Saturday, February 14, 2009

Sila Komen

Dapat juga menyiapkan wajah baru untuk blog ini.Memandangkan blog ini telah menghadapi masalah maka coding untuk wajah baru ini juga sudah bertukar.Menggunakan khidmat photoshop yang membantu merealisasikan lakaran ciptaan terbaru ini.

Diharapkan jikalau kalian masuk ke sini dan menyaksikan bentuk blog yang tidak teratur atau berterabur susunannya,diharap dapatlah ditinggalkan komen untuk diperbaiki lagi.Yelah bila ditengok di komputer sendiri segalanya nampak sempurna tetapi bila dari komputer lain..macam-macam bentuk rupa yang keluarkan.Macam dilanda ribut taufan dah pula..hihihi.

Akhir kata terimakasih kerana masih berkunjung kesini dan silalah masuk ke rumah baru akak ini...dua tingkat lagi tau..hehehe.

Tuesday, February 03, 2009

Masih Ku Rindu

Bicara tentang rindu pasti ia akan bertandang mengamit memori silam walaupun ia telah bertahun berlalu pergi.Sesaat tidak pernah kulupakan detik-detik terakhir ini dan pada tarikh ini juga terjadi sebuah kisah perpisahan buat selama-lamanya.Bila ku hitung memang tidak kusedar ia telah mencecah 10 tahun pemergianmu.Maafkan diri ini sayang...ibu akui bukan mudah untuk ibu luputkan segala kenangan indah melihat kehadiranmu walau hanya untuk seketika.


Wani...setiap kali namamu bermain di bibir ini pasti air mata ini akan bergenang dari kelopak mata ibu.Pasti Wani tidak mahu ibu bersedih lagikan dan ibu tidak dapat nafikan atau mengelak dari melaluinya sayang.Sewaktu bait-bait ayat ini ditinta disini pun air mata ibu tidak henti-henti mengalir keluar.Semakin pantas ibu menaip semakin laju juraiannya.Dirimu masih ku rindu..walau kegembiraan telah datang kini tetapi tipu kalau ibu katakan ibu tidak sedih bila mengenangkanmu.


Dikau anugerah pertama dalam kehidupan ayah dan ibu.Detik mengandung dan melahirkan dirimu begitu bermakna dan indah untuk dikenang.Saat kedukaan datang bertandang bagaikan satu mimpi buruk namun begitu tetap kami bersyukur diberikan kenikmatan memiliki dirimu sayang walau untuk seketika sahaja.


Pasti kerinduan itu akan datang lagi untuk tahun-tahun akan datang.Izinkan ibu menoktahkan dan mengakhiri titian tinta disini,Insya Allah dengan penuh harapan ibu berharap semoga kita akan bertemu di tempat yang lebih baik nanti.Amin.

Monday, February 02, 2009

Keletah Fahmi

Beginilah aksi Fahmi yang terkini (2 bulan) dimana dia suka sangat mengomel dan diajak berbual.Terubat hati melihat keletahnya walaupun penat.Badan pun dah naik semangat dah.Fahmi betul-betul menguji ibunya bila setiap malam asyik tidak tidur aje.Sebelah siang memang dia tidur banyak sangat walaupun sudah tiba masa menyusu pun tidak bangun lagi tetapi sebelah malam matanya luas betul terbuka.

Rambut pun dah kena cukur..hai tak hensemlah anak ibu ni yer..hihihi.