Wednesday, July 08, 2009

Apa Nak Cerita Yer??

Agak lama juga blog ni ditinggalkan..memandangkan tiada info terbaru nak diceritakan disini terpaksalah diperap dulu blog ni..ekekeke.Buat teman-teman yang masih sudi singgah sini..diucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang walaupun tuan rumah takde yer.Bukan apa tuan rumah sekarang ni asyik sibuk berkebun kat facebook je.Nak jadi jutawan cyberlah katakan..hahahaha.

Oleh kerana dah masuk sini boleh diceritakan sedikit tentang perkembangan Fahmi yang semakin membesar ni.Sekarang ni Fahmi dah mula gunakan walker dan gigi pun dah tumbuh satu sebelah bawah.Gambar-gambar terbaru pun belum sempat nak upload lagi.Mulut pun dah becok..asyik nak bercakap je.Lagi satu perkara yang akak nak cerita ni Fahmi kalau tengok orang makan je mesti akan datang dekat nak mengendeng.Kesian juga tengok dia..bila kita suap makanan masuk ke mulut kita...mulut dia pun terkumat-kamit sampai terleleh-leleh air liurnya.Selagi kita belum habis makan selagi itulah dia tak berganjak..kerasa kesian bagilah dia rasa sikit.Kuah kari yang pedas tu pun tak rasa pedas...nak kata apa tu!!

Oklah sampai sini dululah cerita akak.Lain kali cerita lagi yer.

Monday, June 22, 2009

13 th Wedding Anniversary

Today is my 13th wedding anniversary (amboi speaking london tu) hihihihi.Semoga kebahagian yang dibina akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.Banyak lagi perkara yang harus kami belajar dalam membina kehidupan rumahtangga ini. Untuk suamiku..Sanusi,segala pengalaman,ujian,dugaan dan cabaran yang pernah kita lalui bersama akan menjadi dorongan demi kebahgiaan dan kegembiraan kita bersama anak-anak yang dikasihi.Tiada rumahtangga yang tidak bergoyang..sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula suami isteri.Marilah kita sama-sama layari bahtera ini dengan doa dan harapan semoga diberkati Allah swt dan dilimpahi dengan rezeki yang banyak.Amin..InsyaAllah.


Wednesday, June 17, 2009

Kes Buang Bayi

Hari ini dapatlah juga dibuat entri baru setelah sekian lama akak menyepi tanpa berita.Selalunya berita pembuangan bayi dapat ditonton dikaca tv dan dibaca di surat khabar saja tetapi hari ini berita tergempar ini berlaku di blok akak sendiri.Sekujur tubuh kecil yang tidak berdosa ini sudah tidak bernyawa ketika dijumpa oleh pekerja bangla yang mencuci blok akak hari ini.Insan kecil ini di jumpai di hujung tembok dekat dengan tangga yang bersebelahan dengan rumah akak.Walaupun bukan akak yang menjumpainya tetapi sebaik melihat tubuh kecil ini yang dibalut dengan plastik berada di situ terdetik rasa pilu dihati kecilku.Siapalah yang tidak berhati perut tergamak membuangnya di situ.

Sebaik terlihat kereta polis dan ambulance berada di tempat meletak kereta dibelakang rumah akak..ingatkan ia berlaku di blok sebelah.Bila seorang anggota polis mengetuk pintu akak dan menyoal barulah akak ketahui ia terjadi berhampiran rumah akak.Rasa2nya ia baru diletak pagi tadi kerana pekerja itu menjumpainya sekitar jam 4.30 petang.Bila akak ternampak anggota CID tiba pasti ada kes yang lebih berat berlaku.Semenjak blok akak dipasangkan dengan lif ramai antara jiran-jiran termasuk akak sekali jarang menggunakan tangga jadi tiada siapa yang nampak.Hari ini sepatutnya akak nak keluar ke pasar tetapi dibatalkan.Entah kenapa tidak jadi.Kalau menuju ke lif memang akan nampak tangga dulu dan pasti plastik itu akan akak temui pagi tadi sekiranya akak keluar.Ayie memang ternampak bungkusan plastik itu sewaktu dia keluar mengaji pukul 1.30 pm tapi dia tidaklah terfikir ia sesuatu yang pelik.Dia pun tak sampaikan kepada akak.

Kalau memang hati dan pandangan kita ditutup segalanya tidak kita perasan..bila dah berlaku baru kita teringat.Nasib baik jugalah bukan akak yang temuinya...rasanya tidak sanggup akak melihat sekujur tubuh kecil yang telah kaku.Akak hulurkan sehelai kain batik kepada anggota polis tersebut untuk membalut tubuh bayi yang malang ini.Masih terasa kesedihannya sampai kini.

Saturday, June 13, 2009

Hari Lahir ke 37 Tahun


Hari ini genaplah usiaku 37 Tahun.Cepat betulkan masa berlalu..diam tak diam dah semakin tua diri ini.Semoga hari-hari yang ku lalui seterusnya akan diberkati Allah swt hendaknya dan dilimpahi dengan taufik hidayahNYA sepanjang masa.Biar usia semakin meningkat tetapi hati ini tetap terasa muda..ekekeke.

Sunday, June 07, 2009

Percutian Dan Sakit

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga kembali ke Singapura dan berblogging disini ribbonicon01.Sebagai permulaan sebelum akak memulakan cerita percutian akak di Taiping...terlebih dahulu akak nak ucapkan terima kasih di atas kehadiran Fysal dan isterinya Intan berserta anaknya yg comey Iqah ke rumah akak.Minta maaflah banyak-banyak kerana akak tidak dapat menyediakan hidangan yang sempurna untuk menyambut kehadiran Fysal kesekeluarga ribboncon08.Terharu akak kerana Fysal sudi melawat akak walaupun penat dengan tugas harian.Insya Allah ada umur kita bertemu lagi yer.Memang pertemuan ini tidak akan dilupakan.Perjalanan dengan keretapi selama 12 jam agak memenatkan namun begitu keseronokkan menyaksikan permandangan indah sekitar perjalanan mengurangkan rasa lelah di badan.Disebalik kesronokkan tiba di Taiping telah diganggu oleh kehadiran demam.Akak orang pertama yang dapat demam..sampai 3 hari pula tu...Habis sakit seluruh anggota badan ini..ribbonicon12.Cuaca agak panas juga di sana,kemudian Fahmi pula yang demam.Segala program untuk berjalan-jalan ke pekan hancur musnah.Apakan daya tiada rezeki akak tahun ini...yang penting kami cepat sembuh kerana takut nanti semasa nak masuk sini kena tahanlah pula.Gambar belum sempat nak upload...bila dah siap nanti akak pamirkan.Tak dapat nak tangkap banyak kerana tidak berjalan-jalan.Adalah sikit.ribbonicon04

Thursday, May 28, 2009

Nak Balik Kampung

Cuti sekolah akan bermula minggu depan dan pastinya ramai antara ibu bapa yang akan bercuti jugakan.Memandangkan disini cuti sekolahnya sebulan..tentulah boring kalau hanya memerap di rumah sajakan.Akak dan suami buat rancangan apa salahnya balik bulan Jun nie..lagipun abah akak pun dapatlah tengok cucu barunya nanti.Dah masuk 6 bulan dah cucu abah ni.

Akak sekeluarga akan pulang ke Taiping selama seminggu mulai hari minggu ini 31 mei dan pulang kembali ke sini pada hari Sabtu 6 Jun.Kali ini kami akan menaiki keretapi KTM kerana sudah agak lama juga tidak naik keretapi ni.Memanglah perjalanannya agak panjang tetapi seronok dapat menikmati permandangan di luar.Istilah balik kampung selalunya dikatogerikan pulang ke kampung halaman tapi rumah abah akak rumah teres yang terletak di bandar Taiping boleh ke dikira sebagai kampung juga.

Sebelum akak berangkat akak mohon maaflah banyak-banyak dekat kalian kalau ada salah dan silap akak yer.Terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk teratak akak ni walaupun akak tengah berehat kat Taiping nanti.Dekat rumah abah akak takde internetlah..tak dapatlah akak nak jenguk-jenguk kalian.Kalau sudi tolonglah tengok-tengokkan rumah banglo akak ni yer dan bersihkan lamannya sekali...ekekekeke.Kereta sport akak kat luar tu takde minyak..tak dapatlah nak kasi kalian pinjam..hehehehe.

Friday, May 22, 2009

Tak Ada Cerita


Alahai blog..rasanya lama juga tak menjenguk kesini dan menulis cerita baru.Sebenarnya tiada apa yang nak dikongsikan disini.Sekadar ingin menyampaikan ucapan terima kasih di atas kunjungan kalian yang tidak jemu-jemu bertandang kemariribbonicon06.Jangan mre yer...kerana agak lama juga tidak melawat ke blog kalian.


Friday, May 15, 2009

Terima Kasih 2

Musim award kembali bertandang kembali untuk tahun 2009 ini.Kali ini menerima satu award hijau yang cantik ini dari Mamajambu dan kak Leeya.Tiada ucapan yang istimewa dapatku luahkan melainkan ucapan terima kasih yang tidak ternilai harganya sebagai tanda persahabatan kita.

Semoga ikatan ini akan terus terpatri indah selagi hayat dikandung badan.Buat mamajambu..bertemumu memang amat menggembirakan dan ikatan antara kita semakin teguh kini.Walaupun kak Leeya tidak pernah kutemui namun perkenalan di alam maya ini telah mengeratkan lagi talian persaudaraan kita sesama islam.

Terima kasih sekali lagi.Hanya ucapan ini yang dapat kuluahkan buat tatapan semua.

 
Kisah Aku..Seorang Ibu - Templates by Noamie Copyright 2009