Friday, April 04, 2008

Sah Dan Pasti

Untuk episod permulaan ini pada awalnya ingatkan nak jumpa doktor minggu depan tetapi kerana tidak sabar nak dapatkan kepastiannya akak terus jumpa doktor petang semalam di poliklinik.Sudah lama juga nak berkunjung ke sana jadi agak bingung juga sebab suasananya dah bertukar.Akhirnya doktor di Poli sudah mengesahkan memang akak sudah hamil.

Pemeriksaan akak bukan seperti ibu-ibu yang lain sebab akak terpaksa menceritakan sejarah akak jadi pemeriksaan di Poli tidaklah lama sangat diawal kehamilan seperti ini.Akak memang terpaksa buat pemeriksaan dan berjumpa pakar di hospital.Pihak Poli uruskan temujanji akak ke hospital.Jadi tarikh yang akak harus pergi ialah 29 April ini.Pertemuan pertama dengan pakar nanti adalah membuat scanning untuk memastikan janin akak sudah masuk berapa minggu.Selepas ini pasti mereka buatkan temujanji untuk pemeriksaan ujian CVS.

Memang berharap sangat agar segalanya dalam keadaan baik.Akak tidak mahu fikirkan apa-apa.Akak juga tiada pilihan selain terpaksa membuat pemeriksaan ini.Akak akui semuanya Allah swt yang menentukan tetapi sekiranya akak tidak melakukan ujian tersebut dan ditakdirkan terjadi apa-apa seperti dahulu lagi,mereka tidak mahu bertanggungjawab.Bukan akak ingin melanggar qada dan qadar tuhan tetapi kalau boleh akak ingin menikmati kesempurnaan bekeluarga seperti insan lain juga.Inilah sajalah harapan akak dan kehamilan ini juga akan menjadi yang terakhir buat akak sekiranya berita keputusan ujian itu tidak baik.Akak tidak sanggup melihat seorang lagi anak yang menderita dan tidak sanggup lagi kehilangan insan yang akak sayang.

Sekarang ini akak hanya mampu berdoa dan berharap agar segalanya dalam keadaan sempurna.Insya Allah dengan berkat doa-doa dari kalian disini akak akan mendapat kebaikannya.Terima kasih semua diatas kata-kata semangat dan nasihat yang ditujukan buat akak.Olehlah akak berhenti dahulu disini.Bertemu di episod mendatang.

No comments: