Saturday, December 31, 2005

Setahun Sudah Berlalu

Hari ini tahun 2005 akan meninggalkan kita dan bermulalah tahun 2006 mulai esok.Sepanjang tahun 2005 banyak yang kita telah lalui.Adakah kita sudah memperbaharui segala kelemahan dan kesilapan kita.Setiapkali tahun berubah usia kita juga bertambah.Ayuh kita tinggalkan segala kenangan pahit,manis,suka dan duka dengan melangkah ke era baru dalam keadaan yang lebih baik.Sama-salah kita usahakan agar segala impian dan harapan yang kita ingin capai itu akan berjaya.

Dikesempatan ini akak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2006 kepada semua teman-teman dan pengunjung blog akak.


Tuesday, December 27, 2005

Virus lagi..Jawab mesti jawab!!

Tengok tu Syah dah sebarkan virus nie kat akak.Mahu tak mahu kenelah akak menjawabnya.

Something you want to do in your life:
Not thinking yet.Hopes 1 day i could give my expriences to others family whose through their hardest life as me.

One song that you could listen over and over again:
Nurnilamsari-Awie dan Search.The lyrics give inspiration.

Coke or Pepsi?
Actually dun like soda drinks.If choose between it...i prefer to pepsi.

Something you currently desire:
Wants to look my little angels live as a normal children.But...it imposibble!!

One good deed you've done lately:
Sentiasa doakan umat islam bersatu padu dan sepakat.

A funny moment in your life:
Pernah naik salah bas.Duit pula cukup2 utk tambang balik.Masa tu di form 3..saja gatal nak naik bas awam.Selalunya balik dgn trak army.Nasib baik hala tuju bas tu dgn kaw. rumah akak tidak berapa jauh.Apalagi kenelah akak berjalan kaki sejauh 5 kilometer utk balik.Dah pula tu lalu sebelah deretan kem2 askar.Mamat2 askar nie perli2 dan usik aje.Boring time tu...tak tahu nak letak muka kat mana...hahaha..padan muka akak!!


Jadi akak pun nak sebarkan virus nielah juge.Aha nie pilihan akak:

1.Siti
2.Khaty
3.Chika

4.Sultana
5.Downforce

Thursday, December 22, 2005

ANTARA YANG PELIK TENTANG AKAK!!

Oleh kerana akak dah terkena VIRUS nie dari anakomak dan honey..akak pun nak buat satu cerita tntg akak.Boleh juga tumpang glamer...hehehe!!Nanti kalian jangan lupa baca k.Kalau kalian baca jangan kertawa tau...

1.Entahlah nak cakap macam mana...nak kata akak baik...tak pula...nak kata akak jahat tak juga...tapi yang pasti akak suka tolong orang.Terasa happy sangat jika dapat berikan sumbangan.Lebih-lebih lagi kalau ada yang minta derma...senang sangat akak berikan walaupun akak tak tahu orang tu benar2 susah atau tidak.Entahlah akak nie pemurah ke!!lagi satu akak nie cepat tersentuh hati melihat kesusahan dan kedaifan orang lain...cepat sangat airmata akak mengalir.Yang pelik tu walaupun hati akak lembut dan mudah tersentuh..yang pasti akak nie seorang yang degil.

2.Sebenarnya akak nie seorang yang pemalu dan pendiam...tetapi bila mendapat seorang kawan atau kenalan yang giler-giler sikit akak pun boleh jadi peramah dan giler-giler macam diaorang.Kalau kalian nak tahu akak nie dulu memang segan sangat dengan lelaki....yelah dulu sekolah semuanya pompuan...bila dah masuk sekolah campur...wahhh akaklah yg mengatal dulu...hahaha tapi akak bukan kaki pengoda tau!!Auwwww

3.Akak suka pada benda2 yang lasak.Masa umur akak 3 atau 4 tahun memang akak nakal sket.Suatu hari tu akak main lompat2 dekat tilam...dahlah masa tu waktu senja.Apalagi tersungkurlah akak sehingga pecah dahi.Jadi kenalah dijahit dahi tu,sampai sekarang tanda parut tu ada.Seperkara lagi masa akak darjah enam,akak main gelungsur...masa nak naik tangga entah macam mana kaki tersangkut terus akak jatuh ke bawah..nasib baik tak ada apa-apa.Pernah juga terbabas dari basikal bila mula-mula belajar naik basikal.Macam2 yang akak alami tapi kerana semangat akak kuat melawan sesuatu tu maka akak selamatlah.Dan masa sekolah akak masuk kadet bomba...ingatkan kalau dah habis belajar nak masuk pasukan bomba...oleh kerana ketinggian menjadi persoalannya tak dapat.Yang pasti akak memang seorang yang lasak.Almaklumlah anak seorang bekas tentera.

4.Satu perkara yang akak nak kalian tahu...akak ni seorang yang boleh dapat merasai sesuatu tetapi ia sukar akak nak sampaikan tentang perkara itu.Tiba2 saja akak boleh dapat merasai sesuatu perkara lebih2 lagi kalau perkara itu yang tidak baik.Banyak dah perkara yang akak lalui..satu contoh akak nak bagitau kat kalian.Masa tu akak dalam perjalanan ke mesin ATM nak keluarkan duit.Tiba2 akak dapat rasa bahawa akak tak akan dapat keluarkan duit tu.Bila sampai ke tempat mesin tu..memang akak tak dapat kuarkan duit...dan mesin pula tiba-tiba rosak.Satu lagi bila anak akak sakit.Hati akak terasa sesuatu dan dapat bayangkan yang buruk...tetapi kenyataannya akak tidak dapat sampaikan apa yang tersirat sebelum sesuatu itu hendak berlaku.

5.Yang terakhir tentang akak...akak adalah seorang yang pemikir.Untuk pengetahuan kalian memang otak akak nie sentiasa berputar 24 jam.Masa tido pon boleh berfikir.Tak percaya!!.Betui nie...kalau akak disuruh guna mesin mimpi agaknya diaorg boleh dapat kesan mimpi akak kot!!Kadang-kadang dalam mencari sesuatu jawapan akak suka memikirkan sedalam-dalamnya.Secara automatik aje otak akak nie akan fikirkan perkara tu.Kalau kalian nak tahu walaupun akak baru 1 atau 2 minit tertidur pun akak dah boleh bermimpi.Kiranya otak akak nie tak pernah stop dari fikir.

Inilah antara yg pelik tentang akak...akak tak tahu nak sebarkan kat siapa...klu sape2 nak jawab silalah jawab yer.

Friday, December 02, 2005

Saja Cuba-cuba.



Sebenarnya akak nie tak pandai ler nak berceloteh kat sini.Oleh kerana akak belum dapat update cerpen terbaru kat sini,izinkanlah akak berceloteh sket aje....hehehe.Kalau kalian masuk blog akak nie tentu terperasankan perubahan kat pictures atas tu kan.Saja je akak nak buat perubahan...nak tukar layout lain rasa malas gak.Asyik tengok pattern yang sama macam boring gak.Jadi adjust-adjust ajelah mana yang patut.Bukan apa nak cuba guna paint shop pro..boleh ke tidak!!Akhirnya jadi gak..tapi akak nie selalu aje tak pernah puas hati dgn kerja tangan sendiri....ada aje nanti yg nak di adjust.Buat masa nie kalian tengok ajelah muka bear tu yer...hehehe

Untuk sape-sape yang minat baca cerpen tu...tunggu ajelah yer akak siapkan cerpen terbaru nanti.Nak cuba juga tulis cerpen seram ke komedi ke....tengoklah nanti cuba sesuatu yang baru.Byeeee.


Monday, November 07, 2005

Cerpen Lagi

Buat semua cerpen ke 10 akak berjudul Aku Bukan Untukmu telah akak siarkan di lelamannya.Sekiranya sesiapa ingin membaca silalah berkunjung ke sana yer.Best atau tidak semoga kalian dapat menilainya.Semoga komen-komen kalian akan dapat membuat akak memperbaharui lagi penulisan akak yang tak seberapa ini.

Oklah akak tak dapat nak berceloteh panjang,silalah membacanya.Kalau ada bait-bait ayat di cerpen akak yang kurang enak untuk pendengaran tolong beritahu akak yer.Yelah sebagai manusia biasa tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.Sekian Terima kasih..hehehe

Friday, November 04, 2005

Kembali Menulis

Rasa-rasanya dah 2 bulan akak tak menulis cerpen.Yelah dalam bulan puasa otak pun beku kejap.Hari ini akak dah sambung satu citer yang tergendala,tak lama lagi siaplah.Banyak pula idea yang masuk ke otak nie.Mencurah-curah cuma perlu mencari jalan citernya aje.Bukan senang nak fikir sesuatu jalan citer tu.Bila akak didepan komputer nie kosong aje fikiran tak dapat nak tulis apa-apa.Kalau tengah buat kerja rumah atau sedang sibuk melayan anak-anak tiba-tiba ilham tu datang,kenelah cepat-cepat menulis supaya tidak terlupa nanti.

Pada sesiapa yang pernah membaca cerpen-cerpen akak tunggulah yer.Bila dah siap nanti akak akan beritahu.

Monday, October 31, 2005

Salam Aidilfitri



Dari jauh kak Mie (itu panggilan akak kat rumah) sampaikan salam ini untuk saudara mara dan adik-beradik yang berada jauh di serata bumi Malaysia.Kemaafan dipohon kerana tidak dapat bersama-sama kalian di hari yang mulia ini.Rasa-rasanya sudah 3 tahun kak Mie tak dapat pulang ke Taiping.Memang sedih dan pilu mengenangkan kenangan lalu bila setiap tahun dapat pulang.Kini hanya dapat mendengar suara kalian di telefon saja.Maaf Zahir Batin Dari kak Mie sekeluarga.

Saturday, October 29, 2005

Aidilfitri Bakal Menjelang.

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri.Ramailah yang akan balik ke kampung.Sedihlah sebab tak berpeluang nak balik ke kampung lagi.Apa nak buat sudah takdir dan kehendak Illahi.Dimana-mana pun raya tetap samakan.Untuk yang hendak pulang ke kampung tu,semoga berhati-hati samada yang memandu kereta sendiri atau kenderaan awam.Ingatlah pada penumpang yang hendak pulang menemui kaum keluarga mereka.

Jangan lupa,sedang kita semua bergembira ingatlah pada mereka yang dalam kekurangan untuk bergembira di hari raya ini.Sesiapa yang belum bayar zakat fitrah tu...jangan lupa pada kewajipan melunaskannya yer.

Seperkara lagi kalau memasak untuk hari raya,janganlah masak banyak-banyak...membazir nanti.Kalau dapat sedekahlah pada yang memerlukan yang ada di sekitar tempat tinggal kita.

Cewah berceloteh pula akak nie yer...yelah saja nak mengimbau kenangan beraya masa kecik2 dulu...berlumba-lumba kutip duit raya.Sekarang nie kita pula yang kena keluar duit raya yer...bukan sikit sihhh...paling sikit pun dua dollar...hehehe.Untung budak sekarang nie kan.Tahun2 akan datang agaknya dua dollar pun tak berguna lagi paling sikit pun sepuluh dollar.

Thursday, October 27, 2005

Cara Mencari Mlm Lailatul Qadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 29 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 2 hb November 2005.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

apa yg dikejar dlm hidup mu,berkali ku kata pada mu,kita tinggal di dunia yg sementara,penuh tipu daya....

Sumbangan : qutreen

Friday, October 07, 2005

All Beautiful Pictures






Cantikkan....akak nie memang suka melihat lukisan-lukisan yang melakarkan keindahan alam.Sejuk mata memandang.

Saturday, October 01, 2005

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah...dan pasti tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.Semoga akan bertambah amalan dibulan yang mulia ini.Sempena menyambut bulan Ramadhan yang suci lagi penuh berkah,akak ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengunjungi blog akak.Sama-samalah kita menghayati bulan yang mulia ini.Insya Allah.

Sunday, September 25, 2005

Rahsia Memotong Kuku.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Saturday, September 17, 2005

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah.

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6. IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke , jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

p/s: oleh sebab itu marilah kita sama2 memperbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca surah alfatihah...tapi utk membaca alquran seluruhnya


Wassalam.

Saturday, September 03, 2005

Cerpen Ke 9

Untuk pengetahuan sekalian,akak dah siarkan cerpen terbaru Cinta Ini Milik Siapa??Silalah ke website cerpen untuk membacanya.Akak harap sesiapa yang membacanya akan menyukainya.Citernya best atau tak kalian sendirilah yang nilaikannya yer.

Selagi ada idea selagi itu akak akan terus menulis....

Selamat membaca.Jumpa lagi untuk cerpen akan datang.

Tuesday, August 30, 2005

Cerpen Terbaru

Hai....

Saja akak nak bagitau yang cerpen terbaru akak berjudul Cinta Papa.Kalau ingin membacanya silalah melayari lelaman webnya yer.

Semoga anda terhibur membacanya.Nak kata best atau tidak....tak taulah akak nak cakap.Nanti korang baca sendirilah yer!!

Untuk cerita seterusnya dalam masa terdekat ini mungkin ada mungkin tidak.Kalau akak dapat ilham,cepatlah ia siap.Kalau otak beku lambatlah ia siap.

Selamat membaca.Byeeee ...

Thursday, August 25, 2005

Update Cerpen

Hai semua.... cerpen bersiri terbaru akak berjudul Nurul Fatihah sudah disiarkan.Pada sesiapa yang ingin membacanya sila mengunjungi website cerpen yer.Mulai hari ini setiap cerpen akak tidak akan diletak di blog ini.Lebih senang rasanya kalau membaca di website itu.Silalah layari dan semoga terhibur membacanya.Untuk memudahkan mencarinya akak nak beritahu ia terletak di column cerpen 7.

Untuk cerpen yang seterusnya belum ada lagi.Kenelah tunggu akak cari ilham dulu.

Saturday, August 20, 2005

Andainya Ku Tahu

Biarpun sudah hampir 6 tahun berlalu
Kenangan bersamamu tetap tersimpan
Tidak pernah terkikis walau seinci.
Airmata tetap mengalir
Dikala namamu ku sebut.

Andainya ku tahu
Malam itu adalah malam terakhir
Akan aku dakap dirimu sepuas-puasnya.
Andainya ku tahu
Kau akan pergi untuk selama-lamanya
Akan ku peluk,ku cium dan ku dodoi
Pasti akan terpatri di hati ini
Sepanjang hayatku.

Percayalah sayang...
Biar detik berlalu
Biar tahun berganti
Kau tetap dalam ingatan
Bagaimana dapat aku lupakan
Kaulah zuriat pertama
Yang menakluki rahimku.
Namamu tetap terpahat
Biarpun jasadmu tiada.

Biarpun tiada penggantimu
Biarpun tiada persamaan denganmu
Kasih ku buat adik-adikmu tetap sama
Sebagaimana kasih yang ku curahkan
Padamu sayang.

Hazwani...
Kau adalah pemberianNya
Yang teramat istimewa
Seindah makna namamu
Biarpun ia hanya sementara
Aku berbangga menjadi seorang ibu
Kepada anak sepertimu
Terima kasih sayang
Kerana kau sudi memilih rahimku.

Andainya masa boleh kembali
Aku tetap ingin melahirkan dirimu
Aku ingin memberi segala-galanya buatmu.
Namun aku tidak mempunyai kuasa
Untuk mengubahnya
Hanya Dia yang Maha Esa
Lebih mengetahui
Doaku semoga aku dapat dipertemukan
Denganmu sayang.

Thursday, August 11, 2005

Batu Pun Sujud


Adakah ini satu kebetulan ataupun kebenaran.Salah satu dari keajaiban yang Allah s.w.t tunjukkan kepada kita.Sama-samalah kita renungkan.

Saturday, August 06, 2005

Aduhhhh...beku otak nie!!

Dah masuk bulan Ogos...tak tahu nak tulis citer apa.Sebenarnya ada citer baru yang akak sedang tulis,cuma ia akak nak jadikan novel.Jadi citernya kenelah panjang berjela-jela.Nak buat citer cerpen yang baru kenelah tunggu akak cari ilham baru.Kalau ada...adalahlah nanti.Itu pun kalau otak nie tak karat.

Hari-hari otak nie berfikir...ada jalan citer yang terlintas difikiran.Setelah ditulis ia tak sedap pula.Nantilah akak fikir lagi yer...heheheh

Untuk seketika ini takdelah citer terbaru yer...Ok akak chow...kat otak tengah ada ilham untuk citer novel akak ni.Nak sambung tulis nanti hilang pulak dia.

Mana tahu boleh jadi penulis dan kalau ada rezeki moga-moga novel akak dapat dibukukan.

Sunday, July 03, 2005

Tentang Cinta


Cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan.. yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya.. adalah irreversible.

Seorang pecinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat.

Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa seseorang itu akan mencintai kamu persis sebaliknya dalam kapasitas yang sama. Satu di antara kalian akan memberikan lebih, yang lain akan dirasa kurang.

Begitu juga dalam kasus, kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti.

Jangan pernah takut untuk jatuh cinta.. mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita.. tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis.. jauh lebih pedih.. kerana saat itu menyedari bahawa kamu tidak pernah memberi.

Cinta itu sebuah jalan. Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen.. Perasaan bisa datang dan pergi begitu saja.

Cinta tak harus berakhir bahagia.. kerana cinta tidak harus berakhir.

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan... dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran.. melainkan dari HATI.

Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, kerana jika kamu demikian, kamu bukan mencintai, melainkan.. investasi.

Jika kamu mencintai, kamu harus siap untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai.. melainkan memanfaatkan.

Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai dari pada kehilangan seseorang yang kamu cintai, kerana egomu yang tak berguna itu.

Bagaimana aku akan berkata "SELAMAT TINGGAL".. kepada seseorang yang tidak pernah aku miliki?

Kenapa titis air mata jatuh demi seseorang yang tidak pernah menjadi kepunyaanku? Kenapa aku merindukan seseorang yang tidak pernah bersamaku dan ku bertanya, kenapa aku mencintai seseorang yang cintanya tidak pernah untukku?

Sangat sulit bagi dua orang yang mencintai satu sama lain ketika mereka tinggal dalam dua dunia yang berbeda.. Tapi ketika kedua dunia ini melebur dan menjadi satu, itulah yang disebut KEAJAIBAN!

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala mengalir selamanya.

Cinta mungkin akan meninggalkan hatimu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi tancapkan dalam pikiranmu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk menambal lukamu dengan mengumpulkan kembali pecahan-pecahan kaca itu.. Sehingga kamu akan menjadi utuh kembali.

Saturday, July 02, 2005

Kenali Diri Kita!!

Andainya apa yg tertera dibawah ini adalah benar tntg diri anda,mungkin ia suatu kebetulan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kerana kesilapan diri kita sendiri.


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

Keras hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak dan ceria
Orang Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan, menulis & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan
Gemarkan warna biru & hitam

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik

OKTOBER

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila
berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik .

Wednesday, June 29, 2005

7 C

Untuk isteri2 (termasuklah akak nie...hehe).Hayatilah kata2 hikmat dari Dr Fadzilah Kamsah untuk kebahgiaan rumahtangga.

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak
berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)".
Dr Fadillah kata 'JGN CABAR SUAMI' .. nanti suami buat
betul-betul isteri juga yg putih mata.

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat
malu) spt keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg
kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot.
Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje. Ade isteri kata -
mekap utk suami tapi kat rumah tak mekap pun

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan.. sikit2 dok
telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2.

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga
anak cincai.. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri
cincai jaga anak.. anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv
lagi..


P/S: 7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya..
Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni
insan yg mudah lupa & lalai. Ada masa2 tertentu, mungkin juga krn sifat
suami @ keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.

renungkanlah.......

Wednesday, June 01, 2005

My Art...



Selain menulis akak nie minat juga melukis.Rasa2nya sudah lama akak tak melukis.Ini adalah hasil pertama setelah sekian lama akak tidak melukis.Lukisan dengan dua teknik yang berbezaTakde ler cantik sangat macam pelukis2 yang hebat.Hehehe...sudi2lah tatapinya yer..

Tuesday, May 03, 2005

Budi Ibu

*** Untuk tatapan semua ***Semasa kita berumur 3 bulan, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam

3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun.. kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun.. kita tidak pernah toleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih..

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita .. tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan.

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk U. Namun kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm, malu nampak dek kawan.

21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya.. "BUKAN MACAM IBU!".

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu belikan.

25 tahun, Kita berumahtangga. Ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang kamu. Namun, kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300KM.

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberikan nasihat tentang penjagaan bayi, tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU"

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampong. Namun kita membalasnya dengan mengatakan .."SAYA SIBUKLAH BU.. SEKARANG NI"

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan epal dan merungut tentang kesibukannya di tempat kerja dan segera balik ke kota..

Satu hari.. ibu meninggal dunia. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedangkang kita langsung tidak membalas budinya. Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan kenangannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci... cinta hakiki CINTA TERAGUNG*** Selagi waktu masih ada... Selagi kasih masih masih terasa... Jangan guriskan hati ibu. Sama-sama kita berpesan pada diri kita.****

Saturday, April 16, 2005

Indahnya Alam!!




Bila akak memandang gambar-gambar yang cantik dari permandangan alam semulajadi ini...sejuk sekali mata memandang.Indahnya ciptaan tuhan yang Maha Esa.Bertapa unik dan tiada siapa dapat melakar keindahan alam yang indah ini.

Anak-anakku.....

Dikaulah permata hati ibu.Bertapa ibu amat menyayangi kalian bertiga.Dikala ibu dalam kesedihan pabila menatap wajah kalian hati ibu benar-benar terhibur.

Siti Hazwani-kau ratu pertama ibu dan ayah.Hadirmu menyempurnakan kehidupan kami.Tetapi kau hadir untuk setika namun kebahagiaan itu tetap kami rasai sehingga ke hari ini.Ibu tetap merindui senyuman dan ciumanmu sayang.....tetapi Allah lebih menyayangimu.

Zulfadhli-kehadiranmu bak cahaya yang menerangi kegelapan.Dikala ibu dan ayah didalam kesedihan kau hadir dalam hidup kami dan bertapa kami amat gembira bila dirimu adalah insan yang sempurna.Melihat dirimu membesar sebagai anak yang normal menambahkan keyakinan kami.

Zulhilmi-biarpun dirimu tidak sempurna sebagai anak yang normal,dirimu amat kami kasihi.Kaulah payung kami.Biarpun airmata sering mengalir dari membasahi pipi kami,kaulah pengerat hubungan kami.Semoga kau dapat memberikan ibu dan ayah lebih banyak inpirasi untuk kami menjadi lebih kuat lagi.Biarpun hidupmu dalam derita dan kesakitan...tapi kami tahu kau sentiasa redha dengan apa yang telah diberikan tuhan kepadamu.


Friday, April 15, 2005

Perjalanan Hidupku

Sepanjang hidupku berbagai liku-liku kehidupan yang merentasi setiap jalan yang ingin aku tempuhi.Segala keindahan yang diidamkan hanya satu igauan buatku.Tiada apa yang dapat aku lakukan hanya sekadar menerima kudrat Illahi.Biarpun perit aku harus lalui jua.Inilah kehidupan.Sebagai seorang manusia,aku mungkin tidak dapat lari dari melalui ujian dan dugaan.Aku insan biasa...tidak dapat lari dari kekalutan hidup.Setiap airmata yang bergenang aku kutip satu persatu agar ada kekuatan di situ.Siapalah aku tanpa ujian...siapalah aku tanpa cubaan.Aku cuma mahu menjadi kuat,tetapi aku masih terlalu lemah.Aku sentiasa ingin menyusun langkahku mengharungi gelombang hidup ini.Aku inginkan kekuatan.Aku inginkan perhatian.Semakin aku mencari,semakin aku kehilangan.Aku tahu hitam tidak bererti gelap dan putih bukan bererti jernih.Aku pasrah kerana hidup mesti diteruskan jua.Biarpun hati ini menangis aku tetap mengukirkan senyuman biarlah ia hanya tuhan saja yg tahu.Demi kasih sayangku untuk suami dan anak-anak tercinta aku harus tabah dan redha.Inilah perjuangan hidupku yang baru bermula.Bila memandang sayu penderitaan orang-orang lain....aku merasakan kehidupan aku lebih baik dan sempurna.Airmata tetap mengalir tetapi ia untuk menjadikan aku lebih insaf dan menyedari aku tidak sendirian di dunia yang fana ini.

Lirik lagu Suratan Atau Kebetulan- merupakan inpirasi aku dalam meniti hari-hari mendatang:

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Inikah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar suatu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapiku bimbang untuk mengatakan
Bimbangkan berulang kesilapan.


Luahan hati seorang insan bergelar ibu.