Oleh kerana dah lama akak tak update,jadi akak ambillah kesempatan nak perkenalan anak angkat akak nie.Dah lama dah akak jaga cuma belum sempat upload gambarnya.
Orang kata black is beautykan...inilah Blacky,nak angkat akak.Yelah bila Ayie dah pergi sekolah adalah juga akak teman untuk bermain dan bercakap walaupun ia tak dapat membalas balik percakapan kitakan.Kalau dia bercakap dah pengsan dah akak..hehehehe.Usianya baru nak masuk sebulan lebih,akak ambil masa dia masih baby lagi bila mak dia tinggalkan dia.Memang nakal asyik nak gigit kaki akak je.Duduk kat rumah flat nie nak kenalah latih kucing keluar masuk bilik air.Nasib baik ia dah dengar kata.Mula-mula tu memanglah degil membuang kat ruang tamu tapi bila dah kena marah pandailah ia.Dapatlah Ayie teman bermain takdelah dia terasa sunyi. Akak nie tak pandai bercerita panjang lebar,jadi akak mengundurkan diri dululah yer.Kalau ada sesiapa yang berkenan dengan anak angkat akak nie kenelah tunggu dia besar sikit barulah boleh masuk meminang..hihihihihi.
No comments:
Post a Comment