Wednesday, November 08, 2006

Semakin Jauh Semakin Rindu



Semenjak beberapa hari ini rasa malas sangat hendak mengadap pc..entah mengapa??Terasa tangan ini ingin mengarang sesuatu,meluahkan apa yang tersirat.Hanya dengan menitip baris-baris ayat disini akan dapat mengurangkan sedikit rasa kegusaran dihati.Aku merinduinya...setiap kali aku cuba tempis perasaan itu semakin ia datang menguasai diri.Aku sedar aku harus kuat dan tabah,tetapi aku tidak dapat membohongi diriku bahawa aku tetap insan yang sentiasa lemah,tidak berupaya menahan segala-galanya.Kata orang dengan meluahkan apa yang terbuka dihati akan dapat meringankan bebanan.

Seolah-olah baru semalam dia ada disisi tiba-tiba hari ini dia tiada...setiap kali wajahnya datang bertandang di ruang mataku ini,aku tidak dapat menahan kerinduanku terhadapnya.Setiap solat aku munajatkan doa..agar aku diberikan kekuatan.Aku tidak boleh menangis..kalau aku mengalirkan akir mata dan Ayie nampak mataku merah,dia akan bertanya.."kenapa mata ibu merah"..jawapan yg aku sering berikan..."mata ibu masuk abuk tadi"..dia berkata lagi.."ibu gilah cuci.." tersentuh hatiku.Aku tidak mahu melihat Ayie murung lagi.Aku sentiasa menutupi perasaan sedihku dihadapannya.Aku sedaya upaya akan menahannya.Sebab itulah waktu yang terbaik untuk aku meluahkan segala-galanya tatkala aku sendirian ditengah-tengah malam yang sunyi lebih-lebih lagi bila suamiku dan Ayie sudah tidur.Aku senang dapat meluahkan kepada yang Esa kerana hanya padaNYA sajalah tempat aku mengadu.Dan Dia jugalah pendengar yang setia.

Bohong kalau aku katakan aku tidak menangis setiapkali aku terlihat wajah Hilmi diruang mataku.Walau sekuat mana pun aku memikulnya,aku tetap tak segagah dan secekal yang disangka.Mulailah timbul berbagai persoalan...walaupun aku sudah tahu jawapannya.... segala-galanya sudah kehendak Illahi...sekali sekala akau berbicara denganNYA...adakah aku bukan ibu yang baik..adakah aku telah abaikan Hilmi??Aku tidak dapat lari dari menanyakan soalan itu.Aku tahu setiap yang berlaku atas kehendak Dia...aku akur...aku sedar.Cuma bila kadang-kadang aku merindui Hilmi aku tidak berupaya menangkisnya.Hanya doa kupanjatkan untuk mengubati hati ini semoga aku terus diberikan kekuatan agar aku terus tabah dan cekal.

1 comment:

Farahnadz said...

salam... berkenaan dengan kerinduan puan terhadap anak puan yg bernama hilmi, semoga puan tabah kan hati... mungkin suatu ketika dulu semasa ibu saya kehilangan anak sulongnya iaitu abg saya, perasaannya juga seperti puan. abg saya meninggal ketika umurnya baru 4 tahun kerana kemalangan jalan raya.sekarang, ibu saya juga telah pergi menghadap Illahi. percayalah bahawa mereka sedang gembira di sana. berbahagialah puan kerana anak kecil yg tidak berdosa sekiranya pergi menghadap illahi terlebih dahulu akan di masukkan ke syurga. insya allah...