Tuesday, August 12, 2008

Baik-Baik Aje.

zwani.com myspace graphic comments


Salam buat semua.Rasa-rasanya akak ni kebuntuan bicara jadi tak dapatlah nak cerita apa-apa disini.Cuma hari ini ada pertemuan dengan doktor aje kat KK hospital.Hari ini cepat sikit dari bulan-bulan lepas sebab hanya berjumpa doktor saja.Segala-galanya dalam keadaan baik.Alhamdulillah!!

Mendengar bunyi nadi baby yang agak kuat dan bertenaga cukup membuat hati akak gembira.Doktor juga cakap segalanya dalam keadaan baik.

Buat semua yang masih setia berkunjung kemari akak ucapkan terima kasih yer.Jangan segan-segan datang lagi.

Friday, August 01, 2008

Keluarga Tercinta

Maaf yer Shayz sebab lewat buat tag ni.Demi Shayz akak cuba mencari masa juga untuk meletakkannya disini.Jangan mare k.

Inilah keluarga akak yang boleh dikatakan agak besar juga,tetapi kehendak tuhan tiada siapa dapat jangkakan.Insya Allah kalau diizinkan Allah swt hujung tahun ini akak bakal lahirkan seorang lagi cahaya mata lelaki.Oleh kerana tengah gembira sekarang ni akak letaklah juga "coming soon" tu yea.

Pyzam Family Sticker Toy
Klik Sini

Akak hentikan saja tagged ni kat sini.Tak tahu nak sampaikan kat siapa-siapa,lagipun akak pun jarang-jarang onlinekan.

Saturday, July 26, 2008

Cerita Terbaru

Apa kabar semua??Maafkanlah akak yer kerana sudah lama tidak berdatang menjenguk ke blog kalian.Blog akak sendiri pun tak terjenguk-jenguk.Sekarang ini diri akak sedang dihimpit rasa kemalasan untuk mengadap komputer je.Almaklumlah...sejak berbadan dua ni asyik nak lepak je lepas hantar Ayie ke sekolah.

Dua minggu lepas juga akak tidak berapa sihat sebab diserang demam dan batuk.Nasib baik tak lama sangat sakitnya tetapi turun jugalah berat badan akak sedikit.Terima kasih banyak-banyak akak ucapkan kerana masih sudi melawat akak.Insya Allah kalau akak terdaya akan akak cuba mengunjungi ke blog-blog kalian semua dan memberikan berita terkini.

Untuk cerita terkini tentang akak dan janin dalam rahim ni kedua-duanya sihat je.Dua minggu lepas akak pergi scan lagi dan doktor cakap baby sihat juga dan telah disahkan baby adalah lelaki.Sekarang ni akak dah dapat rasai pergerakan baby.Diam tak diam dah masuk 5 bulan dah ye kandungan akak ni.Cepat betul masa berlalu.Walaupun tendangan dan gerakan baby belum terlalu kuat dan agresif sangat tapi setiap kali akak lepak je baby mulalah nak kacau...hihihi.

Bila merasai gerakan baby dalam kandungan ini benar-benar buat akak teruja.Semoga kelahirannya nanti memberikan sinar baru dalam kehidupan akak sekeluarga.Ayie pun macam tak sabar-sabar nak tengok adik.Sampaikan dia nak carikan nama untuk adiknya.Bila Ayie tahu akak bakal lahirkan baby lelaki, dialah yang paling suka.Akak pun belum buat apa-apa persiapan untuk baby.Baju-baju arwah Hilmi pun banyak yang dah tak elok jadi tak dapat akak simpan.Kenalah akak beli yang baru nanti.

Akak ucapkan terima kasih banyak-banyak sekali lagi kerana masih sudi menjenguk dan bertanya kabar akak disini.Sampai jumpa lagi di lain cerita.

Thursday, June 12, 2008

Bebas Dari SMA

Alhamdulillah...hari isnin yang lepas akak pergi ke KKH seperti biasa ada appointment dengan doktor.Semasa menunggu punyalah berdebar-debar.Sebaik masuk ke bilik doktor dan melihat muka doktor tu tenang je.Hati akak je yang berdetap-detup.Bukan apa hari itu keputusan ujian CVS akan akak ketahui.Untuk pengetahuan SMA itu ialah penyakit genetik yang digelar sebagai Spinal Muscular Atrophy.Sebenarnya penyakit ini hanya terdapat 1 dalam 100 di Asia.Ia banyak terjadi di USA dan Eropah sahaja.

Sebaik doktor beritahu keputusan yang janin dalam kandungan akak ini bebas dari SMA-penyakit yang dihidapi oleh arwah Wani dan Hilmi,bertapa lega sekali hati akak.Tidak dapat akak gambarkan perasaan ini ketika itu.Ini bermakna akak boleh meneruskan kehamilan ini hinggalah bersalin nanti.Insya Allah semoga janin ini akan terus sihat sehinggalah selamat dilahirkan kelak.Akak berharap segalanya dalam keadaan baik kerana sesuatu yang terjadi itu adalah atas kehendak Allah swt juga.Tanpa keizinan dariNYA tiada apa yang dapat kita lakukan.Sebagai hambaNYA kita seharusnya redha dan berserah segala-galanya padaNYA.Semoga kegembiraan ini akan dapat akak rasai sekali lagi sewaktu akak melahirkan Ayie dan melihat dia membesar seperti kanak-kanal normal yang lain.

Kehadiran arwah Wani dan Hilmi dalam hidup akak sekeluarga walaupun hanya seketika ia tetap satu anugerah yang tidak ternilai harganya.Itu ujian dariNYA..hendak diuji diri akak dan keluarga.Kenangan itu tidak mungkin akan terpadam sampai bila-bila dan kehidupan ini harus juga kita teruskan walau apa sekalipun ujian dan dugaan yang pernah kita hadapi.Doakan untuk akak yer semua.Sampai disini dulu pertemua kita.

Saturday, June 07, 2008

Mistik

Salam pertemuan buat semua.Rasa-rasanya sudah lama juga akak tidak singgah ke teratak akaka sendiri.Entah mengapa terasa malas sekali hendak duduk mengadap depan monitor pc ini.Terima kasih akak ucapkan kerana masih sudi mengunjungi ke sini.

Oleh kerana akak pun dah lama tidak update blog ini jadi akak mengambil kesempatan disini untuk bercerita tentang sesuatu yang menarik.Memang betul kata-kata orang,perempuan yang sedang hamil senang sangat diganggu oleh "benda-benda" mistik ni.Akak juga tidak terkecuali dari mengalaminya.Ini berlaku 2 hari yang lepas.Seperti biasa akak masuk tidur dalam pukul 11 malam.Nak kata tak baca memang dah baca semua ayat yang perlu.Entah pukul berapa ia terjadi akak pun tidak tahu sebab tak sempat nak tengok jam pun.Ia tidak terjadi di alam realiti tetapi terjadi didalam mimpi akak.

Akak terasa ada benda yang menindih akak sampai akak nak gerakkan tangan pun susah.Akak bacalah beberapa ayat yang seboleh akak lakukan beberapa kali.Punyalah sakit sampai nak buka mata pun tak dapat.Akak tetap melawan "benda" tu.Akhirnya akak berjaya sedarkan diri,tetapi mata akak ni terasa punyalah berat nak buka.Macam ada sesuatu yang cuba menutup mata akak ini.Setelah sedar beberapa saat akak terlelap kembali dan "benda" itu kembali menghimpit akak.Lenguh tangan akak dibuatnya dan akak berjaya sedar kembali dan akak cuba pandang sekeliling bilik kalau ada apa-apa disitu tapi tiada.Ini bermakna "dia" mengganggu akak cuma dalam mimpi.Entah macam mana akak terlelap lagi dan diganggu lagi.Entah berapa kali ia datang akak tidak ingat.Sedar-sedar bunyi loceng hp akak berbunyi dan barulah akak tidak diganggu lagi.

Memang letih betul akak hari itu.Sudahlah tidur diganggu sampai siangnya akak betul-betul mengantuk.Nasib baik sudah buat kerja rumah akak dapat lelapkan mata sebentar kalau tidak sakit kepala akak pula yang datang.Harap-harap tiadalah yang cuba kacau lagi.Sampai disini dulu cerita akak.

Wednesday, May 28, 2008

Semalam Sehari Di KK

Sebagai pembuka bicara terlebih dahulu akak memohon maaf kerana sudah sekian lama tidak menjenguk ke blog sendiri dan ke blog teman-teman yang masih setia disini.Dipendekkan cerita bukan apa malas betul badan ini nak duduk depan pc.Betul-betul malas laaa gitu.Sebagaimana yang tahu semalam akak ke hospital KK lagi untuk menjalani ujian CVS seperti yang akak beritahu.Seawal jam 7 akak dah keluar.Sampai ke bahagian ADC akak terus daftar dulu dan lepas itu disush menjalani scanning sekali lagi.Melihat bentuk janin yang bergerak-gerak dalam rahim akak ini membuat sedikit teruja.Timbul rasa sedih sekiranya ditakdirkan janin ini juga...bagaimana akak sanggup untuk membuangnya.Doa akak penuh dengan harapan yang tinggi.

Jam 10 akak disuruh masuk ke bilik no 4.Bersedia dahulu sebelum Profesor Yeo (pakar dlm bidang ni)datang.Punyalah sejuk bilik tu.Mengeletar-letar dibuatnya.Sebaik dia datang,perut akak discanning untuk mencari apa yang perlu dikeluarkan.Akak pun tak tahulah apa nama benda tu tapi apa yang akak tahu ia seperti air tuban dan DNA akak dan janin.Seram sejuklah juga.Apa taknya sebaik akak dibius..tapi masih separuh sedar,entah benda apa yang dia masuk melalui perut akak.Terasa juga ngilu dan punyalah sakit perut akak ditekan.Terpaksalah menahannya sebab akak tidak bergerak nanti akan timbul masalah dan membahayakan janin.

Pada permulaan semasa Prof itu sedang menjalankan ujian pertama ia tidak dapat dilakukan kerana katanya ada masalah.Ini yang buat akak serba salah sebab takut kena datang minggu depan.Dia pun suruh akak pergi buang air kecil dan besar dulu.Duduk lama dalam tandas pun takpe.Leceh betullah juga...macam mana akak nak buang air besar kalau perut tak sakit.Sebaik akak keluar tanda terus akak dipanggil lagi dan Prof itu jalankan ujian lagi.Ditekan-tekan perut akak ni...terpaksalah tahan je.Alhamdulillah akhirnya ia dapat dijalankan dengan baik.Bila akak tengok benda-benda yang dikeluarkan ngeri gak..entah apa pun tak tahulah..tapi warnanya kemerahan macam air sirap je.Nak kata darah bukan.Rasa ngilu diperut akak mulalah terasa dan dinasihatkan agar tidak melakukan kerja-kerja berat selama seminggu dua.Keluar dari bilik itu rasa macam nak melayang je.Punyalah ngantuk sebab ubat bisu tu masih adakan.

Penantian itu satu penyeksaan...akak terpaksa menunggu keputusan ujian itu sekurang2nya seminggu atau 2 minggu lagi.Semoga segalanya dalam keadaan baik dan sempurna.Doa akak tidak akan putus2 kerana inilah harapan akak yang terakhir.Doakan yang terbaik untuk akak yer.

Sampai disini dulu cerita akak dan terima kasih akak ucapkan pada yang sudi berikan kata2 semangat dan doa buat akak.Sayang semua.

Thursday, May 15, 2008

Disebalik Kisah

Hari ini akak ke KK hospital lagi untuk bertemu doktor apa entah diaorg panggil High Risk.Gitulah namanya.Wowww best tul rupa2nya jumpa kembali dengan doktor yang jumpa 5 tahun lagi."You looks familiar"tanya doktor tu.Mana taknya dulu hospital ini boleh dikatakan rumah kedua akak sebab arwah Hilmi juga dirawat disini."do you still remember me" akak bertanya pula."of course when I read ur file".He's a nice guy.Sayang kalau berbangsa melayu mesti hensemkan...pasti tak tidurnya..hihihi amboi mengada pula.

Pertemuan hari ini bukan untuk buat apa-apa pun cuma datang jumpa doktor tu untuk menceritakan tentang risiko-risiko semasa hendak membuat ujian CVS nanti.Cuma ikut prosedur biasalah sebelum ujian.Menunggu punyalah lama.Tapi yang paling best hari ini akak tak perlu bayar untuk perjumpaan dengan doktor..free of charge!!Tak taulah kenapa??sebab klinik A ni bukan klinik biasa ia adalah klinik specialist yang harga bayarannya bukan ikut subsidi.

Nothing much stories could I sharing here.Laporan berhenti disini seketika.Tunggu jelah cerita lagi 2 mingggu yer.

Sunday, May 11, 2008

Hari Ibu

Mothers Day Comments
Mothers Day Comments ~ Myspace Comments

To All MUMS...enjoy your day today.All Mothers are special and your love are great.