Showing posts with label Kasihnya Ibu. Show all posts
Showing posts with label Kasihnya Ibu. Show all posts

Thursday, May 07, 2009

10 tahun Bergelar Ibu

Glitter Graphics "Kasihnya Ibu membawa ke Syurga".
Bertapa indahnya bila buat pertama kalinya menjadi seorang ibu setelah membina ikatan perkahwinan.Buat mereka yang masih menanti kelahiran cahaya mata pertama pasti tidak sabar menanti kelahiran insan baru dalam hidup mereka.Alangkah pilu dan sedihnya buat seorang wanita yang telah bertahun-tahun berumahtaangga namun masih belum lagi dikurniakan dengan zuriat.Sesungguhnya gelaran seorang ibu amat besar nilainya buat seorang wanita disamping gelaran seorang isteri.


10 tahun...rasa-rasanya jarak ini belum cukup sempurna buatku untuk memegang amanah mendidik anak-anakku.Seperti diriku juga bila pertama kali disahkan hamil...memang tidak dapat menzahirkan perasaan ini.Saat menyaksikan kelahiran tersayang membuat kita lupa segala kesakitan dan kepayahan.Itulah nikmat yang diberikan Allah swt.

Tiada seorang ibu pun yang ingin anak yang dilahirkan itu tidak sempurnakan..namun siapalah kita untuk menghalang kehendak Yang Masa Esa.Itulah ujian yang harus aku lalui buat pertama kalinya bila anak pertamaku Wani disahkan mengalami masalah genetik dan lebih memedihkan hati aku sebagai seorang ibu ialah bila diberitahu bahawa anakku tidak akan hidup lama.Walaupun hati ini sedih namum aku bertekad untuk menjaganya biar apa sekalipun terjadi kerana aku pasti Allah yang lebih tahu.KetentuanNYA tiada siapa dapat menghalang dan Allah lebih menyayangi anakku.

Bukan mudah menerima hakikat kehilangan..aku tabahkan hati dan tetap berusaha untuk memiliki seorang lagi zuriat dan alhamdulillah anak keduaku lahir sempurna sehinggalah sekarang.Kehidupanku diuji sekali lagi bila anak ketigaku dilahirkan sama seperti anak pertama.Memang sukar menerima hakikat ini dan aku harus berkorban masa dan tenaga untuknya.Itu bukan halangan buatku..biar apa pun keadaanya aku bertekad untuk memikulnya.Pernah aku luahkan dan mungkin juga doaku..sekiranya anggota badanku ini boleh diberikan buat anakku ini..aku relakan serahkannya malah nyawaku sendiri pun aku rela...tetapi aku ingin anakku hidup normal.Tetapi Allah lebih tahu dan lebih menyayanginya.Kalau kita sayangkan seseorang kita harus melepaskannya kerana suatu hari nanti kita akan bertemu kembali.Insya Allah!!.

Alhamdulillah kehidupan ku kembali ceria kini.Syukur dengan nikmat dan kebesaran PENCIPTA.DIAlah yang memberi segala-galanya.

Buat teman-teman blogger semua yang bergelar ibu dan akan menjadi seorang ibu..ingin aku kongsikan kegembiraan ini bersama kalian.Semoga kita semua akan menjadi seorang ibu mithali buat anak-anak.