Tuesday, January 06, 2009

Tahun Baru

Diharap masih belum terlewat untuk akak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2009 semoga tahun ini akak memberikan keceriaan dan kebahgiaan buat kita semua.


Sedar tak sedar sudah sebulan ++ usia Fahmi.Melihat kenakalannya walaupun badan sakit menanggung keletihan melayan karenahnya,namun hati ini tetap gembira.Sekarang ini Fahmi dah meragam tak tidur siang pula.Bila digendong tidurlah dia tapi sebaik diletak aje matanya mulalah luas terbuka.Kalau lambat je angkat melalak bukan main kuat sampai tersedak-sedak.Lain bulan lain pula ragamnya.

Monday, December 29, 2008

Awal Muharram 1430H



Semoga tahun baru hijrah 1430 akan memberikan seribu kerahmatan dan keberkatan dalam hidup kita semua.Amin.

Monday, December 22, 2008

Aksi 2 Beradik.

Melihat aksi Fahmi yang cergas dan ceria membuatkan hati ini bersyukur dan gembira sesangat kerana keghairahan menyambut kelahiran Ayie yang cergas seperti ini dahulu kembali mengamit memori itu.Kegembiraan itu berulang sekali lagi walaupun agak keletihan melayan karenah Fahmi yang telah menunjukkan sedikit kenakalannya amat tidak terasa oleh akak.Masa berlalu terlalu pantas diam tak diam Fahmi sudah mencecah 3 minggu.Keletahnya juga sudah berubah dari hari ke hari.Apatah lagi ragamnya sekarang ini bila siang hari aje asyik tidur dan berjaga sebelah malam...betul-betul menduga keimanan akak.Bagi diri ini itulah satu keseronokan yang tidak dapat digambarkan sebagai seorang ibu..sanggup berkorban apa aje demi anak tercinta.

Sekian lama akak tidak dapat menatap saat-saat begini bila ditakdirkan arwah Hilmi tidak secergas ini.Namun begitu akak tidak pernah menyesal kerana itu sudah ketentuanNYA dan alhamdulillah akak berpeluang menjaga arwah walaupun dirinya dalam keadaan yang sedemikian.

Semoga kebahgiaan ini akan menjadi milik akak sekeluarga sekali lagi dan Insya Allah diperkenankan oleh Allah swt.

Thursday, December 18, 2008

Editing

Salam semua...

Untuk sementara ini blog akak ini terpaksa akak menukar semula kepada bentuk asal blogger kepada template lama kerana akak sedang mengalami masalah untuk mengedit HTML buat sementara waktu.

Buat masa ini akak masih lagi belum berpeluang untuk berblogging kerana masa terlalu mencemburui akak.Nampak gayanya blog ini akan lewat di hiasi dengan perhiasan terbaru.

Thursday, December 04, 2008

Detik-detik Cemas

Pagi Jumaat 28 Nov memang sudah terasa kontraksi tetapi tidak terlalu kerap dan tidaklah sakit sangat.Hari itu juga akak makan banyak disebelah siangnya tetapi tidak ada selera sebelah malam untuk makan..jadi akak sekadar minum air suam aje sebelum tidur.Seperti biasalah akak memang tidur lewatnya lebih kurang 11.30 gitu.Rasa-rasanya akak baru aje terlelap dan suami akak pun baru nak lelapkan matanya sebab dari tadi dia memang mengadap pc aje.Entah macam mana akak terasa seperti terkencing aje...ingatkan gitulah..hihihi.Rupa-rupanya air ketuban akak dah pecah....masa itu lebih kurang 12.30 pagi aduhhhh....memang ia pengalaman yang pertama buat akak kerana sebelum ini akak pecah ketuban darah dulu.Walaupun air dah pecah sakit kontraksi tidak terasa lagi.Terus bersiap dan bergegas ke hospital.

Sampai di hospital akak terus dihantar ke labour suite..masa itu air tuban semakin banyak mengalir hingga dah jadi color hijau dah.Apalagi terus akak ditolak masuk ke bilik bersalin.Semasa dibuat CTG semuanya dalam keadaan baik tetapi semasa doktor hendak periksa samada pintu akak sudah terbuka tiba-tiba ada masalah dan akak diberitahu baby naik keatas dan heart beat baby tiba-tiba menurun.Doktor terus masukkan drip dan ubat utk tenangkan baby dan proses untuk bersalin secara C-section perlu dilakukan.Lagipun pintu akak baru terbuka 2 cm aje.Tidak boleh ditunggu lagi.Harus segera dijalankan pembedahan.

Sebaik diusung ke OT (bilik bedah) lebih kurang pukul 2 lebih pagi.....akak di suntik ubat bius di tulang belakang.Punyalah sakit tidak terkira dan kaki akak tidak dapat bergerak lagi.Dalam keadaan separuh sedar dengan kesejukan bilik bedah tersebut akak betul-betul menggigil walaupun akak tidak merasa apa-apa dari paras pinggang ke bawah.Lebih kurang pukul 3.20 pagi Zulfahmi selamat dilahirkan dengan berat 2715gram dan kedengaran tangisannya yang menyentuh sanubari akak sebagai seorang ibu.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat.Akak juga diberitahu bahawa tali pusat telah melilit leher Fahmi semasa pembedahan dijalankan.


Syukur Alhamdulillah akak dan Fahmi kedua-duanya dalam keadaan sihat.Terima kasih semua kerana sudi mendoakan untuk akak.




Friday, November 28, 2008

Iringi Daku Dlm Doa Kalian

Semalam berkunjung ke hospital untuk pemeriksaan lagi.Semasa dalam perjalanan di dalam bas ada juga terasa kontraksi sikit-sikit tetapi tidaklah tetap.Takut juga..manalah tahu dalam bas terjadi kejadian yang mendebarkan pula.Pasti haru birukan dengan penumpang yang ramai yang berpusu-pusu hendak ke tempat kerja.Silap-silap semua kena ikut gi hantar ke hospital..ekekekeke.Sebaik doktor buat pemeriksaan pintu baru terbuka sedikit je.Hari ini terasalah juga sakit dibawah perut dan kaki mulai membengkak sedikit.Semalam tidur pun terasa kebas dibetis.Semakin ditunggu semakin lama dah pula.Memang berharap dalam masa terdekat ini dah masuk ke bilik bersalinlah.

Detik-detik menanti saat-saat kelahiran orang baru bakal menjelang tidak lama lagi.Hati yang berdetik dengan debaran terasa kencang dan tidak terhitung lagi.Sebelum akak bertandang ke bilik bersalin tidak lama lagi...ingin akak keudara disini untuk menyampaikan harapan agar sudi-sudilah doakan yang terbaik untuk akak dan baby yer.Sekiranya ada salah dan silap akak selama ini, dengan rendah hati akak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada kesilapan atau kesalahan yang akak sedari atau tidak pernah akak lakukan.

Insya Allah dengan izinNYA kita akan bersua lagi setelah akak kembali mengisi ruang di udara blog ini.Buat kalian yang masih sudi mengunjungi teratak akak ini akak ucapkan terima kasih dan nantikan berita gembira ini tidak lama lagi yer.Sebelum akak akhiri bait-bait ayat disini,sekali lagi akak mohon kemaafan dan doakan semoga semuanya dalam keadaan selamat.Amin

Thursday, November 20, 2008

Berita Hamil Lagi.

Alhamdulillah hari Rabu yang baru lepas ada lagi pertemuan dengan doktor dan segalanya dalam keadaan baik cuma ada masalah sedikit semasa periksa air kencing.Akak mengalami keputihan yang berlebihan jadi doktor terpaksa ambil sampel untuk memastikan tiada kuman atau bakteria didalam keputihan tersebut.Kalau ada kuman akak terpaksa buat treatment.Tetapi sejak dua minggu yang lalu berat badan akak tidak bertambah..masih sama juga iaitu 58.9 kg.Makan memang tak banyak..agaknya semua zat baby yang ambil ni.

Kedudukan baby dah agak kebawah dan sekali sekala rasa sakit atau Braxton Hicks akan terjadi.Pada kehamilan yang lepas akak selalunya akan tumpah darah dulu,tak tahulah kali ini akan tumpah air atau darah dulu.Rasa tidak sabar menanti kelahiran semakin meluap-luap dan alhamdulillah tiada rasa takut atau risau yang menyeliputi diri ini.

Insya Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar dan tiada komplikasi yang sukar.Sampai ketemu lagi dilain cerita...tak tahu nak coret apa dah ni.

Sunday, November 09, 2008

Semuanya Ok!!

Maaflah kerana lewat buat liputan rasmi kat sini..bukan apa tuan rumah ditimpa perasaan malas je sikit..hihi.Hari Selasa yang lepas ada perjumpaan dengan tuan doktor di KKH kenalah buat scan untuk pastikan kedudukan uri dan baby sekali lagi.Berita yang diterima amat menyenangkan hati, jadi tidak perlulah dibuat pembedahan ceaser seperti yang akak beritahu dulu.Kedudukan uri sudah naik tetapi baby tetap akan sentiasa berpusing.Harap-harap kedudukan uri akan terus kekallah diatas agar akak dapat bersalin normal.

Sekarang ni pun akak rasa baby bukan main ligat beraksi dalam rahim akak ini.Duduk pun rasa tak selesa,asyik nak buang air je.Macam-macam aksi baby buat sampai berlekuk-lekuk perut akak ini..hehehe.Nampaknya sekarang ini akak hanya menunggu masa untuk bersalin dan sedang menghitung hari.Insya Allah segalanya dalam keadaan baik buat masa ini dan semoga kegembiraan ini akan dapat akak kecapi sekali lagi.Memang tidak sabar dah ni nak menyambut orang baru.

Cepat betul masa berlalukan diam tak diam kandungan akak dah masuk 36 minggu atau lebih tepat dalam kiraan 9 bulan dan detik-detik kelahiran bakal tiba tidak lama lagi.Sekarang ini akak perlu banyak berjalan agar mudah nak bersalin nanti.Cuti sekolah pun bakal menjelang lagi seminggu,kalau akak bersalin lepas sekolah cuti senanglah sikit.Hari Selasa akan datang ini ada lagi perjumpaan dengan doktor..biasalah bila hampir bersalin makin keraplah kena jumpa doktor.

Bertemu nanti dilain berita yer..akak mohon undur diri.