Saturday, May 28, 2016

Monolog Cerpen:Cinta Tomboy

Aku sering dipandang sinis.Hina sangatkah aku? Aku bukan lesbian. Pakaian aku saja macam lelaki.Rambut aku saja yang pendek.Masih masuk ke tandas wanita.Bila solat aku tetap memakai telekung.Masih memiliki bentuk asal kewanitaan.Tidak pernah terlintas untuk melakukan pembedahan.Ya, aku memang kasar.Aku tahu bersilat.Demi mempertahankan diri aku sahaja.Kerjaku yang memerlukan untuk aku menaiki motosikal.Aku penghantar pizza.Aku sukakan perkara yang lasak.Aku tidak kisah apa orang nak kata.Aku tidak ganggu mereka pun.Biarkan.Bila penat tahulah mereka diam.

Kadang-kadang mak pun marah.Aku tahu.Mak sedikit kesal. Dia mengharapkan anak lelaki sewaktu mengandungkan aku.Mungkin ini penyebabnya.Tapi aku percaya perancangan Allah.Segala tugas berat dirumah aku yang buat. Semua itu sudah berlalu.Mak tetap nak aku jadi seorang wanita sejati. Penat dia berleter.Jenuh sudah dia membebel. Aku hanya diam seribu bahasa.Buat-buat tidak mendengar.Mungkin mak risau.Mak takut aku tak kahwin.Aku serahkan saja padaNya.Aku percaya jodohku ada.Aku juga ada perasaan untuk memiliki seorang lelaki idaman.Setiap solat aku berdoa. Minta aku cepat dapat jodoh.Jodoh yang boleh membimbing aku.Usiaku hampir mencecah ke 30an.Kedua-dua adik perempuanku sudah berkahwin.Kakakku juga.

Dani, sahabat baikku sejak sekolah menengah.Dia saja yg hormat pendirian aku.Sebenarnya aku memang suka dia.Dia saja yang tidak tahu.Sejak dari sekolah lagi.Kini aku harus melupakan saja.Dani sudah bertunang.Mulanya aku kecewa.Ya, pernah terlintas rasa cemburu.Ingin juga aku menjauhkan diri.Putuskan persahabtan kami. Tapi untuk apa? Dani tidak tahu perasaan aku.Jika aku luahkan pun nanti aku yang malu.Siapalah yang sudi bercinta dengan perempuan kasar seperti aku.Aku takut hilang Dani jika dia tahu.Aku takut dia tertawakan aku.Tahun depan mereka akan bernikah.Aku akur.Aku pasrah.Aku gembira jika dia bahagia.Demi persahabatan aku terima.Aku tidak rela hilang sahabat sejati.Doaku sentiasa untuk dia.

Masa berlalu dengan pantas.Dani semakin sibuk dengan persiapan majlisnya.Entah mengapa? Aku muka terasa lain.Cemburuku makin menebal.Bila Dani tidak banyak meluangkan masa denganku lagi, aku jauh hati.Hubungan kami semakin jauh.Aku bawa diri.Cuba mengelak agar perasaan cintaku terhadap Dani dapat aku kikis.Tetapi gagal.Aku lemah.Makin aku jauhkan diri makin menebal rasa cintaku terhadap Dani.Disetiap solat aku berdoa.Mohon diluputkan perasaan ini.Tetapi mengapa? Ia terus menebal dihati aku.Aku sendirian menangis sepanjang malam.Belum pernah aku begini.Dani sedar perubahanku. Aku tidak selincah dahulu.Banyak berdiam diri bila berjumpa Dani.Aku putuskan untuk pergi jauh. Aku luahkan pada Dani. Aku bohong pada Dani.Aku kata bos nak aku pergi latihan selama 6 bulan.

Lagi 2 bulan Dani akan bernikah. Dani sedikit kecewa.Dia tidak gembira jika aku tiada dimajlisnya.Aku yakinkan dia akan datang ke majlisnya nanti.Terpancar rasa gembira diraut wajah Dani. Dia kembali bersemangat.Tapi itu tidak mungkin. Aku tak rela melihat Dani menjadi milik orang lain. Aku pasti terseksa. Aku harus tinggalkan Dani.Setelah berkahwin dia pasti tidak punya waktu lagi untuk lepak denganku.Walaupun gayaku seperti lelaki, aku tetap seorang wanita tulen. Pasti isteri Dani cemburu.Aku tidak rela jadi penyebab.Aku harus pergi.

Semenjak dihari pernikahan Dani aku tidak menghubungi dia lagi. Aku tidak hadir seperti yang aku janjikan. Aku tahu Dani tentu marah. Sudah pasti dia tidak akan mahu berjumpa dengan aku lagi.Aku sudah bersedia kehilangannya.Aku sibukkan diri dengan kerja.Aku mohon dengan bos untuk ditukarkan ke bandar lain.Aku tidak rela mengenang semua kenangan bersama Dani disini.Aku mahu mulakan hidup baru.Cintaku masih ada untuk Dani.Kata orang jika kita sayangkan seseorang kita harus melepaskan dia. Aku akan cuba. Akan akan cari cinta baru.

Hampir 3 bulan aku disini.Tempat baru. Bandar baru.Yang pasti tiada memori yang aku bawa.Namun aku tidak dapat membohongi diri. Cinta Dani aku tetap bawa.Aku cuba mengubah identitiku. Aku mula berpakaian seperti seorang wanita walaupun kaku.Rakan sekerja tersenyum sinis dengan perubahan aku.Aku tidak kisah.Aku mesti lupakan Dani.Tetapi bila Dani akan pergi dari aku? Aku tak kuat. Aku cuba dan cuba tetapi mengapa? Dani tetap ada dalam hati aku.Perasaan aku makin kuat. Debaran jantung aku makin kencang. Kenapa dengan aku? Penyelia beritahu akan datang bos baru ke sini. Aku tidak sabar hendak tahu.Debaran jantungku tiba-tiba kencang.Siapakah dia?

Aku terkedu.Aku nampak seseorang. Kenapa dia disini? Aku hilang arah. Aku cuba untuk lari.Kakiku berat.Debaran hatiku makin kuat. Aku malu untuk menatap wajahnya.Rasa bersalah juga ada kerana aku tidak kotakan janji. Dani didepan mataku. Dia tersenyum lebar. Dia menghulurkan tangan.Aku cuba untuk tidak sambut.Tanganku longlai. Dia bisikkan sesuatu. Aku terpaku.Adakah aku salah dengar? Tidak!! Aku pasti ayat-ayat yang Dani bisikan.Dia cintakan aku.Dia datang untuk aku.Dani tidak sedar selama ini dia juga cintakan aku.Dia rasa bodoh sangat kerana tidak tahu selama ini.Dia juga sangka aku anggap dia sebagai sahabat.Sehari sebelum hari pernikahan, Dani batalkan pertunangannya.Dia cuba cari aku.Aku tersipu malu.Mukaku menjadi merah.Masih tidak percaya.Itulah hakikatnya.Aku sambut tangannya.Aku genggam cinta ini kuat-kuat. Aku tak mahu lepaskan lagi. Tidak akan.Aku pasti!!!

Friday, May 27, 2016

Bidadariku.

Assalammualaikum sahabat.

Tanggal 5/5/2016 genap sudah 10 tahun bidadariku Zulhilmi Sanusi pulang ke pangkuan Pencipta. Tidak terasa olehku bertapa cepatnya masa berlalu pergi.Percayalah sayang tidak pernah sesaat pun ingatan terhadapmu hilang dari memori kami.Kau hadir sebagai amanah dan tanggungjawab kami ibu ayah menjagamu walaupun hadirmu hanya untuk seketika.Kau pergi ibarat permata berharga yang akan bernilai untuk kami kerana engkau insan terpilih untuk menghiasi taman syurga.

Melihat kekuatanmu mengharungi keadaan fizikalmu yang kurang sempurna memberikan ibu semangat untuk terus memikul tugas yang dirasakan amat berat ini.Dikaulah inspirasi ibu.Ibarat jururawat peribadi kepadamu ibu harus belajar bagaimana harus menguruskan segala bentuk peralatan yang sepatutnya hanya dilihat di hospital tetapi alat-alatan ini ada di rumah.Setiapkali melakukannya pasti ada rasa risau dan takut jika ada kesilapan yang ibu lakukan.

Hayatmu hanya mampu bertahan selama 5 tahun, namun itu sudah cukup berharga buat kami.Harapan kami semoga kita akan bertemu kembali.Kami ingin melihat keindahan rupamu sayang.Bidadari kami Siti Hazwani dan Zulhilmi, terima kasih kerana kalian pernah mengisi tempat dan ruang dirahim ibu.Kalian pernah membuatkan ibu lupa pada kesakitan melahirkanmu.Kalian membuatkan ibu menjadi seorang yang kuat dan tabah. Kalian membuat ibu merasakan diri ini bertuah kerana dipilih untuk memiliki anak istimewa.

Dunia ini memisahkan kita sayang. Kita akan bertemu kembali jua.Inshaa Allah!! Ia adalah harapan dan doa setiap hamba yang memiliki anak syurga ini.Allah memilih kami dan kami terpilih kerana kasih sayang Allah.Dia Maha Mengetahui.Kami pohon semoga kami terpelihara dari godaan syaitan dan kuncu2nya yang memang berniat untuk menghancurkan umat manusia.

Izinkanku mengakhiri coretan ini sehingglah dipertemukan kembali disini lagi.Ku mohon undur diri dan maaf kupinta andai ada salah dan silap buat sahabat semua.


Masih Disini.

Assalammualaikum sahabat

Fuhhh berabuk jugalah blog ni. Lama rasanya tidak menulis.Kini cuba untuk kembali mencari idea dan cerita yang hendak dilakarkan di blog usangku.Alhamdulillah masih diberikan kudrat dan kekuatan untuk menulis.

Tajuk yang asal Kisah Aku... Seorang Ibu telah ku tukarkan kepada Pena dari Sebuah Lukisan Kehidupan.Sekarang lebih mudah Blogger boleh dimuat naik dari Play Store.

Banyak penceritaan yang mungkin dan ingin ku kongsikan dari tajuk blogku kali ini.Inshaa Allah.

Tungguuuuu.

Wednesday, September 05, 2012

Rindu Blogku...

Assaalammualaikum..
Sudah sekian lama rasanya tidak menjenguk ke blogku ini.Kesian blog yg kutinggalkan..sepi sesepinya....sampainya hati ku meninggalkan blog ku ini...huhuhu.

Insya Allah...lepas ni akan ku cuba menjenguk2 blogku.Memang ketandusan idea sekarang ini...ahhh tulis laa apa aje...lama dah tak menulis hehehe.

Tiada apa2 yang istimewa nak ku ceritakan disini...Tajuk blog bukan main lagi...tapi mana cerita aku sebagai ibu...Untuk melepaskan rindu boleh laa diceritakan sikit kisah diriku dan anak2,Zulfadhli dan Zulfahmi yang semakin meningkat usia.Zulfadhli tahun ini akan menduduki PSLE...peperiksaan darjah 6 tak lama lagi dalam bulan Sep ni.Harapan dan doaku semoga dia berjaya melakukan yang terbaik utk dirinya sendiri.Kejayaannya adalah kegembiraan ibu dan ayah.

Zulfahmi pula semakin aktif dan lasak.Kadang2 pening jgk laa kepala ibu ni...Tahun depan dia akan melangkah ke tadika (K1).Tak tahu laa macam mana nanti nak lepaskan dia masuk kelas....24 jam berkepit dengan ibunya aje...Jangan dia ajak ibunya masuk ke kelas sekali sudah laa yer hehehe

Ku akhiri dulu disini dan kalau dizinkan akan bersambung ke kisah yang lain pula..


Sunday, March 27, 2011

Ada apa dgn 'mimpi'

Orang kata mimpi itu mainan tidur.Jangan mudah percaya dengan mimpi.Entah kenapa hari ini tergerak nak bercerita tentang mimpi...mungkin krn mimpi semalam yang kualami.Masih terbayang-bayang lagi sebutan ayat yg ku dengar dalam mimpi semalam.Bukan baru pertama kali aku bermimpi...dah banyak kali dah...pernah juga mimpiku memberikan gambaran cerita yg berkait dengan kisah hidupku dulu tapi ianya tak pernah diperdulikan tetapi mimpi semalam mengusik sedikit naluri keibuanku.Izinkan diri ini meneruskan kisah mimp yg terjadi.Dalam mimpiku seseorang telah memberitahu bahawa aku akan 'mati' petang nanti (ikut masa yg dlm mimpi laa).Wajahnya tak jelas...ketika itu memang terasa lemah segala urat saraf dan ototku.Dalam pemikiranku hanya teringatkn anak2...kerisauan siapa yg nk jaga Fahmi yg masih kecil.Setiap saat ku pangatkan doa agar nyawaku dipanjangkan demi anak2.Takut juga kerana amalan masih belum cukup sempurna.Dalam menanti saatnya tiba..aku terjaga dr tidur dgn perasaan yg cemas...mungkin ini peringatan atau petanda yg tidak dapat aku huraikan.Setiap yg baik hanya dr Allah dan yg buruk itu dr kesilapan diri sendiri.Wallahualam.

Saturday, January 15, 2011

Coretan Kehidupan

Sudah lama rasanya tidak menjenguk ke blogku ini.Sunyi sepi ditinggalkan tanpa sebarang bait-bait ayat yang menghiasi laman blog ini.Malam ini aku terasa ingin menulis sesuatu yang berkaitan tentang hidup dan mati.Entah mengapa aku ingin bercerita tentang perkara ini..aku pun tidak tahu.Tiada sesiapa akan tahu tentang ajal kita..hanya Dia yang Maha tahu.


Sebagai memulakan langkah aku kaitkan dulu ceritaku malam ini dengan kisah seseorang yang aku rasa tidak perlulah aku letakkan namanya.Ujian yang datang secara tiba-tiba dalam kehidupan keluarganya memberikan aku inspirasi untuk menulis.Apabila doktor mengesahnya salah seorang ahli keluarganya mengidapi penyakit barah yang telah memasuki stage 3 atau 4,sudah pasti ia amat merisaukan sesiapa sahaja yang mendengarnya.Tiada sesiapa pun diantara kita ingin mendapat penyakit yang merbahaya ini...kalau ini sudah tertulis apakan daya kita hamba yang lemah.


Adakah seseorang yang ada penyakit ini akan mati dengan cepat??Satu persoalan bermain dibenak fikiranku....adakah seseorang yang tidak pernah sakit apa-apa akan lambat matinya??Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu kerana ia bukanlah urusan kita...Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya.Ingin aku tuliskan sebuah kisah yang aku pernah lalui suatu ketika dulu.Sesiapa yang mengenaliku mungkin mengetahui bahawa pernah hadir seorang insan istimewa yang dikatogerikan sebagai berpenyakit dan dia telah ditakdirkan tidak dapat hidup lama.Permata hatiku meninggalkan kami sudah hampir 5 tahun.


Sebagai memulakan kisah...ketika itu usia arwah anakku memasuki 3 tahun,walaupun dia tidak sempurna namun dia masih diberikan kesempatan menghirup udara di dunia ini.Hadir seorang kawan kepada suamiku (arwah) kerumah kami dan melihat anakku yang sakit...aku terdengar kata2 dari bibirnya walaupun ia hanya kata spontan yang terkeluar tanpa sengaja.Ayatnya berbunyi "eh..anak kau masih ada ke".Sayup2 sebutannya tetapi suamiku tidak perasan dan tidak mengambil kisah kata2 yang terkeluar dari mulut kawannya itu.Aku diamkan saje...kerana aku memahaminya,pada fikiran seseorang mana mungkin anak yg berkeadaan seperti anakku akan panjang umurnya.


Tetapi...dengan kuasa Allah tiba-tiba beberapa bulan kemudian kawan suamiku jatuh sakit dan mendapatkan sejenis penyakit misteri yang doktor sendiri tidak tahu dari mana puncanya.Hampir beberapa bulan dia menderita dan akhirnya dia "pergi jua" dan ketika itu anakku masih lagi sihat walaupun anakku ditakdirkan pergi setahun kemudian selepas arwah kawan suamiku.Bila aku teringat kembali kata-kata itu sejenak aku berfikir ajal seseorang hanya Allah saja yang tahu..kita hambanya yang lemah tidak mungkin dapat mengetahui apa yang Allah telah rencana untuk kita.

Aku akhiri dulu coretan ini sehingga ketemu lagi.



Tuesday, December 07, 2010

Maal Hijrah 1432 H

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan menyambut tahun baru Islam Awal Muharam 1432 H sekali lagi.Semoga dengan keizinanNYA kita dapat melalui liku2 kehidupan dengan sabar dan redha di dunia yang fana ini.

Salam Maal Hijrah buat semua teman2 blog yang masih sudi mengenjuk ke blog ini.

Monday, November 29, 2010

Fahmi Genap 2 Tahun

Lebih kurang jam 11.30 malam bertarikh 28 November 2008,waktu itu ibu baru hendak masuk tidur tiba-tiba terasa cairan membasahi seluar.Air yang keluar tidak putus2 mengalir dan barulah ibu sedar itu adalah air ketuban..sebagai tanda ibu bakal melahirkan seorang zuriat.Tiada tanda kesakitan atau komplikasi lain yang ibu rasanya..segalanya biasa.Tanpa memikir panjang ibu bertolak ke hospital bersama ayah dan abang Ayie pada malam itu juga.Air semakin banyak keluar sehinggakan membasahi tempat duduk teksi yang kami naiki.

Akhirnya tiba juga di hospital dan ibu disambut oleh seorang jururawat menggunakan kereta tolak dan ibu dibawa ke bilik bersalin.Setelah mendaftar ibu ditolak lagi ke sebuah bilik dan ibu berbaring di sana sementara menunggu doktor sampai.Ibu langsung tidak merasa apa2 kesakitan sebagai tanda untuk melahirkan..tidak seperti kelahiran yang lalu...setiap saat pasti berlaku komplikasi.Setelah doktor datang dan memeriksa ibu..alangkah terkejutnya doktor kerana dia tidak dapat merasakan kepala anak ibu ketika itu dan bacaan ECG juga menunjukkan sesuatu yang mencemaskan.Nadi bayi dalam kandungan ibu mulai menurun..tanpa berfikir panjang doktor mengatakan ibu terpaksa diusung ke bilik bedah demi menyelamatkan kedua-duanya.Setelah dokumen penting disegerakan akhirnya ibu diusung ke bilik bedah.
 
Keadaan biliknya teramatlah sejuk sekali membuat ibu menggigil seluruh badan.Ibu disuruh duduk dan membengkok kerana mereka akan menyuntik ubat bius separuh sedar ke tulang belakang ibu.Setelah ubat itu dimasukkan ibu tidak dapat merasa apa-apa lagi terutama dari paras pinggang ke kaki.Proses bersalin secara ceasaerian pun dimulakan.Ibu jelas dapat melihat lampu-lampu dan beberapa staf disitu.Bilik yang begitu sejuk itu membuatkan ibu mengeletar seketika dan sekali sekala ibu tercunggap-cunggap menahan sejuk.Apa yang dilakukan pakar tersebut diberitahu kepada ibu setiap saat dan tibalah detik dia hendak mengeluarkan bayi dan ketika itu ibu merasakan nyawa ibu bagaikan hendak terputus...ibu tidak dapat bernafas.Mereka mengarahkan ibu cuba bernafas perlahan-lahan.Akhirnya ibu mendengar tangisan yang kuat sekali dan sempat lagi ibu memandang kearah jam di sebelah...seorang bayi yang dinamakan Zulfahmi lahir pada jam 3.20 am bertarikh 29 November 2008.Mereka menunjukkan Fahmi kepada ibu dan mengalir seketika airmata ini...walaupun ibu tidak dapat memeluk Fahmi ketika itu namun ibu amat bersyukur ibu dapat melahirkan seorang anak yang sihat dan sempurna.
Ibu masih tidak berkesempatan melihat Fahmi kerana ibu berada dibilik pemantauan untuk dipantau kerana keadaan ibu yang masih lemah.Sekali sekala oksigen dalam badan ibu berkurang dan ibu tidak dibenarkan tidur...setiap kali ibu terlelap mereka akan kejutkan.Dengan bantuan alat pernafasan ibu cuba menstabilkan kembali oksigen yang telah hilang.Ibu perbanyakkan berwirid dan berselawat agar ibu segera pulih kerana ibu tidak sabar lagi hendak menatap wajah putera bongsu ibu.Setelah sehari ibu dipantau akhirnya tahap oksigen dalam badan ibu telah pulih sepenuhnya dan ibu dibenarkan dibawa ke wad biasa.

Selama 3 hari ibu dan Fahmi dihospital akhirnya kita dibenarkan pulang kerumah.Bermulalah kehidupan Fahmi sebagai orang baru dalam keluarga ini.
Doa ibu semoga Fahmi membesar menjadi anak yang soleh dan beriman.Jangan nakal-nakal yer sayang.Semoga Allah merahmati dan melindungi Zulfahmi bin Sanusi.Aamiin..

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Mengamit Memori

Setiap kali Ramadhan datang,pasti hati ini diulit rasa kepiluan.Memang tidak dapat dinafikan kerinduanku terhadap arwah menganggu sedikit perasaan keibuanku ini walaupun arwah sudah 4 tahun 'pergi'.Kadang-kadang diri ini bertanya sendirian adakah aku ini seorang ibu yang baik dan sempurna.Kebahgiaan dan kecerian yang telah ku kecapi hari ini bukan penghalang untukku melupakan arwah.Berbagai dugaan dan ujian yang ku tempuhi tatkala arwah hadir dalam kehidupan kami.Akulah ibu dan jururawat yang menjaganya hingga ke akhir hayat arwah...hingga aku lupakan sekejap tanggungjawabku pada suami dan Ayie demi arwah.Aku jaga siang dan malam...kesakitan arwah kesakitanku juga...tangisan arwah..tangisan ku jua.Tidak pernah walaupun sesaat pandangan ku lari darinya.Arwah mengajarku erti ketabahan..erti kesabaran...erti pengorbanan..dan dia jugalah yang memberikan inpirasi buatku agar semangatku sentiasa kuat dan cekal.
Tiap kali kutatap gambarmu...airmataku begitu mudah mengalir membasahi.Bila namamu kesebut...hatiku dihimpit rasa sebak yang teramat sangat.Dikala coretan ini ditulis juga perasaan sebak membanjiri hati ini...namun ku cuba tahan.Sayangku...ibu tahu dirimu damai disisi yang Maha Esa...tiada lagi kesakitan..tiada lagi penderitaan.Ibu sentiasa berdoa semoga dapat bertemu kembali denganmu di"sana" sayang.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Al Mubarak


Assalammualaikum buat semua teman2...Insya Allah esok kita semua akan menyambut bulan Ramadhan sekali lagi dan bersyukur kita masih dipanjangkan umur untuk kita mengambil peluang memperhambakan diri ini untuk mendapatkan keredaan Allah swt.Semoga di bulan yang mulia yang pernuh berkah ini akan mengandakan pahala kita dan sama2lah kita mencari sinar Ramadhan.

Sebagai mencucikan diri izinkan diri ini memohon kemaafan buat semua sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang sedar atau tidak selama perkenalan kita di blog dan dimana-mana jua.

Friday, July 16, 2010

Panggilan Ibu

Assalammualaikum
Sebagai memulakan cerita akak nak bertanya dulu..apa khabar sahabat semua.Rasanya lama tidak update blog ni...hehehe.Tau takpe.
Melihat perkembangan Fahmi dari sehari ke sehari memang menyeronokkan.Fahmi pun sudah nak masuk 20 bulan usianya dan tak lama lagi akan mencecah 2 tahun.Sudah lancar berjalan dan berlari dah dia.Sekarang belajar untuk melompatlah pula...cuma satu je yang belum lancar dia belum pandai bercakap.Mulutnya memang tak boleh diam... ada je yg dia nak bualkan walaupun tak betul sebutannya.Menjerit jangan cakaplah....suara dia aje yang kuat.
Semenjak Fahmi demam minggu lepas dah lain pula perangai dia....semakin garang dan pandai sudah nak mengamuk.Tidak padan kecik.Bertapa seronok sekali perasaan akak ini bila Fahmi sudah pandai menyebut perkataan ibu walaupun agak pelatlah sikit...hehehe.Pantang nampak gambar ibu je asyik sebut ibu sambil menunding jari ke arah akak.Beginilah ceritanya setiap hari diduduk rumah mengadap Fahmi....memang tidak terasa kepenatannya namun tidak dinafikan perasaan geram tu adalah juga sikit-sikit apabila Fahmi meragam dan membuat perangai asyik minta didukung saja.
Sekian dulu cerita akak.Sampai bertemu dilain siaran....mcm berita dah pula..hehehe

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua teman-teman blog disini.Sekian lama akak menyepi kini kembali mengisi ruang blog yang kian sepi.

Sunday, November 29, 2009

Fahmi Setahun


Selamat ulangtahun yang pertama Fahmi.Semoga Fahmi diberikan kesihatan yang baik,tubuh yang sihat dan cergas selalu,rezeki yang murah dan dilindungi Allah swt hendaknya.Melihat ragam Fahmi dari bulan ke bulan menduga kesabaran ibu sayang.Fahmi memang anak yang lasak dan degil sedikit...namun itu bukan halangan untuk ibu membesarkan dirimu sayang.Makin kuat dugaan menjaga Fahmi makin terhibur hati ibu.Sejak kebelakangan ini pun perangai Fahmi berubah..asyik nak berkepit aje...sampai susah ibu nak buat kerja rumah.Bila dimarah pandai pula tu cebikkan bibir dan mulalah meraung satu rumah.

Harapan ibu dan ayah semoga Fahmi membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh.Tiada hadiah yang dapat ibu berikan hanya doa ibu dapat panjatkan agar Fahmi sentiasa sihat dan ceria...Berjaya dunia dan akhirat.Ammin!!

Thursday, November 26, 2009

Jemputan

Alamak..kemanalah perginya tuan blog ni yer...hehehehe.Meninggalkan blognya begitu sekian lama begini..sampainya hati..huhuhuhu.Jangan Mare!!

Untuk memulakan cerita ingin kiranya akak mengambil kesempatan untuk menyampaikan kepada teman-teman blog sudilah kiranya menerima undangan ke majlis perkahwinan adik bongsu akak yang akan diadakan pada 12 hb Dis (Sabtu) dan majlis akan berlangsung di Manjung Perak.Segala keterangan ada dalam kad yang dilampirkan disini.Sesiapa yang sudi hadir dan ingin bertemu akak silalah jangan segan-segan.Hubungi akak di talian +6596407607.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Enter Fleedy.com

Ramadhan bakal berakhir dan aidilfitri akan menjelma dalam 2 hari lagi.Semoga Ramadhan ini telah kita penuhi dengan ketaqwaan dan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah swt.

Tahun ini sekali lagi diriku dan keluarga akan beraya di kota singa.Dsini cuti tak panjang jadi tak berpeluanglah untuk pulang ke Taiping.Segala persiapan tahun ini seperti kuih muih banyak yang dibeli sahaja almaklumlah dengan keletah Fahmi yang semakin ligat menyukarkan untuk membuatnya sendiri.

Salam kemaafan kuhulurkan buat semua teman-teman blogger yang mengenali diri ini andai ada salah dan silap.Semoga kalian bergembira dihari raya nanti.Kalau pulang ke kampung berhati-hatilah di jalanan semoga selamat tiba ke destinasi.

Thursday, September 10, 2009

Gelagat Fahmi



Fahmi sudah semakin lincah sekarang ni,bukan saja sedang belajar untuk berdiri malah sudah pandai pula tu melompat-lompat.Itu tandanya minta diangkatlah tu.Fahmi memang tidak suka duduk diam..kalau dia tak tidur habis satu rumah dia tawaf.Bukan ada dia pusing satu rumah segala benda yang didepan mata semua dia nak capai.Beginilah keadaan Fahmi yang semakin meningkat usia..sudah masuk 9 bulan dah dia.

Oklah sampai disini dulu cerita akak kali ini.Bulan Ramadhan ni agak sibuk juga...sibuk dengan Fahmi je...kerja semua tak dapat nak buat.Kuih raya pun beli je tahun ni...heeheehee.

Wednesday, August 26, 2009

Cabaran Di Bulan Puasa

Sudah 5 hari umat islam menjalani ibadah puasa dan alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menunaikannya dengan baik dan sempurna...Insyaa Allah.Tugas sebagai seorang isteri dan ibu yang tidak bekerja ni memanglah lebih banyak memberikan perhatian di rumah mengurus anak-anak dan menyempurnakan tugasan rumahtangga.Tahun ini aktiviti akak lebih mencabar dengan kelasakan Fahmi yang semakin membesar ni.Semenjak dia belajar untuk berjalan ni memang tidak duduk diamnya dia..ada saja tempat yang dia nak teroka.Kenalah akak selalu menjadi pemandu dan body guard dia.Kalau boleh satu rumah dia nak redah.Lebih-lebih lagi sekarang dia Fahmi dah kurang tidur siang...asyik nak bermain aje.Akak nak buat kerja rumah pun tergendala.Nampak benda depan mata mesti nak dicapainya.Kadang-kadang tu Fahmi selongkar barang-barang abangnya Ayie...hai geram juga si abang!!

Kalau bulan lain akak memasak sebelah petang sebaik suami balik jadi tak kisahlah sangat kalau makan lewat tapi dibulan puasa ni akak kena membeli je yelah nak masak awal boleh sebaik Fahmi tidur.Itupun tak sempat,hanya dapat mengemas rumah je kerana si Fahmi tidurnya bukan lama pun...paling lama setengah jam.Beginilah cabaran seorang ibu yang ada anak-anak kecil kalau tak ada orang membantu memang susah nak buat kerja rumah.Masa Ayie dulu lain pula,akak boleh melakukan sendiri.Fahmi ni memang nakal sedikit..garang pula tu...kesian abangnya asyik kena serang.Ditarik rambut Ayie sampai terjerit-jerit si abang.Suara kalau menangis bukan main kuat volumenya.Satu flat boleh dengar lebih-lebih lagi kalau lambat bagi susu.

Beginilah ragam Fahmi yang semakin meningkat usia...rasa seronok melihat perkembangan bayi yang seaktif Fahmi.Walaupun penat dan sakit badan ni semuanya tidak dirasai bila melihat wajahnya dan keletahnya yang melucukan.Sampai disini dahulu coretan akak moga bertemu lagi yer!!

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan 1430 Hijrah



Dikesempatan yang ada dan dalam 2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini...ingin akak mengambil kesempatan memohon kemaafan buat semua teman-teman blog yang sentiasa berkunjung ke sini dan yang masih mengingati diri ini.

Semoga kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah swt,dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik dan dapatlah kiranya menunaikan ibadah puasa sehingga ke penghujungnya...Insya Allah.Ammin!!

Sunday, August 09, 2009

44th Singapore B'thday

Today all Singaporeans celebrate our 44th Birthday.Best wishes to all Singaporean in Singapore and everywhere you are in the world.Come together we build our nations. Hopes we can living together in harmonies and peacefull ..InsyaAllah.HAPPY NATIONAL DAY and MAJULAH SINGAPURA.

Thursday, August 06, 2009

Blog dan Kisah Fahmi

Hari ini teringat nak menjenguk blog yang dah mulai dipenuhi habuk ni..hehehehe.Sudah sebulan rasanya tak jenguk blog.Kesian blog ni..tak dilupakan cuma terlupa je sekejap...hihihi.Dah masuk ni update jelah apa yang perlu diupdate.

Sekejapkan masa berlalu ...lagi 2 minggu kita semua akan menyambut bulan Ramadhan (InsyaAllah).Bulan yang penuh dengan keberkatan dan dilimpahi dengan pahala yang berlipat kali ganda.Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesempatan untuk menunaikannya dengan baik dan sempurna.

Fahmi semakin membesar dan kenakalannya mulai terserlah.Diam tak diam Fahmidah 8 bulan sekarang ni dandah tumbuh 2 gigi bawah.Gigi sebelah atas bakal muncul.Sekarnag ni dah mula naik walker dan cuba belajar untuk duduk dan berdiri.Ada jugalah sekali dua dia terjatuh tapi tidaklah terhentak kuat.Ligat betul dia sampai sakit jugalah pinggang ibunya ni.berbeza dari abangnya Ayie...pantang dia berjaga memang tak betah diamnya.asyik nak mearayap je kalau dilepaskan atas lantai.Tidak boleh leka lagi Fahmi dah pandai nak kutip benda2 masuk mulut je dia.Bukan main garang Fahmi kalau abangnya ambil barang yang dia pegang.

Fahmi paling suka bila setiap kali Ayie balik dari sekolah,pasti dia terloncat-loncat walaupun tengah didukung sebaik nampak Ayie depan pintu.Nyaring dia memanggil Ayie walaupun dia belum pandai berkata-kata tetapi gayanya seperti dia menyapa abangnya.

Akak akhiri cerita ini dahulu semoga bersambung lagi diikisah akan datang.