Saturday, December 30, 2006

2007 Bakal Tiba


Dolliecrave.com


Begitu pantas masa berlalu,diam tak diam kita semua akan memasuki ke tahun baru masihi 2 hari lagi.Selamat tinggal tahun 2006 dan selamat datang 2007.Semoga keharmonian manusia segajat di dunia ini akan sentiasa dapat dieratkan.Segala bencana dan malapetaka yang berpunca dari sikap kita sendiri akan dapat kita atasi sebaik mungkin.Marilah kita semua sama-sama doakan agar kehidupan kita semua akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.Tahun berganti,usia juga akan meningkat dan pasti kita semua akan menjadi seseorang yang lebih matang.Yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang buruk adalah kerana kesilapan kita sendiri.Renung-renunglah kekurangan diri kita ini.

Tahun 2006 banyak meninggalkan seribu kenangan dalam hidup akak.Kehilangan anak tercinta Zulhilmi memang sama sekali tidak diduga,namun apakan daya itu sudah ketentuan Illahi.Sebagai hamba yang beriman akak redha dan pasrah walaupun kerinduan tetap terpahat dilubuk hati ini.Insya Allah kekuatan akan terus akan dirikan untuk menempuh kehidupan yang seterusnya kerana kita manusia memang tidak akan dapat lari dari ujian dan cubaan.Semakin kita diuji dan sekiranya kita sabar menghadapinya,itulah tandanya Allah amat menyayangi kita..Insya Allah.Sebagai hambaNya,akak berharap akan dapat mengharungi kehidupan ini dengan penuh keceriaan dan kebahgiaan disamping anak dan suami tersayang.Sekiranya ada rezeki akak dan diizinkanNya,teringin rasanya hati hendak melahirkan seorang lagi zuriat.Semoga termakbul.InsyaAllah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2007 buat semua yang berkunjung ke blog akak ini.

Tuesday, December 26, 2006

Salam Aidiladha 1427H


Dikesempatan yang ada ini ingin akak mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA 1427 Hijrah.Semoga kita semua sentiasa di dalam kegembiraan dan kebahgiaan dalam kita melalui kehidupan di dunia yang fana ini.

ERTI KORBAN

Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik, iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Hukum korban ialah sunat muakad, iaitu sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti Islam, sempurna akal, dan baligh. Orang yang berkoban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.

Korban sangat dituntut dalam Islam. Dalil yang menerangkan waktu korban ialah firman Allah s.w.t.:

1.Yang bermaksud: "Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berkorban kerana-Nya."

2.Yang bermaksud: "Tidak akan sampai kepada Allah dagingnya dan tidak darahnya tetapi sampai kepada-Nya taqwa daripada kamu."


HIKMAT KORBAN

Ibadat korban mempunyai beberapa hikmah, iaitu:

* Menandakan kesyukuran, ketaatan, dan keimanan seseorang kepada Allah s.w.t.
* Mendidik jiwa manuasia supaya bertimbang rasa, simpati dan saling menyayangi.
* Merapatkan hubungan silaturahim di antara golongan kaya dengan golongan miskin dengan memberi bantuan kepada fakir miskin.
* Melahirkan rasa kegembiran di hari kebesaran Islam dengan bersedekah dan melahirkan rasa kegembiraan golongan miskin dengan pemberian sedekah tersebut.
* Untuk mengenang semula sejarah serta mengambil iktibar daripada pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail.
* Menghilangkan sifat kedekut dan tamak dalam diri orang kaya dan melatih manusia sentiasa berkorban untuk menegakkan syiar Islam.

Saturday, December 16, 2006

Ciri-ciri Orang Munafik Sejati

1. Dusta

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."


2. Khianat

sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.


3. Fujur dalam pertikaian

sabda Rasulullah SAW:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"


4. Ingkar Janji

sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)


5. Malas Beribadah

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."
(An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.


6. Riya'

Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.


7. Sedikit Berzikir

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa': 142)


8. Mempercepat Solat

Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW:
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"


9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh

Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT


10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW

Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT:
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."
(At-Taubah: 65-66)


11. Bersumpah Palsu

Firman Allah SWT:
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..."
(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.


12. Enggan Berinfak

Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.


13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin

Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.


14. Suka menyebarkan Khabar Dusta

Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.


15. Mengingkari Takdir

Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.


16. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT:
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..."
(Al-Ahzab: 19)


17. Sering meninggalkan Solat Berjamaah

Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.


18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan

Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah: 11-12)


19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin

Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.


20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun

Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.


21. Beruzur dengan Dalih Dusta

Firman Allah SWT:
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah: 49)


22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan

Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.


23. Bakhil

Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.


24. Lupa kepada Allah SWT

Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.


25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya

Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."
(Al-Ahzab: 12)


26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin

Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.


27. Sombong dalam Berbicara

Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.


28. Tidak memahami Ad Din

Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.


29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat
Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..."
(An-Nisa': 108)


30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.


Sumbangan : Xmeng (mymasjid)

Friday, December 15, 2006

Sepanjang Cuti Sekolah



Buat pertama kalinya,akak membawa Ayie pergi berenang di kolam renang.Pertama kali melakukan aktiviti sebegini memang kelihatan Ayie agak takut sedikit,almaklumlah dia tidak pernah ke kolam sebelum ini.Memandangkan cuti sekolah masih lagi panjang,Ayie dapatlah ke kolam renang setiap minggu.Akhirnya dia sudah berani berada di dalam air cuma belum pandai berenang lagilah.Ibunya pun tak pandai berenang lagi..hehehe.

Saturday, December 09, 2006

Lapar Dan Kenyang

Semoga kita semua tabah hadapi ujian kehidupan ini dan istiqamah dalam beribadat kepada Ilahi....

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada 10 kemudaratan.

LAPAR: menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati
KENYANG: menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta

LAPAR: merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.
KENYANG: zikirnya hanya dilidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

LAPAR: menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.
KENYANG: tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

LAPAR:tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG:menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

LAPAR: mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG: mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR: kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG: akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak . Otak kekurangan oksigen.

LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG: syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

LAPAR: terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG: mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, taun dan lain-lain.

LAPAR: menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan
KENYANG: sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR:menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG: tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

Thursday, November 30, 2006

Be patient...Forgive & forget

TRUST is a very important factor for all relationships.
When trust is broken, it is the end of the relationship. Lack of trust leads to suspicion, suspicion generates anger, anger causes enmity and enmity may result in separation. A telephone operator told me that one day she received a phone call. She answered, "Public Utilities Board." There was silence. She repeated, "PUB."
There was still no answer. When she was going to cut off the line, she Heard a lady's voice, "Oh, so this is PUB.

Sorry, I got the number from my Husband's pocket but I do not know whose number it is.
" Without mutual trust, just imagine what will happen to the couple if the telephone operator answered with just "hello" instead of "PUB".

-----------------------------------------------------------------

NO POINTING FINGERS

A man asked his father-in-law, "Many people praised you for a successful marriage. Could you please share with me your secret?" The father-in-law answered in a smile, "Never criticise your wife for her shortcomings or when she does something wrong. Always bear in mind that because of her shortcomings and weaknesses, she could not find a better husband than you." We all look forward to being loved and respected. Many people are afraid of losing face. Generally, when a person makes a mistake, he would look around to find a scapegoat to point the finger at. This is the start of a war. We should always remember that when we point one finger at a person, the other four fingers are pointing at ourselves. If we forgive others, others will ignore our mistake too.

----------------------------------------------------------------------

CREATING PERFECT RELATIONSHIPS?

A person visited the government matchmaker for marriage, SDU, and requested "I am looking for a spouse. Please help me to find a suitable one." The SDU officer said, "Your requirements, please." "Oh, good looking, polite, humorous, sporty, knowledgeable, good in singing and dancing. Willing to accompany me the whole day at home during my leisure hour,if I don't go out. Telling me interesting stories when I need companion for conversation and be silent when I want to rest." The officer listened carefully and replied, "I understand you need television." There is a saying that a perfect match can only be found between a blind wife and a deaf husband, because the blind wife cannot see the faults of the husband and the deaf husband cannot hear the
nagging of the wife. Many couples are blind and deaf at the courting stage and dream of perpetual perfect relationship. Unfortunately, when the excitement of love wears off, they wake up and discover that marriage is not a bed of roses. The nightmare begins.

----------------------------------------------------------------------

NO OVERPOWERING

Many relationships fail because one party tries to overpower another, or demands too much. People in love tend to think that love will conquer all and their spouses will change the bad habits after marriage. Actually, this is not the case. There is a Chinese saying which carries the meaning that "It is easier to reshape a mountain or river than a person's character." It is not easy to change. Thus, having high expectation on changing the spouse character will cause disappointment and unpleasantness. It would be less painful to change ourselves and lower our expectations..

----------------------------------------------------------------------

RIGHT SPEECH

There is a Chinese saying which carries the meaning that "A speech will either prosper or ruin a nation." Many relationships break off because of wrong speech. When a couple is too close with each other, we always forget mutual respect and courtesy. We may say anything without considering if it would hurt the other party. A friend and her millionaire husband visited their construction site. A worker who wore a helmet saw her and shouted, "Hi, Emily! Remember me? We used to date in the secondary school." On the way home, her millionaire husband teased her, "Luckily you married me. Otherwise you will be the wife of a construction worker." She answered, "You should appreciate that you married me. Otherwise, he will be the millionaire and not you." Frequently exchanging these remarks plants the seed for a bad relationship.

----------------------------------------------------------------------

PERSONAL PERCEPTION

Different people have different perception. One man's meat could be another man's poison. A couple bought a donkey from the market. On the way home, a boy commented, "Very stupid. Why neither of them ride on the donkey?" Upon hearing that, the husband let the wife ride on the donkey. He walked besides them. Later, an old man saw it and commented, "The husband is the head of family. How can the wife ride on the donkey while the husband is on foot?" Hearing this, the wife quickly got down and let the husband ride on the donkey.
Further on the way home, they met an old Lady. She commented, "How can the man ride on the donkey but let the wife walk He is no gentleman." The husband thus quickly asked the wife to join him on the donkey.Then, they met a young man. He commented, "Poor donkey, how can you hold up the weight of two persons. They are cruel to you." Hearing that, the husband and wife immediately climbed down from the donkey and carried it on their shoulders. It seems to be the only choice left. Later, on a narrow bridge, the donkey was frightened and struggled. They lost their balance and fell into the river. You can never have everyone praise you, nor will everyone condemn you. Never in the past, not at present, and never will be in the future. Thus, do not be too bothered by others words if our conscience is clear..

--------------------------------------------------------------------

BE PATIENT

This is a true story which happened in the States. A man came out of his home to admire his new truck. To his
puzzlement, his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint of the truck.
The man ran to his son, knocked him away, hammered the little boy's hands into pulp as punishment. When the father calmed down, he rushed his son to the hospital.
Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, " Daddy, I'm sorry about your truck" Then he asked,"but when are my fingers going to grow back?" The father went home & committed suicide. Think about this story the next time someone steps on your feet or u wish to take revenge. Think first before u lose your patience with someone u love. Trucks can be repaired.. Broken bones & hurt feelings often can't. Too often we fail to recognise the difference between the person and the performance. We forget that forgiveness is greater than revenge. People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever.

--------------------------------------------------------------------

Pause and ponder. Think before you act. Be patient. Forgive & forget.Love one and all. If you judge people, you have no time to love them.



Sumbangan : Reenhana

Wednesday, November 22, 2006

Cara Memakai Cincin


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.
Wallahu a'lam

Sunday, November 19, 2006

Kindergarten Dan Ayie


Cuti sekolah sudah bermula maka dengan ini tamatlah sudah pengajian Ayie di Kindergarten selama 2 tahun.Cepat betulkan masa berlalu.Dah besar dan hensem anak ibu ni..hehe.Lepas nie Ayie akan memulakan persekolahan ke darjah satu pula.Aduhhhh peningggg...duit pun kenelah bertambah untuk sebulan dua nie,yelah mana nak beli buku text,buku excersie,beg,kasut dan berbagai lagi keperluan sekolah nanti.

Esok pun Ayie akan ke sekolah,tempat yang dia didaftarkan ke darjah satu.Ada majlis Orientation.Ibunya pula yang ghairah nak ke sekolah...masa-masa ginilah kita teringat kembali masa kita mula-mula masuk darjah satu dulu.Dulu kita dihantar oleh mak ayah,kini kita pula yang hantar anak.Ayie dah masuk darjah satu nie kenelah belajar lebih sket...jadi ibunya pun kenelah sibuk sket.Almaklumlah pelajaran di Singapura nie bukan boleh buat main-main siapa lewat,ketinggalan nanti.Tetapi akak pun tak mahu nak paksa juga..takut nanti tekanan pula yang datang...tegas tetapi lembut.

Untuk anak ibu nie...belajar pandai-pandai nanti....bolehlah pegang Ijazah betul pula yer...secomeiiii macam dalam gambar kat atas tu...hehe

Saturday, November 11, 2006

Jenis-Jenis Air Mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(An Najm :43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi lah.I'm sick
saya di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Wednesday, November 08, 2006

Semakin Jauh Semakin Rindu



Semenjak beberapa hari ini rasa malas sangat hendak mengadap pc..entah mengapa??Terasa tangan ini ingin mengarang sesuatu,meluahkan apa yang tersirat.Hanya dengan menitip baris-baris ayat disini akan dapat mengurangkan sedikit rasa kegusaran dihati.Aku merinduinya...setiap kali aku cuba tempis perasaan itu semakin ia datang menguasai diri.Aku sedar aku harus kuat dan tabah,tetapi aku tidak dapat membohongi diriku bahawa aku tetap insan yang sentiasa lemah,tidak berupaya menahan segala-galanya.Kata orang dengan meluahkan apa yang terbuka dihati akan dapat meringankan bebanan.

Seolah-olah baru semalam dia ada disisi tiba-tiba hari ini dia tiada...setiap kali wajahnya datang bertandang di ruang mataku ini,aku tidak dapat menahan kerinduanku terhadapnya.Setiap solat aku munajatkan doa..agar aku diberikan kekuatan.Aku tidak boleh menangis..kalau aku mengalirkan akir mata dan Ayie nampak mataku merah,dia akan bertanya.."kenapa mata ibu merah"..jawapan yg aku sering berikan..."mata ibu masuk abuk tadi"..dia berkata lagi.."ibu gilah cuci.." tersentuh hatiku.Aku tidak mahu melihat Ayie murung lagi.Aku sentiasa menutupi perasaan sedihku dihadapannya.Aku sedaya upaya akan menahannya.Sebab itulah waktu yang terbaik untuk aku meluahkan segala-galanya tatkala aku sendirian ditengah-tengah malam yang sunyi lebih-lebih lagi bila suamiku dan Ayie sudah tidur.Aku senang dapat meluahkan kepada yang Esa kerana hanya padaNYA sajalah tempat aku mengadu.Dan Dia jugalah pendengar yang setia.

Bohong kalau aku katakan aku tidak menangis setiapkali aku terlihat wajah Hilmi diruang mataku.Walau sekuat mana pun aku memikulnya,aku tetap tak segagah dan secekal yang disangka.Mulailah timbul berbagai persoalan...walaupun aku sudah tahu jawapannya.... segala-galanya sudah kehendak Illahi...sekali sekala akau berbicara denganNYA...adakah aku bukan ibu yang baik..adakah aku telah abaikan Hilmi??Aku tidak dapat lari dari menanyakan soalan itu.Aku tahu setiap yang berlaku atas kehendak Dia...aku akur...aku sedar.Cuma bila kadang-kadang aku merindui Hilmi aku tidak berupaya menangkisnya.Hanya doa kupanjatkan untuk mengubati hati ini semoga aku terus diberikan kekuatan agar aku terus tabah dan cekal.

Friday, November 03, 2006

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wednesday, November 01, 2006

Dah Balik Daaaaa...

Seminggu sudah kita semua berhari raya...yang balik ke kampung pasti sudah ke kembali ke kota untuk menunaikan tanggungjawab mencari nafkah...yang masih belajar pasti juga sedang sibuk mentelaah pelajaran.Tidak terkecuali akak.Kepulangan ke Taiping dapat melupakan sedikit kesedihan di hati kami.Kecerian tergambar tatkala berkumpul sesama adik beradik.Perjalanan yang jauh memang memenatkan tetapi kerana rasa gembira ia hilang seketika.

Walaupun 5 tahun tidak melangkahkan kaki ke sana,bandar Taiping masih tetap sama..hanya perubahan yang sedikit agar tidak menghilangkan keaslian sejarah Taiping.Hari raya akak sekeluarga hanya duduk di rumah..menanti kedatangan tetamu.Nak berkunjung ke rumah rakan-rakan sekolah lama...tak tahu mereka dimana sekarang.Semuanya sudah terputus hubungan.Paling tidak pun hanya menjejakkan kaki ke Taman Tasik dan ke pekan membeli belah.Bolehlah...dari tak pergi mana-mana.Semakin indah dan cantik taman tasik sekarang ini.


Sunday, October 15, 2006

Menjelang Aidilfitri

Begitu pantas masa bergerak seolah-olah tidak terasa walaupun sudah hampir 3 minggu umat islam berpuasa dan minggu hadapan....Insya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.Ini bermakna bulan Ramadhan juga akan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi.Adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini ataupun sama seperti tahun-tahun yang lepas??Tidak dinafikan juga sebagai seorang hamba yang masih kekurangan ini,akak juga ingin mengatakan belum cukup sempurna lagi ibadah yang ingin akak cari dibulan yang suci ini.Tetapi..alhamdulillah kita semua masih diberikan peluang untuk memperolehi pahala puasa tahun ini sekali lagi.Semoga kita semua akan dipanjangkan umur dan semoga dapat bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan dan seterusnya.

Disepanjang minggu ini pasti ramai akan sibuk mengemas dan membuat persiapan terakhir untuk hari raya nantikan.Pasti ada juga yang akan pulang ke kampung.Akak sekeluarga juga tidak terkecuali.Kami sekeluarga akan berangkat ke Taiping pada hari Sabtu ini dan akan berada di Taiping selama seminggu.Dikesempatan yang ada ini akak ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
dan juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan buat semua adik-adik dan teman-teman sebaya yang sering berkunjung ke blog akak ini.Sekiranya ada terkasar bahasa atau menulis kata-kata yang kurang enak dibaca,harap dimaafi.Mari kita sama-sama berdoa semoga setiap perjalanan hidup kita akan diberkati Allah swt dan semoga kita akan dapat merayakan hari raya ini sekeluarga dengan gembira walaupun dalam kegembiraan itu pasti ada kesedihan,sekurang-kurangnya dengan berkumpul bersama keluarga segala kisah duka dan duka akan dapat kita lupakan sejenak.

Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, October 14, 2006

Lailatul Qadar yg Dinanti Para Mukmin

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Nota:Dapatkah kita semua menemuinya??Insya Allah andainya kita semua bersungguh-sungguh melakukannya.Amin.

Wednesday, October 11, 2006

Mengamit Memori Aidilfitri.

Diam tak diam sudah 18 hari umat islam menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan tidak lama lagi juga kita semua akan bakal menyambut 1 Syawal..Insya Allah!!Izinkan akak mencoret sesuatu disini.Mengimbas kenangan yang paling indah dalam hidup akak sekeluarga.Sebuah kenangan yang pasti akan menjadi lipatan sejarah hingga ke akhir hayat ini.Bagaimana harus akak mulakan yer..??

Semalam dikala sendirian dan ketika suamiku serta Ayie telah lena diulit mimpi...hati ini dibuai dengan rasa kerinduan.Maafkan diri ku Ya Allah..aku tak mampu menahannya.Kehadiran arwah Hilmi di ruang mata ini dan ingatanku menerjah kembali seketika.Aku lihat renungan matanya dan aku terhidu bau badannya yang harum.Tidak tertahan rasanya menanggung kerinduan ini.Hanya bantal kecil milik Hilmi menjadi temanku seketika.Tahun ini tahun pertama ibu,ayah dan abang Ayie beraya tanpa Hilmi disisi..sayang!!Dan untuk sekian lamanya tahun ini juga ibu,ayah dan abang Ayie akan beraya di Taiping.Tidak sanggupnya rasanya kami beraya disini...kenangan itu pasti membuat kami menjadi lebih sayu lagi.

Detik-detik berhari raya di hospital pada tahun pertama Hilmi mengenal erti hari raya benar-benar mengugat sedikit kegembiraan.Tanpa takbir raya,baju raya dan kuih raya...ibu menemanimu sayang sepanjang hari.Demi memastikan Hilmi sihat sepenuhnya...biarlah keseronokan hari raya itu ibu lupakan seketika.Untuk tahun-tahun yang seterusnya juga hari raya ini seolah-olah tiada ertinya...aku langsung tidak pernah keluar membeli belah untuk menyambutnya.Tidak juga keluar berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan.Hanya menanti kedatangan mereka kerumahku.4 tahun melalui saat-saat itu seolah-olah sudah lali bagi kami sekeluarga.Semangat bagaikan hilang seketika seolah-olah apalah ertinya hari raya ini sekiranya ia hadir hanya menambah kesedihan dihati.Acapkali lagu raya berkumandang hanya mengumpul rasa sayu dihati.Alhamdulillah...walaupun tiada keseronokan itu namun kami berkumpul sekeluarga.

Hari raya juga bakal menjelma tidak lama lagi..adakah keseronokan itu akan kembali bertaut atau kesedihan yang akan bertahta di hati kami.Kami mohon kekuatan dari Mu Ya Allah!!Semoga rahmatMu akan menyinari kehidupan kami seterusnya.Kenangan itu tetap tidak akan terpadam tetapi hidup ini harus kami teruskan biarpun menempuh jalan yang sukar.

"Ya Allah...semoga Engkau berikan kami jalan petunjuk agar kami tidak mudah tersesat dan semoga kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertakwa.Tanpa hidayahMu Ya Allah,kami hanya insan kerdil yang tidak berdaya." Amin.

Saturday, October 07, 2006

Kesilapan Amal Di Bulan Ramadhan

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para Sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:

1. BerPuasa tetapi Tidak Solat

Ø Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat.
Ø Anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat.
Ø Ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja.

Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak Menjaga Batas-batas Agama

Ø Aurat: Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan Masa dengan Menonton TV, Video & CD

4. Merebut Peluang mencari Duit dengan Berniaga tapi Meninggalkan peluang mendapat Pahala Berganda-ganda

5. Semakin Cepat Marah

Ø Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir Ketika Berbuka Puasa

Ø Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah

8. Membiarkan/Menggalakkan anak-anak Bermain Mercun

Ø Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di Masjid/Surau yang berdekatan.
Ø Sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya Puasa Makan dan Minum sahaja

Ø Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya.
Ø Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum."(Hadis riwayat Al-Bukhari).

10. Tanpa Persediaan Mental dan Emosi tentang Matlamat, Kelebihan dan
Kedudukan Puasa Ramadhan

Ø Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Ø "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43).

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang Sorak, Tarawih Ala Kadar

Ø Solat secara ekspress.
Ø Melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya:"Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih).
Ø Silap bacaan Selawat.
Ø Tidak Istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja.
Ø Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja

13. Tidak mahu Bersahur

Ø "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
Ø Abu Hurairah r.a. berkata, "Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi.)

Petikan Kuliah Ramadhan di BNM
Ustaz Zakaria Mamat

Thursday, October 05, 2006

Mujahadahku Di Bulan Ramadhan

Selama ini aku kurang amal
Maka bulan ini aku cuba perbanyakkan amal

Selama ini aku selalu lalai
Maka bulan ini aku cuba isikan masa dgn kebajikan

Selama ini aku cepat marah
Maka bulan ini aku cuba didikkan hati dgn sabar

Selama ini aku buat maksiat zahir batin
Maka bulan ini aku cuba tinggalkan semua itu

Selama ini solat fardhuku hanya 3 minit
Maka bulan ini aku cuba tambahkan masanya

Selama ini aku hanya solat 5 kali sehari
Maka bulan ini aku cuba gandakan bilangannya

Selama ini ibadah ku tidak khusyuk
Maka bulan ini aku cuba hayati ibadahku

Selama ini aku ego
Maka bulan ini aku cuba mencapai tawadhuk

Selama ini kata2ku berbisa
Maka bulan ini aku cuba kawal lisanku

Selama ini hatiku kotor
Mak bulan ini aku cuba bersihkan jiwa ku dgn taubat

Selama ini aku terlalu diruntun nafsu dan mengikut kata hatiku
Maka di bulan ini aku cuba mujahadah melawannya

Dan
Selama ini aku terlau banyak melakukan dosa Ya Allah
Maka di bulan yang amat mulia ini aku benar-benar mengharapkan keampunan dari-Mu Ya Allah kerana aku hanyalah hamba-Mu yang hina lagi tidak berdaya.......



P/S:Semoga kita semua diberkati Allah SWT dibulan yang mulia ini.

Tuesday, October 03, 2006

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


~ Setiap detik, kita semakin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jualah, kita semakin dekat menghampiri akhirat ~

Sumbangan : Yanti

Monday, October 02, 2006

Puasa Beri Kekuatan Dalaman

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda
Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah :

1.pemerintah yang adil,
2.orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan..
3.orang yang teraniaya.

Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:
''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah
sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu. Dengan
ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi penggerak kepadanya.

Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa
musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya kekuatan rohani ini berkesinambungan.

Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan
persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat.

Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih
merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.


Oleh: DR. MASHITAH IBRAHIM.

Wednesday, September 27, 2006

Virus Dari Shai

Oleh kerana Shai dah berikan hadiah istimewa nie..kenelah akak menerimanya yer..Ok ini antara jawapan2 dari akak yg tulus dan ikhlas:hehe..

1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?

Dah tentulah berbuka dirumah dengan suami..kalau suami balik lewat..kenelah berbuka dengan Ayie...takpun sorang diri aje..


2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?

Belum beli apa2 lagi pun...pakai yg tahun lepas ajelah..tak mau membazir,lagipun tahun nie akak sekeluarga akan balik ke Taiping kembali berhari raya.

3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?

belum kuar berbuka diluar lagi..tengoklah hujung minggu nie..tp mkn dirumah lagi bestlah.

4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?

kalau ada yg nak belanja apa salahnyakan...pucuk dicita ulam mendatang..hehe


5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?

dula masa sekolah rendah akak berlumba-lumba dgn adik2 sape dpt plng banyak kad raya..dah remaja sket..dpt gak kat raya tp dari member kamcing dan ehem2lah..skrg nie ada gak yg kasi..member2 lama dan sedara yg jauh..

6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada akak dialamat berikut :-

nak kene kasi alamat ke nie??kalau sape2 yang nak kasi akak kad raya tu dipersilakanlah..klu tk bagi pun terima kasih..tp klu akak lewat balas jgn mare k...almaklumlah!!hehe.Insya Allah kalau ada yg kasi akak kad..akak pasti membalasnya..Sila email akak k...klu nak alamat rumah akak
normizah@singnet.com.sg

7) Orang - orang yang namanya ada dibawah kena jawapan entry nie. + with alamat ye.. Mereka ialah :-

tak tau nak bagi kat sape2 lagi...sape nak..... ambil ajelah..hehehe


Wednesday, September 20, 2006

Saat Hati Dicuit Resah

Dalam beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan mulia iaitu Bulan Ramadhan.Tahun ini tiadalah lagi iguan resah dan bimbang setiap kali Ramadhan datang.Tahun-tahun yang lepas bagaimana hati ini begitu terasa bimbang dan resah tatkala Ramadhan hampir tiba.Entah mengapa perasaan itu hadir??Bukan ingin menambahkan kesedihan cuma ingin mengamit memori itu yang pasti akan menjadi sebahagian dari kenangan hidup yang sukar diluputkan dari ingatan.

Bayangkanlah sewaktu hayatnya arwah Hilmi,setiap kali Ramdhan hampir tiba,hati seorang ibu ini diulit rasa bimbang yang sukar untuk ditangkis lagi.Hati sentiasa tidak keruan.Mengapakah begitu??Bukan niat untuk menyalahkan bulan suci Ramadhan tetapi bila mengenangkannya adakah itu suatu kebetulan atau suratan.Hanya Dia yang Maha Mengetahui.Pertama kali arwah Hilmi sakit disaat umat islam akan menyambut Ramadhan.Sehinggalah arwah Hilmi terpaksa menggunakan ventilator untuk membantu pernafasannya sepanjang hayat.Setahun kemudian saat tibanya Ramadhan hati seorang ibu ini tiba-tiba diulit rasa bimbang sekali lagi.Perasaan yang hadir itu sukar sekali hendak dilafazkan dengan kata-kata.Ternyata is benar...apa yang dibimbangkan menjadi kenyataan.Arwah Hilmi sekali lagi jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.Biarpun tidak lama seperti tahun yang lepas tapi ia cukup membuat hati seorang ibu menjadi tidak keruan.

Alahmdulillah...tahun 2 tahun berikutnya arwah Hilmi tidak mengalami sebarang masalah pernafasan atau jangkitan namun begitu beberapa hari sebelum Ramadhan datang,hati seorang ibu ini tetap diulit rasa risau dan bimbang sekali lagi.Kadang-kadang terfikir juga mengapa setiap kali Ramadhan hati ini mempunyai perasaan sedemikian tidak pada bulan-bulan yang lain.Tahun ini akak sekeluarga menyambut Ramadhan tanpa arwah Hilmi...dan pasti ia akan mengamit kerinduan kami.Semoga Allah swt memberikan akak dan suami kekuatan dan ketabahan.

Akak ingin mengambil kesempatan kepada semua teman-teman dan adik-adik yang setiap hari berkunjung ke blog akak ini dengan mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1427 HIJRAH.

Tuesday, September 19, 2006

Persediaan Menyambut Ramadhan

'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000
bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam.

Sumbangan : Aini

Wednesday, September 13, 2006

Cara Minum mengikut Rasulullah S.A.W

Hosted by SparkleTags.com

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.


Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.


Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat

Jazakumullahu Khairan Khatirah.......

Sumbangan Wearzana (Hanan Network.)

Monday, September 11, 2006

Takzirah Pagi

Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.

Seorang sufi bermadah,
"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Nabi s.a.w. bersabda,
"Seutama utama perjuangan seseorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Kata pemikir Islam,
"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".

Ulamak mursyid berkata,
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".

Istimewa jiwa pengasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".

Saling mencintai.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda,
"Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".

Seorang hamba Allah berkata,
"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".

Segalanya dari syahwat.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".

Kalau hati itu bersih.
Seorang ulamak berkata,
"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Wanita syurga bercahaya.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

Pohon syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".

Seorang soleh berkata,
"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".

Sejahat jahat musuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".

Balaslah jasa orang.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tegas demi kebenaran.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".

Istimewa sembahyang malam.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Kau kira kau bijak?
Seorang soleh mengingatkan,
"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

Manisnya iman.
Seorang ulamak berkata,
"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".

Amalan Islam terbaik.
Seorang lelaki bertanya,
"Manakah amalan Islam yang terbaik??"
Nabi s.a.w. menjawab,
"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Kejelitaan akan pudar.
Seorang ulamak berkata,
"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku.
Rasulullah bersabda,
"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan.
Seorang bijak pandai Islam berkata,
"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".

Jangan cakap banyak.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".

Kata pemikir Islam,
"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".

Belajar dengan buku.
Seorang ulama berkata,
"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".

Fikiran bak mutiara.
Seorang ulama berkata,
"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".

Istimewa diam.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".


Sumbangan : AINUL HULSAINI (My Masjid).

Thursday, September 07, 2006

Dilemma

Sebagai seorang ibu menimang cahaya mata adalah satu impian yang tidak ternilai harganya malah apabila disusuli pula dengan harapan yang mengunung tinggi akan membuat seorang wanita itu merasakan dialah yang paling bahagia dalam hidup ini.Tiada rasa serik dalam diri akak ini.Perasaan kasihan pada Ayie juge membuatkan akak merasakan betapa sepinya Ayie tanpa seorang adik.Setiap kali Ayie menyebut nama arwah Hilmi,akak pasti Ayie juga rindukan adiknya.

Hati ini ingin mencoretkan keinginan yang diharapkan menjadi kenyataan,tetapi bila dicedok peristiwa lalu,perasaan takut menikam hati akak lalu menjadi risau dan bimbang.Memanglah ini ketentuan Ilahi dan sebagai hamba kita tidak boleh menolak Qada dan Qadar Allah SWT.Setiap kejadian itu adalah atas kehendakNYA,hanya DIA yang Maha Mengetahui.Tetapi sebagai manusia memang mengharapkan kesempurnaan.

Terus-terang akak katakan,walaupun pernah melalui suka dan duka itu perasaan ingin mencuba tetap ada.Memandangkan juga akak pernah menggunakan "kaedah perancang"selama 3 tahun sudah pasti ia akan mengambil masa untuk memulihkannya.Tahap kesihatan diri juga perlu dititkberatkan seperti membuat ujian pap smear kerana pernah merancang.Pakar menerangkan peratus utk mendapat bayi negatif SMA adalah 70% tetapi...kerana pernah melahirkan 2 insan positif SMA dan mengugurkan seorang (juga disahkan positif SMA) sewaktu arwah Hilmi 7 bulan,menurut pakar peluang untuk mendapatkan seorang lagi bayi positif SMA adalah 25%.

Sekiranya akak disahkan mengandung,akak perlu membuat ujian CVS (Chorionic villus sampling) dimana ujian ini hendak menentukan masalah janin diawal kehamilan.Ujian perlu dilakukan ketika kandungan berusia 8 minggu.Pakar akan menarik keluar sedikit cecair dari rahim akak dan proses genetik untuk menentukan tahap kesihatan bayi dilakukan kemudian.Sekiranya dalam tempoh 2 atau 3 minggu kemudian selepas keputusan ujian itu dikeluarkan adakah akak boleh yakin ia benar2 sempurna sekirannya doktor kata negatif SMA.Kalau positif SMA akak terpaksa membuat pilihan,meneruskan kehamilan atau mengugurkannya tetapi..tetap memikirkan kalaulah janin ini sempurna..macam mana pula??

Setahu akak dalam islam sekiranya ia telah disahkan oleh 3 orang islam dan diyakini kandungan itu akan menjejaskan kesihatan ibu terutamanya ia harus digugurkan.Masalah akak sekarang ini,purata pakar bidan islam di sini sukar untuk dicari klu ada pun hanya pakar bidan biasa yang specialist mcm nie sukar nak dapat.Lagipun pakar yang akak jumpa ini adalah seorang profesor dan sudah berpengalaman jauh.Seperkara lagi keputusan ujian pertama ini memakan masa 2 atau 3 minggu,klu akak buat pemeriksaan yg kedua dan seterusnya sudah tentu kandungan akak dah masuk 3 atau 4 bulan.Kalau digugurkan pasti memberikan risiko tinggi kepada akak.

Apa yang bermain difikiran akak sekarang ini kalaulah akak buat ujian itu, setelah akak disahkan mengandung,keputusannya positif SMA dan klu akak fikir sebaliknya mengikut segala2nya atas ketentuan Allah yg lebih mengetahui,maksudnya akak letak 100 peratus ditanganNYA dengan harapan ia negatif SMA.Kehamilan akak teruskan dan bila lahir ia mmg positif SMA.Sanggupkah akak melihat seorang lagi zuriat menganggung penderitaan dan sanggupkah akak kehilangan seorang lagi??Tetapi sekiranya doktor kata ia negatif SMA dan akak teruskan kehamilan.....tiba2 lahir ada tanda2 positif SMA.Memang pening juga fikiran akak bila fikirkan perkara ini.Serba salah akak.

Dah berjela2 akak tulis nie....akak berundur dululah yer.Kalau akak fikirkan lagi masalah nie,nanti akak sambung lagi ceritanya.

Tuesday, September 05, 2006

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?"

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya."
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,"Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar."

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah' Wad Dawaa', "Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang."

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw.

"Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi."

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
"Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…