Thursday, October 30, 2008

Menghitung Hari

Fuhhhh...kejap betul masa berlalu,dah nak masuk 35 minggu atau dalam erti kata lagi seminggu masuk 9 bulan kandungan akak.Cepat betul masa berlalu dan pergi yer.Debaran dalam dada akak pun pun semakin berombak kencang.Perasaan tidak sabar menanti kelahiran baby sudah tentulah menjadi perkara utama tetapi rasa takut untuk menempuh masuk ke bilik bersalin pun ada juga.Insya Allah semangat akak masih lagi utuh dan kuat.

Sekarang ni dah masuk 34 minggu lebih pun dah terasa sakit-sakitnya.Berjalan pun dah macam penguin...terkedek-kedek..hihihi.Ketegangan di perut kalau dalam sehari mesti akan terjadi antara 4 dan 5 kali.Pangkal peha pun dah terasa sengal-sengal dan bisa.Pergerakan baby semakin ligat lebih-lebih lagi kalau akak banyak berjalan.Soal tidur sebelah malam pula usah cakaplah...bukan main susah akak nak tidur,sejak 2-3 hari ini akak dapat tidur-tidur ayam je.Pusing kanan pusing kiri mata tak lelap-lelap mata ini.Kalau terjaga terus tak boleh tidur lagi.Nasib baiklah lepas hantar Ayie ke sekolah dapatlah akak lelapkan mata kejap 2-3 jam.

Minggu depan akak kenalah tunggu keputusan scan sekali lagi.Jika kedudukan uri masih dibawah seminggu kemudian ...bila kandungan akak masuk 36 minggu doktor kata dah kena buat tempahan untuk bersalin ceasarian.Semoga segalanya dalam keadaan baik dan selamat.Insya Allah.

Wednesday, October 15, 2008

Maternity Check-Up:Placenta Previa

Rasanya belum pernah akak nak update tentang kandungan akak.Sekarang perut pun semakin membesar..nak tidur pun dah susah sikit..asyik terjaga.Kalau bab2 mimpi tu biasalah.Semalam baru aje akak jumpa doktor dan buat scan sekali lagi.Diam tak diam dah pun masuk 32 minggu kandungan akak ni.Selalunya dapat appointment pagi tapi nak dekat-dekat bersalin ni mereka bagi sebelah petang pula.Biasalah kalau tak menunggu 1-2 jam tak sah...sampai tertidur2 akak dibuatnya.

Kali ini ada sedikit masalah..sebenarnya masa usia kandungan masuk 28 minggu ujian scanning menunjukkan baby berada dalam kedudukan melintang dan uri akak disebelah bawah.Semalam pun tetap sama.Gynae akak beritahu kalau lagi 3 minggu akak scan masih dalam kedudukan sama nampak gayanya mereka terpaksa tetapkan tarikh untuk akak bersalin secara C-section.


Yelah kalau mengandung dalam usia yang agak lewat memang macam-macam masalah akan timbul.Kenalah berhati-hati selalu dan jaga kesihatan.Lagipun akak pun pernah melakukan penguguran..ini juga salah satu punca masalah uri disebelah bawah.

Berat akak pun tak naik banyak sangat baru 58kg dan berat baby dalam anggaran 2.1 kg.Gynae cakap segalanya dalam keadaan baik..alhamdulillah.Akak berharaplah sangat lagi 2-3 minggu ni kepala baby dah berpusing ke bawah...Insya Allah .Kalau dah terpaksa ceasarean apa nak buatkan.Lagipun anak sulong akak pun keluar ikut 'tingkap'.

Friday, September 26, 2008

Salam AidilFitri


Get Hari Raya Graphics Here

Hari raya bakal menjelang tidak berapa hari lagi.Sempena kehadiran Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, akak ingin mengambil kesempatan menghulur sepuluh jari memohon kemaafan andai ada kesilapan dan kesalahan yang akak sedari atau tidak sedari selama perkenalan dialam maya ini.Sesiapa yang akan pulang ke kampung nanti berhati-hatilah selalu dan bergembiralah walau hari raya kali ini tidak seindah dan segembira raya yang lalu.

Terima kasih shayz diatas pemberian kad raya diatas.

Wednesday, September 24, 2008

Persiapan Raya

Tinggal 6 hari saja lagi kita semua akan menyambut hari raya Aidilfitri.Nampaknya tahun ini sekali lagi akak beraya di Singapura je.Lagipun cuti raya kat sini pun cuma sehari je...lepas raya Ayie dah mula peperiksaan akhir tahun.Nampak gayanya tahun ini akak tidak berpeluang nak balik ke Taiping.Bulan 12 dan bersalin dan dalam pantang.Kenalah tunggu tahun depan...InsyaAllah.

Persiapan raya akak tahun ini ala kadar je.Lagipun persediaan untuk bersalin dan baby nanti akak perlu sediakan juga.Kuih raya setakat ini adalah dah buat 6 jenis,esok-esok bertambah lagi kot.Semuanya biskut-biskut yang menjadi kegemaran Ayie jelah.Nasib baiklah akak ni rajin juga nak buat buat biskut ni..almaklumlah dengan perut yang membesar ni asyik malas je..hehehe.

Baju raya akak sekeluarga beli sepasang je sebab yang tahun lepas punya masih elok.Itupun akak kena beli baju panjang tahun ni..nak pakai baju kurung tak muatlah kat perut ni.Jangan sampai raya nanti baju panjang tu pun tak muat..parahhhh ni.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H.

Saturday, September 20, 2008

10 Malam Terakhir

Diam tak diam sudah pun masuk 20 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Alhamdulillah segalanya dalam keadaan baik dan semoga puasa kita diberkati dan diterima Allah swt hendaknya.Malam ini adalah malam ke 21 dan pastinya kita akan mencari kelebihan Lailatul Qadar dimalam ini.

firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Saturday, September 13, 2008

Gambar Terkini



Demi untuk tidak menghampakan permintaan Shai,disini akak siarkan dua gambar terbaru akak yang comel ni..hehehe.Sebenarnya sejak akak mengandung anak pertama hingga ketiga akak tidak pernah sekalipun mengambil gambar semasa tengah mengandung.Terlupa agaknya.Macam mana kalian tengok rupa akak tengah preggy ni..cute ke tak?hahaha..(perasan jap).

Dari anak pertama hingga sekarang memang berat badan akak semasa mengandung tidak pernah naik sampai 60 kg walaupun perut membesar kedepan.Akak juga kurang dapat bengkak air cuma kaki lenguh-lenguh tu biasalah kalau berdiri lama.Alhamdulillah sejak mula berpuasa akak tidak apa-apa masalah.Harap-harap dapatlah meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadhan.


Oklah akak akhiri dulu cerita kali ini.Selamat meneruskan Ibadah Puasa.

Tuesday, September 02, 2008

Salam Ramadhan

Dari akak buat semua yang sudi mengunjungi ke blog ini akak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1429H.Sekiranya ada silap dan salah akak selama perkenalan kita dialam maya ini dengan rasa rendah diri akak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.Insya Allah semoga puasa kita kali ini akan memberikan seribu rahmat buat kita semua.

Alhamdulillah sudah 2 hari kita berpuasa dan dalam keadaan hamil akak juga berpeluang menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.Semoga puasa ini akan lebih memberikan kekuatan buat akak dan baby dalam kandungan.Ayie pun tidak ketinggalan walaupun agak penat tetapi dia berjaya juga menjalankan ibadah puasa tanpa sebarang keletihan.Lagipun tahun lepas pun Ayie sudah pun melakukannya dengan baik.

Dengan izinNya marilah kita sama-sama berdoa agar puasa kita kali ini diberkati Allah swt dan dapatlah kita menyempurnakannya hinggalah ke akhir nanti.

Selamat berpuasa.

Tuesday, August 12, 2008

Baik-Baik Aje.

zwani.com myspace graphic comments


Salam buat semua.Rasa-rasanya akak ni kebuntuan bicara jadi tak dapatlah nak cerita apa-apa disini.Cuma hari ini ada pertemuan dengan doktor aje kat KK hospital.Hari ini cepat sikit dari bulan-bulan lepas sebab hanya berjumpa doktor saja.Segala-galanya dalam keadaan baik.Alhamdulillah!!

Mendengar bunyi nadi baby yang agak kuat dan bertenaga cukup membuat hati akak gembira.Doktor juga cakap segalanya dalam keadaan baik.

Buat semua yang masih setia berkunjung kemari akak ucapkan terima kasih yer.Jangan segan-segan datang lagi.