Wednesday, April 26, 2006

Alert

Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini.Akak ingin memaklumkan dalam beberapa hari ini akak mungkin tidak online.Akak nak bawa Hilmi pergi ke hospital..krn bacaan oksigen dia sudah turun ke tahap 92-91%.Kemungkinan paru2 Hilmi sudah dijangkiti.Kemungkinan juga dia akan ditahan diward utk beberapa hari.

Salam rindu dan sayang dari akak.

Sayangnya Allah Pada Kita


Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),(dan kuatkanlah kesabaran kamu
lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Sumbangan : Jannatul

Wednesday, April 19, 2006

Rahsia Solat


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13th
Ghost"...jika ada di kalangan anda yang perasan!!! Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

P/s:terima kasih Eddy!!

Saturday, April 15, 2006

Makanan Sihat Menurut Islam

Satu lagi forwarded email yg akak dapat.Panduan utk kita makan dengan betul dan sempurna.Kalau dapat kita amalkan adalah baik untuk kesihatan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Tuesday, April 11, 2006

12 Rabiul Awal 1427 Hijrah


Kepada semua pengunjung blog akak dan kepada semua muslimin dan muslimat,sempena hari yg baik ini ingin akak mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk kita sebagai seorang insan dan bagindalah idola kita sepanjang masa.Jadikanlah sirah baginda sebagai salah satu dari pegangan hidup kita.Marilah sama-sama kita menghayati erti pergorbanan Rasulullah SAW,agar kita sentiasa akan menuju ke jalan yang benar dan redhai oleh Allah SWT.Dengan doa dan harapan..semoga kita semua akan dapat bersama2 baginda di syurga kelak.Amin!!

Sunday, April 09, 2006

Ulangtahun Ke 4-Zulhilmi

Sungguh pantas masa berlalu.Seolah-olah ibu rasakan baru semalam aje ibu berada di bilik bersalin melalui berbagai kepayahan untuk melahirkan Hilmi.Masih bergenang dikotak memori ibu, bagaimana ibu terpaksa menahan kesakitan sepanjang malam sehingga ibu terpaksa mengambil suntikan epidural untuk menahan kesakitan,akhirnya pada pagi 9 April pukul 7.05 pagi seorang cahaya mata yg ibu kendong di rahim ibu selama 9 bulan selamat ibu lahirkan.Segala-gala nampak sempurna dan bertapa kegembiraan sebagai seorang ibu tidak dapat ibu gambarkan,bertapa ibu herharap kehadiran Hilmi akan menyerikan lagi kehidupan ibu,ayah dan abang Hilmi.Biarpun ibu tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap Hilmi,namun ibu sentiasa doakan agar Hilmi sentiasa dalam keadaan sihat selalu.Semoga ibu dapat menghadapi dugaan dan ujian menjaga Hilmi dengan lebih tabah dan cekal,sekuat Hilmi mengharungi hidupmu sayang.Selamat Hari Lahir Sayang....


Buatmu permata hati ibu dan kau adalah payung ibu disuatu hari nanti.Insya Allah....Semoga Hilmi gembira dan berbahgia menjadi salah seorang dari kehidupan ibu.Sekilas bait-bait ayat terlakar dari lubuk kecil hati seorang ibu.


Zulhilmi...kelahiranmu,
Ibarat permata
dan penyeri kehidupan.
Namun kehendak Tuhan
Tiada siapa yang tahu
engkau "insan istimewa".

Biarpun menanggung penderitaan,
dirimu tetap tabah.
Biarpun menanggung kepayahan,
dirimu tetap redha.
Tidak pernah memberi bebanan,
Tidak pernah memberi kesulitan,
Dirimu terus berjuang
untuk menikmati hidup ini.

Aimata mana yang tidak
pernah gugur,
Dan setiap kali airmata ibu
menitis jatuh,kaulah
yang memberi semangat.
Renungan tajammu seolah2
mengerti apa yang ibu rasakan.
Tanpa doronganmu tidak
mungkin ibu bertahan.

Sayang...
Kaulah sumber inspirasi,
Kaulah penguat semangat,
Demi dirimu,akan
ibu curahkan segala-galanya,
biarpun ibu tidak berupaya melihat
dirimu sedemikian.

Zulhilmi...
Ibu tahu,kau tidak pernah menyesali
apa yang engkau miliki,
malah ibu pasti kau mensyukuri
apa yang diberikan OlehNYA,
Selagi ada hayatmu,
janji ibu... dirimu akan bahgia,
janji ibu... dirimu akan gembira.

Bantulah ibu sayang..
Bangunkanlah ibu..seandainya
ibu terlupa disuatu hari nanti,saat
dirimu menjadi MILIKNYA,
insya Allah ibu akan meniti hari2 ibu
tanpamu dengan gagah dan cekal.

Tanpa kehilangan tiada pertemuan,
Tanpa kematian tiada kehidupan abadi,
Kerana setiap diantara kita
pasti merasakan.....yang pasti kita akan bersatu jua.


Nukilan ibu utkmu sayang...Zulhilmi.




Friday, April 07, 2006

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S W T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wednesday, April 05, 2006

Alhamdulillah

Semalam Hilmi demam,bila akak bagi ubat panadol..nasib baik dah kebah!!siang hari dia ok..tp bila malam.. akak rasa mcm panas pula.Kenapa erk??Memang lendir dia pun keluar banyak sekarang nie,asyik nak kene suctioning aje...cian tngk Hilmi kesakitan kene suction...tapi apakan daya dah terpaksa.Cuma satu yang akak harus perhatikan selagi oksigen badannya tidak turun ke 90,dia masih sihat lagi.Kalau dah turun itu maknanya Hilmi dapat jangkitan kuman di paru2.Kalau dah gitu memang susah dan kene bawa dia ke hospital.

Semoga Hilmi sentiasa sihat.Cuaca sekarang pun tidak berapa baik.Kejap panas, kejap hujan.Bukan kata Hilmi...badan akak pun rasa tak sedap aje.Insya Allah...dengan semangat yg Hilmi ada biarpun tidak berupaya akak pasti dia kuat dan cekal.

Tuesday, April 04, 2006

Manusia, Malaikat, Syaitan...

Akak dapat dari forwarded email...bolehkan akak letak kat blog akak..thanks eddy!!

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan InsyAllah segala kebaikan akan dibalas oleh Allah s.w.t. Wassalam

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...