi seminggu,kalau akak bersalin lepas sekolah cuti senanglah sikit.Hari Selasa akan datang ini ada lagi perjumpaan dengan doktor..biasalah bila hampir bersalin makin keraplah kena jumpa doktor.

Bertemu nanti dilain berita yer..akak mohon undur diri.

Thursday, October 30, 2008

Menghitung Hari

Fuhhhh...kejap betul masa berlalu,dah nak masuk 35 minggu atau dalam erti kata lagi seminggu masuk 9 bulan kandungan akak.Cepat betul masa berlalu dan pergi yer.Debaran dalam dada akak pun pun semakin berombak kencang.Perasaan tidak sabar menanti kelahiran baby sudah tentulah menjadi perkara utama tetapi rasa takut untuk menempuh masuk ke bilik bersalin pun ada juga.Insya Allah semangat akak masih lagi utuh dan kuat.

Sekarang ni dah masuk 34 minggu lebih pun dah terasa sakit-sakitnya.Berjalan pun dah macam penguin...terkedek-kedek..hihihi.Ketegangan di perut kalau dalam sehari mesti akan terjadi antara 4 dan 5 kali.Pangkal peha pun dah terasa sengal-sengal dan bisa.Pergerakan baby semakin ligat lebih-lebih lagi kalau akak banyak berjalan.Soal tidur sebelah malam pula usah cakaplah...bukan main susah akak nak tidur,sejak 2-3 hari ini akak dapat tidur-tidur ayam je.Pusing kanan pusing kiri mata tak lelap-lelap mata ini.Kalau terjaga terus tak boleh tidur lagi.Nasib baiklah lepas hantar Ayie ke sekolah dapatlah akak lelapkan mata kejap 2-3 jam.

Minggu depan akak kenalah tunggu keputusan scan sekali lagi.Jika kedudukan uri masih dibawah seminggu kemudian ...bila kandungan akak masuk 36 minggu doktor kata dah kena buat tempahan untuk bersalin ceasarian.Semoga segalanya dalam keadaan baik dan selamat.Insya Allah.

Wednesday, October 15, 2008

Maternity Check-Up:Placenta Previa

Rasanya belum pernah akak nak update tentang kandungan akak.Sekarang perut pun semakin membesar..nak tidur pun dah susah sikit..asyik terjaga.Kalau bab2 mimpi tu biasalah.Semalam baru aje akak jumpa doktor dan buat scan sekali lagi.Diam tak diam dah pun masuk 32 minggu kandungan akak ni.Selalunya dapat appointment pagi tapi nak dekat-dekat bersalin ni mereka bagi sebelah petang pula.Biasalah kalau tak menunggu 1-2 jam tak sah...sampai tertidur2 akak dibuatnya.

Kali ini ada sedikit masalah..sebenarnya masa usia kandungan masuk 28 minggu ujian scanning menunjukkan baby berada dalam kedudukan melintang dan uri akak disebelah bawah.Semalam pun tetap sama.Gynae akak beritahu kalau lagi 3 minggu akak scan masih dalam kedudukan sama nampak gayanya mereka terpaksa tetapkan tarikh untuk akak bersalin secara C-section.


Yelah kalau mengandung dalam usia yang agak lewat memang macam-macam masalah akan timbul.Kenalah berhati-hati selalu dan jaga kesihatan.Lagipun akak pun pernah melakukan penguguran..ini juga salah satu punca masalah uri disebelah bawah.

Berat akak pun tak naik banyak sangat baru 58kg dan berat baby dalam anggaran 2.1 kg.Gynae cakap segalanya dalam keadaan baik..alhamdulillah.Akak berharaplah sangat lagi 2-3 minggu ni kepala baby dah berpusing ke bawah...Insya Allah .Kalau dah terpaksa ceasarean apa nak buatkan.Lagipun anak sulong akak pun keluar ikut 'tingkap'.

Friday, September 26, 2008

Salam AidilFitri


Get Hari Raya Graphics Here

Hari raya bakal menjelang tidak berapa hari lagi.Sempena kehadiran Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, akak ingin mengambil kesempatan menghulur sepuluh jari memohon kemaafan andai ada kesilapan dan kesalahan yang akak sedari atau tidak sedari selama perkenalan dialam maya ini.Sesiapa yang akan pulang ke kampung nanti berhati-hatilah selalu dan bergembiralah walau hari raya kali ini tidak seindah dan segembira raya yang lalu.

Terima kasih shayz diatas pemberian kad raya diatas.

Wednesday, September 24, 2008

Persiapan Raya

Tinggal 6 hari saja lagi kita semua akan menyambut hari raya Aidilfitri.Nampaknya tahun ini sekali lagi akak beraya di Singapura je.Lagipun cuti raya kat sini pun cuma sehari je...lepas raya Ayie dah mula peperiksaan akhir tahun.Nampak gayanya tahun ini akak tidak berpeluang nak balik ke Taiping.Bulan 12 dan bersalin dan dalam pantang.Kenalah tunggu tahun depan...InsyaAllah.

Persiapan raya akak tahun ini ala kadar je.Lagipun persediaan untuk bersalin dan baby nanti akak perlu sediakan juga.Kuih raya setakat ini adalah dah buat 6 jenis,esok-esok bertambah lagi kot.Semuanya biskut-biskut yang menjadi kegemaran Ayie jelah.Nasib baiklah akak ni rajin juga nak buat buat biskut ni..almaklumlah dengan perut yang membesar ni asyik malas je..hehehe.

Baju raya akak sekeluarga beli sepasang je sebab yang tahun lepas punya masih elok.Itupun akak kena beli baju panjang tahun ni..nak pakai baju kurung tak muatlah kat perut ni.Jangan sampai raya nanti baju panjang tu pun tak muat..parahhhh ni.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H.

Saturday, September 20, 2008

10 Malam Terakhir

Diam tak diam sudah pun masuk 20 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Alhamdulillah segalanya dalam keadaan baik dan semoga puasa kita diberkati dan diterima Allah swt hendaknya.Malam ini adalah malam ke 21 dan pastinya kita akan mencari kelebihan Lailatul Qadar dimalam ini.

firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Saturday, September 13, 2008

Gambar Terkini



Demi untuk tidak menghampakan permintaan Shai,disini akak siarkan dua gambar terbaru akak yang comel ni..hehehe.Sebenarnya sejak akak mengandung anak pertama hingga ketiga akak tidak pernah sekalipun mengambil gambar semasa tengah mengandung.Terlupa agaknya.Macam mana kalian tengok rupa akak tengah preggy ni..cute ke tak?hahaha..(perasan jap).

Dari anak pertama hingga sekarang memang berat badan akak semasa mengandung tidak pernah naik sampai 60 kg walaupun perut membesar kedepan.Akak juga kurang dapat bengkak air cuma kaki lenguh-lenguh tu biasalah kalau berdiri lama.Alhamdulillah sejak mula berpuasa akak tidak apa-apa masalah.Harap-harap dapatlah meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadhan.


Oklah akak akhiri dulu cerita kali ini.Selamat meneruskan Ibadah Puasa.

Tuesday, September 02, 2008

Salam Ramadhan

Dari akak buat semua yang sudi mengunjungi ke blog ini akak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1429H.Sekiranya ada silap dan salah akak selama perkenalan kita dialam maya ini dengan rasa rendah diri akak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.Insya Allah semoga puasa kita kali ini akan memberikan seribu rahmat buat kita semua.

Alhamdulillah sudah 2 hari kita berpuasa dan dalam keadaan hamil akak juga berpeluang menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.Semoga puasa ini akan lebih memberikan kekuatan buat akak dan baby dalam kandungan.Ayie pun tidak ketinggalan walaupun agak penat tetapi dia berjaya juga menjalankan ibadah puasa tanpa sebarang keletihan.Lagipun tahun lepas pun Ayie sudah pun melakukannya dengan baik.

Dengan izinNya marilah kita sama-sama berdoa agar puasa kita kali ini diberkati Allah swt dan dapatlah kita menyempurnakannya hinggalah ke akhir nanti.

Selamat berpuasa.

Tuesday, August 12, 2008

Baik-Baik Aje.

zwani.com myspace graphic comments


Salam buat semua.Rasa-rasanya akak ni kebuntuan bicara jadi tak dapatlah nak cerita apa-apa disini.Cuma hari ini ada pertemuan dengan doktor aje kat KK hospital.Hari ini cepat sikit dari bulan-bulan lepas sebab hanya berjumpa doktor saja.Segala-galanya dalam keadaan baik.Alhamdulillah!!

Mendengar bunyi nadi baby yang agak kuat dan bertenaga cukup membuat hati akak gembira.Doktor juga cakap segalanya dalam keadaan baik.

Buat semua yang masih setia berkunjung kemari akak ucapkan terima kasih yer.Jangan segan-segan datang lagi.

Friday, August 01, 2008

Keluarga Tercinta

Maaf yer Shayz sebab lewat buat tag ni.Demi Shayz akak cuba mencari masa juga untuk meletakkannya disini.Jangan mare k.

Inilah keluarga akak yang boleh dikatakan agak besar juga,tetapi kehendak tuhan tiada siapa dapat jangkakan.Insya Allah kalau diizinkan Allah swt hujung tahun ini akak bakal lahirkan seorang lagi cahaya mata lelaki.Oleh kerana tengah gembira sekarang ni akak letaklah juga "coming soon" tu yea.

Pyzam Family Sticker Toy
Klik Sini

Akak hentikan saja tagged ni kat sini.Tak tahu nak sampaikan kat siapa-siapa,lagipun akak pun jarang-jarang onlinekan.

Saturday, July 26, 2008

Cerita Terbaru

Apa kabar semua??Maafkanlah akak yer kerana sudah lama tidak berdatang menjenguk ke blog kalian.Blog akak sendiri pun tak terjenguk-jenguk.Sekarang ini diri akak sedang dihimpit rasa kemalasan untuk mengadap komputer je.Almaklumlah...sejak berbadan dua ni asyik nak lepak je lepas hantar Ayie ke sekolah.

Dua minggu lepas juga akak tidak berapa sihat sebab diserang demam dan batuk.Nasib baik tak lama sangat sakitnya tetapi turun jugalah berat badan akak sedikit.Terima kasih banyak-banyak akak ucapkan kerana masih sudi melawat akak.Insya Allah kalau akak terdaya akan akak cuba mengunjungi ke blog-blog kalian semua dan memberikan berita terkini.

Untuk cerita terkini tentang akak dan janin dalam rahim ni kedua-duanya sihat je.Dua minggu lepas akak pergi scan lagi dan doktor cakap baby sihat juga dan telah disahkan baby adalah lelaki.Sekarang ni akak dah dapat rasai pergerakan baby.Diam tak diam dah masuk 5 bulan dah ye kandungan akak ni.Cepat betul masa berlalu.Walaupun tendangan dan gerakan baby belum terlalu kuat dan agresif sangat tapi setiap kali akak lepak je baby mulalah nak kacau...hihihi.

Bila merasai gerakan baby dalam kandungan ini benar-benar buat akak teruja.Semoga kelahirannya nanti memberikan sinar baru dalam kehidupan akak sekeluarga.Ayie pun macam tak sabar-sabar nak tengok adik.Sampaikan dia nak carikan nama untuk adiknya.Bila Ayie tahu akak bakal lahirkan baby lelaki, dialah yang paling suka.Akak pun belum buat apa-apa persiapan untuk baby.Baju-baju arwah Hilmi pun banyak yang dah tak elok jadi tak dapat akak simpan.Kenalah akak beli yang baru nanti.

Akak ucapkan terima kasih banyak-banyak sekali lagi kerana masih sudi menjenguk dan bertanya kabar akak disini.Sampai jumpa lagi di lain cerita.

Thursday, June 12, 2008

Bebas Dari SMA

Alhamdulillah...hari isnin yang lepas akak pergi ke KKH seperti biasa ada appointment dengan doktor.Semasa menunggu punyalah berdebar-debar.Sebaik masuk ke bilik doktor dan melihat muka doktor tu tenang je.Hati akak je yang berdetap-detup.Bukan apa hari itu keputusan ujian CVS akan akak ketahui.Untuk pengetahuan SMA itu ialah penyakit genetik yang digelar sebagai Spinal Muscular Atrophy.Sebenarnya penyakit ini hanya terdapat 1 dalam 100 di Asia.Ia banyak terjadi di USA dan Eropah sahaja.

Sebaik doktor beritahu keputusan yang janin dalam kandungan akak ini bebas dari SMA-penyakit yang dihidapi oleh arwah Wani dan Hilmi,bertapa lega sekali hati akak.Tidak dapat akak gambarkan perasaan ini ketika itu.Ini bermakna akak boleh meneruskan kehamilan ini hinggalah bersalin nanti.Insya Allah semoga janin ini akan terus sihat sehinggalah selamat dilahirkan kelak.Akak berharap segalanya dalam keadaan baik kerana sesuatu yang terjadi itu adalah atas kehendak Allah swt juga.Tanpa keizinan dariNYA tiada apa yang dapat kita lakukan.Sebagai hambaNYA kita seharusnya redha dan berserah segala-galanya padaNYA.Semoga kegembiraan ini akan dapat akak rasai sekali lagi sewaktu akak melahirkan Ayie dan melihat dia membesar seperti kanak-kanal normal yang lain.

Kehadiran arwah Wani dan Hilmi dalam hidup akak sekeluarga walaupun hanya seketika ia tetap satu anugerah yang tidak ternilai harganya.Itu ujian dariNYA..hendak diuji diri akak dan keluarga.Kenangan itu tidak mungkin akan terpadam sampai bila-bila dan kehidupan ini harus juga kita teruskan walau apa sekalipun ujian dan dugaan yang pernah kita hadapi.Doakan untuk akak yer semua.Sampai disini dulu pertemua kita.

Saturday, June 07, 2008

Mistik

Salam pertemuan buat semua.Rasa-rasanya sudah lama juga akak tidak singgah ke teratak akaka sendiri.Entah mengapa terasa malas sekali hendak duduk mengadap depan monitor pc ini.Terima kasih akak ucapkan kerana masih sudi mengunjungi ke sini.

Oleh kerana akak pun dah lama tidak update blog ini jadi akak mengambil kesempatan disini untuk bercerita tentang sesuatu yang menarik.Memang betul kata-kata orang,perempuan yang sedang hamil senang sangat diganggu oleh "benda-benda" mistik ni.Akak juga tidak terkecuali dari mengalaminya.Ini berlaku 2 hari yang lepas.Seperti biasa akak masuk tidur dalam pukul 11 malam.Nak kata tak baca memang dah baca semua ayat yang perlu.Entah pukul berapa ia terjadi akak pun tidak tahu sebab tak sempat nak tengok jam pun.Ia tidak terjadi di alam realiti tetapi terjadi didalam mimpi akak.

Akak terasa ada benda yang menindih akak sampai akak nak gerakkan tangan pun susah.Akak bacalah beberapa ayat yang seboleh akak lakukan beberapa kali.Punyalah sakit sampai nak buka mata pun tak dapat.Akak tetap melawan "benda" tu.Akhirnya akak berjaya sedarkan diri,tetapi mata akak ni terasa punyalah berat nak buka.Macam ada sesuatu yang cuba menutup mata akak ini.Setelah sedar beberapa saat akak terlelap kembali dan "benda" itu kembali menghimpit akak.Lenguh tangan akak dibuatnya dan akak berjaya sedar kembali dan akak cuba pandang sekeliling bilik kalau ada apa-apa disitu tapi tiada.Ini bermakna "dia" mengganggu akak cuma dalam mimpi.Entah macam mana akak terlelap lagi dan diganggu lagi.Entah berapa kali ia datang akak tidak ingat.Sedar-sedar bunyi loceng hp akak berbunyi dan barulah akak tidak diganggu lagi.

Memang letih betul akak hari itu.Sudahlah tidur diganggu sampai siangnya akak betul-betul mengantuk.Nasib baik sudah buat kerja rumah akak dapat lelapkan mata sebentar kalau tidak sakit kepala akak pula yang datang.Harap-harap tiadalah yang cuba kacau lagi.Sampai disini dulu cerita akak.

Wednesday, May 28, 2008

Semalam Sehari Di KK

Sebagai pembuka bicara terlebih dahulu akak memohon maaf kerana sudah sekian lama tidak menjenguk ke blog sendiri dan ke blog teman-teman yang masih setia disini.Dipendekkan cerita bukan apa malas betul badan ini nak duduk depan pc.Betul-betul malas laaa gitu.Sebagaimana yang tahu semalam akak ke hospital KK lagi untuk menjalani ujian CVS seperti yang akak beritahu.Seawal jam 7 akak dah keluar.Sampai ke bahagian ADC akak terus daftar dulu dan lepas itu disush menjalani scanning sekali lagi.Melihat bentuk janin yang bergerak-gerak dalam rahim akak ini membuat sedikit teruja.Timbul rasa sedih sekiranya ditakdirkan janin ini juga...bagaimana akak sanggup untuk membuangnya.Doa akak penuh dengan harapan yang tinggi.

Jam 10 akak disuruh masuk ke bilik no 4.Bersedia dahulu sebelum Profesor Yeo (pakar dlm bidang ni)datang.Punyalah sejuk bilik tu.Mengeletar-letar dibuatnya.Sebaik dia datang,perut akak discanning untuk mencari apa yang perlu dikeluarkan.Akak pun tak tahulah apa nama benda tu tapi apa yang akak tahu ia seperti air tuban dan DNA akak dan janin.Seram sejuklah juga.Apa taknya sebaik akak dibius..tapi masih separuh sedar,entah benda apa yang dia masuk melalui perut akak.Terasa juga ngilu dan punyalah sakit perut akak ditekan.Terpaksalah menahannya sebab akak tidak bergerak nanti akan timbul masalah dan membahayakan janin.

Pada permulaan semasa Prof itu sedang menjalankan ujian pertama ia tidak dapat dilakukan kerana katanya ada masalah.Ini yang buat akak serba salah sebab takut kena datang minggu depan.Dia pun suruh akak pergi buang air kecil dan besar dulu.Duduk lama dalam tandas pun takpe.Leceh betullah juga...macam mana akak nak buang air besar kalau perut tak sakit.Sebaik akak keluar tanda terus akak dipanggil lagi dan Prof itu jalankan ujian lagi.Ditekan-tekan perut akak ni...terpaksalah tahan je.Alhamdulillah akhirnya ia dapat dijalankan dengan baik.Bila akak tengok benda-benda yang dikeluarkan ngeri gak..entah apa pun tak tahulah..tapi warnanya kemerahan macam air sirap je.Nak kata darah bukan.Rasa ngilu diperut akak mulalah terasa dan dinasihatkan agar tidak melakukan kerja-kerja berat selama seminggu dua.Keluar dari bilik itu rasa macam nak melayang je.Punyalah ngantuk sebab ubat bisu tu masih adakan.

Penantian itu satu penyeksaan...akak terpaksa menunggu keputusan ujian itu sekurang2nya seminggu atau 2 minggu lagi.Semoga segalanya dalam keadaan baik dan sempurna.Doa akak tidak akan putus2 kerana inilah harapan akak yang terakhir.Doakan yang terbaik untuk akak yer.

Sampai disini dulu cerita akak dan terima kasih akak ucapkan pada yang sudi berikan kata2 semangat dan doa buat akak.Sayang semua.

Thursday, May 15, 2008

Disebalik Kisah

Hari ini akak ke KK hospital lagi untuk bertemu doktor apa entah diaorg panggil High Risk.Gitulah namanya.Wowww best tul rupa2nya jumpa kembali dengan doktor yang jumpa 5 tahun lagi."You looks familiar"tanya doktor tu.Mana taknya dulu hospital ini boleh dikatakan rumah kedua akak sebab arwah Hilmi juga dirawat disini."do you still remember me" akak bertanya pula."of course when I read ur file".He's a nice guy.Sayang kalau berbangsa melayu mesti hensemkan...pasti tak tidurnya..hihihi amboi mengada pula.

Pertemuan hari ini bukan untuk buat apa-apa pun cuma datang jumpa doktor tu untuk menceritakan tentang risiko-risiko semasa hendak membuat ujian CVS nanti.Cuma ikut prosedur biasalah sebelum ujian.Menunggu punyalah lama.Tapi yang paling best hari ini akak tak perlu bayar untuk perjumpaan dengan doktor..free of charge!!Tak taulah kenapa??sebab klinik A ni bukan klinik biasa ia adalah klinik specialist yang harga bayarannya bukan ikut subsidi.

Nothing much stories could I sharing here.Laporan berhenti disini seketika.Tunggu jelah cerita lagi 2 mingggu yer.

Sunday, May 11, 2008

Hari Ibu

Mothers Day Comments
Mothers Day Comments ~ Myspace Comments

To All MUMS...enjoy your day today.All Mothers are special and your love are great.

Friday, May 02, 2008

Pertemuan Pertama

Maaflah semua kerana masih sudi melawat akak disini.Bukan apa terasa malas betul nak ngadap pc nie...hihihi.Hari ini baru ada mood nak update berita pertemuan akak dengan pakar hari tu.

9.45 am: Sampai awal terus g makan dulu.

10.15 am:Terus ke Specialist Clinic A.Kena register dulu.Lepas tu ambil no untuk scan dan sementera tunggu scan ambil ukuran berat (baru je 53.6) dan ketinggian berserta urine test dan BP.Segala2nya ok.

11.05 am: Baru no bilik scan akak keluar terus ke bilik scan.Kandungan akak baru masuk 8.4 minggu masa tu.Bila tengok heart beat janin segalanyanampak normal.Teruja kejap.Lama tak mengandungkan.

11.30 am:Baru dapat jumpa doktor.Berceritalah tentang masalah dulu dan doktor terus buatkan appoinment dengan bahagian genetik.Dari bahagian genetik akak disuruh ambil darah dulu untuk buat CVS nanti.Tarikh untuk buat CVS test akan dilakukan pada 27 May.Masa itu janin dah berumur 11 ke 12 minggu baru boleh test tu dibuat.

12.30 am:Kembali ke bilik doktor dan disuruh ambil darah lagi.Laaaa tadi tak cakap sekali...baru lepas ambil darah tangan kanan.Nurse tu pun cakap tadi tak suruh ambil sekali..kenalah ambil kat tangan kiri pula.Masa ambil darah yg first je dah pening2 lalat.Nak kena ambil kali kedua pula..lagilah pening2 nyamuk..hihihi.Semuanya dah selesai.

12.45 am:Tunggu untuk buat pembayaran dan next appointment.15 May kena berjumpa dengan High Risk doktor pula.

1.15 am:baru selesai ambil ubat dan terus ambil teksi balik.

Jadi untuk berita terkini tiada menarik sangat,kenalah tunggu berita selepas 27 May nanti.Hati akak pun tengah berdebar-debar ni.Terima kasih semua atas kata2 semangat buat akak.Insya Allah segalanya dalam keadaan baik nanti.

Friday, April 25, 2008

Tagged by Chii

Sorry Chii,akak lewat jawab tag nie.

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

1~b'jiwa lembut n sensitif tp klu kena serang boleh cepat meletup tau.
2~mudah berkawan tp klu org tak suka lebih baik jauhkan diri.
3~suka jalan sorang-sorang sebab senang nk g mana2.
4~tak pandai nak pujuk orang.
5~kadang2 tu keras hati.
6~kalau hati terluka...parutnya susah nak hilang.
7~klu g shopping tak leh lama2 nnt sakit kepala.

7 THINGS THAT SCARE ME:

1~dosa sendiri
2~bertemu Allah Yang Satu
3~kalau sakit gigi.
4~first time g interview
5~ular,ulat2 dan jenis2 cacing...eeeee
6~menantikan keputusan bayi dlm kandungan ni
7~klu diri ini dibenci orang

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1~Iris-Awie
2~Harum Subur Dihati-BPR
3~Andai Ku Tahu-Ungu
4~La Bamba-Los Lobos
5~Kali Terakhir Ku lihat Wajahmu-Uji Rashid.
6~Salam Terakhir-Sudirman
7-Madu Dan Racun-Arie Wibowo

7 THINGS I SAY THE MOST:

1~bedek ah.
2~yelah tu.
3~errmm
4~ikut jelah.
5~ok je.
6~boleh blah.
7~boiing.

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1~Diri Sendiri
2~Suami dan anak2
3~Keluarga
4~My 2 cats
5~Koleksi peribadi (adalahhh)
6~My 2 h/p
7~entahhhh.

7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

1~Pernah tersalah naik bas masa skola..sedar tak cukup duit jln kaki hampir 4 batu
2~First Love at 15 tp tk pernah dating pun..cinta monyet je hihihi.
3~Jatuh motosikal masa belajar sampai terbalik.
4~Jatuh hati tapi kat tunang orang...frust menonggeng tul!!
5~Lari rumah masa remaja-tp g umah mak sedara laaa.(naughty tul)
6~Wanita pertama jd teknisyen d tempat keje dulu.
7~Merantau bawa hati yg lara-terus ketemu jodoh.

Saturday, April 19, 2008

Cerita Tentang Kehamilan

Aduhhh...sabar jelah yer.Baru nak masuk 6 minggu tanda-tanda awal kehamilan dah bertandang dah.Seronok dan tak sabar bila dapat tahu dah hamil tetapi nak menanggungnya memanglah payah.Bukan payah apa,cuma diawal kehamilan nie kenelah tahan sabar.Rasa loya dan nak muntah itu biasalah bagi orang mengandung.Rasa-rasanya dah turun berat badan akak nie cuma perut je yang naik..hehehe.Mana taknya malam je tak dapat nak makan nasi.Dah seminggu jadi begini.Makan merapu je nasib baik dapat telan roti.Bau nasi yang dimasak pun menganggu rongga tekak.Lapar tu memang lapar sampai pedih juga perut ni tapi nak buat macam mana dah tak boleh telan.

Ada rasa nak muntah tapi akak cuba tahan je.Badan asyik angin dan sendawa usah dikira lagi.Sebelah pagi pun tak makan banyak tapi suka sangat makan mee soto.Tengahari pun loya,lebih-lebih lagi bila start nak masak macam-macam bau masuk dekat lubang hidung ni...hihihi.Masak pun skit je untuk suami makan.Sekarang ni kena tahan hidung jelah..sampai bau badan suami pun dah nak rasa loya...tapi tak gitau dia..takut kecik hati dia pula.Pandai-pandailah kontrol sendiri.Letak je minyak kapak ke vicks ke!!

Kalau buat kerja rumah yang berat sikit mulalah kejang perut ni sampai ke malam dan pinggang bukan main sakit.Rasa nak pitam pun ada.Bila dah rehat kejap lega rasanya.Lain kali kenalah buat keja sikit-sikit,biar lambat asal selamat...khe..khe..khe.Apa-apa pun memang seronok melayan karenah diri sendiri.Badan sendirikan...sendirilah jaga yang penting baby sihat dan kuat.Itu yang akak harapkan.Insya Allah.

Tuesday, April 15, 2008

Tag Dari Kak E


Bahagian pintu.C Ayie la nie sibuk nak tampal.


Bahagian atas esbok.


Bahagian bawah dan tempat sayur.


Bahagian tepi.

Kak E bagi tag ni,pasal esbok.Maaf yer kak E lewat buat.Tak cantik dan kecil je esbok saya kak E sebab tuannya rendah je jadi kenelah beli esbok yang rendah juga..hihihihi.Esbok saya jenis brand lama,sekarang nie orang tak pakai lagi dah.Asalkan muat barang2 oklah.Saya memang tak suka simpan stok banyak-banyak nanti tak cukup tempat pula.Sudi2lah tengok esbok saya ni yer.

Wednesday, April 09, 2008

Detik-detik Terindah

Al-fatihah buat permata ibu-Hilmi...

Walaupun dirimu telah tiada kini,namun izinkan ibu mengingati hari kelahiranmu hari ini sayang.Hilmi,andainya dirimu masih disisi ibu..tahun ini akan genaplah 6 tahun usiamu.Mengimbas kembali detik-detik melahirkanmu memang tiada rasa kesal dalam diri ibu.Walaupun ibu terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat hampir 14 jam didalam wad bersalin namun segalanya begitu manis untuk dikenang.Sehinggakan ibu terpaksa mengambil suntikan epidural untuk menenangkan rasa sakit dan kebas sehinggakan ibu muntah dengan banyak sebaik Hilmi dilahirkan.Segala kepayahan dan keperitan hilang sebaik mendengar tangisanmu sayang.Percayalah sayang ibu tidak pernah menyesal.

Kehadiranmu pada awalnya bukanlah yang dirancang tetapi adalah secara kebetulan dan itu bukan bermakna ibu tidak menanti-nantikan kelahiranmu.Ia satu anugerah buat ibu dan ayah.Diawal perkembanganmu segalanya dalam keadaan baik dan sihat malah Hilmi lebih gebu dan agak montel.Tidak ibu sangka ia hanyalah sementera.Tanda-tanda penyakitmu mulai mengganti keceriaan yang telah mengisi ruang kehidupan kita sekeluarga sebelum ini.Apakan daya segalanya sudah kehendak Yang Esa.Naluri hati ibu sudah dapat merasainya apabila melihat tiada perubahan dari bulan ke bulan namun begitu ibu cuba untuk menepisnya dan menidakkannya.Ia benar-benar menjadi kenyataan bila Hilmi sudah disahkan mempunyai penyakit yang sama seperti arwah kakak Wani.Bermulalah satu kehidupan yang mencabar buat ibu dan ayah.

Alhamdulillah..walaupun pada mulanya kehidupan ibu agak tertekan untuk dilalui,namun apabila melihat semangat Hilmi yang begitu kuat sekali melawannya membuatkan ibu mendapat kekuatan dan kecekalan.Dikaulah sumber inpirasi buat ibu sayang.Hilmi yang menghadapinya lebih derita dari ibu yang melihatnya.Pada hakikat yang sebenar,ibu memang tidak berupaya melihat penderitaanmu dan sampaikan ibu pernah berdoa seandainya ia boleh ditukar ganti dan dijamin Hilmi akan menjadi seorang anak yang normal,ibu sanggup dan rela untuk memberikannya walaupun nyawa ibu sekalipun.Tetapi Allah tidak mengizinkannya dan Dia lebih Mengetahui akan sesuatu.

Namamu pantang sekali ibu sebut,pasti airmata ini berjurai-jurai jatuh.Segala memori akan satu persatu kembali ibu imbasi.Malah untuk menatapi potretmu jua tidak dapat ibu lakukan kerana ibu tidak dapat menahan kerinduan dan rasa sebak amat2 terasa didada ini.Izinkan ibu mengakhiri bait-bait ayat disini.Izinkan ibu juga untuk melafazkan SELAMAT ULANGTAHUN KE 6 buat bidadari syurga ibu, Zulhilmi.

Friday, April 04, 2008

Sah Dan Pasti

Untuk episod permulaan ini pada awalnya ingatkan nak jumpa doktor minggu depan tetapi kerana tidak sabar nak dapatkan kepastiannya akak terus jumpa doktor petang semalam di poliklinik.Sudah lama juga nak berkunjung ke sana jadi agak bingung juga sebab suasananya dah bertukar.Akhirnya doktor di Poli sudah mengesahkan memang akak sudah hamil.

Pemeriksaan akak bukan seperti ibu-ibu yang lain sebab akak terpaksa menceritakan sejarah akak jadi pemeriksaan di Poli tidaklah lama sangat diawal kehamilan seperti ini.Akak memang terpaksa buat pemeriksaan dan berjumpa pakar di hospital.Pihak Poli uruskan temujanji akak ke hospital.Jadi tarikh yang akak harus pergi ialah 29 April ini.Pertemuan pertama dengan pakar nanti adalah membuat scanning untuk memastikan janin akak sudah masuk berapa minggu.Selepas ini pasti mereka buatkan temujanji untuk pemeriksaan ujian CVS.

Memang berharap sangat agar segalanya dalam keadaan baik.Akak tidak mahu fikirkan apa-apa.Akak juga tiada pilihan selain terpaksa membuat pemeriksaan ini.Akak akui semuanya Allah swt yang menentukan tetapi sekiranya akak tidak melakukan ujian tersebut dan ditakdirkan terjadi apa-apa seperti dahulu lagi,mereka tidak mahu bertanggungjawab.Bukan akak ingin melanggar qada dan qadar tuhan tetapi kalau boleh akak ingin menikmati kesempurnaan bekeluarga seperti insan lain juga.Inilah sajalah harapan akak dan kehamilan ini juga akan menjadi yang terakhir buat akak sekiranya berita keputusan ujian itu tidak baik.Akak tidak sanggup melihat seorang lagi anak yang menderita dan tidak sanggup lagi kehilangan insan yang akak sayang.

Sekarang ini akak hanya mampu berdoa dan berharap agar segalanya dalam keadaan sempurna.Insya Allah dengan berkat doa-doa dari kalian disini akak akan mendapat kebaikannya.Terima kasih semua diatas kata-kata semangat dan nasihat yang ditujukan buat akak.Olehlah akak berhenti dahulu disini.Bertemu di episod mendatang.

Thursday, April 03, 2008

Tagged Dari Nizie.

Dapat satu lagi tag,kali ini tentang handbag pula.Koleksi bag2 akak tk banyak sangat dan takdelah mahal2 pun.Semua yang murah dan simple je.Dari yang besar,kecil,bertali panjang dan pendek juga backpack.Akak juga kalau nak pergi mana2 suka tukar2 bag.


Antara barang-barang yang ada dalam h/bag akak ialah:
1.dah tentulah bag duitkan.
2.payung.
3.kunci.
4.tisu.
5.handphone dan...
6.kad ezlink (utk naik bas).

Ini pula apa yang ada dalam bag duit akak:
1.duit kertas..dah tentulahkan.
2.duit syiling.
3.kad pengenalan.
5.kad bank.
6.berbagai jenis kad diskaun.
7.setem.
8.berbagai jenis kad klinik dan..
9.berbagai jenis plaster.

Tuesday, April 01, 2008

Akhirnya...

Bagaimana agaknya akak hendak menyampaikan berita gembira disini yer.Hari ini akak begitu gembira sekali dan bersyukur dengan pemberian Allah ini.Akhirnya dengan berkat usaha akak dan suami selama hampir 5 bulan (untuk planning) beserta doa dan kata-kata semangat dari kalian semua,hari ini akak ingin mengesahkan akak telah pun hamil.Tidak dapat akak gambarkan perasaan kegembiraan ini.Bersyukur teramat-amat.Sebelum ini akak buat ujian sendiri semuanya gagal dan hampa.Sehingga dirasakan seolah-olah tiada peluang lagi,tetapi akak silap..tuhan itu Maha Mengetahui.Setelah akak pastikan haid akak tidak datang hampir 4 hari akak terus buat ujian.Mungkin minggu depan baru akak bertemu doktor.Akak rasa kandungan akak ini baru je masuk 3 minggu.Namun demikian akak tetap berasa takut dan gusar kerana akak perlu untuk menjalani ujian CVS untuk memastikan janin akak negatif SMA.Akak akan menjalani ujian itu sebelum 12 minggu kehamilan.Akak berharap kegembiraan ini akan berkekalan dan akan hadir seorang lagi permata dalam keluarga akak.Doakan akak agar segalanya dalam keadaan baik k.Akak sekeluarga benar-benar berharap kali ini.Semoga Allah makbulkan doa dan hasrat akak.

Friday, March 28, 2008

Rahsia Al-Kautsar

"Inna a'kthoina'kalkautsar,
fashallilirab bika wanhar,
innasha nia'kahuwal abtar".



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,
sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,
Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.

Wassallam.

Thursday, March 27, 2008

Happy 41st

Myspace Comments
To my dear husband I wanna wish A Happy Birthday to u today.May Allah bless u and will be a good husband and father to us.My prays will always be with u.Love u.

Monday, March 24, 2008

Perjumpaan

Hari jumaat yang lepas seorang teman blog telah sudi meluangkan masa ke Singapura.Kak Sakura bersama seorang temannya dari KL akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke sini.Dari JB kak Sakura dan temannya dijemput oleh mamajambu,seorang lagi rakan blog yang tinggal di Singapura.Pada mulanya nak rancang pergi bersama menjemput mereka tetapi tergendala sebab passport pula dah 'mati'..hihi.Sampai di sini kak Sakura melawat dahulu ke rumah kak Elle.Kami dihidangkan dengan hidangan mee rebus dan nasi lemak.

Dari rumah kak Elle kami ke Sentosa.Pada mulanya dalam perjalanan untuk ke Vivo City kami terbabas sampai ke Marina.Orang Singapura pun tak tahu jalan..sampai terlajak.Dari Sentosa kami singgah ke Vivo City.


Permandangan di Vivo City.

Ayie juga turut serta.Body guard..hehe.

Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul 1429H

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:



"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA TEMAN-TEMAN BLOG yang sudi berkunjung ke sini.

Monday, March 17, 2008

PAGAR DIRI

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari)

Saturday, March 15, 2008

Tagged by Mama J

I have been tagged by mamajambu.The tagging is about 5 favourite link and here is my listing.Sorry mama just update now.

My Favourite links;

1.http://www.blogger.com/--to update my blog then in the same time dropping by frenz blog too.

2.http://www.formula1.com/--the racing sport website (I'm FERRARI fans).

3.http://multiply.com/--another home 4 my blog.U r wanna visit it.

4.http://forum.cari.com.my/--anything information and artists gossip u can read here.

5.http://www.yahoo.com/--to check out my email.


Oooppppss...sorry mama I dun want to passing to any bloggers.Just stop it here ok.Kalau asyik passing je bila nak game..hihihihi.

Sunday, March 09, 2008

Tidur Yg Patut Dibangunkan

Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :

1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis
2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid
4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar
5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi
berada di tempat teduh
6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan
solat adalah makruh
8. jika tidur selepas azan
9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan
sebagai makruh
10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas.
Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh
11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu
“tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya
12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan
oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini
Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air ke mukanya

Sumbangan Suterakasih85 (Hanan Network.)

Wednesday, March 05, 2008

Penghargaan 2

Terima kasih Iyandz...wanginya bunga tu..hihihi.Tiada kata-kata indah yang dapat akak lakarkan kerana penghargaan sebegini benar-benar amat bermakna buat akak.

Noushy....pertama kali akak kenal Noushy,akak sangkakan Noushy adalah gadis melayu kerana bait-bait ayat yang Noushy tulis tidak ubah seperti orang melayu.Tidak disangka akak mengenali seorang gadis British yang petah berbahasa melayu.Akak kagum dengan Noushy.Perkenalan dengan Noushy benar-benar akak hargai.Walaupun kita tidak pernah bersua,namun akak percaya Noushy seorang gadis yang baik dan lembut budi bahasanya.Seronokn rasanya dapat mengenali Noushy dan terima kasih sekali lagi kerana Noushy sudi menerima akak sebagai sahabat.Pertalian ini tidak akan berakhir sehinggalah ke hujung nyawa...InsyaAllah.Thanks again my dear.You are so sweet and nice.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Shayz....terima kasih yer!!Macam kat hollywood dah pula..ada bintang utk akak...hehehe.Sebenarnya akak amat gembira kalau akak dapat menolong.Bukan besar mana sangat pun setiap pertolongan yang akak hulurkan.Nilai persahabatan inilah yang lebih bernilai.Walaupun kita hanya mengenali diantara satu sama lain hanya diruang maya,namun ikatan persahatan ini benar-benar utuh.Insya Allah suatu hari nanti kita pasti ketemu jua.

Saturday, March 01, 2008

Dedikasi Buat Teman



Diam tak diam sudah hampir 4 tahun juga akak telah menceburikan diri dalan dunia blog ini.Ramai juga yang akak kenali.Dari usia yang muda malah ada juga yang sebaya dan tidak kurang juga yang lebih senior.Sewaktu akak mula-mula berblogging hanya sekadar ingin meluahkan rasa hati agar akak dapat melepaskan rasa kegelisahan yang sedang melanda kehidupan akak dikala itu.Pasti ramai juga yang telah tahukan keadaan akak dahulu.Sekarang ini bilangan yang akak kenali semakin ramai...samada yang masih aktif atau tidak.Rasa-rasanya boleh ke dibilang dengan jari nie??..hihihi.Sewaktu akak sedang melalui kesedihan..kalianlah yang sudi menemani akak.Memberikan kata-kata semangat agar akak mendapat kekuatan melalui kehidupan ini dengan lebih tabah lagi.Terima kasih akak ucapkan.Memang tiada kata-kata yang indah dapat akak tintakan disini hanya ucapan "terima kasih" yang tidak terhingga buat semua.Sebagai membalas budi baik kalian dengan rasminya akak memberikan replika ini kepada nama-nama yang layak untuk menerimanya.Antara NAMA-NAMA pemenangnya ialah:

1.SYARI,NASH,NOUSHY-SYAH,SHAI,
2.KAK LONG,KHATY,HONEY,RETNA,DHEQCHIK,
3.CARNEYZ,AZA,MEERA,FYSAL,ELLY,CHII,NUUOL,
4.ACAI,KAK SAKURASA,ZAM,CD,ABANG AM,RYNZ,
5.IYANDZ,NAZ,NIZIE,MILD,KNGAH,RICK,SHAYZ,
6.DIYA,RYZAL,MAMA J,KAK E,SHE_DA dan AZUNA.




Buat mereka yang namanya tidak tercatit dalam penerimaan anugerah ini akak mohon kemaafan kerana ramai sangat yang akak tidak dapat ingat tetapi kalian yang telah lama mengenali akak terimalah juga anugerah ini sebagai tanda ingatan.Diharapkan yang tidak disebut namanya janganlah berkecil hati yer...sudilah menerimanya juga yer.

Friday, February 29, 2008

Penghargaan.

Semakin ramai yg sudi menghargai akak.Terima kasih banyak-banyak Chii.Tiada ucapan yang indah dapat akak tintakan disini,amat terharu rasa hati mendapat penghargaan.Terasa macam menang grammy award dah pula..hehehe.


Satu lagi penghargaan,kini dari Syari.Akak masih ingat masa mula-mula akak mengenali dunia blog ini akak kenal dengan Syari melalui forum carikan.Masa itu akak belum glamer lagi..hihih.Terima kasih banyak-banyak Syari kerana sudi memberikan penghargaan sebegini.Tak tahu akak nak tulis apa lagi..rasa amat terharu sangat ni.


Wednesday, February 20, 2008

Anak Kedua

Terima kasih pada kalian yang sudi mengunjungi teratak buruk akak nie.Almaklumlah akak kejap ada kejap takde.Lama juga tak update kat sini,jadi sempena mencari bahan cerita akak pun ambillah kesempatan disini untuk memperkenalkan anak angkat kedua akak nie.Yang pertama dulu dah besar dah...dah jadi anak bujang dah pun.Comelkan...ada cam mak angkat dia tak..hihihi.

Namanya Dino.Oklah akak takde cerita menarik nak kongsi dengan kalian.Sampai disini pertemuan kali ini.

Monday, February 11, 2008

Dalam Kenangan

Sudah hampir 9 tahun masa berlalu dan hari ini adalah hari yang telah memisahkan kita didunia ini buat selama-lamanya,namun ingatan terhadapmu Wani tidak mungkin akan pudar dari kotak memori ibu.Walaupun hanya 9 bulan dalam rahim ibu dan 13 bulan didunia ini,ibu puas dan gembira melahirkan dan menjagamu sayang.Semoga Wani berbahgia disisiNYA dan ibu berharap semoga dengan keizinanNYA suatu hari nanti ibu pasti dapat bertemumu jua.Sekiranya hayatmu masih ada sehingga kini pasti ibu dapat melihat Wani membesar menjadi seorang gadis yang pasti cantik
dan comel dimata ibu sayang.Pergimu tiada penggantinya dan hati ibu
masih lagi menangis sayang.Mana mungkin dapat ibu luputkan segala-galanya dari ingatan ibu selagi hayat ibu dikandung badan.Mengenang detik-detik penderitaanmu dulu lebih memeritkan hati ibu.Kini dirimu tidak lagi dalam kesakitan,ibu pasti Wani bersyukur kerana menjadi salah seorang hamba yang istimewa.Pusaramu menjadi tempat ibu melepaskan kerinduan.Kasihmu abadi selama-lamanya dan ibu berharap Wani temanilah adikmu Hilmi disana.Potretmu tidak upaya ibu tatapi,semakin ibu renungi gambarmu semakin airmata ibu mengalir deras bertubi-tubi jatuh membasahi kelopak mata ibu ini.Biarpun sekuat mana,ibu tetap tewas pada usikan kenangan bersamamu dahulu.Izinkan ibu terus mengenangimu sayang.

Friday, February 08, 2008

A Big Thanks

Buat rynz....terima kasih akak ucapkan atas penghargaan rynz untuk kerana nama akak masih abadi dalam ingatan rynz.Semoga persahabatan kita akan berpanjangan walaupun kita tidak pernah bertemu wajah.Insya Allah suatu hari nanti kita pasti ketemu jua.

Terima kasih anis kerana nama akak masih lagi terpahat dihati anis.Tiada kata-kata indah yang dapat akak ukirkan disini.Hanya doa yang dapat akak lakarkan dengan harapan agar perhubungan dan persahabatan kita diruang ciber ini akan berpanjangan.Amin.

Friday, February 01, 2008

Tagged

Sorry Syari..akak just answered it now.


1. Name one person who made you laugh last night?
My one and only Ayie.

2. What were you doing at 0800?
It morning or night arrrr??Go to wet market if night just watching tv.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Infront of computer update my blog.

4. What happened to you in 2006?
Losing my little angels Hilmi after 5 years he was sufferred with genetic disease.

5. What was the last thing you said out loud?
Not remember.

6. How many beverages did you have today?
Just 2.....coffee and nasi lemak.

7. What color is your hairbrush?
Black.

8.What was the last thing you paid for?
"Pasar thing".

9. Where were you last night?
Just at home doing my knitting until midnight.

10. What color is your front door?
Brown and orange.

11. Where do you keep your change?
In my purse.

12. What’s the weather like today?
Windy and cold.

13. What’s the best ice-cream flavor?
Vanilla,hazelnut,almond and chocolate.

14. What excites you?
When I'm comfortable with what I'm doing.

15. Do you want to cut your hair?
Already cut it.

16. Are you over the age of 25?
Of course...more older already..hihihi

17. Do you talk a lot?
When I'm excited.

18. Do you watch the O.C.?
Yes.

19. Do you know anyone named Steven?
No.

20. Do you make up your own words?
Not really..

21. Are you a jealous person?
A bit.

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Ermmm...still thinking.Maybe none.

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Ermmm...still thinking.Maybe none.

24. Who’s the first person on your received call list?
My husband.

25. What does the last text message you received say?
Promotion."You win this handphone when you sign up...bla..bla..."

26. Do you chew on your straw?
No.

27. Do you have curly hair?
No.

28. Where’s the next place you’re going to?
The kitchen.

29. Who’s the rudest person in your life?
Not one.

30. What was the last thing you ate?
My breakfast.

31. Will you get married in the future?
I'm already married.Just once and forever.

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
None.

33. Is there anyone you like right now?
Of course myself.

34. When was the last time you did the dishes?
Just this morning.

35. Are you currently depressed?
So far no but when my heart beating I will.

36. Did you cry today?
Nope.

37. Why did you answer and post this?
I've been tagged by Syari.

38. Tag 5 people who would do this survey.?
Stop here.

Thursday, January 31, 2008

Masih Disini

Terima kasih akak ucapkan buat semua yang sudi mengisi masa kalian untuk berkunjung ke teratak buruk akak ini.Hampir dua minggu akak tidak keudara di ruang blog ini namun kalian masih sudi mengingati akak.Terharu rasa hati.Pasti ada diantara kalian yang tertanya-tanya kemanakah akak menghilang?Sebenarnya akak masih disini cuma keadaan yang tidak mengizinkan akak untuk mengadap komputer.

Cuma kekadang itu hilang seketika rasa untuk berblogging.Entahlah kenapa?Kalian pasti telah membaca cerita akak tentang hasrat akak untuk mengandung lagi dalam episod yang lalu.Memang akak berharap dapat berkongsi kegembiraan itu dengan kalian tetapi rezeki akak masih belum ada sehingga kini.Akak masih mencuba cuma kekadang itu rasa kekecewaan tidak dapat akak tepis.Sebagai insan yang lemah dan daif akak juga tidak dapat lari dari perasaan mengalah malah hampir-hampir akak ingin mengundur diri.Akak diberikan masa 6 bulan untuk mencuba secara normal selepas itu sekiranya masih gagal akak sendiri tidak pasti adakah akak perlu membuat secara IVF pula iaitu pemprosessan secara luaran.Serba salah juga akak dibuatnya.

Sekarang ini akak masih mencuba secara normal dan dibantu dengan vitamin.Kadang-kadang akak terfikir juga mengapa agaknya sukar sekali untuk akak mengandung lagi.Adakah kerana faktor usia atau kerana akak pernah mengugurkan kandungan semasa arwahnya masih ada dulu menjadi punca utamanya.Akak tidak menyalahkan takdir Illahi,segalanya akak terima kerana akak tahu akak bukan seorang yang lemah.Berbagai dugaan dan ujian yang akak telah lalui sebelum ini segalanya akak dapat menerimanya dengan tenang.

Boleh tidak akak ingin bertanya kalian sekiranya sudi memberikan pendapat salah atau tidak pemikiran akak ini.Iaitu akak telah berdoa sekiranya ditakdirkan atau sudah tertulis akak akan melahirkan seorang lagi zuriat yang sama seperti kedua2 arwah anak akak.... akak memohon janganlah Allah izinkan ia terjadi lagi.Maka dengan itu tidak perlulah akak berharap lagi kerana akak sudah tahu jawapannya.Bukan akak tidak redha dengan ketentuan Illahi kerana bukan semua hambanya akan diuji sedemikian,akak tahu akak hamba yang terpilih.Adalah lebih baik akak tidak mengandung lagi dari akak terasa sedih dan kasihan melihat penderitaan anak akak.Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita.

Namun demikian akak masih berharap dan masih ingin terus mencuba kerana keinginan akak masih membara.Walaupun berbagai kesulitan akak terpaksa lalui sewaktu melahirkan anak-anak akak tatkala melihat sinar cahaya yang menyaluti susuk tubuh kecil yang keluar dari rahim akak membuatkan kesakitan itu hilang begitu sahaja.Memang indah menjadi seorang ibu.

Sampai disini dahulu coretan akak.Ada masa akak sambung lagi.

Wednesday, January 09, 2008

Tahun Baru 1429 Hijriah

Tahun baru islam beralih setahun lagi dan alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk menyambutnya.Ini juga bermakna rekod lama kita telah ditutup dan segala amalan tahun lalu kita tidak dapat mengubahnya lagi.Rekod baru akan dibuka dan marilah kita sama-sama memperbaiki segala kekurangan diri dan amalan agar kehidupan kita sebagai umat islam akan sentiasa diberkati dan diredhai Allah swt hendaknya.

Semoga tahun baru ini akan memberikan segala kebaikan buat kita semua dan sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhi dari segala bahaya dan malapetaka.Segala kesilapan lalu kita jadikan pengajaran.Insya Allah amalan yang baik akan menjadi bekalan kita untuk akhirat.Amin

Ya Allah...
Ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini.
Berilah hambamu ini kekuatan dalam menempuh ujianMu.
Semoga hambamu ini akan sentiasa dekat disisiMu
Ya Rabbi...
Dikaulah tempat hamba mengadu
Dikaulah tempat hamba berlindung.
Berikanlah kami cahayaMu
agar kehidupan kami sentiasa diterangi.
Amin...


Tuesday, January 01, 2008

Tahun Baru Masihi


Sweet Comments at DazzleJunction.com

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk menemui tahun baru sekali lagi.Semoga tahun baru 2008 ini akan memberikan semangat baru dan rezeki yang berlipat ganda buat kita semua.Diharapkan juga agar kita semua akan dapat menjalani kehidupan ini dengan rasa selamat dan selesa.

SELAMAT TAHUN BARU buat semua!!