Thursday, March 30, 2006

10 Fitrah Manusia Cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.


"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku"

Sent to mailing list : 8/9/2004 11:37:41 AM

Sumbangan : Zindagi Ekk Safar

Monday, March 27, 2006

Happy Besday My Dear Husband

Tiada hadiah yg istimewa dapat ku berikan,tiada kata2 yang indah dpt ku lafazkan,hanya ucapan dan doa utk mu semoga dirimu diberikan kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.Sesungguhnya nilai cinta tidak mungkin akan dibayar dengan kemewahan dan kekayaan.Dengan ucapan dari ku ini akan lebin menceriakan dirimu dihari yg berbahgia ini.Semoga dirimu terus menjadi seorang suami dan ayah yg penyayang dan baik.Cintamu mekar dihati kami.Selamat Hari Lahir utk mu sayang!!

Friday, March 24, 2006

Peringkat Dosa

Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat
bertaubat atas dosanya... . Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat
dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama
ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua...
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas
perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit
permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya... .
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat
dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa
kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa
ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu
akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula
MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang
tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong,
bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap
hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang
berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi
Allah..

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan
adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam
yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah
neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu
dan pendakwah neraka tersebut. "Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari
ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan
jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Wallahu'alam...

Saturday, March 18, 2006

Tujuh Kalimah


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak lakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya'Allah jika merencana berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tidak diingini

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidah


Sumbangan : Sue

Wednesday, March 15, 2006

Waduhhh...Dah Kene Tag!!

Dah kene tag dgn Elly pula....takpe demi cabaran akak jawab yer Elly:

1. perkataan yg slalu korang sebut...
#bedek ahhh!

#ekk eleh...
#cayalah!!

2. 3 perkara yg korang lakukan sblm tido...
#solat isya klu belum buat.
#minum air.
#pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
.

3. pemandangan yg korang suke lihat?
#pemandangan diwaktu senja.

4. ape akan korang lakukan sekiranye tersesat di dlm hutan?
#cuba beranikan diri dan sambil2 tu bnykkan berdoa agar dilindungi.

5. 3 artis lelaki/perempuan yg korang nak ajak gi tgk wayang?
#ziana zian
#rosyam nor
#pretty zinta


6. 3 barang wajib yg mst ade dlm handbag korang?
#beg duit
#kad pengenalan
#handphone

7. 3 jenis sukan yg korang minat?
#bola sepak
#apa jua jenis perlumbaan track..mcm f1 dan motogp.
#tennis

8. barang pemberian seseorang yg korang simpan hingga kini...
#hadiah harijadi sebuah lukisan frame dari tunang..skrg suamilah..hehe
#subang emas yg pertama kali dibeli oleh abah...tp skrg dah tinggal satu...haha

9. 3 lagu yg menjadi kenangan wat korang...
#jangan menangis sayang (safura dan oney)
#bicara buat teman (shidee)
#kali terakhir kulihat wajahmu (uji rashid)

10. mimpi ngeri yg pernah korang lalui?
#mimpi yg benar2 terjadi..smpi skrg tak blh lupa...berlawan dgn si toyol sampai sakit2 badan bila terjaga.

11. salah satu keinginan korang?
#mestilah nak hidup senang dan gembira.

12. kalau korunk artis, korang nak jadi mcm siapa? dan kenapa?
#ziana zain
#w'pun ada 2 anak tetap vogue dan maintain gitu...


13. kelemahan korang?
#cepat terasa...(kalau apa yg org cakapkan itu berbentuk sindiran berbisa yg sengaja dilakukan...)

14. siapa yg korang teringin sgt nak jumpa?
#nabi muhammad(saw)...ini semestinya.(sama dgn elly)

15. moto hidup korang?
#tidak mudah putus asa dan akan beranikan diri hadapi apa jua dugaan.Sentiasa ingin mencuba dan mencuba.

akak pula tag mereka2 nie...tengok sape yg kene...hehe

Hisah
Siti
Shai
Khaty
Am

Thursday, March 09, 2006

Pasangan Di Syurga

saint patrick's day

Kita mengetahui bahwa jika laki-laki masuk syurga, mereka akan mendapatkan bidadari. Apakah jika perempuan masuk syurga, mereka juga akan mendapat pasangan?

Firman Allah tentang kenikmatan syurga:
"..di dalamnya kaum memperoleh semua yang kamu inginkan dan memperoleh pula semua yang kamu minta. Sebagai hidangan dari (Allah) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Fushshilat :31-34)

"..dan di dalam syurga itu terdapat segala sesuatu yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, serta kamu kekal di dalamnya."(Az-Zukhruf :71)

Mempunyai pasangan adalah hal yang paling didambakan di samping keperluan-keperluan rohaniah. Keperluan para penghuni syurga akan dipenuhi, baik laki-laki mahupun perempuan. Seseorang perempuan akan dinikahkan oleh Allah di syurga dengan orang yang telah menikahinya semasa hidup di dunia. Allah berfirman:
" Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada Mereka dan orang-orang yang sholeh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka.."(Al-Mu'min : 8)

Jika seorang perempuan pernah mempunyai dua suami di dunia, ia akan memilih salah satu dari keduanya di syurga. Jika seorang perempuan tidak menikah di dunia, Allah akan menikahkanya dengan orang yang disukainya di syurga.
Kurnia Allah di syurga bukan hanya untuk laki-laki, melainkan untuk laki-laki dan perempuan, masing-masing punya pasangan. Seseorang mungkin berkata, "Allah telah menyebutkan bidadari (al-hur al-in) sebagai pasangan bagi laki-laki, tetapi Allah tidak menyebutkan pasangan bagi perempuan." Jawapannya, Allah menyebutkan isteri bagi para suami kerana para suamilah yang biasa mencari dan menginginkan isteri.

"Hamba Allah.."

Sumbangan : aTiE

Sunday, March 05, 2006

CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL

Semoga kita semua mendapat pengajaran dari cerita ini.

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya.Menurutnya, alal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin,Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan.Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah,malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja,dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu.Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya,saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan.Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil = seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami.Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah = dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apayang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah,masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Semua ada hikmahnya....

Sumbangan : miza

Friday, March 03, 2006

TAMBAH ILMU ~ ISI MINDA

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Sumbangan : adzli