Alhamdulillah...hari isnin yang lepas akak pergi ke KKH seperti biasa ada appointment dengan doktor.Semasa menunggu punyalah berdebar-debar.Sebaik masuk ke bilik doktor dan melihat muka doktor tu tenang je.Hati akak je yang berdetap-detup.Bukan apa hari itu keputusan ujian CVS akan akak ketahui.Untuk pengetahuan SMA itu ialah penyakit genetik yang digelar sebagai Spinal Muscular Atrophy.Sebenarnya penyakit ini hanya terdapat 1 dalam 100 di Asia.Ia banyak terjadi di USA dan Eropah sahaja.
Sebaik doktor beritahu keputusan yang janin dalam kandungan akak ini bebas dari SMA-penyakit yang dihidapi oleh arwah Wani dan Hilmi,bertapa lega sekali hati akak.Tidak dapat akak gambarkan perasaan ini ketika itu.Ini bermakna akak boleh meneruskan kehamilan ini hinggalah bersalin nanti.Insya Allah semoga janin ini akan terus sihat sehinggalah selamat dilahirkan kelak.Akak berharap segalanya dalam keadaan baik kerana sesuatu yang terjadi itu adalah atas kehendak Allah swt juga.Tanpa keizinan dariNYA tiada apa yang dapat kita lakukan.Sebagai hambaNYA kita seharusnya redha dan berserah segala-galanya padaNYA.Semoga kegembiraan ini akan dapat akak rasai sekali lagi sewaktu akak melahirkan Ayie dan melihat dia membesar seperti kanak-kanal normal yang lain.
Kehadiran arwah Wani dan Hilmi dalam hidup akak sekeluarga walaupun hanya seketika ia tetap satu anugerah yang tidak ternilai harganya.Itu ujian dariNYA..hendak diuji diri akak dan keluarga.Kenangan itu tidak mungkin akan terpadam sampai bila-bila dan kehidupan ini harus juga kita teruskan walau apa sekalipun ujian dan dugaan yang pernah kita hadapi.Doakan untuk akak yer semua.Sampai disini dulu pertemua kita.
No comments:
Post a Comment