Monday, November 29, 2010

Fahmi Genap 2 Tahun

Lebih kurang jam 11.30 malam bertarikh 28 November 2008,waktu itu ibu baru hendak masuk tidur tiba-tiba terasa cairan membasahi seluar.Air yang keluar tidak putus2 mengalir dan barulah ibu sedar itu adalah air ketuban..sebagai tanda ibu bakal melahirkan seorang zuriat.Tiada tanda kesakitan atau komplikasi lain yang ibu rasanya..segalanya biasa.Tanpa memikir panjang ibu bertolak ke hospital bersama ayah dan abang Ayie pada malam itu juga.Air semakin banyak keluar sehinggakan membasahi tempat duduk teksi yang kami naiki.

Akhirnya tiba juga di hospital dan ibu disambut oleh seorang jururawat menggunakan kereta tolak dan ibu dibawa ke bilik bersalin.Setelah mendaftar ibu ditolak lagi ke sebuah bilik dan ibu berbaring di sana sementara menunggu doktor sampai.Ibu langsung tidak merasa apa2 kesakitan sebagai tanda untuk melahirkan..tidak seperti kelahiran yang lalu...setiap saat pasti berlaku komplikasi.Setelah doktor datang dan memeriksa ibu..alangkah terkejutnya doktor kerana dia tidak dapat merasakan kepala anak ibu ketika itu dan bacaan ECG juga menunjukkan sesuatu yang mencemaskan.Nadi bayi dalam kandungan ibu mulai menurun..tanpa berfikir panjang doktor mengatakan ibu terpaksa diusung ke bilik bedah demi menyelamatkan kedua-duanya.Setelah dokumen penting disegerakan akhirnya ibu diusung ke bilik bedah.
 
Keadaan biliknya teramatlah sejuk sekali membuat ibu menggigil seluruh badan.Ibu disuruh duduk dan membengkok kerana mereka akan menyuntik ubat bius separuh sedar ke tulang belakang ibu.Setelah ubat itu dimasukkan ibu tidak dapat merasa apa-apa lagi terutama dari paras pinggang ke kaki.Proses bersalin secara ceasaerian pun dimulakan.Ibu jelas dapat melihat lampu-lampu dan beberapa staf disitu.Bilik yang begitu sejuk itu membuatkan ibu mengeletar seketika dan sekali sekala ibu tercunggap-cunggap menahan sejuk.Apa yang dilakukan pakar tersebut diberitahu kepada ibu setiap saat dan tibalah detik dia hendak mengeluarkan bayi dan ketika itu ibu merasakan nyawa ibu bagaikan hendak terputus...ibu tidak dapat bernafas.Mereka mengarahkan ibu cuba bernafas perlahan-lahan.Akhirnya ibu mendengar tangisan yang kuat sekali dan sempat lagi ibu memandang kearah jam di sebelah...seorang bayi yang dinamakan Zulfahmi lahir pada jam 3.20 am bertarikh 29 November 2008.Mereka menunjukkan Fahmi kepada ibu dan mengalir seketika airmata ini...walaupun ibu tidak dapat memeluk Fahmi ketika itu namun ibu amat bersyukur ibu dapat melahirkan seorang anak yang sihat dan sempurna.
Ibu masih tidak berkesempatan melihat Fahmi kerana ibu berada dibilik pemantauan untuk dipantau kerana keadaan ibu yang masih lemah.Sekali sekala oksigen dalam badan ibu berkurang dan ibu tidak dibenarkan tidur...setiap kali ibu terlelap mereka akan kejutkan.Dengan bantuan alat pernafasan ibu cuba menstabilkan kembali oksigen yang telah hilang.Ibu perbanyakkan berwirid dan berselawat agar ibu segera pulih kerana ibu tidak sabar lagi hendak menatap wajah putera bongsu ibu.Setelah sehari ibu dipantau akhirnya tahap oksigen dalam badan ibu telah pulih sepenuhnya dan ibu dibenarkan dibawa ke wad biasa.

Selama 3 hari ibu dan Fahmi dihospital akhirnya kita dibenarkan pulang kerumah.Bermulalah kehidupan Fahmi sebagai orang baru dalam keluarga ini.
Doa ibu semoga Fahmi membesar menjadi anak yang soleh dan beriman.Jangan nakal-nakal yer sayang.Semoga Allah merahmati dan melindungi Zulfahmi bin Sanusi.Aamiin..