Thursday, January 31, 2008

Masih Disini

Terima kasih akak ucapkan buat semua yang sudi mengisi masa kalian untuk berkunjung ke teratak buruk akak ini.Hampir dua minggu akak tidak keudara di ruang blog ini namun kalian masih sudi mengingati akak.Terharu rasa hati.Pasti ada diantara kalian yang tertanya-tanya kemanakah akak menghilang?Sebenarnya akak masih disini cuma keadaan yang tidak mengizinkan akak untuk mengadap komputer.

Cuma kekadang itu hilang seketika rasa untuk berblogging.Entahlah kenapa?Kalian pasti telah membaca cerita akak tentang hasrat akak untuk mengandung lagi dalam episod yang lalu.Memang akak berharap dapat berkongsi kegembiraan itu dengan kalian tetapi rezeki akak masih belum ada sehingga kini.Akak masih mencuba cuma kekadang itu rasa kekecewaan tidak dapat akak tepis.Sebagai insan yang lemah dan daif akak juga tidak dapat lari dari perasaan mengalah malah hampir-hampir akak ingin mengundur diri.Akak diberikan masa 6 bulan untuk mencuba secara normal selepas itu sekiranya masih gagal akak sendiri tidak pasti adakah akak perlu membuat secara IVF pula iaitu pemprosessan secara luaran.Serba salah juga akak dibuatnya.

Sekarang ini akak masih mencuba secara normal dan dibantu dengan vitamin.Kadang-kadang akak terfikir juga mengapa agaknya sukar sekali untuk akak mengandung lagi.Adakah kerana faktor usia atau kerana akak pernah mengugurkan kandungan semasa arwahnya masih ada dulu menjadi punca utamanya.Akak tidak menyalahkan takdir Illahi,segalanya akak terima kerana akak tahu akak bukan seorang yang lemah.Berbagai dugaan dan ujian yang akak telah lalui sebelum ini segalanya akak dapat menerimanya dengan tenang.

Boleh tidak akak ingin bertanya kalian sekiranya sudi memberikan pendapat salah atau tidak pemikiran akak ini.Iaitu akak telah berdoa sekiranya ditakdirkan atau sudah tertulis akak akan melahirkan seorang lagi zuriat yang sama seperti kedua2 arwah anak akak.... akak memohon janganlah Allah izinkan ia terjadi lagi.Maka dengan itu tidak perlulah akak berharap lagi kerana akak sudah tahu jawapannya.Bukan akak tidak redha dengan ketentuan Illahi kerana bukan semua hambanya akan diuji sedemikian,akak tahu akak hamba yang terpilih.Adalah lebih baik akak tidak mengandung lagi dari akak terasa sedih dan kasihan melihat penderitaan anak akak.Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita.

Namun demikian akak masih berharap dan masih ingin terus mencuba kerana keinginan akak masih membara.Walaupun berbagai kesulitan akak terpaksa lalui sewaktu melahirkan anak-anak akak tatkala melihat sinar cahaya yang menyaluti susuk tubuh kecil yang keluar dari rahim akak membuatkan kesakitan itu hilang begitu sahaja.Memang indah menjadi seorang ibu.

Sampai disini dahulu coretan akak.Ada masa akak sambung lagi.

Wednesday, January 09, 2008

Tahun Baru 1429 Hijriah

Tahun baru islam beralih setahun lagi dan alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk menyambutnya.Ini juga bermakna rekod lama kita telah ditutup dan segala amalan tahun lalu kita tidak dapat mengubahnya lagi.Rekod baru akan dibuka dan marilah kita sama-sama memperbaiki segala kekurangan diri dan amalan agar kehidupan kita sebagai umat islam akan sentiasa diberkati dan diredhai Allah swt hendaknya.

Semoga tahun baru ini akan memberikan segala kebaikan buat kita semua dan sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhi dari segala bahaya dan malapetaka.Segala kesilapan lalu kita jadikan pengajaran.Insya Allah amalan yang baik akan menjadi bekalan kita untuk akhirat.Amin

Ya Allah...
Ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini.
Berilah hambamu ini kekuatan dalam menempuh ujianMu.
Semoga hambamu ini akan sentiasa dekat disisiMu
Ya Rabbi...
Dikaulah tempat hamba mengadu
Dikaulah tempat hamba berlindung.
Berikanlah kami cahayaMu
agar kehidupan kami sentiasa diterangi.
Amin...


Tuesday, January 01, 2008

Tahun Baru Masihi


Sweet Comments at DazzleJunction.com

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk menemui tahun baru sekali lagi.Semoga tahun baru 2008 ini akan memberikan semangat baru dan rezeki yang berlipat ganda buat kita semua.Diharapkan juga agar kita semua akan dapat menjalani kehidupan ini dengan rasa selamat dan selesa.

SELAMAT TAHUN BARU buat semua!!