Friday, July 28, 2006
Rumah Tangga Idaman
Syurga rumah tangga itu fitrah hati
naluri semula jadi yang pinta diisi
kerananya jejaka rela menjadi suami
kerananya perawan rela menjadi isteri
masing-masing dengan harapan
agar rumah tangga membawa kebahagiaan.
Matlamat yang satu
tapi jalannya berliku
destinasinya sama
tapi kaedahnya berbeza
lalu bermacam jalanlah ke sana.
Ada yang mengatakan
bahagia itu pada harta
diukir dari intan permata
(gah, suamiku seorang jutawan).
Tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa
ditempa oleh wajah rupawan
(wah, isteriku seorang ratu).
Ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan).
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalau bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah?
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah?.
Bahagia itu dari dalam hati
kesannya lahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata dalam hati
terbenam bagai mutiara disalut nurani.
Bahagia itu pada hati
bertakhta di kerajaan diri
bahagia itu pada jiwa
mahkota itu di singgahsana rasa
bahagia itu kesabaran
apabila susah tak gelisah
apabila miskin tak pemarah
apabila gagal tidak resah
oh suamiku, Innalillah ....
Bahagia itu kesyukuran
apabila kaya pemurah
apabila berkuasa amanah
apabila berjaya tidak apa
oh isteriku, alhamdulillah ....
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
apabila hati mengingati Tuhan
firman Allah:
ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir Ilahi
itulah zikir yang hakiki.
Binalah rumah tangga atas tapak iman
tuluskan niat, luruskan matlamat
“suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi”
“isteriku, kaulah permaisuri hati ....”
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinan pun terserlah.
Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
iman itu tujuan
syariat itu jalan
tempat merujuk segala permasalahan
tempat mencari semua penyelesaian
“isteriku, taatilah hukum Allah”
“suamiku, patuhilah sunah Rasulullah s.a.w.”
Binalah hidup di neraca makruf
rumah jadi sambungan madrasah
seninya kerana solat
indahnya oleh munajat
tapaknya ... iman
jalannya ... syariat
natijahnya ... akhlak
tiga penjamin segala
kunci kebahagiaan rumah tangga
dan terciptalah:
“setia dan penyayang suami”
“cinta dan kasih isteri”
Lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan soleh dan solehah!
Anisah Hashim
Saturday, July 22, 2006
Mukmin Sejati
(1.) Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tidak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.
(2.) Janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan pemimpin kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberikan juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takut dengan Tuhan.
(3.) Fitrah yang murni ia tidak membohongi kita. Ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.
(4.) Hendaklah kita membuang sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dengan dunia. Apabila kita cinta dengan dunia, kita tidak rasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya ia menjadi rebutan. Di sinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebab timbulnya perpecahan. Hendaklah kita buang sungguh-sungguh.
(5.) Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.
(6.) Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.
(7.) Salah satu daripada yang boleh membawa pecah belahnya orang Islam kerana cintakan dunia, maka berebutlah mereka untuk mendapatkannya dengan itu terjadilah perbalahan.
(8.) Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masaalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhoan Allah dan khidmat untuk masyarakat.
(9.) Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padaNya.
(10.) Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur , kemudian ditambah lagi nikmat. Ini ditakutijuga tidak akan bersyukur.
(11.) Bila rasa bertuhan itu tidak ada, secara automatically , rasa kehambaan tidak ada. Diwaktu itu kalau kita beribadah pun bukan boleh menghilangkan mazmumah tetapi dia menyuburkan mazmumah. Akhirnya ibadahnya itulah yang menghijab diri dengan Allah Taala.
(12.) Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.
(13.) Orang mukmin sejati itu kalaulah menasihat itu bukan satu kewajipan, rasanya hendak meninggalkan sahaja kerana sibuk menasihati diri sendiri.
(14.) Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.
(15.) Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.
(16.) Kalau di dalam jemaah sendiri tidak dapat ditegakkan Islam secara syumul sesuai dengan kuasa yang ada, apa jaminan kita boleh tegakkan Islam secara syumul di dalam negara yang lebih susah lagi.

Thursday, July 20, 2006
Jika Syaitan Datang Kepadamu
Ada sepuluh pesanan Rasulullah saw yang mengajarkan kita cara mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita .
Mari kita perhatikan pesanan kenabian tersebut dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;
1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan zuriat dariku (putraku) akan masuk syurga. Dan hal itu membuatku gembira".
2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".
3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".
4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka katakan kepadanya: "keburukanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".
5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".
6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".
7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".
8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".
9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".
10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".
Syaitan tidak datang dalam bentuk yg asal tapi dalam bisikan hati yang halus….WASPADAlah dengan bisikan begini…..sekadar berpesan pada diri sendiri dan sahabat semua…

Wednesday, July 19, 2006
Pelik Ke??
Oleh kerana akak kene tagged dgn Nora,kenalah akak jawab.Samada akak nie pelik atau tidak...Nak tahu kebenarannya,bacalah dibawah.
6 weird/pelik about me:
1.Suka memikirkan sesuatu perkara yg terjadi dan kenapa ia berlaku dengan sedalam-dalamnya.
2.Terasa puas sangat kalau dapat tolong orang tak kiralah dgn cara apa sekali pun...sehinggalah seseorg itu puas hati dgn pertolongan akak nie.
3.Dapat merasai sesuatu yg buruk akan berlaku....tetapi terlalu sukar untuk menyampaikannya,kerana tidak tahu bagaimana harus diceritakan.
4.Selalu bermimpi walaupun hanya tidur seminit...(percaya ke korang)tp inilah kebenarannya.Ada sesetengah mimpi itu benar dan ada yg hanya sebgi permainan tidur saje.
5.Dah banyak kali tercedera (masa kecil) tp tidak pernah masuk hospital.Agak teruk juge kecederaan akak seperti jatuh dari atas papan lungsur,dahi pecah (smpi skrg ada tanda tu),belakang kepala cedera,kena minyak panas di kedua2 bhgn kaki dari lutut ke bawah...dan ada lagi smpi tk ingat dah!!
6.Seorang yg kuat semangat tp klu belajar memandu atau yg berkaitan dgn jln raya,kalau dah terjatuh pasti tak mau cuba lagi.
Malaslah akak nak tagged org lain..cukup smpi disini aje.

Saturday, July 15, 2006
Diam itu emas - Diam aktif
Dalam usaha mendewasakan diri kita, salah satu langkah awal yang harus kita pelajari adalah bagaimana menjadi seorang yang berkemampuan di dalam menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw, "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.", hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.
1. Jenis-jenis Diam
Sesungguhnya diam itu terdapat bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam akan menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi dan juga kondisi pada diri & persekitarannya. Berikut ini adalah jenis-jenis diam:
a. Diam Bodoh
Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidakmengertiannya, atau kelemahan pemahaman dan alasan ketidakmampuan lainnya. Namun diam ini jauh lebih baik dan bebas daripada memaksakan diri dari berpura-pura tahu.
b. Diam Malas
Diam jenis ini merupakan satu keburukan, kerana diam pada saat atau ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa diri sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.
c. Diam Sombong
Diam jenis ini juga termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang diajak berbicara tidak sama taraf dengannya.
d. Diam Khianat
Ini merupakan diam orang jahat kerana dia diam untuk mencelakakan atau mrnyusahkan orang lain. Diam pada saat diperlukan kesaksian yang menyelamatkan adalah diam yang keji.
e. Diam Marah
Diam seperti ini ada kebaikkan dan keburukannya, kebaikkannya adalah lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana. Keburukkannya adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh jadi diamnya ini juga menambah masalah.
f. Diam Utama (Diam Aktif)
Yang dimaksud diam utama adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan penelitian yang membuahkan keyakinan bahawa enggan bersikap menahan diri (diam) maka akan menjadi masalah lebih besar jika dibanding dengan berbicara.
2. Keutamaan Diam Aktif
a. Bebas dari Masaalah
Dengan memilih diam aktif, kita akan bebas dari mengeluarkan kata-kata yang berpeluang menimbulkan masaalah.
b. Bebas dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata atau terlepas cakap yang menyebabkan dosa akan menipis, maka terhindarlah dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.
c. Hati Sentiasa Terjaga dan Tenang
Dengan diam aktif bererti hati akan sentiasa terjaga dari sifat riak, ujub, takabbur atau pelbagai penyakit hati lain yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.
d. Lebih Bijak
Dengan diam aktif bererti kita menjadi pendengar & pemerhati yang baik dan boleh diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan atau permasalahan. Kefahamannya jauh lebih mendalam dan teliti sehingga keputusan yang dibuat jauh lebih bijak dan tepat.
e. Hikmah Akan Muncul
Yang tak tidak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif adalah bercahaya qalbunya, mampu memberikan buah fikiran dan gagasan yang cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelimuti hati, lisan, serta sikap dan perilakunya.
f. Lebih Berwibawa
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan wibawa tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan atau meremehkan.
Selain itu, diam aktif merupakan kemampuan menahan diri dari beberapa perkara seperti:
Diam dari perkataan dusta
Diam dari perkataan sia-sia
Diam dari komentar spontan dan kasar
Diam dari kata yang berlebihan
Diam dari keluh kesah
Diam dari niat riak dan ujub
Diam dari kata yang menyakiti
Diam dari berpura-pura tahu dan pintar
Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa dengan berkata benar atau diam. Semoga juga Allah reda hingga keakhir hayat nanti, saat ajal menjemput, lisan ini diperkenankan untuk menghantar pemergian roh kita dengan sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhid "laa ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantarkan ke syurga.

Friday, July 14, 2006
Beradablah Pada Dirimu
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dipenuhi berbagai perbuatan dan tingkahlaku yang memerlukan adab.Adab ini perlu untuk kesejahteraan diri dan supaya orang lain menyenangi kita.
1.Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
2.Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap seminggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuartiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.
3.Memotong rambut setiap kali panjang, menjaga kebersihan nya dan menyisir selalu yakni jangan pula sampai berlebihan ( tidak membiarkannya dan tidak pula menumpukan perhatian kepadanya)
4.Mengutamakan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi, berwuduk menghormati, berjabat tangan, memakai pakaian atau kasut,memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian,makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia seperti membuang hingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut, beristinjak dan menyentuh aurat. Daripada aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.
5.Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan kahak, tetapi hendaklah kearah kiri dan pada sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.
6.Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan serta minuman agar percikan hingus tidak mengenai orang laian dan meletakkan sapu tangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat.
7.Memuji Allah sesudah bersin.
8.Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah diwajib dengan (Yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (Yahdikumullahu wa yushlihu balakum)
9.Meletakkan tangan dimulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu dari masuk ke mulut..juga disuruh mengurangkan suara dan jika dapat jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristigfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan. Dari Abu Hurairah berkata Nabi, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucap-kan 'Yarhamukallah'. Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap syaitan ketawa melihatnya."
10.Berusaha tidak sendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang memperbanyakkannya. Jika tidak dapat dihindari bersendawalah dengan suara yang ringan kemudian bacalah istigfar sesudah bersendawa. Daripada Abu Hurairah katanya, "Aku memakan kepingan roti dan dging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia."
11.Mengingat Allah dan bersyukur kepada-Nya ketika berkaca(melihat wajah cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi: "Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku."
12.Menghindarkan diri dari buruk sangka kepada orang , terimalah nasihat/tazkirah dengan hati terbuka dan ambil iktibar dari tazkirah yang diberikan dan bukan nya menyatakan pada orang yang memberi tazkirah 'macam la dia tu bagus sangat','pikirlah diri tu betul ker tak lagi'.
13.Membiasakan diri dengan amal yang salih seperti beribadah bersedekah,sembahyang sunat,menghampiri diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al Quran.Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan dunia. Daripada Aisyah katanya,amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.
14.Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan sesuatu yang tidak berguna selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya. Daripada Abu Hurairah katanya ,Rasulullah bersabda, "Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudkannya."
15.Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan, yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau dunia.
16.Menerima nasihat orang lain ,mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar bersalah dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.
17.Membiasakan hidup sederhana mensyukuri yang sedikit dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenag-senang di dunia keran sifat tu menjauhkan diri dari takabur dan ujub serta selamat dari sifat sombong memuji-muji dari dan angkuh. Dari Aisyah katanya, "Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut."
18.Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus-menerus mengulang-ulang sebutan,
'Oh Tuhanku,Engkaulah tujuanku dan Redhamulah yang kucari."

Wednesday, July 12, 2006
10 AMALAN YANG TERBALIK
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
P/S..inilah posting akak yang ke 100....yahoooo smpi juge..hehehe

Tuesday, July 11, 2006
Bila Hati Ingin Berbicara
Terasa tangan ini gatal sekali hendak mencoretkan sesuatu disini.Membuka keluhan dihati yang sedang gundah gelana.Disaat ini benar-benar terasa kerinduan.Benar-benar terasa kesyahduan.Saat terukir namanya dibibir ini...tercalit kembali kenangan itu diruang mata dan ingatanku.Mulalah titisan-titisan jernih singgah ke pipi.Berduyun-duyun keluar dari kelopak mata yang suram.Tidak dapat ku tahan saat terbayang wajahmu.Makin lama makin menghiris hati.Lalu kuukir sebuah coretan buatmu sayang....
Saat Hatiku Rindu....
Bukan ku pinta
Bukan ku harap
Ia sudah suratan...
Aku pasrah dalam kesyahduan.
Masih ku rindu
Masih ku ingat
Disaat sebak mengamit
Aku leka dalam kedaifan.
Oh tuhan...
aku mohon kekuatan
aku mohon ketabahan
aku insanMU yg lemah.
Oh tuhan...
aku tak berdaya
aku tak tertahan
menanggung rindu ini.
Bagaikan ia sebuah mimpi,
Bila ku terjaga ia adalah nyata.
Bagaikan ia terjadi semalam
Bila ku hitung ia sudah berlalu.
Aku ingin menangis
namun airmata ini bagaikan kering
Hanya doa ku pohon...
Aku ingin kuatkan semangat ini,
Aku ingin cekalkan hati ini,
Aku hanya hambaMU yg lemah...
Hatiku menangis..
Hanya Engkau yang sudi mendengar...
Oh tuhan...
Aku harapkan petunjukMU.
Oh tuhan...
Aku perlukan ihsanMU.
Aku insan yg daif...
Aku insan yg lemah...
bantulah aku...tapi maafkanlah diriku
bantulah aku...tapi maafkanlah diriku
kerana...aku masih merinduinya.
Friday, July 07, 2006
7 jenis cinta
1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. So, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar... first love never dies... yang pertama belum tentu yg terbaik... tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik...
2. CINTA PEMBIMBING
Hmm...yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi 'guru', seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita.
3. CINTA MENGGODA
Seseorg yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.
4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana... bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat... mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la...
5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah 'terikat' atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, 'terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis.
6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya... so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya...Think positive!
7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak... mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu... berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan...
Apa yg pasti... cinta yg Agung itulah yg kekal abadi... kasih manusia sering bermusim... sayang manusia tiada abadi... Kasih Tuhan tiada bertepi... sayang Tuhan janjiNya pasti..
Wassalam.

Sunday, July 02, 2006
Maksiat Batin
Apabila disebut sahaja maksiat, kita tahu bahawa ia merupakan suatu perkara
yang dimurkai ALLAH s.w.t. Kita menyedari apabila kita dan orang lain
melakukan maksiat. Tetapi kita selalu hanya sedar maksiat itu dari sudut
maksiat zahir sahaja. Kita selalu alpa terhadap maksiat-maksiat batin yang
kita lakukan yang ianya boleh membahayakan diri kita sendiri.
Maksiat Batin merupakan maksiat yang berlaku kerana perlakuan atau tabiat
hati dan jiwa manusia. Ahli-ahli sufi menjadikan maksiat-maksiat batin ini
sebagai musuh dan serangannya.
Di antara maksiat-maksiat batin ini adalah:-
1 . Tamak.
2 . Marah.
3 . Hasad Dengki.
4 . Bakhil.
5 . Takbur.
6 . Hairan pada diri sendiri.
7 . Riak.
8 . Cintakan dunia.
9 . Cintakan kemegahan.
10. Sifat lain yang setara dengannya.
Perkara ini juga disebut sebagai penyakit hati yang wajib bagi setiap
individu muslim berusaha menghapuskannya demi kesejahteraan dunia dan
akhirat.
Firman ALLAH dalam surah As-Syams Ayat 9-10
Maksudnya:-
"Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya
(lahir dan batin). Dan benar-benar rugi (menyesal) orang yang mengotori
dirinya."
Wallahu a'lam...

Saturday, July 01, 2006
Wanita Makhluk Mulia Di Sisi Nya
Maulana Syed Ahmad Khan dlm penulisannya menceritakan kelebihan yg dimiliki oleh wanita.Antaranya:
**seorang wanita yg solehah lebih baik dari seorg wali.Hal ini dinyatakan dlm hadis nabi s.a.w yg bermaksud;dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yg solehah-hadis riwayat Muslim.
**wanita yg menguli tepung dgn membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
**wanita yg membersihkan lantai sambil berzikir akan mendapat pahala seperti membersihkan Baitulla.
**banyakkan berzikir ketika memasak kerana Allah akan sentiasa memberkati rezeki wanita yg memasak sambil berzikir.
**sentiasalah menutup aurat kerana wanita yg menutup aurat akn ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah asal.
petikan dari WHI

Subscribe to:
Posts (Atom)