Thursday, January 31, 2008

Masih Disini

Terima kasih akak ucapkan buat semua yang sudi mengisi masa kalian untuk berkunjung ke teratak buruk akak ini.Hampir dua minggu akak tidak keudara di ruang blog ini namun kalian masih sudi mengingati akak.Terharu rasa hati.Pasti ada diantara kalian yang tertanya-tanya kemanakah akak menghilang?Sebenarnya akak masih disini cuma keadaan yang tidak mengizinkan akak untuk mengadap komputer.

Cuma kekadang itu hilang seketika rasa untuk berblogging.Entahlah kenapa?Kalian pasti telah membaca cerita akak tentang hasrat akak untuk mengandung lagi dalam episod yang lalu.Memang akak berharap dapat berkongsi kegembiraan itu dengan kalian tetapi rezeki akak masih belum ada sehingga kini.Akak masih mencuba cuma kekadang itu rasa kekecewaan tidak dapat akak tepis.Sebagai insan yang lemah dan daif akak juga tidak dapat lari dari perasaan mengalah malah hampir-hampir akak ingin mengundur diri.Akak diberikan masa 6 bulan untuk mencuba secara normal selepas itu sekiranya masih gagal akak sendiri tidak pasti adakah akak perlu membuat secara IVF pula iaitu pemprosessan secara luaran.Serba salah juga akak dibuatnya.

Sekarang ini akak masih mencuba secara normal dan dibantu dengan vitamin.Kadang-kadang akak terfikir juga mengapa agaknya sukar sekali untuk akak mengandung lagi.Adakah kerana faktor usia atau kerana akak pernah mengugurkan kandungan semasa arwahnya masih ada dulu menjadi punca utamanya.Akak tidak menyalahkan takdir Illahi,segalanya akak terima kerana akak tahu akak bukan seorang yang lemah.Berbagai dugaan dan ujian yang akak telah lalui sebelum ini segalanya akak dapat menerimanya dengan tenang.

Boleh tidak akak ingin bertanya kalian sekiranya sudi memberikan pendapat salah atau tidak pemikiran akak ini.Iaitu akak telah berdoa sekiranya ditakdirkan atau sudah tertulis akak akan melahirkan seorang lagi zuriat yang sama seperti kedua2 arwah anak akak.... akak memohon janganlah Allah izinkan ia terjadi lagi.Maka dengan itu tidak perlulah akak berharap lagi kerana akak sudah tahu jawapannya.Bukan akak tidak redha dengan ketentuan Illahi kerana bukan semua hambanya akan diuji sedemikian,akak tahu akak hamba yang terpilih.Adalah lebih baik akak tidak mengandung lagi dari akak terasa sedih dan kasihan melihat penderitaan anak akak.Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita.

Namun demikian akak masih berharap dan masih ingin terus mencuba kerana keinginan akak masih membara.Walaupun berbagai kesulitan akak terpaksa lalui sewaktu melahirkan anak-anak akak tatkala melihat sinar cahaya yang menyaluti susuk tubuh kecil yang keluar dari rahim akak membuatkan kesakitan itu hilang begitu sahaja.Memang indah menjadi seorang ibu.

Sampai disini dahulu coretan akak.Ada masa akak sambung lagi.

No comments: