Sunday, November 29, 2009

Fahmi Setahun


Selamat ulangtahun yang pertama Fahmi.Semoga Fahmi diberikan kesihatan yang baik,tubuh yang sihat dan cergas selalu,rezeki yang murah dan dilindungi Allah swt hendaknya.Melihat ragam Fahmi dari bulan ke bulan menduga kesabaran ibu sayang.Fahmi memang anak yang lasak dan degil sedikit...namun itu bukan halangan untuk ibu membesarkan dirimu sayang.Makin kuat dugaan menjaga Fahmi makin terhibur hati ibu.Sejak kebelakangan ini pun perangai Fahmi berubah..asyik nak berkepit aje...sampai susah ibu nak buat kerja rumah.Bila dimarah pandai pula tu cebikkan bibir dan mulalah meraung satu rumah.

Harapan ibu dan ayah semoga Fahmi membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh.Tiada hadiah yang dapat ibu berikan hanya doa ibu dapat panjatkan agar Fahmi sentiasa sihat dan ceria...Berjaya dunia dan akhirat.Ammin!!

4 comments:

My life journey said...

Happy 1st Birthday Fahmi!!
Cepat betul kan masa berlalu kak mie..:)


khaty

Kak Zue said...

Rasanya baru lagi Mie bersalin..dah setahun dah..huhuhu cepat sungguh masa berlalu..semakin cepat jugak tua kita ni hah..ihiks

noamee said...

tulah..cepatkan rasa mcm nak bersalin lg je..hehehe

santi said...

semoga keberkahan selalu tercurah pada para ibu ..