Sunday, November 29, 2009

Fahmi Setahun


Selamat ulangtahun yang pertama Fahmi.Semoga Fahmi diberikan kesihatan yang baik,tubuh yang sihat dan cergas selalu,rezeki yang murah dan dilindungi Allah swt hendaknya.Melihat ragam Fahmi dari bulan ke bulan menduga kesabaran ibu sayang.Fahmi memang anak yang lasak dan degil sedikit...namun itu bukan halangan untuk ibu membesarkan dirimu sayang.Makin kuat dugaan menjaga Fahmi makin terhibur hati ibu.Sejak kebelakangan ini pun perangai Fahmi berubah..asyik nak berkepit aje...sampai susah ibu nak buat kerja rumah.Bila dimarah pandai pula tu cebikkan bibir dan mulalah meraung satu rumah.

Harapan ibu dan ayah semoga Fahmi membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh.Tiada hadiah yang dapat ibu berikan hanya doa ibu dapat panjatkan agar Fahmi sentiasa sihat dan ceria...Berjaya dunia dan akhirat.Ammin!!

Thursday, November 26, 2009

Jemputan

Alamak..kemanalah perginya tuan blog ni yer...hehehehe.Meninggalkan blognya begitu sekian lama begini..sampainya hati..huhuhuhu.Jangan Mare!!

Untuk memulakan cerita ingin kiranya akak mengambil kesempatan untuk menyampaikan kepada teman-teman blog sudilah kiranya menerima undangan ke majlis perkahwinan adik bongsu akak yang akan diadakan pada 12 hb Dis (Sabtu) dan majlis akan berlangsung di Manjung Perak.Segala keterangan ada dalam kad yang dilampirkan disini.Sesiapa yang sudi hadir dan ingin bertemu akak silalah jangan segan-segan.Hubungi akak di talian +6596407607.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Enter Fleedy.com

Ramadhan bakal berakhir dan aidilfitri akan menjelma dalam 2 hari lagi.Semoga Ramadhan ini telah kita penuhi dengan ketaqwaan dan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah swt.

Tahun ini sekali lagi diriku dan keluarga akan beraya di kota singa.Dsini cuti tak panjang jadi tak berpeluanglah untuk pulang ke Taiping.Segala persiapan tahun ini seperti kuih muih banyak yang dibeli sahaja almaklumlah dengan keletah Fahmi yang semakin ligat menyukarkan untuk membuatnya sendiri.

Salam kemaafan kuhulurkan buat semua teman-teman blogger yang mengenali diri ini andai ada salah dan silap.Semoga kalian bergembira dihari raya nanti.Kalau pulang ke kampung berhati-hatilah di jalanan semoga selamat tiba ke destinasi.

Thursday, September 10, 2009

Gelagat Fahmi

video

Fahmi sudah semakin lincah sekarang ni,bukan saja sedang belajar untuk berdiri malah sudah pandai pula tu melompat-lompat.Itu tandanya minta diangkatlah tu.Fahmi memang tidak suka duduk diam..kalau dia tak tidur habis satu rumah dia tawaf.Bukan ada dia pusing satu rumah segala benda yang didepan mata semua dia nak capai.Beginilah keadaan Fahmi yang semakin meningkat usia..sudah masuk 9 bulan dah dia.

Oklah sampai disini dulu cerita akak kali ini.Bulan Ramadhan ni agak sibuk juga...sibuk dengan Fahmi je...kerja semua tak dapat nak buat.Kuih raya pun beli je tahun ni...heeheehee.

Wednesday, August 26, 2009

Cabaran Di Bulan Puasa

Sudah 5 hari umat islam menjalani ibadah puasa dan alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menunaikannya dengan baik dan sempurna...Insyaa Allah.Tugas sebagai seorang isteri dan ibu yang tidak bekerja ni memanglah lebih banyak memberikan perhatian di rumah mengurus anak-anak dan menyempurnakan tugasan rumahtangga.Tahun ini aktiviti akak lebih mencabar dengan kelasakan Fahmi yang semakin membesar ni.Semenjak dia belajar untuk berjalan ni memang tidak duduk diamnya dia..ada saja tempat yang dia nak teroka.Kenalah akak selalu menjadi pemandu dan body guard dia.Kalau boleh satu rumah dia nak redah.Lebih-lebih lagi sekarang dia Fahmi dah kurang tidur siang...asyik nak bermain aje.Akak nak buat kerja rumah pun tergendala.Nampak benda depan mata mesti nak dicapainya.Kadang-kadang tu Fahmi selongkar barang-barang abangnya Ayie...hai geram juga si abang!!

Kalau bulan lain akak memasak sebelah petang sebaik suami balik jadi tak kisahlah sangat kalau makan lewat tapi dibulan puasa ni akak kena membeli je yelah nak masak awal boleh sebaik Fahmi tidur.Itupun tak sempat,hanya dapat mengemas rumah je kerana si Fahmi tidurnya bukan lama pun...paling lama setengah jam.Beginilah cabaran seorang ibu yang ada anak-anak kecil kalau tak ada orang membantu memang susah nak buat kerja rumah.Masa Ayie dulu lain pula,akak boleh melakukan sendiri.Fahmi ni memang nakal sedikit..garang pula tu...kesian abangnya asyik kena serang.Ditarik rambut Ayie sampai terjerit-jerit si abang.Suara kalau menangis bukan main kuat volumenya.Satu flat boleh dengar lebih-lebih lagi kalau lambat bagi susu.

Beginilah ragam Fahmi yang semakin meningkat usia...rasa seronok melihat perkembangan bayi yang seaktif Fahmi.Walaupun penat dan sakit badan ni semuanya tidak dirasai bila melihat wajahnya dan keletahnya yang melucukan.Sampai disini dahulu coretan akak moga bertemu lagi yer!!

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan 1430 Hijrah



Dikesempatan yang ada dan dalam 2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini...ingin akak mengambil kesempatan memohon kemaafan buat semua teman-teman blog yang sentiasa berkunjung ke sini dan yang masih mengingati diri ini.

Semoga kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah swt,dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik dan dapatlah kiranya menunaikan ibadah puasa sehingga ke penghujungnya...Insya Allah.Ammin!!

Sunday, August 09, 2009

44th Singapore B'thday

Today all Singaporeans celebrate our 44th Birthday.Best wishes to all Singaporean in Singapore and everywhere you are in the world.Come together we build our nations. Hopes we can living together in harmonies and peacefull ..InsyaAllah.HAPPY NATIONAL DAY and MAJULAH SINGAPURA.

Thursday, August 06, 2009

Blog dan Kisah Fahmi

Hari ini teringat nak menjenguk blog yang dah mulai dipenuhi habuk ni..hehehehe.Sudah sebulan rasanya tak jenguk blog.Kesian blog ni..tak dilupakan cuma terlupa je sekejap...hihihi.Dah masuk ni update jelah apa yang perlu diupdate.

Sekejapkan masa berlalu ...lagi 2 minggu kita semua akan menyambut bulan Ramadhan (InsyaAllah).Bulan yang penuh dengan keberkatan dan dilimpahi dengan pahala yang berlipat kali ganda.Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesempatan untuk menunaikannya dengan baik dan sempurna.

Fahmi semakin membesar dan kenakalannya mulai terserlah.Diam tak diam Fahmidah 8 bulan sekarang ni dandah tumbuh 2 gigi bawah.Gigi sebelah atas bakal muncul.Sekarnag ni dah mula naik walker dan cuba belajar untuk duduk dan berdiri.Ada jugalah sekali dua dia terjatuh tapi tidaklah terhentak kuat.Ligat betul dia sampai sakit jugalah pinggang ibunya ni.berbeza dari abangnya Ayie...pantang dia berjaga memang tak betah diamnya.asyik nak mearayap je kalau dilepaskan atas lantai.Tidak boleh leka lagi Fahmi dah pandai nak kutip benda2 masuk mulut je dia.Bukan main garang Fahmi kalau abangnya ambil barang yang dia pegang.

Fahmi paling suka bila setiap kali Ayie balik dari sekolah,pasti dia terloncat-loncat walaupun tengah didukung sebaik nampak Ayie depan pintu.Nyaring dia memanggil Ayie walaupun dia belum pandai berkata-kata tetapi gayanya seperti dia menyapa abangnya.

Akak akhiri cerita ini dahulu semoga bersambung lagi diikisah akan datang.

Wednesday, July 08, 2009

Apa Nak Cerita Yer??

Agak lama juga blog ni ditinggalkan..memandangkan tiada info terbaru nak diceritakan disini terpaksalah diperap dulu blog ni..ekekeke.Buat teman-teman yang masih sudi singgah sini..diucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang walaupun tuan rumah takde yer.Bukan apa tuan rumah sekarang ni asyik sibuk berkebun kat facebook je.Nak jadi jutawan cyberlah katakan..hahahaha.

Oleh kerana dah masuk sini boleh diceritakan sedikit tentang perkembangan Fahmi yang semakin membesar ni.Sekarang ni Fahmi dah mula gunakan walker dan gigi pun dah tumbuh satu sebelah bawah.Gambar-gambar terbaru pun belum sempat nak upload lagi.Mulut pun dah becok..asyik nak bercakap je.Lagi satu perkara yang akak nak cerita ni Fahmi kalau tengok orang makan je mesti akan datang dekat nak mengendeng.Kesian juga tengok dia..bila kita suap makanan masuk ke mulut kita...mulut dia pun terkumat-kamit sampai terleleh-leleh air liurnya.Selagi kita belum habis makan selagi itulah dia tak berganjak..kerasa kesian bagilah dia rasa sikit.Kuah kari yang pedas tu pun tak rasa pedas...nak kata apa tu!!

Oklah sampai sini dululah cerita akak.Lain kali cerita lagi yer.

Monday, June 22, 2009

13 th Wedding Anniversary

Today is my 13th wedding anniversary (amboi speaking london tu) hihihihi.Semoga kebahagian yang dibina akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.Banyak lagi perkara yang harus kami belajar dalam membina kehidupan rumahtangga ini. Untuk suamiku..Sanusi,segala pengalaman,ujian,dugaan dan cabaran yang pernah kita lalui bersama akan menjadi dorongan demi kebahgiaan dan kegembiraan kita bersama anak-anak yang dikasihi.Tiada rumahtangga yang tidak bergoyang..sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula suami isteri.Marilah kita sama-sama layari bahtera ini dengan doa dan harapan semoga diberkati Allah swt dan dilimpahi dengan rezeki yang banyak.Amin..InsyaAllah.


Wednesday, June 17, 2009

Kes Buang Bayi

Hari ini dapatlah juga dibuat entri baru setelah sekian lama akak menyepi tanpa berita.Selalunya berita pembuangan bayi dapat ditonton dikaca tv dan dibaca di surat khabar saja tetapi hari ini berita tergempar ini berlaku di blok akak sendiri.Sekujur tubuh kecil yang tidak berdosa ini sudah tidak bernyawa ketika dijumpa oleh pekerja bangla yang mencuci blok akak hari ini.Insan kecil ini di jumpai di hujung tembok dekat dengan tangga yang bersebelahan dengan rumah akak.Walaupun bukan akak yang menjumpainya tetapi sebaik melihat tubuh kecil ini yang dibalut dengan plastik berada di situ terdetik rasa pilu dihati kecilku.Siapalah yang tidak berhati perut tergamak membuangnya di situ.

Sebaik terlihat kereta polis dan ambulance berada di tempat meletak kereta dibelakang rumah akak..ingatkan ia berlaku di blok sebelah.Bila seorang anggota polis mengetuk pintu akak dan menyoal barulah akak ketahui ia terjadi berhampiran rumah akak.Rasa2nya ia baru diletak pagi tadi kerana pekerja itu menjumpainya sekitar jam 4.30 petang.Bila akak ternampak anggota CID tiba pasti ada kes yang lebih berat berlaku.Semenjak blok akak dipasangkan dengan lif ramai antara jiran-jiran termasuk akak sekali jarang menggunakan tangga jadi tiada siapa yang nampak.Hari ini sepatutnya akak nak keluar ke pasar tetapi dibatalkan.Entah kenapa tidak jadi.Kalau menuju ke lif memang akan nampak tangga dulu dan pasti plastik itu akan akak temui pagi tadi sekiranya akak keluar.Ayie memang ternampak bungkusan plastik itu sewaktu dia keluar mengaji pukul 1.30 pm tapi dia tidaklah terfikir ia sesuatu yang pelik.Dia pun tak sampaikan kepada akak.

Kalau memang hati dan pandangan kita ditutup segalanya tidak kita perasan..bila dah berlaku baru kita teringat.Nasib baik jugalah bukan akak yang temuinya...rasanya tidak sanggup akak melihat sekujur tubuh kecil yang telah kaku.Akak hulurkan sehelai kain batik kepada anggota polis tersebut untuk membalut tubuh bayi yang malang ini.Masih terasa kesedihannya sampai kini.

Saturday, June 13, 2009

Hari Lahir ke 37 Tahun


Hari ini genaplah usiaku 37 Tahun.Cepat betulkan masa berlalu..diam tak diam dah semakin tua diri ini.Semoga hari-hari yang ku lalui seterusnya akan diberkati Allah swt hendaknya dan dilimpahi dengan taufik hidayahNYA sepanjang masa.Biar usia semakin meningkat tetapi hati ini tetap terasa muda..ekekeke.

Sunday, June 07, 2009

Percutian Dan Sakit

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga kembali ke Singapura dan berblogging disini ribbonicon01.Sebagai permulaan sebelum akak memulakan cerita percutian akak di Taiping...terlebih dahulu akak nak ucapkan terima kasih di atas kehadiran Fysal dan isterinya Intan berserta anaknya yg comey Iqah ke rumah akak.Minta maaflah banyak-banyak kerana akak tidak dapat menyediakan hidangan yang sempurna untuk menyambut kehadiran Fysal kesekeluarga ribboncon08.Terharu akak kerana Fysal sudi melawat akak walaupun penat dengan tugas harian.Insya Allah ada umur kita bertemu lagi yer.Memang pertemuan ini tidak akan dilupakan.Perjalanan dengan keretapi selama 12 jam agak memenatkan namun begitu keseronokkan menyaksikan permandangan indah sekitar perjalanan mengurangkan rasa lelah di badan.Disebalik kesronokkan tiba di Taiping telah diganggu oleh kehadiran demam.Akak orang pertama yang dapat demam..sampai 3 hari pula tu...Habis sakit seluruh anggota badan ini..ribbonicon12.Cuaca agak panas juga di sana,kemudian Fahmi pula yang demam.Segala program untuk berjalan-jalan ke pekan hancur musnah.Apakan daya tiada rezeki akak tahun ini...yang penting kami cepat sembuh kerana takut nanti semasa nak masuk sini kena tahanlah pula.Gambar belum sempat nak upload...bila dah siap nanti akak pamirkan.Tak dapat nak tangkap banyak kerana tidak berjalan-jalan.Adalah sikit.ribbonicon04

Thursday, May 28, 2009

Nak Balik Kampung

Cuti sekolah akan bermula minggu depan dan pastinya ramai antara ibu bapa yang akan bercuti jugakan.Memandangkan disini cuti sekolahnya sebulan..tentulah boring kalau hanya memerap di rumah sajakan.Akak dan suami buat rancangan apa salahnya balik bulan Jun nie..lagipun abah akak pun dapatlah tengok cucu barunya nanti.Dah masuk 6 bulan dah cucu abah ni.

Akak sekeluarga akan pulang ke Taiping selama seminggu mulai hari minggu ini 31 mei dan pulang kembali ke sini pada hari Sabtu 6 Jun.Kali ini kami akan menaiki keretapi KTM kerana sudah agak lama juga tidak naik keretapi ni.Memanglah perjalanannya agak panjang tetapi seronok dapat menikmati permandangan di luar.Istilah balik kampung selalunya dikatogerikan pulang ke kampung halaman tapi rumah abah akak rumah teres yang terletak di bandar Taiping boleh ke dikira sebagai kampung juga.

Sebelum akak berangkat akak mohon maaflah banyak-banyak dekat kalian kalau ada salah dan silap akak yer.Terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk teratak akak ni walaupun akak tengah berehat kat Taiping nanti.Dekat rumah abah akak takde internetlah..tak dapatlah akak nak jenguk-jenguk kalian.Kalau sudi tolonglah tengok-tengokkan rumah banglo akak ni yer dan bersihkan lamannya sekali...ekekekeke.Kereta sport akak kat luar tu takde minyak..tak dapatlah nak kasi kalian pinjam..hehehehe.

Friday, May 22, 2009

Tak Ada Cerita


Alahai blog..rasanya lama juga tak menjenguk kesini dan menulis cerita baru.Sebenarnya tiada apa yang nak dikongsikan disini.Sekadar ingin menyampaikan ucapan terima kasih di atas kunjungan kalian yang tidak jemu-jemu bertandang kemariribbonicon06.Jangan mre yer...kerana agak lama juga tidak melawat ke blog kalian.


Friday, May 15, 2009

Terima Kasih 2

Musim award kembali bertandang kembali untuk tahun 2009 ini.Kali ini menerima satu award hijau yang cantik ini dari Mamajambu dan kak Leeya.Tiada ucapan yang istimewa dapatku luahkan melainkan ucapan terima kasih yang tidak ternilai harganya sebagai tanda persahabatan kita.

Semoga ikatan ini akan terus terpatri indah selagi hayat dikandung badan.Buat mamajambu..bertemumu memang amat menggembirakan dan ikatan antara kita semakin teguh kini.Walaupun kak Leeya tidak pernah kutemui namun perkenalan di alam maya ini telah mengeratkan lagi talian persaudaraan kita sesama islam.

Terima kasih sekali lagi.Hanya ucapan ini yang dapat kuluahkan buat tatapan semua.

Sunday, May 10, 2009

Terima Kasih

ImageChef.com

ImageChef.com


Tiada kata-kata indah dapat ku ucapkan..tiada hadiah istimewa dapatku kirimkan...hanya sekadar ucapan terima kasih sebagai tanda ingatan dan penghargaan.Budi baik kalian hanya Allah saja yang dapat membalasnya.Terima kasih sekali lagi dari hati ku yang tulus ikhlas semoga ikatan persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan.


Buat teman-teman blogger yang sentiasa mengunjungi ke halaman teratak burukku ini sudilah kiranya menerima sekeping kad sebagai pengganti diri.Harap dimaafi kerana tidak berupaya nak menulis semua nama-nama disini...takut nanti ada nama yang tertinggal.Sesiapa yang mengenali diri ku...terimalah kad ini yer...jangan segan-segan untuk singgah lagi.

Love...



Shayz..terima kasih banyak-banyak diatas pemberian kad yang cute ini.

Thursday, May 07, 2009

10 tahun Bergelar Ibu

Glitter Graphics "Kasihnya Ibu membawa ke Syurga".
Bertapa indahnya bila buat pertama kalinya menjadi seorang ibu setelah membina ikatan perkahwinan.Buat mereka yang masih menanti kelahiran cahaya mata pertama pasti tidak sabar menanti kelahiran insan baru dalam hidup mereka.Alangkah pilu dan sedihnya buat seorang wanita yang telah bertahun-tahun berumahtaangga namun masih belum lagi dikurniakan dengan zuriat.Sesungguhnya gelaran seorang ibu amat besar nilainya buat seorang wanita disamping gelaran seorang isteri.


10 tahun...rasa-rasanya jarak ini belum cukup sempurna buatku untuk memegang amanah mendidik anak-anakku.Seperti diriku juga bila pertama kali disahkan hamil...memang tidak dapat menzahirkan perasaan ini.Saat menyaksikan kelahiran tersayang membuat kita lupa segala kesakitan dan kepayahan.Itulah nikmat yang diberikan Allah swt.

Tiada seorang ibu pun yang ingin anak yang dilahirkan itu tidak sempurnakan..namun siapalah kita untuk menghalang kehendak Yang Masa Esa.Itulah ujian yang harus aku lalui buat pertama kalinya bila anak pertamaku Wani disahkan mengalami masalah genetik dan lebih memedihkan hati aku sebagai seorang ibu ialah bila diberitahu bahawa anakku tidak akan hidup lama.Walaupun hati ini sedih namum aku bertekad untuk menjaganya biar apa sekalipun terjadi kerana aku pasti Allah yang lebih tahu.KetentuanNYA tiada siapa dapat menghalang dan Allah lebih menyayangi anakku.

Bukan mudah menerima hakikat kehilangan..aku tabahkan hati dan tetap berusaha untuk memiliki seorang lagi zuriat dan alhamdulillah anak keduaku lahir sempurna sehinggalah sekarang.Kehidupanku diuji sekali lagi bila anak ketigaku dilahirkan sama seperti anak pertama.Memang sukar menerima hakikat ini dan aku harus berkorban masa dan tenaga untuknya.Itu bukan halangan buatku..biar apa pun keadaanya aku bertekad untuk memikulnya.Pernah aku luahkan dan mungkin juga doaku..sekiranya anggota badanku ini boleh diberikan buat anakku ini..aku relakan serahkannya malah nyawaku sendiri pun aku rela...tetapi aku ingin anakku hidup normal.Tetapi Allah lebih tahu dan lebih menyayanginya.Kalau kita sayangkan seseorang kita harus melepaskannya kerana suatu hari nanti kita akan bertemu kembali.Insya Allah!!.

Alhamdulillah kehidupan ku kembali ceria kini.Syukur dengan nikmat dan kebesaran PENCIPTA.DIAlah yang memberi segala-galanya.

Buat teman-teman blogger semua yang bergelar ibu dan akan menjadi seorang ibu..ingin aku kongsikan kegembiraan ini bersama kalian.Semoga kita semua akan menjadi seorang ibu mithali buat anak-anak.

Tuesday, May 05, 2009

3 Tahun Berlalu



Bukan untuk ditangisi...
Bukan untuk diratapi...
Sekadar tanda ingatan..
Bahawa kelahiranmu tiada gantinya..

Sayang ku...
Izinkan ibu membaitkan..
ayat-ayat rindu ini..
kerana kau terlalu istimewa..

Biar tahun berlalu pergi..
hadirmu tetap ibu rasakan..
Biarpun terlalu pantas masa berlalu..
kau tetap ibu kenang...

Biarkan airmata ini mengalir..
Kenangan bersamamu sukar ibu luputkan..
Bukan semudah itu sayang...
Kau tetap bersemadi dihati ini...
Setiap kali namamu terukir dibibir ini..
Pasti ada airmata yang menemani...

Hari ini kembali lagi...
Pemergianku ibu relakan..
Tiada lagi kesakitan buatmu..
Zulhilmi...namaku dihati ibu.

Saturday, May 02, 2009

Award and Tagged 2

Tagged dari kak Leeya.Kali ini beserta award pula.

10 Facts About Me......

1. Been married to my loving husband for 13 years....Alhamdullillah


2. Have 4 lovely kids :Siti Hazwani,Zulfadhli,Zulhilmi n Zulfahmi but the 1st n 3rd passed away.


3. Live happily at our own sweet home for almost 10 years (same laa kak)........


4. Like to watched a horror movie or drama.

5. Enjoy to try any new recepies...just keep it if failed for the first time..huhuhu

6. Love to drawing (now no time to start) n reading love novel.


7. Hate to go shopping b'coz my husband's take quite long to choose his fav espeacially for shirt.


8. Like to have so many friend...doesn't matter young or old...as long they like me....(same as u kak)


9. Full housewife now....missed to work again.


10.Love to eat chocolate...hate durian....kantoiiii.



Friday, May 01, 2009

Award dari Mama Shahmi


Nampaknya musim award kembali lagi pada tahun ini.Akak baru dapat award ni dari mama shahmi..TQ yer.Cutekan award ni.Semoga tanda dan nilai persahabatan kita akan berkekalan walaupun diantara kita belum pernah bersua muka namun dirasakan ikatan ini terikat dengan mesra dan dengan hati yang tulus ikhlas.ribbonicon06



Thursday, April 30, 2009

Award And Tagged


1. Anda seorang bintang?

* Hissshh..takdelah..akak tak rasa macam bintang pun...jauh betul gelaran ni..


2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?

* Terserahlah...tak kiralah berapa banyak bintang yang nak diberikan yang penting sesiapa yang hadir keblog ini amat ikhlas hatinya.Nilai persahabatan itu lebih penting dan tiada harganya.


3. Adakah penulis seorang yang sombong?

* Mula-mula akak kenal shayz ni..akak dah rasa shayz seorang yang peramah...akak terharu kerana shayz sudi meminta pertolongan akak walaupun kita baru kenal.


4. Dari mana anda mengenali blog penulis?

* Tak ingat dah...rasa-rasanya melalui mesej di tagboard MSJBOX kot!!


5. Anugerah ini ada berapa warna?

* ada 4 warna kuning, putih, biru dan hitam...(sama jawapannya..heheh)


Wednesday, April 29, 2009

Aksi Si Abang dan Si Adik

video

Fahmi bukan main lagi tak padan kecik ada hati nak berebut dengan abangnya Ayie.Dalam video diatas terutama bahagian yang terakhir saksikan bagaimana Fahmi cuba merampas barang mainan Ayie.Kuat juga si adik menarik.Si abang ni jenis gembeng sikit dan jenis yang mudah mengalah..silap haribulan boleh meleleh airmatanya.Nasib baik tak rosak mainan Ayie tu.Tak tahulah bila dah besar nanti jangan pula semua mainan abangnya jadi sasaran.Penat abangnya menyimpan dan menjaga dengan baik.

Baru masuk 5 bulan dah pandai nak main Fahmi ni.Lagi satu Fahmi suka berbual terutama kalau Ayie berbual dengan akak..mulalah dia menyampuk..ingat abangnya berbual dengannya.Fahmi suka kalau diagah..bukan main mengekek-ngekek dia...sampai kadang-kadang tu nak mencebik pun ada.Saksikanlah gelagat dua beradik ni.



Tuesday, April 28, 2009

Hadiah Dari Hati


Terima kasih kak long Zura diatas pemberian hadiah yang ikhlas ini sebagai tanda ikatan persahabatan kita di alam maya ini.Biarpun kita tidak pernah bersua wajah namun kemesraan antara kita seolah-olah kita telah lama mengenali.Inilah keistimewaan IT kerana kita bisa menjadi sahabat walau di mana jua kita berada.

Semoga nilai persahabatan ini akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa dan Insya Allah..jika ada keizinan dariNYA kita pasti bersua jua.Tiada kata yang indah dapat saya lemparkan sekadar ucapan terima kasih sekali lagi diatas pemberian ikhlas ini kak longkittyicon05.

Monday, April 27, 2009

Award Dari K Leeya


Penghargaan ku terima dari teman blog walaupun kita baru saja berkenalan.Terima kasih kak Leeya atas tanda peringatan buat saya ini dan sudi menerima kehadiran saya sebagai salah seorang sahabat.Semoga perkenalan ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa walaupun kita tidak pernah bersua wajah...InsyaAllah!!

Manalah tahu suatu hari nanti kita akan bertemu...pasti perkenalan kita akan bertambah mesra.Terima kasih sekali lagi kak Leeya...ribbonicon06.




Thursday, April 23, 2009

Rindukan Kopi

Pada asalnya akak ni memang seorang penggemar kopi atau apa jenis kopi yang seangkatannya dan setiap pagi mesti nak minum...kalau tak minum sehari mata akan mengantuk je dan lemah badan ni.Entah kenapa sejak mengandungkan Fahmi akak terus loya dengan kopi dan sampai sekarang terus tak minum lagi.Memang teringin nak minum balik tetapi lidah seperti tidak dapat menerimanya.Akak ni lain sikit kalau lidah tak boleh terima apa yang masuk terus dibuang.Nasib baik bau kopi masih boleh dihidu.Tulah bila terhidu bau kopi terasa teringin nak minumemotikon01.Tengok kopi-kopi seperti cappucino memang meleleh beb.

Sekarang ini akak banyak minum koko cadburry ataupun milo.Sedang mencuba untuk menghirup kopi kembali tetapi tak tahulah boleh ke tidak.


Sunday, April 19, 2009

Hari Minggu Yang Sibuk

Fuhhh..jam hampir ke pukul 12 tengah malam ni...Sambil menghirup air milo sejukkao-ani13 (cuaca panas betul kat sini beb) barulah dapat duduk kejap mengadap laptop di depan akak( (hihi mestilah didepankan..takkan kat belakang..) sambil mencari idea apa yang nak ditulis kat sini...kao-ani7.Tapi ini bukan dah tulis ke..apalah yang akak merepek meraban ni...kao-ani1.

Nak cerita sikit je hari ini betul-betul hari sibuk bagi akak...kemas rumah..tapi selongkar semua almari dan ceruk-ceruk.Lagipun suami ada sama bolehlah tolong...cepat sikit..kalau hari biasa asyik mengadap Fahmi je..susah nak buat kerja...cuma kerja-kerja rumah biasa aje.

Terima kasih yer kerana sudi menjenguk blog ni...kao-ani4.Oklah nak kao-ani10 dulu...esok nak bangun pagi siapkan anak ke sekolah dan suami pergi kerja...Daaaaa.


Thursday, April 16, 2009

Tag Dr Kak Leeya

Dapat tag dari kak Leeya...nak kena jawablah ni.

Jom layan...

1) nama timangan+family:
Memamg takde nama manja..keluarga,adik2 dan semua blogger panggil noamie atau kak mie..member2 terdekat ramai yang panggil nor atau nonie.

2) anda seorang yang..
suka memikir,rajin mengemas rumah tapi malas sket nak masak..hihihi (tp kena gak masakkan) dan suka mencuba benda-benda baru tetapi kalau nak tahu kebenarannya diriku seorang yang cepat gelabah atau nervous terutama dijalan raya sebab tu tak mahu ambil lesen memandu.


3) insan istimewa dan knp dia teramat istimewa:
Dah tentulah suami dan anak-anak..serta keluarga.Disamping itu teman-teman blogger yg dikenali atau dialam maya ini..hidup mesti ramai kawan jgn ramai musuhkan.

4) lagu kesukaan sekarang:
Kurang mengikuti perkembangan lagu-lagu masa kini..mana yang didengar sedap itulag yang disukai.

5) warna kegemaran-purple n pink...second green n blue.

6) benda wajib lam handbeg...?
Biasalah yang wajib ada ialah...dompet,payung lipat,tisu basah n kering,handphone,kad bas dan kunci.

7) kali terakhir nangis...?
Tak ingat bila tetapi bila tonton cerita sedih atau baca kisah sedih pasti tersentuh hati.Yang paling tersentuh dihati ini bila teringatkan kedua-dua arwah anakku..tak boleh tngk gamba2 mereka atau tersebut namanya pasti mudah airmata ini mengalir.

8)Nak tag siapa yer..oklah senarai2 dibawah ini pilihanku...jgn mare!!

1.Shayz
2.Honey
3.Kak long Zura
4.Mama Shahmi
5.MamaJ
6.Chii

ini ajelah..



Monday, April 13, 2009

Sakit Mata Part 2

Hari tu baru je cakap akak tidak terkena dengan gejala sakit mata ini.Rupa-rupanya segalanya tidak dapat dielakkan yelah dah duduk satu rumah mestilah merebak dengan mudahcaticon07
.Sebaik bangun pagi semalam dah terasa lain macam je mata ni.Nasib baik nak bawa Ayie jumpa doktor semalam jadi jumpa sekalilah. Dah macam mata panda dah akak rasakan...kedua-dua mata bengkakcaticon02 .

Oklah akak minta undur diri dulu.Tak tahu nak bebel apa lagi kat sini.Nak rehat jap...ngantuk ler lepas makan ubat tadicaticon05 .