Monday, August 28, 2006

9 Mimpi Rasullullah SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

"Beriman,Berilmu,Beramal"

Sumbangan : Siti Shafinah Hassan (My Masjid)

Thursday, August 24, 2006

Bercerita Tentang Semalam

Hosted by SparkleTags.com



Sudah lama rasanya akak tidak menulis,entah mengapa otak akak begitu kekeringan idea sekarang ni.Nak tukar design skin blog pun takde mood....belum dapat mencipta design yg terbaru lagi.Tunggulah dulu...esok2 dapatlah idea.

Apa yang sebenarnya akak ingin menulis nie.Dah terlupa pula.Ohhh ya....tentang semalam.Sebaik menghantar Ayie kesekolah pukul 1 petang,akak pun ambil keputusan nak jalan-jalan ke 'interchange'.Lagipun masih ada masa 3 jam lagi sebelum Ayie keluar sekolah pukul 4 petang nanti.Akak nie lebih selesa kalau berjalan sendirian(itu klu tak ditemani anak dan suamilah).Ada member tapi malaslah nak ajak diaorang ikut sekali.Kaki pun senang nak bergerak laju kalau jalan sendirian..tak ada orang nak kacau.Pusing-pusing satu Westmall,sekadar 'window shopping' ajelah...tak tau nak belanja apa.

Baru berjalan setengah jam,semua tempat dah masuk...tak tahu nak pergi ke mana terus ambil keputusan untuk balik ajelah lagipun belum buat solat zohor.Sebaik turun di perhentian bas,adalah sekumpulan manusia lain yang hendak menaiki bas tersebut.Ada sesuatu yang menarik perhatian akak.Terpandang sepasang suami isteri melayu muda berserta 3 orang anak kecil mereka.Begitu tergesa-gesa hendak naik...takut ketinggalan bas.Si isteri sedang mengendong seorang bayi yang mungkin sebulan usianya dan tangan kiri memegang seorang lagi anak perempaun yg mungkin juge berusia 1 atau 2 tahun.Manakala si ayah pula masih tercegat dibelakang...dan tiba2 terdengar satu jeritan dari si ayah..."cepatlah...lambat betul".Kuat juge jeritannya dah pula tu dikhalayak ramai.Si anak kecil lelaki yang masih dalam lingkungan 3 tahun terhegeh-hegeh bergerak.Kasihan akak tengok si anak, yelah sepatutnya ayahnya peganglah tangannya ataupun mendukung supaya cepat, ini tidak si ayah mengharap pula anaknya berlari mendapatkan dia.Bukan dengan suara yang lembut dipanggilnya si anak.Mulalah fikiran akak nie berputar,sambil menjeling sedikit kearah pasangan tadi (nasib baik mereka tk perasan) akak pun berlalu.

Terdetik dalam hati akak,beruntung mereka dapat anak2 yang sihat dan ramai,kalaulah akak seperti merekakan bagus.Alhamdulillah sepanjang akak menjaga anak2 akak,belum pernah akak atau suami mengherdik Ayie sedemikian rupa.Kalau akak tinggi suara sedikit aje akak dah rasa sedih sangat lebih-lebih lagi bila tengok wajah anak yang muram.Lepas tu akak nasihat dia baik2.Bukan akak nak bangga diri tapi bagi akak itulah harta akak yang paling bernilai.Seharusnya menegur anak bukan dengan nada yang kasar.Mesti lembut tetapi tegas.Itulah orang tua selalu cakap orang kahwin,dia nak kahwin juga...orang ada anak,dia pun nak anak juga.Kalau rasa diri belum mampu jadi ayah dan ibu yang baik janganlah buat anak berderet-deret.Kemudian tu setahun seorang.Anak-anak juga ada perasaan walaupun mereka masih kecil.Terlintas jugalah persoalan dalam kepala akak nie kenapalah bukan akak yang mempunyai anak2 yang sihat dan ramai.Beruntung orang lain yang diberikan anak2 yang sihat dan ramai tetapi mengapa mereka tidak tahu hargai.Mulalah hati akak berkata2,sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui...Ya Allah!!

Okay...sampai disini cerita akak,kalau ada lagi nanti akak akan bercerita yer.Muuaahhhhh!!

Hosted by SparkleTags.com

Wednesday, August 23, 2006

10 Pintu Syaitan Rosakkan Manusia

Syaitan adalah musuh yang nyata kepada umat Islam. Makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT ini akan sedaya upaya berusaha untuk merosakkan anak-anak Adam agar terjerumus ke kancah dosa.Terdapat 10 pintu atau sikap manusia yang dapat dijadikan sebagai jalan masuk untuk merosakkan manusia.Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripadanya dan berusaha untuk menutup pintu-pintu tersebut dari bersarang di hati kita.AMIN....

PINTU 1:MELALUI SIFAT SOMBONG & ANGKUH.

Firman Allah SWT "Janganlah engkau memiringkan pipimu ke arah manusia kerana kesombongan dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah."(Lukman : 18)

PINTU 2: MELALUI SIFAT KEDEKUT & BAKHIL.

Firman Allah,"Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendak-Nya(menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian)" Al-Israk : 30)

PINTU 3: MELALUI SIFAT TAKBUR yang HADIR dalam DIRI SESEORANG.

Firman Allah, "Sesungguhnya Dia tidak meyukai orang-orang yang takbur." (An-Nahl : 23)

PINTU 4: MELALUI SIFAT RIAK & SUKA DIPUJI.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsu, dan bangga dengan diri sendiri."

PINTU 5: MELALUI HASAD DENGKI & IRI HATI TERHADAP orang LAIN.

Rasulullah bersabda, "Hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering."

PINTU 6: MELALUI SIFAT yang SUKA MEMANDANG RENDAH & REMEH kepada orang LAIN.

Abu Umaimah pernah meriwayatkan, "Tiga orang yang tidak boleh dibina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil."

PINTU 7: MELALUI SIFAT BANGGA DIRI & UJUB.

Allah berfirman, "Janganlah engkau mengikut orang yang hatinya kami lalaikan (butakan daripada peringatan kami sdang dia mengikutn kemahuan bahawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut." (Al-Kahfi : 28)

PINTU 8: MELALUI SIFAT SUKA BERSENANG-LENANG.

Menurut Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Bin Jabal, "Janganlah kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-lenang sahaja."

PINTU 9: MELALUI SIFAT SUKA BERANGAN-ANGAN & PEMALAS.

Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya." (Riwayat Ahmad)

PINTU 10: MELALUI SIFAT SUKA BERBURUK SANGKA.

Rasulullah bersabda, "Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak.Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak." (Riwayat Muslim)


Sumbangan Teena2812 (Hanan Network)

Tuesday, August 22, 2006

Tips Untuk Tidur

Beberapa tip untuk tidur, tip ini diadun daripada kitab Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali dan beberapa pandangan umun.

1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak.


2. Berniat utk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.

3. Jika ingin menuliskan wasiat utk keluarga, tulis sebelum tidur kerana kemungkinan kita meninggal dunia dlm tidur.


4. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam utk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.


5. Hendaklah jgn terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.


6. Jangan memaksa mata utk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud utk senang bangun beribadah di waktu malam.


7. Hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.

8. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

9. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.


10. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan:
alhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.



Sumbangan : zack (mymasjid.com)

Wednesday, August 16, 2006

6 Jenis Isteri Yang Menjahanamkan Suami

Buat panduan bersama ...

Seorang isteri bukan saja memegang kunci kebahagian dan ketenteraman jiwa suaminya, malah ia memegang kunci kejayaan hidupnya. Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana. Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakit, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati , tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak. Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku sosial seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.
Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.

( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan. Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara titik bengik mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya. Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.

( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter. Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain. Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain. Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras. Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.

( 3 ) Isteri diktator. Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya. Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi. Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadi seorang yang tidak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.

( 4 ) Isteri yang suka campur tangan. Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pejabat atau majikannya dan menimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.

( 5 ) Isteri yang boros. Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya. Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit. Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi mempunyai kesempatan-kesempatan untuk memajukan dirinya.

( 6 ) Isteri sosial. Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah. Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan patah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang menyedihkan.

Monday, August 14, 2006

Doa Sewaktu Sujud Dan Keistimewaannya.

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi
halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"


Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"


Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari
itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

Saturday, August 12, 2006

Mutiara Kata:

Hosted by SparkleTags.com



1.Janganlah kamu mengkagumi amal seseorang, sehingga kamu dapat menyaksikan hasil akhir kerjanya,

2.Orang tidak berilmu umpama sampan tanpa pendayung.

3.Membantu orang malas umpama memasang pelita waktu siang.

4.Hari yang mendatang tidak memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

5.Apakah yang dapat kita jadikan harta dimasa hadapan jika makanan hari ini habis semalam, dan makanan esok habis hari ini.

6.Bersyukurlah dengan apa yang ada, agar kita lebih menghargai kehidupan.

7.Tubuh kita adalah taman, dimana semangat kita adalah tukang kebunnya.

8.Manusia jarang mengenang jasa orang lain, sebaliknya sering mencari kesilapan mereka.

9.Musuh menikam kita dari depan, tetapi kawan menikam kita dari belakang.

10.Jangan membiarkan api menyala didalam rumah kamu selama kamu tidur.

11.Berpuas hatilah dengan apa yang kita ada sekarang, kerana apa yang kita ada sekarang, tidak semestinya kekal hingga keesokan harinya.

12.Jangan memandang mudah setiap kesalahan tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu sakiti.

13.Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk yang keji dan yang ucapannya kotor.

14.Dunia adalah bayangan kematian.

15.Sebodoh-bodoh monyet ia pasti akan ketawa apabila melihat manusia bertenggek sepertinya.

16.Kesedaran tidak pernah datang selagi manusia belum terlanjur dan tersilap langkah.

17.Didalam berat timbangan undang-undang, tidak terdapat walaupun sedikitpun kasih sayang.

18.Tiada lurus iman sesaorang hamba sehingga lurus hatinya dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.

19.Perwatakan adalah hasil daripada dua perkara, iaitu pemikiran dan cara kita menghabiskan masa.

20.Masa muda kepercayaan dan keyakinan, masa tua keraguan dan ketakutan.

Friday, August 11, 2006

Wajib Atas 9 Perkara

Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara.

1.Apabila masuk waktu segera sembahyang

2.Apabila berdosa segera taubat

3.Apabila mati, segera tanam

4.Apabila berhutang, segera bayar.

5.Apabila ada duit, segera bayar zakat.

6.Apabila cukup hisab, segera pergi haji.

7.Apabila nampak anak bulan, segera puasa.

8.Apabila bersetubuh, segera mandi.

9.Apabila anak cukup umur, apabila ada orang minta segera nikahkan.

Orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang meringankan sembahyang disiksa 15 perkara iaitu 6 perkara didunia, 3 perkara dikala hendak mati, 3 perkara di alam kubur dan 3 perkara apabila bertemu dengan Allah.

1.Hidupnya (umur) tidak berkat

2.Mengaku sahaja Islam, tapi sering meninggalkan sembahyang dan melewatkan waktu, perkara ini ditanya oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di atas.

"YA Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan melewatkan sembahyang".

Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram berdosa.

Seksa orang itu, Allah taala akan membalasnya dengan 15 seksa,

6 seksa di dunia,

3 diseksa diterima ketika hendak mati,

3 seksa berlaku di dalam kubur.

3 seksa diterima semasa hari kiamat.

Yang pertamanya, bersabda rasul (saw) dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.

2.Allah taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.

3.Segala apa ja kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah taala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.

4.Tidak makbul oleh Allah taala akan doanya. Doa ditolak.

5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam.

Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.

6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.

Bertanya kepada sahabat itu, "YA Rasulallah, (SAW) apakah seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajal matinya".

Sabda rasul (SAW) Adalah matinya sehina-hinanya iaini mencabut rohnya dengan bengis dan tiada belas kasihan.

Kedua, matinya dalam kelaparan bukan tiadanya makanan yang disediakan tetapi nafasnya tiada lagi, perutnya lapar tetapi tiada dapat makan. Walaupun sesuappun kerana sakitnya sewaktu rohnya akan keluar.

Ketiga, Matinya dalam keadaan dahaga , walaupun sekiranya dituangkan air dimulutnya, air yang ada didunia ini, mulutnya tidak memberi bekas akan dahaga kerana sakit.

Bertanya sahabat, "Ya, rasulallah (SAW) Apakah seksa yang akan diterima di dalam kuburnya".

Sabda rasulallah (saw)

1.Allah taala sempit akan kuburnya berselisih akan kedua tulang rusuknya, kuburnya gelap.

2.Diazabkan dengan api neraka dan ia berbalik-balik diatas bara api neraka siang dan malam.

3.Didatangkan ular bernama 'Sajahul ikrak' yang mana matanya dari api dan kukunya dari besi dan panjang kukunya kira-kira satu hari perjalanan dengan suaranya, bagai guruh ia datang kepada simati sambil berkata 'Akulah Sajahul Iqrak' yang disuruh oleh tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan sembahyang subuh hingga ke zuhur, zuhul hingga ke asar, dari Asar hingga ke magrib, magrib hingga ke Isyak, Begitulah seterusnya hinggalah hari kiamat. Tiap kali dipukulnya simati tengelam 70 hasta masuk kedalam bumi, maka dicungkil balik dengan kukunya, begitulah diulang-ulang dipukulnya tidak berhenti-henti hingga hari kiamat.

Menurut riwayat ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan rasul (saw) bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.

Bertanya sahabat,"YA Rasulullah(saw)apakah pula seksa yang diterima di hari kiamat" .

Sabda rasul (SAW) Pertama dihalau oleh malaikat azab kepada neraka jahanam, kedua memandang Allah taala kepadanya dengan pandangan murka dan dihisab dengan berat hingga jatuh daging mukanya. Ketiga dihisab oleh Allah taala dengan kiraan yang halus dan dihantar keneraka iaitu seburuk-buruk tempat kediaman.

Sumbangan : rahmat

Unsuccessful

Hosted by SparkleTags.com

Ohhh!!! so sad Ayie didn't gets pick on balloting today in the school of choice.Surely to have find for another schools next week within 2 or more km.It's okay...ours journey not over yet.

Wednesday, August 09, 2006

Happy Birthday Singapore



Today we're celebrating our 41st Birthday of Singapore."Wishing each and every Singaporean A Happy National Day"



Bertapa kita harus berterima kasih kepada yang Maha Esa kerana tinggal dinegara yang aman dan selesa.Bila merenung nasib yang menimpa rakyat2 dinegara yang menghadapi peperangan dan malapetaka terasa diri ini amat2 bersyukur kerana kita tidak menghadapi keadaan yang susah dan merana seperti mereka.Marilah kita sama-sama berdoa semoga negara Singapura yang kecil ini akan terus maju dan makmur.


Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, August 04, 2006

Think About It



It takes 5 minutes to do Fajr prayer
when it takes 1 hour to get ready for office..

It takes 2 seconds to say Assalam Alaikum to your parents, wife & siblings
when it takes 3 minutes to fit your shoes..

It takes 5 minutes to wear a scarf
when it takes 20 minutes to do your hair..

It takes 15 minutes to do Dhuhr
when it takes 45 minutes to have lunch..

It takes 15 minutes to do 'Asr
when it takes 1 hour to be on the phone with your friends or in front of the PC..

It takes 15 minutes to read the Qur'an
when it takes 2 hours to watch a movie..

It takes 7 minutes to do Maghrib
when it takes 1 hours to watch TV news..

It takes 2 seconds to say "I love you, Mom", "Dad" or your wife
when it takes 30 minutes to argue with them..

It takes 5 minutes to read a Hadith daily
when it takes 60 minutes to read a magazine..

It takes 20 minutes to do 'Isha
when it takes 45 minutes to get ready to go to bed or hours to watch midnights..

After all it takes two words to say "shukur alhamdulillah"

T-H-I-N-K A-B-O-U-T I-T...

Muhasabah Diri.

Dalam beberapa hari ini akak seolah-olah sibuk sangat tetapi bukan banyak sangat pun kerja nak kena buat.Malam ini akak ingin sesangat hendak menulis sesuatu di sini.Meluahkan persoalan yang sedang bermain di minda ini.Sesungguhnya akak terasa diri ini amat kerdil disaat memikirkan "apa yang terjadi,hanya Allah saja yg Maha Mengetahui".Bukan ingin membuka kesedihan dihati atas kehilangan insan yang kita sayang tetapi setiap yang berlaku memang ada hikmahnya.Bayangkanlah seandainya arwah Hilmi masih ada ketika ini,bagaimanakah akak dapat menguruskan segala keperluan yang sedang akak alami ketika ini.Bila terpaksa berkejar ke sana kemari dan dalam masa yang sama juga harus memikirkan keadaan arwah yang terpaksa ditinggalkan bersendirian di rumah.

Memandangkan Ayie akan masuk darjah satu tahun depan,memang dia perlu pergi register dan berbagai lagi aktiviti yang kindergarten (tempat di belajar skrg nie) adakan sempena tamat persekolahannya di kindergarten nanti.Sudah semestinya akak harus menguruskan segala-galanya untuk Ayie.Sudah pastinya juga ia akan memerlukan akak untuk keluar rumah dan mengisi masa yang lebih lama di luar.Walaupun arwahnya boleh dijaga oleh ayahnya atau mak akak tetapi kalau terjadi apa2 memang akak seorang saja yang tahu mengendalikannya.Seandainya akak berada diluar,semestinya segala urusan akak ingin cepat diselesaikan dan sudah pasti keistimewaan itu tidak dapat akak perolehi seorang saja.Tidak mungkin mereka mendahulukan akak,walaupun akak boleh gunakan alasan keadaan arwah Hilmi.

Bila akak fikirkan....setiap yang terjadi sememangnya telah Allah tulis dan inilah yang akak sedang lalui.Apa yang nyata pemergian Hilmi memang sudah tercatit,walaupun memang bukan itu yang akak harapkan tetapi Allah tahu dan Dia pasti tidak mahu hambaNya sentiasa dalam kegusaran dan kesulitan.Dialah maha pengasih dan penyayang.Subahanallah....Tidak dapat dinafikan kerinduan itu tetap mengamit hati ini,namun demi tugas sebagai seorang ibu dan isteri akak mesti adil untuk mencurahkan kasih dan sayang ini kepada insan yang masih disisi akak.Sebagai seorang ibu bukan mudah melupakan segala-galanya,biar ada pahitnya...namun ia tetap manis dan indah untuk disimpan sebagai pengubat kerinduan.

Ya Allah!!berikanlah aku ini kekuatan untuk mengharungi hidup ini dengan lebih baik dari sebelumnya.

Tuesday, August 01, 2006

Semalam Dan Hari Ini.

Tengok pada tajuk macam tajuk puisi pula rasanya..saja je akak nak tulis cerita hari ini dan semalam.Tak ada apa-apa yang menarik cuma semalam kenelah repair pc akak sekali lagi...aduhhhh dah banyak kali pc akak nie kene format sampai nak 'activate Window XP' pun kene telefon kat 'Microsoft customer service' tak boleh automatik lagi macam dulu.Lepas nie kenelah berhati-hati agar virus2 dan spyware tidak membiak dalam pc akak nie.

Pagi-pagi lagi dah beratur kat luar sekolah untuk register si Ayie,memasuki primary 1 tahun depan...tapi dapat nombor agak jauh juge tu...Nasib baik semua prosuder tak susah sangat,cepat dan sistematik.Bukan anak yang ghairah,maknya yg lebih ghairah pula...itu belum lagi tiba hari nak masukkan anak ke sekolah..pasti mak bapa yang lebih excited nanti...hehehe.Memandangkan lebihan baki untuk pelajar tinggal 37 orang aje...akak harap Ayie dapatlah dimasukkan secara automatik.Bukan apa inilah sekolah yang paling dekat dengan rumah..jalan kaki aje.Kalau tak dapat kenelah cabut undi nanti.Hai..macam nak main kutu pula yer...