Sunday, September 25, 2005

Rahsia Memotong Kuku.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Saturday, September 17, 2005

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah.

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke , jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

p/s: oleh sebab itu marilah kita sama2 memperbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah...tapi utk membaca alquran seluruhnya


Wassalam.

Saturday, September 03, 2005

Cerpen Ke 9

Untuk pengetahuan sekalian,akak dah siarkan cerpen terbaru Cinta Ini Milik Siapa??Silalah ke website cerpen untuk membacanya.Akak harap sesiapa yang membacanya akan menyukainya.Citernya best atau tak kalian sendirilah yang nilaikannya yer.

Selagi ada idea selagi itu akak akan terus menulis....

Selamat membaca.Jumpa lagi untuk cerpen akan datang.

Tuesday, August 30, 2005

Cerpen Terbaru

Hai....

Saja akak nak bagitau yang cerpen terbaru akak berjudul Cinta Papa.Kalau ingin membacanya silalah melayari lelaman webnya yer.

Semoga anda terhibur membacanya.Nak kata best atau tidak....tak taulah akak nak cakap.Nanti korang baca sendirilah yer!!

Untuk cerita seterusnya dalam masa terdekat ini mungkin ada mungkin tidak.Kalau akak dapat ilham,cepatlah ia siap.Kalau otak beku lambatlah ia siap.

Selamat membaca.Byeeee ...

Thursday, August 25, 2005

Update Cerpen

Hai semua.... cerpen bersiri terbaru akak berjudul Nurul Fatihah sudah disiarkan.Pada sesiapa yang ingin membacanya sila mengunjungi website cerpen yer.Mulai hari ini setiap cerpen akak tidak akan diletak di blog ini.Lebih senang rasanya kalau membaca di website itu.Silalah layari dan semoga terhibur membacanya.Untuk memudahkan mencarinya akak nak beritahu ia terletak di column cerpen 7.

Untuk cerpen yang seterusnya belum ada lagi.Kenelah tunggu akak cari ilham dulu.

Saturday, August 20, 2005

Andainya Ku Tahu

Biarpun sudah hampir 6 tahun berlalu
Kenangan bersamamu tetap tersimpan
Tidak pernah terkikis walau seinci.
Airmata tetap mengalir
Dikala namamu ku sebut.

Andainya ku tahu
Malam itu adalah malam terakhir
Akan aku dakap dirimu sepuas-puasnya.
Andainya ku tahu
Kau akan pergi untuk selama-lamanya
Akan ku peluk,ku cium dan ku dodoi
Pasti akan terpatri di hati ini
Sepanjang hayatku.

Percayalah sayang...
Biar detik berlalu
Biar tahun berganti
Kau tetap dalam ingatan
Bagaimana dapat aku lupakan
Kaulah zuriat pertama
Yang menakluki rahimku.
Namamu tetap terpahat
Biarpun jasadmu tiada.

Biarpun tiada penggantimu
Biarpun tiada persamaan denganmu
Kasih ku buat adik-adikmu tetap sama
Sebagaimana kasih yang ku curahkan
Padamu sayang.

Hazwani...
Kau adalah pemberianNya
Yang teramat istimewa
Seindah makna namamu
Biarpun ia hanya sementara
Aku berbangga menjadi seorang ibu
Kepada anak sepertimu
Terima kasih sayang
Kerana kau sudi memilih rahimku.

Andainya masa boleh kembali
Aku tetap ingin melahirkan dirimu
Aku ingin memberi segala-galanya buatmu.
Namun aku tidak mempunyai kuasa
Untuk mengubahnya
Hanya Dia yang Maha Esa
Lebih mengetahui
Doaku semoga aku dapat dipertemukan
Denganmu sayang.

Thursday, August 11, 2005

Batu Pun Sujud


Adakah ini satu kebetulan ataupun kebenaran.Salah satu dari keajaiban yang Allah s.w.t tunjukkan kepada kita.Sama-samalah kita renungkan.

Saturday, August 06, 2005

Aduhhhh...beku otak nie!!

Dah masuk bulan Ogos...tak tahu nak tulis citer apa.Sebenarnya ada citer baru yang akak sedang tulis,cuma ia akak nak jadikan novel.Jadi citernya kenelah panjang berjela-jela.Nak buat citer cerpen yang baru kenelah tunggu akak cari ilham baru.Kalau ada...adalahlah nanti.Itu pun kalau otak nie tak karat.

Hari-hari otak nie berfikir...ada jalan citer yang terlintas difikiran.Setelah ditulis ia tak sedap pula.Nantilah akak fikir lagi yer...heheheh

Untuk seketika ini takdelah citer terbaru yer...Ok akak chow...kat otak tengah ada ilham untuk citer novel akak ni.Nak sambung tulis nanti hilang pulak dia.

Mana tahu boleh jadi penulis dan kalau ada rezeki moga-moga novel akak dapat dibukukan.