Sudah lama rasanya tidak menjenguk ke blogku ini.Sunyi sepi ditinggalkan tanpa sebarang bait-bait ayat yang menghiasi laman blog ini.Malam ini aku terasa ingin menulis sesuatu yang berkaitan tentang hidup dan mati.Entah mengapa aku ingin bercerita tentang perkara ini..aku pun tidak tahu.Tiada sesiapa akan tahu tentang ajal kita..hanya Dia yang Maha tahu.
Sebagai memulakan langkah aku kaitkan dulu ceritaku malam ini dengan kisah seseorang yang aku rasa tidak perlulah aku letakkan namanya.Ujian yang datang secara tiba-tiba dalam kehidupan keluarganya memberikan aku inspirasi untuk menulis.Apabila doktor mengesahnya salah seorang ahli keluarganya mengidapi penyakit barah yang telah memasuki stage 3 atau 4,sudah pasti ia amat merisaukan sesiapa sahaja yang mendengarnya.Tiada sesiapa pun diantara kita ingin mendapat penyakit yang merbahaya ini...kalau ini sudah tertulis apakan daya kita hamba yang lemah.
Adakah seseorang yang ada penyakit ini akan mati dengan cepat??Satu persoalan bermain dibenak fikiranku....adakah seseorang yang tidak pernah sakit apa-apa akan lambat matinya??Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu kerana ia bukanlah urusan kita...Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya.Ingin aku tuliskan sebuah kisah yang aku pernah lalui suatu ketika dulu.Sesiapa yang mengenaliku mungkin mengetahui bahawa pernah hadir seorang insan istimewa yang dikatogerikan sebagai berpenyakit dan dia telah ditakdirkan tidak dapat hidup lama.Permata hatiku meninggalkan kami sudah hampir 5 tahun.
Sebagai memulakan kisah...ketika itu usia arwah anakku memasuki 3 tahun,walaupun dia tidak sempurna namun dia masih diberikan kesempatan menghirup udara di dunia ini.Hadir seorang kawan kepada suamiku (arwah) kerumah kami dan melihat anakku yang sakit...aku terdengar kata2 dari bibirnya walaupun ia hanya kata spontan yang terkeluar tanpa sengaja.Ayatnya berbunyi "eh..anak kau masih ada ke".Sayup2 sebutannya tetapi suamiku tidak perasan dan tidak mengambil kisah kata2 yang terkeluar dari mulut kawannya itu.Aku diamkan saje...kerana aku memahaminya,pada fikiran seseorang mana mungkin anak yg berkeadaan seperti anakku akan panjang umurnya.
Tetapi...dengan kuasa Allah tiba-tiba beberapa bulan kemudian kawan suamiku jatuh sakit dan mendapatkan sejenis penyakit misteri yang doktor sendiri tidak tahu dari mana puncanya.Hampir beberapa bulan dia menderita dan akhirnya dia "pergi jua" dan ketika itu anakku masih lagi sihat walaupun anakku ditakdirkan pergi setahun kemudian selepas arwah kawan suamiku.Bila aku teringat kembali kata-kata itu sejenak aku berfikir ajal seseorang hanya Allah saja yang tahu..kita hambanya yang lemah tidak mungkin dapat mengetahui apa yang Allah telah rencana untuk kita.
Aku akhiri dulu coretan ini sehingga ketemu lagi.
Aku akhiri dulu coretan ini sehingga ketemu lagi.
2 comments:
sedihnya dengar kisah kematian anak niekan...samalah dengan kawan saya Mas Rahayu namanya...sudah 2 orang anak lelakinya meninggalkan dia ketika masih bayi,dan yang lebih menyedihkan semua kelahiran adalah melalui operation. sudah 3 kali bersali, sorg ajer yamg hidup iaitu ank sulungnya yang kini sudah menginjak 6 tahun.
apa2pun saya doakan semua para ibu yang diuji ALlah dengan ujian anak ini sentiasa tabah...
saya sendiri tidak pasti boleh setabah mereka
apa pun yang berlaku selalunya ADA HIKMAHNYA....kita ni entah esok lusa...semoga allah panjangkan umur kita supaya dapat beramal dan beribadah kepadaNya...
Post a Comment