Sunday, January 14, 2007

Sepanjang Minggu Yang Lalu

Hampir seminggu juga akak tidak melawati ke blog akak dan update cerita terbaru.Baru hari ini berkesempatan hendak menulis cerita terkini.Pada hari Selasa yang lepas,nenek akak yang lebih disenangi dengan panggilan Tok Teh telah kembali menyahut panggilan Illahi.Tok Teh akak ni seorang yang aktif,tidak suka duduk diam..ada saja tempat yang dia nak pergi,kalau duduk 2-3 hari aje kat sesuatu tempat pasti gelisah kalau tidak keluar rumah.Tok Teh mula jatuh sakit semasa di rumah akak selepas 2 hari arwah anak akak Hilmi meninggal dunia.Itulah kali pertama dia jatuh sakit yang serius,sebelum ini bukan tidak pernah sakit...sekadar sakit pening biasa tu adatlah untuk orang tua macam dia.Semenjak dia masuk hospital terus dia sakit sehinggakan doktor dapat mengesan dia mendapat kanser.Ketumbuhan itu tidaklah besar mana pun..tapi kalau sudah sampai ajal seseorang itu,penyakit itu adalah sebagai penyebab untuk dicabut nyawanya.Itulah ketentuan Allah swt kepada kita.


Pada hari Sabtu juga iaitu semalam akak dan Ayie keluar bersama-sama jiran sebelah rumah.Rancangan kami ialah pergi ke Vivo City dekat dengan Horbour Front.Nasib baik cuaca menyebelahi kami walaupun tidak nampak matahari.Lama juga akak tidak ke sana.Sempatlah tengok sebuah kapal yang singgah ke Singapura.

No comments: