Wednesday, February 28, 2007

Kebenaran Yang Pelik!!

Kak long dah sebarkan virus nie kat saya,kenelah saya bagikan antidotnya yer...Ini adalah 6 perkara yang pelik tentang diri ini.

1.Suka sangat dengan kopi dan coklat..tak kira apa jenis sekali pun.Apa yang berkaitan dengan kedua2 perkara ini mesti nak beli.

2.Kalau pergi shopping atau ronda2 aje..pasti cepat sangat dah nak balik...tak boleh jalan lama-lama nanti kepala mulalah nak sakit.

3.Dapat merasai sesuatu yang buruk akan berlaku....tetapi terlalu sukar untuk menyampaikannya,kerana tidak tahu bagaimana harus diceritakan.

4.Boleh bermimpi walaupun hanya tidur seminit...dan setiap kali tidur atau tertidur sekejap sahaja tidak pernah sekalipun tidak bermimpi..tapi inilah kebenarannya.Ada sesetengah mimpi itu benar dan ada yg hanya sebagai permainan tidur saje.

5.Dah banyak kali tercedera (masa kecil..tulah nakal sangatkan!!) tetapi tidak pernah masuk hospital.Agak teruk juga kecederaannya seperti jatuh dari atas papan lungsur,dahi pecah (smpi sekarang ada tanda tersebut),belakang kepala cedera,kena minyak panas di kedua2 bahagian kaki dari lutut ke bawah...dan ada lagi sampai dah tak ingat lagi!!

6.Seorang yang kuat semangat dari segi dalaman tetapi kalau belajar memandu atau yg berkaitan dgn jalan raya,kalau dah terjatuh pasti tak mau cuba lagi walaupun keinginan itu ada.Disuruh macam mana sekalipun...tiada hati hendak belajar sebab fobia bila sebut tentang pemanduan.

Tak tahu nak sebarkan kat sesiapa lagi..pasti ramai dah dapat virus nie..Jadi virus ini hanya setakat ini sahaja.

Monday, February 26, 2007

Perkara2 Yang Akan Menyebabkan Kepapaan.

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...

6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10.Bermudah-mudah membazirkan makanan...

11.Selalu makan ketika hadas besar...
12.Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13.Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14.Bersifat bakhil...
15.Sentiasa tidur telanjang...

16.Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17.Menjahit pakaian di badan...
18.Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19.Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20.Selalu membasuh tangan dengan tanah...

21.Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22.Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23.Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24.Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25.Menyapu sampah di waktu malam...

26.Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27.Selalu membakar kulit bawang...

Wallahualam...Renung2kanlah...Setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu adalah kerana perbuatan kita sendiri.

Monday, February 19, 2007

Wanita Mithali

1. Mithali bermaksud "baik, boleh dicontohi, solehah.." (mithali berasal dari perkataan misal iaitu contoh)

2. Rasullullah s.a.w. bersabda "Dunia ini baik tetapi yang paling baik ialah isteri solehah"

3. Isteri yang menyediakan minuman dan memberi suami minum dapat pahala seperti solat malam.

4. Di dalam Al-Quran ada banyak gambaran tentang isteri solehah dan kita di zaman moden ni kena apply according to perubahan masa. Yang penting ialah intipati isteri solehah. Antara gambarn-gambarn itu ialah :

(a) Khadijah isteri Rasul Allah : membantu Rasul Allah dalam kewangan
(b) Aisyah : kelebihannya ialah beliau kreatif, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pandai menghibur Rasul Allah. Pernah pada suatu masa Rasul Allah jatuh sakit, Saidatina Aisyah mengubat baginda. Baginda Rasul Allah bertanya : Ya Aisyah, bagaimana tuan hamba tahu mengubati saya?"jawab Saidatina "Aisyah " Ya Rasul Allah, saya belajar tentang ubat-ubat herba ini dari orang-orang yang datang berjumpa kamu".

5. Rasul Allah bersabda ; "Wanita amat mudah memasuki syurga.Sekiranya kamu
(1) mengerjakan sembahyang 5 waktu
(2) berpuasa di bulan Ramadhan
(3) mentaati suami
(4) menjaga kehormatan diri

Allah menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."

6. Selain daripada 4 perkara di atas, isteri mithali juga mesti memastikan bahawa tanggung jawab diri sendiri sudah dilaksanakan seperti jaga kebersihan diri, jaga sembahyang, pastikan kiraan haid betul supaya tahu bila nak bersuci, begitu juga dengan kiraan nifas dan tatarias diri. Selepas mandi hadas besar setelah bersuci dari haid & nifas, wanita perlu ambil minyak wangi dengan kapas dan menyapu minyak wangi tersebut di tempat keluar haid dan nifas. Ini ajaran Rasul Allah s.a.w.

7. Wanita juga perlu ada inisiatif untuk mencari ilmu, tidak perlu tunggu suami. Rasul Allah bersabda : Wanita yang paling baik ialah wanita Ansar yang tahu menunggang unta dan dalam masa yang sama tidak malu untuk mencari ilmu". Bagi wanita di zaman sekarang , unta itu ibarat kereta(kenderaan). Wanita boleh cari pendapatan sendiri supaya boleh membantu suami seperti Saidatina Khadijah dan dapat bersedekah dengan wang pendapatannya.

8. Wanita mesti tahu menjaga kehormatan diri. Selain dari menjaga kehormatan , wanita juga perlu tahu kemampuan diri. Contohnya, katalah suami inginkan ramai anak, sebagai isteri wanita sanggup melahirkannya. Tapi selalunya wanita yang telah melahirkan anak yang ramai akan kelihatan cepat tua. Si suami pula, bila dah macam tu suka cari yang lain.Kasihan wanita. Justeru itu, wanita juga berhak membuat keputusan, bukan suami sahaja. Dia mesti tahu kemampuan kesihatannya.

Bagi pasangan zaman sekarang, ramai yang pergi bekerja & berjumpadengan orang lain di tempat kerja. Pada masa inilah iman perlu kuat.Suami perlu tahu kehendak isteri dan isteri perlu tahu kehendak suami supayamasing-masing tidak mencari yang lain. Contohnya, bila tiba harijadi isteri, suami tak beri apa-apa pun, ucapan pun tidak tapi Boss di tempat kerja beri hadiah dan kawan-kawan belanja makan. Si isteri gembira dapat perhatian dari orang lain. Jadi, si isteri ,mungkin lebih sayangkan Boss daripada suami.

Kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap sesuatu ada kebaikan.Jangan bandingkan suami kita dengan orang lain, i.e. suami si polan tu rajin tolong bini dia masak tapi abang tak...dan macam-macam lagi. Mana tahu suami si polan tu suka membebel pula dan suami kita tidak...janganlah sampai suami kita membandingkan kita dengan isteri orang atau wanita lain...buruk akibatnya...

Dalam peristiwa Isra' & Mi'raj ini,golongan lelaki & perempuan yang tak pandai jaga kehormatan diri di panggil " orang-orang yang memakan daging haram". Contohnya : suami yang ada affair dengan isteri orang dan sebaliknya.

9. Dalam surah Al-Imraan, Allah dah menerangkan bahawa lumrah lelaki ialah mereka memang sukakan wanita. Justeru itu isteri mesti pandai menjaga hati suami.

10. Jangan dibuai rasa sunyi. Sekiranya suami pergi outstation lama-lama, si isteri mesti pandai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti2 berkumpulan seperti berpersatuan dan sebagainya. Jangan disebabkan rasa sunyi kita akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

11. Taat pada suami. Rasul Allah berkata; "Inilah yang paling susah" Sebagai contoh, sekiranya suami marahkan anak, si isteri janganlah menyebelahi anak dan memalukan suami di hadapan anak. Pernah suatu masa dahulu, Saidatina Aisyah sudah menjahit langsir dan digantung di jendela. Bila Rasulallah pulang, Baginda berkata pada
Aisyah " Wahai Aisyah, bukankah kain itu lebih baik dibuat bantal?" Tanpa berlengah, Saidatina Aisyah terus turunkan langsir itu dan memotong kain langsir tersebut untuk dijadikan bantal.

12. Suami dan isteri tidak perlu berkira tentang soal peranan.Takut nanti masing-masing akan menyalahkan satu sama lain. Suami isteri haruslah bertaqwa. Rasul Allah bersabda : "Saling memaafkanlah di antara kamu kerana itu lebih hampir kepada ketaqwaan".

13. Isteri perlu dapat sokongan dari suami untuk menjadi isteri solehah. Jangan nakkan isteri baik tapi suami tidak berperangai sepatutnya. Walaupun begitu, ada di dalam Al Quran tentang isteri beriman tetapi suaminya tidak. Contohnya Asiah isteri Firaun. Di situasi begini, si isteri perlu membimbing suami, sentiasa bersabar dan yakin pertolongan Allah akan tiba. Sentiasalah berdoa dan percayalah bahawa setiap orang ada kelebihannya masing-masing.

Allah telah berjanji " Manusia ini lemah, bagaimana sombongnya dia, ada satu titik kelemahan padanya". Yakinlah bahawa Allah akan mengubah suami yang tinggi egonya, sombong. Lelaki perlu ada ego tapi tidak boleh keterlaluan. Ego itu perlu spt. cemburu melihat isteri bergaul bebas dengan bukan muhrim. kalau tiada perasaan ini, suami itu tiada sifat kelelakian. Janganlah jadi dayus.


.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*


1. Rasul Allah bersabda, lebih kurang maksudnya :

" Sekali kita berbuat baik, tidak diingati tetapi sekali kita berbuat jahat, akan diingat selamanya".

"Seorang bertanya : Ya Rasul Allah, apakah itu agama? Agama itu ialah jangan marah ."

" Kepada lelaki yang nak berkahwin, kahwinlah dengan wanita yang boleh beranak kerana dia pandai berkasih sayang. Sekiranya dia tidak boleh beranak, carilah yang pandai menyayangi".

2. Wanita perlu pandai menjaga diri hingga ke usia tua.

3. Ayat Al-Quran yang menerangkan kedudukan wanita ketika usia menopause ialah An-Nur : 60. Di dalam ayat ini diterangkan bahawa wanita hendaklah menjaga kelakuan mereka supaya mereka sopan. jalinkan kemesraan bersama suami dan lakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama.

4. Hadith Rasul Allah s.a.w. : "Mana-mana isteri yang melayan kehendak kelamin suami akan mendapat pahala seperti sembahyang malam."

5. Isteri mestilah mendapat redha suami, sokongan dan persetujuannya. Mesti pandai tunjukkan kasih sayang, pabila disuruh ia taat dan pastikan rezeki di rumah itu adalah dari sumber yang halal. Rabi'atul 'Adawiyah pernah berkata kepada ayahnya :" Aku sanggup berlapar dari makan makanan yang haram."Perkara yang paling penting ialah mendapat keberkatan dari rezekiyang sedikit tetapi mencukupi, bukan yang banyak tetapi tidak mencukupi.

Perkara-perkara yang menghalang dari menjadi mithali :
1. Terlalu cemburukan suami
2. Mengabai hak suami
3. Mengelak hubungan kelamin tanpa sebab.
4. Tidak mahu menemankan suami tidur.
5. Bergaduh tentang perkara yang kecil, remeh temeh.

6. Isteri yang baik ialah isteri yang mahu kebaikan untuk suami.Suami sepatutnya menjadi Imam dan isteri pendokong kepada suami.Sebenarnya, di setiap kejayaan sebuah rumahtangga, di belakangnya ialah seorang isteri.

Perlu berjihad di dalam rumahtangga, berkorban untuk kebahagiaan rumah tangga.

Suami & Isteri perlulah sentiasa berpesan di antara satu sama lain untuk mengingati Allah dan bertaqwalah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah kerana doa itu penting.Ianya adalah senjata orang mukmin. Berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain, berkasih sayang, redha dan bersyukur selalu kepada Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"He encompasses all things in knowledge."

(At-Talaq : 12)

-Disebalik senyuman dan wajah tenang seorang wanita.hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala gundah di hatinya,segala derita yang ditanggungnya.Rela disimpan sendiri kerana apa yang ingin dipersembahkan hanyalah wajah yang penuh ketenangan,walau hati ditimpa seribu duka.hanya Allah jualah tempatnya mengadu.-

Saturday, February 10, 2007

Peristiwa Hijrah

Mungkin banyak kali sudah kita hadiri ceramah pasal Hijrah, tapi mesti ada setiap kali kita pergi ceramah, ada benda baru yang kita rasa, takpun ada bende yang significant pada kita utk kali tu. Apa pentingnya hijrah sehinggakan perlu diperingatkan selalu dan satu lagi, menjadi permulaan kalendar utk org Islam? Pada zaman Umar Al-Khatab, terdapat seorang lelaki berbincang dgn beliau mengenai hutang dsbgnya, dan terlahirlah idea dari situ betapa perlunya kalendar utk umat Islam mengatur kegiatan seharian. Maka dipanggil sahabat utk berbincang. Ada yang mencadangkan agar digunakan kalendar Parsi, Rom (Gregorian), tapi para sahabat tak menyenanginya sebab memang mereka sudah terlatih oleh Rasulullah supaya tak mengikut gaya org lain. Maka, mereka setuju utk ada satu kalendar. Tapi masalah pulak, nak start dari mana? kenapa mereka bersetuju nak start tarikh 1 muharam tu bermula dari hijrah ke madinah? padahal, ada jugak peristiwa penting lain spt apb nabi dilantik menjadi rasulullah. Ada yang mencadangkan kalendar bermula ketika kelahiran nabi... tapi mereka menolak kerana ini menyerupai org Kristian memulakan kalendar mereka dgn kelahiran nabi Isa. Mulakan dari tarikh kewafatan? Lagilah tak sesuai, krn itu merupakan saat sedih umat islam. Akhirnya, bersepakat utk mulakan dgn tarikh hijrah. Kita bertanya, apa kepentingan hijrah sehingga menjadi pilihan sahabat? Itulah yang kita bincang hari ni...

Strategi Hijrah

Ceramah pasal hijrah kali ini tidak akan mengupas keseluruhan peristiwa tersebut, tapi berdasarkan peristiwa hijrah, kita melihat betapa strategi dalam menjalankan dakwah itu penting (sebagaimana yang rasulullah tunjukkan dalam peristiwa hijrah).

1. Ke rumah Abu Bakar
Rasulullah ke rumah Abu Bakar pada waktu paling sesuai, iaitu waktu tengah hari, ketika mana org kat Mekah tak keluar rumah. Dan ketika itu, Rasulullah berkelubung (jadi kalau org jumpa, tak tahu siapa) krn memang ketika panas kita ada payung.

2. Minta ahli keluarga Abu Bakar keluar
Abp Rasulullah ingin mengkhabarkan berita kpd Abu Bakar di rumahnya, maka diminta ahli keluarga Abu Bakar keluar krn tak mahu mereka dgr. Ini menunjukkan bahawa kerahsiaan itu penting, walaupun kpd org yang dekat. Kerana telah menjadi taktik musuh utk menggunakan org yang tersayang utk membocorkan rahsia (isteri, suami, ibu bapa).

3. Ketika nak berhijrah
Peristiwa Ali tidur di katil Rasulullah memang famous di kalangan masyarakat kita. Bagaimana tanggungjawab seorang pengikut utk berkorban demi keselamatan ketuanya. Ini juga menunjukkan bahwa Rasulllah cuba lari dari membuat perkara yang biasa. Menyentuh kejadian pembunuhan Hassan Al Banna (Ikhwan Muslimin), kita mendapati bahawa satu kesilapan Hasan Al-Banna ialah beliau gemar meletak kereta di tempat yang sama apb beliau ke satu tempat. Jadi, org snenag utk pasang bom.

4. Bantuan Allah
ketika Rasulullah keluar rumah pada ketika ramai org kafir mengepung rumah baginda, beliau membacakan ayat 9 drp surah yasin:
"And We have put a bar in front of them and a bar behind them, and further, We have covered them up; so that they cannot see"
Dgn izin Allah, org kafir tak nampak dan mereka tertidur. rasulullah menabur pasir di atas kepala mereka, nak menunjukkan betapa hinanya mereka, dan bahawa perancangan Allah lebih hebat drp perancangan manusia.

5. Ikut jalan lain ke Madinah
Madinah berada di utara Mekah. Instead of bergerak ke utara, baginda bergerak ke selatan dan berhenti di Gua Thur utk 3 hari lamanya. Malah selepas berteduh di dalam gua, baginda mengikut jalan tepi laut Merah utk ke Madinah, berbanding jalan padang pasir biasa.

6. Bantuan Allah di gua thur
ketika di gua thur (kecil shj, muat cukup cukup utk dua org), Abu Bakar dah nampak kaki org kafir di tepi gua. Pertolongan Allah, datang 2 ekor burung dan membuat sarang di depan pintu gua. juga labah labah membuat sarangnya di pintu gua. Ini membuatkan org kafir menyangka tiada siapa yang lalu di situ. Jika ada, tentunya telur burung akan pecah, dan tentunya sarang labah labah akan koyak. Kalau Allah nak tolong, even bende yang simple pun jadi. Kita ambik contoh Namrud vs Nabi Ibrahim. Bagaimana serangga kecil masuk ke dalam telinga, dan sebab rasa sakit yang amat, Namrud menghantukkan kepala ke dinding hingga pecah.

7. Peranan Asma, anak Abu Bakar di rumah.
Ayah kpd Abu Bakar adalah penentang ajaran Islam. Abu Bakar tlh mengambil barang barang dalam rumah utk dijadikan bekalan ketika perjalanan. Jadi, utk mengcover barangan yg hilang tu, Asma ambil batu letak dalam jar. Selubung dgn kain dan letak tepi dinding. Bila ayah Abu Bakar nampak, maka dia ingat Abu Bakar tentu masih belum ke mana mana sebab barang dia masih ada lagi.

8. Mengupah bukan Islam
ketika mengikut jalan laut, rasulullah tak tahu jalan mana yang patut dilalui. Jadi, baginda telah mengupah seorang bukan Islam utk menjadi penunjuk jalan. Jadi, ini menunjukkan kita boleh bekerjasama/mintak tolong org bukan Islam, tapi dgn beberapa syarat, iaitu tidak boleh ada demand tambahan drp org bukan Islam tersebut, dan tak boleh menggadaikan maruah Islam. Terdapat beberapa peristiwa lain yg menunjukkan Rasulullah pernah bekerjasama dgn org bukan Islam:
- pernah menyewa baju besi milik org yahudi ketika perang
- ketika dihalau dari Taif, Rasulullah menghadapi masalah nak masuk mekah. Jadi, baginda gunakan sistem jahiliah masa tu, iaitu ada sorang penduduk mekah yang jamin Rasulullah utk masuk mekah. JAdi org tak boleh buat apa apa. (=menggunakan sistem demokrasi (sistem bukan Islam) utk menegakkan Islam)

9. Bercakap benar, tapi bijak
Dalam perjalanan ke madinah, kalau mereka bertemu dgn org asing yang bertanyakan Abu Bakar, siapakah dia bersama kamu (rasulullah), maka abu bakar akan menjawab: Dia ni penunjuk jalan. Benarlah bahawa rasulullah itu penunjuk jalan yang benar.

10. Pertolongan Allah drp Suraqah Malik
Di mekah, keluar notis wanted utk rasulullah, sesiapa yang dapat menangkap baginda, akan diberikan 100 ekor unta merah. Suraqah b. Malik adalah antara yang tertarik dgn tawaran tersebut. Dia dapat mengesan jejak rasulullah dan apb dah dekat mengahmpiri rasulullah, kudanya tetiba terjatuh. Dia bangun lagi, dan terus mengejar. Dan kudanya terjatuh lagi. Hinggalah kali ketiga kudanya terjatuh, maka Suraqah mengalah. Tentu ada yang istimewa pada org ni, cetusnya. Dia melaung supaya Rasulullah dan Abu Bakar berhenti krn ada perkara yang ingi dicakapkannya. Rasulullah menyuruh Abu Bakar melihat situasi tersebut. Suraqah bertanya, apakah yang kamu boleh bagi supaya aku jamin keselamatan kamu (tak bagitau org lain)? Maka rasulullah menjawab yang Suraqah ni akan dipakaikan gelang maharaja Parsi satu hari nanti. Ternyata ini menjadi kenyataan apb di zaman Umar Al-Khatab, Parsi jatuh ke tgn org Islam... dan gelang tersebut diberikan kpd Suraqah.

jadi, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa hijrah itu penting krn di saat itulah pertukaran antara umat Islam diperintah kepada yang memerintah.

Madinah

1. Bina Masjid

2. Mempersaudarakan kaum muhajirin dan ansar
- Kaum muhajirin (yang berhijrah) tak ada barangpun yang dibawa bersama mereka. Jadi, rasulullah persaudarakan kedua kaum ni satu sama satu. Persaudaraan ini begitu rapat, mereka berkonsi harta, pakaian dan sebagainya, sehinggakan ada yang sanggup menceraikan isteri (jika ada 2) utk diberikan kpd rakannya.

3. Piagam Madinah
- Piagam madinah menyenaraikan 3 perkara: hak dan tanggungjawab org islam, org bukan Islam dan tanggungjawab bersama.
- kita kena ingat, madinah masa tu berbilang kaum, malah siap ada kaum yahudi yang memang terkenal dgn sifat mereka yang keras menentang.
- dan satu lagi, umat Islam masa tu kat madinah cumalah lebih kurang 20%. jadi, tak perlu tunggu 100% islam baru boleh jalankan Islam, yang penting semua bersetuju.

Kesan buruk meninggalkan kalendar islam

1. Tanya diri kita, berapa haribulan Hijrah hari ini? tak tahu? Kalau kita tak tahu, tentulah kita tak akan ambik kisah peristiwa peristiwa penting yang berlaku dalam islam. sedar sedar, dah ramadhan.

2. Akil baligh bagi laki ialah wet dream. Akil baligh bagi perempuan ialah menarche (first period). Kalau sampai satu tempoh masa belum berlaku perkara tersebut, maka automatik mereka dikira akil baligh. Laki ialah 15 tahun, prerempuan 12 tahun. persoalannya, tahun apa yang kita guna? perbezaan antara kalendar hijrah dgn kalendar Gregorian hampir 6 bulan masa tu. Siapa yang bertanggungjawab kalau tak sembahyang dsbgnya?

3. Kalendar hijrah memungkinkan umat islam berpuasa sekejap di musim sejuk, dan sekejap di musim panas... adil utk semua tempat. Kita ambil contoh krismas, yang ditetapkan guna kalendar matahari. 25 Disember, maka yang dibayangkan ialah white christmas, dgn salji turun, santa claus. Tapi org kat Australia tak mungkin akan merasai suasana krismas macam tu, sebab kat negara tu musim panas bulan disember.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Wednesday, February 07, 2007

Ujian Sakit

Perbanyak terima kasih kerana masih sudi menjenguk ke teratak akak nie.Bukan akak menyepi diri atau melupakan kalian semua.Disamping kesibukan dengan membantu Ayie belajar,akak pun sedang tidak sihat sekarang ini.Hari Ahad lepas badan dah terasa semacam aje....rasa sejuk ada..rasa panas pun ada.Telanlah satu panadol,ingatkan dah baik dah...esoknya masih terasa sejuk didalam,panas diluar badan.Panasnya terasa berbahang.Nak buat kerja pun rasa malas-malas.Lepas ambil Ayie dari sekolah sebelah petangnya makin ketara panasnya.Tekak pun bengkak..minum air suam memanjang tetapi macam gitu juga.Telan panadol hilang kejap panas dan berpeluh tetapi nak hampir senja akak terasa badan akak benar-benar panas.Suami akak paksa akak ke klinik malam tersebut.Kalau ikutkan akak nak pergi esok aje.

Sebaik doktor memeriksa suhu badan alamakkkkk...39 darjah celsius..panasnya,nasib baik tak mencecah 40 darjah...silap-silap doktor suruh pergi hospital.Doktor berikan ubat demam sampai dua sekali.Kata doktor ada lendir di paru-paru akak.Dan akak diarahkan berehat secukupnya sebab kata doktor sakit akak nie akan lambat nak sembuh...mana boleh pun..kan akak ada tanggungjawab.Balik rumah terus makan ubat dan berkubanglah akak didalam selimut.Beberapa jam kemudian terasa berpeluh sakan.Maknanya dah sihatlah tukan.hehehehe

Hari Selasanya akak rasa memang seperti dah sihat sikit.Boleh keluar lagi tu selepas ambil Ayie dari sekolah.Selepas itu dalam waktu hampir-hampir maghrib akak terperasan mata akak berair dan tahi mata asyik keluar.Akak terus titiskan 'Eye Mo' saje.Bukan setakat mata akak berair malah menjadi bengkak.Haiiiii belum pernah akak sakit sampai begini.Badan pun terasa panas sikit dan tekak mulai terasa gatal.Sebelah malamnya sampaikan akak tidak boleh tidur kerana terbatuk-batuk dan hidung pula tersumbat.

Pagi tadi mahu tidak mahu akak terus berjumpa doktor sekali lagi.Kali ini doktor berikan antibiotik,ubat batuk, flu dan ubat mata.Tekak masih bengkak sedikit cuma sekarang ini akak seperti terhuyung hayang,mata pun macam tak terangkat...yelah dah telan ubat yang mengantuk.Oklah semua sampai disini cerita akak,nanti akak lawat ke villa kalian bila akak dah baik sedikit sebab sekarang nie macam takde mood nak 'merayau-rayau'.

Sunday, February 04, 2007

Tanda Tanda Mati Dalam Keadaan Baik

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.

3.. Mati pada malam atau hari Jumaat.
Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
-1.. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
-2.. Diselamatkan dari seksa kubur.
-3.. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
-4.. Diperhiasi dengan iman.
-5.. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
-6.. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6.. Mati kerana melhirkan anak.

7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya).Riwayat oleh Muslim.

8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, "Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.

9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.

13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah.Sabda Rasulullah"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.

14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.

15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.Riwayat Abu Daud.

16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.

17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.

18.. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:
-1.. Menjaga sembahyang 5 waktu.
-2.. Banyak bersedekah.
-3.. Banyak membaca Al Quran.
-4.. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalakan:
1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalakan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4.. Mejaga Kencing.