Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Mengamit Memori

Setiap kali Ramadhan datang,pasti hati ini diulit rasa kepiluan.Memang tidak dapat dinafikan kerinduanku terhadap arwah menganggu sedikit perasaan keibuanku ini walaupun arwah sudah 4 tahun 'pergi'.Kadang-kadang diri ini bertanya sendirian adakah aku ini seorang ibu yang baik dan sempurna.Kebahgiaan dan kecerian yang telah ku kecapi hari ini bukan penghalang untukku melupakan arwah.Berbagai dugaan dan ujian yang ku tempuhi tatkala arwah hadir dalam kehidupan kami.Akulah ibu dan jururawat yang menjaganya hingga ke akhir hayat arwah...hingga aku lupakan sekejap tanggungjawabku pada suami dan Ayie demi arwah.Aku jaga siang dan malam...kesakitan arwah kesakitanku juga...tangisan arwah..tangisan ku jua.Tidak pernah walaupun sesaat pandangan ku lari darinya.Arwah mengajarku erti ketabahan..erti kesabaran...erti pengorbanan..dan dia jugalah yang memberikan inpirasi buatku agar semangatku sentiasa kuat dan cekal.
Tiap kali kutatap gambarmu...airmataku begitu mudah mengalir membasahi.Bila namamu kesebut...hatiku dihimpit rasa sebak yang teramat sangat.Dikala coretan ini ditulis juga perasaan sebak membanjiri hati ini...namun ku cuba tahan.Sayangku...ibu tahu dirimu damai disisi yang Maha Esa...tiada lagi kesakitan..tiada lagi penderitaan.Ibu sentiasa berdoa semoga dapat bertemu kembali denganmu di"sana" sayang.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Al Mubarak


Assalammualaikum buat semua teman2...Insya Allah esok kita semua akan menyambut bulan Ramadhan sekali lagi dan bersyukur kita masih dipanjangkan umur untuk kita mengambil peluang memperhambakan diri ini untuk mendapatkan keredaan Allah swt.Semoga di bulan yang mulia yang pernuh berkah ini akan mengandakan pahala kita dan sama2lah kita mencari sinar Ramadhan.

Sebagai mencucikan diri izinkan diri ini memohon kemaafan buat semua sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang sedar atau tidak selama perkenalan kita di blog dan dimana-mana jua.

Friday, July 16, 2010

Panggilan Ibu

Assalammualaikum
Sebagai memulakan cerita akak nak bertanya dulu..apa khabar sahabat semua.Rasanya lama tidak update blog ni...hehehe.Tau takpe.
Melihat perkembangan Fahmi dari sehari ke sehari memang menyeronokkan.Fahmi pun sudah nak masuk 20 bulan usianya dan tak lama lagi akan mencecah 2 tahun.Sudah lancar berjalan dan berlari dah dia.Sekarang belajar untuk melompatlah pula...cuma satu je yang belum lancar dia belum pandai bercakap.Mulutnya memang tak boleh diam... ada je yg dia nak bualkan walaupun tak betul sebutannya.Menjerit jangan cakaplah....suara dia aje yang kuat.
Semenjak Fahmi demam minggu lepas dah lain pula perangai dia....semakin garang dan pandai sudah nak mengamuk.Tidak padan kecik.Bertapa seronok sekali perasaan akak ini bila Fahmi sudah pandai menyebut perkataan ibu walaupun agak pelatlah sikit...hehehe.Pantang nampak gambar ibu je asyik sebut ibu sambil menunding jari ke arah akak.Beginilah ceritanya setiap hari diduduk rumah mengadap Fahmi....memang tidak terasa kepenatannya namun tidak dinafikan perasaan geram tu adalah juga sikit-sikit apabila Fahmi meragam dan membuat perangai asyik minta didukung saja.
Sekian dulu cerita akak.Sampai bertemu dilain siaran....mcm berita dah pula..hehehe

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua teman-teman blog disini.Sekian lama akak menyepi kini kembali mengisi ruang blog yang kian sepi.

Sunday, November 29, 2009

Fahmi Setahun


Selamat ulangtahun yang pertama Fahmi.Semoga Fahmi diberikan kesihatan yang baik,tubuh yang sihat dan cergas selalu,rezeki yang murah dan dilindungi Allah swt hendaknya.Melihat ragam Fahmi dari bulan ke bulan menduga kesabaran ibu sayang.Fahmi memang anak yang lasak dan degil sedikit...namun itu bukan halangan untuk ibu membesarkan dirimu sayang.Makin kuat dugaan menjaga Fahmi makin terhibur hati ibu.Sejak kebelakangan ini pun perangai Fahmi berubah..asyik nak berkepit aje...sampai susah ibu nak buat kerja rumah.Bila dimarah pandai pula tu cebikkan bibir dan mulalah meraung satu rumah.

Harapan ibu dan ayah semoga Fahmi membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh.Tiada hadiah yang dapat ibu berikan hanya doa ibu dapat panjatkan agar Fahmi sentiasa sihat dan ceria...Berjaya dunia dan akhirat.Ammin!!

Thursday, November 26, 2009

Jemputan

Alamak..kemanalah perginya tuan blog ni yer...hehehehe.Meninggalkan blognya begitu sekian lama begini..sampainya hati..huhuhuhu.Jangan Mare!!

Untuk memulakan cerita ingin kiranya akak mengambil kesempatan untuk menyampaikan kepada teman-teman blog sudilah kiranya menerima undangan ke majlis perkahwinan adik bongsu akak yang akan diadakan pada 12 hb Dis (Sabtu) dan majlis akan berlangsung di Manjung Perak.Segala keterangan ada dalam kad yang dilampirkan disini.Sesiapa yang sudi hadir dan ingin bertemu akak silalah jangan segan-segan.Hubungi akak di talian +6596407607.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Enter Fleedy.com

Ramadhan bakal berakhir dan aidilfitri akan menjelma dalam 2 hari lagi.Semoga Ramadhan ini telah kita penuhi dengan ketaqwaan dan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah swt.

Tahun ini sekali lagi diriku dan keluarga akan beraya di kota singa.Dsini cuti tak panjang jadi tak berpeluanglah untuk pulang ke Taiping.Segala persiapan tahun ini seperti kuih muih banyak yang dibeli sahaja almaklumlah dengan keletah Fahmi yang semakin ligat menyukarkan untuk membuatnya sendiri.

Salam kemaafan kuhulurkan buat semua teman-teman blogger yang mengenali diri ini andai ada salah dan silap.Semoga kalian bergembira dihari raya nanti.Kalau pulang ke kampung berhati-hatilah di jalanan semoga selamat tiba ke destinasi.

Thursday, September 10, 2009

Gelagat Fahmi



Fahmi sudah semakin lincah sekarang ni,bukan saja sedang belajar untuk berdiri malah sudah pandai pula tu melompat-lompat.Itu tandanya minta diangkatlah tu.Fahmi memang tidak suka duduk diam..kalau dia tak tidur habis satu rumah dia tawaf.Bukan ada dia pusing satu rumah segala benda yang didepan mata semua dia nak capai.Beginilah keadaan Fahmi yang semakin meningkat usia..sudah masuk 9 bulan dah dia.

Oklah sampai disini dulu cerita akak kali ini.Bulan Ramadhan ni agak sibuk juga...sibuk dengan Fahmi je...kerja semua tak dapat nak buat.Kuih raya pun beli je tahun ni...heeheehee.