Sunday, January 22, 2006

Binatang dan Personaliti Diri.

Tq Mr Shai dan Skru Emas:

Jun 04-14>>>Akak
March 24-31>>>Hb

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati (rasa2nya akak nie baik tak?).Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu (mmg akak suka menolong orang lain tapi kalau mereka tak nak kenang pun akak tak kisah). Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula (itu memang sifat akak).Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman (adalah kot!!Sebab akak pun mmg suka mencari ramai kawan). Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka (tp kdng2 ada gak akak cakap belakang tp bukan mengumpat org tau!!Cuma melepas rasa tidak puas hati kerana sikap manusia yang suka bercakaran).Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan (itu yang hakikatnya tentang akak).Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal (mmg akak mudah merasa kasihan dgn org yg susah...dan realiti hidup akak pun mmg penuh dgn dugaan).

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu (mmg itu sikap hb akak). Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai (100%).Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh (kadang-kadang dia buat bila terdesak).Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! (yg ini ada kebenarannya juge).Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya (takde pulak).Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian (tak pula akak..rasa2 tidak).Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali (tak berapa pandai melepak dan mmg org yg tak dia kenali mmg susah utk dia berbual).Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman (that right).

Ini hanya satu kebetulan sekiranya ia benar dan kalau tidak benar jadikan sebagai satu kekuatan utk memperbaiki diri kita.

No comments: