Wednesday, August 26, 2009

Cabaran Di Bulan Puasa

Sudah 5 hari umat islam menjalani ibadah puasa dan alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menunaikannya dengan baik dan sempurna...Insyaa Allah.Tugas sebagai seorang isteri dan ibu yang tidak bekerja ni memanglah lebih banyak memberikan perhatian di rumah mengurus anak-anak dan menyempurnakan tugasan rumahtangga.Tahun ini aktiviti akak lebih mencabar dengan kelasakan Fahmi yang semakin membesar ni.Semenjak dia belajar untuk berjalan ni memang tidak duduk diamnya dia..ada saja tempat yang dia nak teroka.Kenalah akak selalu menjadi pemandu dan body guard dia.Kalau boleh satu rumah dia nak redah.Lebih-lebih lagi sekarang dia Fahmi dah kurang tidur siang...asyik nak bermain aje.Akak nak buat kerja rumah pun tergendala.Nampak benda depan mata mesti nak dicapainya.Kadang-kadang tu Fahmi selongkar barang-barang abangnya Ayie...hai geram juga si abang!!

Kalau bulan lain akak memasak sebelah petang sebaik suami balik jadi tak kisahlah sangat kalau makan lewat tapi dibulan puasa ni akak kena membeli je yelah nak masak awal boleh sebaik Fahmi tidur.Itupun tak sempat,hanya dapat mengemas rumah je kerana si Fahmi tidurnya bukan lama pun...paling lama setengah jam.Beginilah cabaran seorang ibu yang ada anak-anak kecil kalau tak ada orang membantu memang susah nak buat kerja rumah.Masa Ayie dulu lain pula,akak boleh melakukan sendiri.Fahmi ni memang nakal sedikit..garang pula tu...kesian abangnya asyik kena serang.Ditarik rambut Ayie sampai terjerit-jerit si abang.Suara kalau menangis bukan main kuat volumenya.Satu flat boleh dengar lebih-lebih lagi kalau lambat bagi susu.

Beginilah ragam Fahmi yang semakin meningkat usia...rasa seronok melihat perkembangan bayi yang seaktif Fahmi.Walaupun penat dan sakit badan ni semuanya tidak dirasai bila melihat wajahnya dan keletahnya yang melucukan.Sampai disini dahulu coretan akak moga bertemu lagi yer!!

3 comments:

shay said...

sama la ngan kita ni kak... aimi sejak dia pandai jalan abis sepah2 rumah diabuatnya... dah la nak main jerk tidur malam pun kadang2 lewat, kadang tu ari cuti je kita dapat kemas umah, ari keje tak larat la den...

Normie said...

kdng2 geram juga..hihihi tp bila tngk muka fahmi yg tersengeh2..nak ketawa pun ada...

Juezura said...

budak2 kecik skrg ni lebih bijak nak nakal tapi pandai jugak buat kelakar...terutama nanti bila dah mula pandai bercakap dan mengajuk ..eheheh