Monday, January 30, 2006

1 Muharam Islamic New Year.

Sempena tahun baru islam 1427 Hijrah akak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada teman2 dan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog akak, selamat tahun baru hijrah dan semoga hidup kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.Semoga kehidupan kita akan sentiasa menuju ke jalan bahagia samada untuk dunia mahupun akhirat.Amin.

SALAM MAAL HIJRAH 1427H UTK SEMUA.

Thursday, January 26, 2006

Background Layout.

Sekiranya sesiapa ingin belajar membuat layout skin untuk blog ataupun website dengan menggunakan Adobe Photoshop,sila ikuti langkah2 yang telah akak sertakan di bawah ini.Sebelum anda memulakan langkah membuat background sila save image background ke pc anda.

P/s:Klik pada gamba utk membesarkannya.






















Sunday, January 22, 2006

Binatang dan Personaliti Diri.

Tq Mr Shai dan Skru Emas:

Jun 04-14>>>Akak
March 24-31>>>Hb

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati (rasa2nya akak nie baik tak?).Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu (mmg akak suka menolong orang lain tapi kalau mereka tak nak kenang pun akak tak kisah). Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula (itu memang sifat akak).Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman (adalah kot!!Sebab akak pun mmg suka mencari ramai kawan). Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka (tp kdng2 ada gak akak cakap belakang tp bukan mengumpat org tau!!Cuma melepas rasa tidak puas hati kerana sikap manusia yang suka bercakaran).Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan (itu yang hakikatnya tentang akak).Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal (mmg akak mudah merasa kasihan dgn org yg susah...dan realiti hidup akak pun mmg penuh dgn dugaan).

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu (mmg itu sikap hb akak). Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai (100%).Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh (kadang-kadang dia buat bila terdesak).Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! (yg ini ada kebenarannya juge).Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya (takde pulak).Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian (tak pula akak..rasa2 tidak).Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali (tak berapa pandai melepak dan mmg org yg tak dia kenali mmg susah utk dia berbual).Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman (that right).

Ini hanya satu kebetulan sekiranya ia benar dan kalau tidak benar jadikan sebagai satu kekuatan utk memperbaiki diri kita.

Tuesday, January 17, 2006

Koleksi Photo Ayie








Ini adalah sebahagian dari photo Zulfadhli yang meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakan sekelas.

Sunday, January 15, 2006

Ayie Dah 6 Tahun...



Masih dalam ingatan ibu pada hari ini kau telah selamatkan ibu lahirkan.Zulfadhli nama diberikan untuk mu.Diam tak diam kau sudah menjangkau ke usia 6 TAHUN!!Ibu akan sentiasa berdoa semoga dirimu sentiasa dipelihara keselamatan,diberi rezeki yg melimpah,dipanjangkan usia dan sentiasa menjadi insan yang baik utk keluarga dan masyarakat.Paling utama ibu berharap dirimu akan menjadi anak yang soleh.Amin.



Tiada kata-kata indah yang dapat ibu lakarkan.Tiada hadiah istimewa yang dapat ibu berikan.Hanya doa dan airmata kegembiraan yang dapat ibu berikan sebagai tanda kesyukuran.Kaulah harapan ibu.

Sekali lagi ibu ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yg ke 6 untuk anak ibu Zulfadhli!!

p/s:Nantikan gambar-gambar menarik esok.

Tuesday, January 10, 2006

Salam Aidiladha


Salam aidiladha utk semua teman-teman dan pengunjung blog akak.Sama-samalah kita menghayati erti "pengorbanan".

Friday, January 06, 2006

Virus datang lagi!!

Aduh akak dah dapat virus dari Elly....takpe akan akak berikan penawarnya!!

Nama : yang tertulis dalam surat beranak dan ic adalah Normizah bt Isa.Panggilan kak mie,nonie dan Nor.

Umur : adusss...nie yang berat nie..nak kene bagi tau juge ke!!hehehe..yelah akak dah masuk 34 tahun bulan Jun tahun ini.Dah tua ke??hehe


Anak ke :
akak anak sulong dari 9 orang adik-beradik...nasib baik tak sampai satu pasukan bolasepakkan...

Kini tinggal di :dok kat rumah flat di kawasan Bukit Batok Singapura.

Kelahiran :kalau kalian baca jangan gelak tau...dulu nama hospital nie mmg buat org akan perli akak aje...yelah itu yang tertulis kat surat beranak...akak lahir di kandang kerbau hospital singapura...hahahaha.Masa tu bangunan nie style lama tak macam sekarang dah canggih.

Status : dah kahwin pun...dan ada anak...

Pekerjaan : fuhyooo banyak sih...setiausaha tetap,kerani peribadi,akauntan...tp semua nie tak bergaji...hehehe sebab dok umah aje...tiap2 bln dpt dari cik abang ajelah..hahaha

Hobi : biasa arrhhh menulis dan mengarang,membaca novel,mengelodeh pc dan melukis.

Artis kesukaan : ramai.....tak terbilang..tp yg benar2 fav kak ziana zain!!

Haiwan kesayangan : kucing ajelah...terutama kucing siam.

Warna kegemaran : alah dah tahukan fav colour akak...yg utama tak lain tak bukan ialah ungu,pink,hijau muda dan biru laut.Bila tengok color nie memang teruja betul!!

Tentang anda yg perlu diketahui :akak nie memang jenis yang sensitif...seorang yang degil tapi mudah diajak berbincang.Suka sangat tolong orang dan rasa puas hati kalau orang lain berterima kasih dengan pertolongan kita.Yang terakhir suka memikirkan perkara2 yang berkaitan dengan kehidupan manusia yang berbagai kerenah.

Jadi sekarang ini tibalah pula masa untuk akak sebarkan virus nie...untuk nama2 yag tertulis sila jaga2 ok!!heheh.Penerima itulah Hisah,Khaty,Ct dan Acai.Nanti akak alert korang yer!!

Sunday, January 01, 2006

2006


Glitter Graphics, MySpace Graphics, Myspace Glitters, MySpace Codes, MySpace layouts, Doll Codes from http://www.dressupmyspace.com



Semoga kita semua akan sentiasa dibawah limpahan dan rahmatNYA.Dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini dan diberikan kesihatan yang baik.Diharapkan juga kita akan sentiasa mendapat petunjuk dariNYA.Amin.