Monday, May 29, 2006

7 Perkara Yang Menghairankan

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.

Friday, May 26, 2006

Rindu...


Entah mengapa akak ingin mencoretkan sesuatu di sini.Akak mulai terfikir sesuatu..kadang-kadang apa yang kita harapkan tidak semua akan kesampaian.Dalam mengharungi kehidupan ini memang kita akan menduga apa yang bakal berlaku pada hari esok.Semalam kita masih bergurau senda..tiba2 hari ini kita kehilangannya.Inilah kehidupan tiada siapa dapat menjangkakan.

Hati akak tersentuh sedikit tatkala membaca en3 di blog Acai...dan bila akak masuk ke blog yg acai ceritakan...bertapa terkejut akak.Akak pernah berkunjung ke blognya..tetapi memang kita tidak sangka sesuatu yang begini akan berlaku.Dulu akak juge kenal seorang kakak...kak mimi akak panggil.Hubungan yang terjadi kerana kak mimi minta pertolongan akak buatkan buttonnya.Kami sering berutus email.Seolah-olah kami dah kenal lama...tetapi bila kak Mimi kehilangan suami tersayang dalam masa yg tidak disangka2kan...hubungan akak dgn kak Mimi tidak seperti dulu...blog kak Mimi pun dah ditutup.

Akak terasa rindu disaat ini.Dalam sekelip mata orang yang kita sayang tiada lagi didepan mata kita.Sebagai manusia biasa memang tidak dapat akak nafikan kerinduan akak kepada Hilmi masih lagi terasa.Hidup kita satu rahmat dan dengan nyawa yang diberikan tuhan ini kita gunakanlah sebaik mungkin.Semoga kita tidak sia2kan kehidupan yang dianugerahkan Allah kerana usia kita semakin meningkat dan panjang atau tidak umur kita hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Wednesday, May 24, 2006

Bebel Kejap!!

Sebenarnya akak nie bukan pandai sangat nak membebel kat sini,tapi hari akak nak bebel kejap.Bukan bebel apa pasal komputer akak aje...hehe.Punyalah susah nak pulihkan komputer akak nie.Bermacam segala antivirus dan anti spyware akak install (yang free) semuanya tak jalan.Kuat betul virus yang menyerang komputer akak nie.

Lepas tu buatlah keputusan beli software antirus yang original (dah terpaksa).Ingatkan dah pulihlah...itupun sekejap aje..lepas tu ia meragam balik (macam makan ubat yg tak serasilah nie yer).Boringlah juga....hehe.Oleh kerana dah tak tahu nak buat apa,akak pun call Microsoft.Alamak speaking London laaa org2 microsoft nie.Nasib baik faham...yang kesian tu juruteknik komputer diaorglah...nasib baik akak nie tahu juga pasal komputer...bila diaorg suruh buat tu buat nie kat komputer akak.Jadi dapatlah selesaikan kejap biarpun juruteknik tu memberikan pertolongan melalui telefon.Apasal org2 microsoft kat sini speaking London...punyalah bersleng2...kan senang cakap english biasa aje.Lepas nie akak nak kene belajar dgn noushylah cara cakap stail London yer...hahaha.

Aduh...ingatkan dah ok...rupa2nya belum lagi.Memang akak ada tanya dengan juruteknik tu kalau tetap tak boleh..nampaknya kenalah format komputer akak.Hari minggu lepas operasi untuk format komputer pun bermulalah...alhamdulillah komputer akak sudah sihat 100% dan ubatnya iaitu antivirus kena up to date selalu...hehe.Sekian saja bebelan akak.

Tuesday, May 16, 2006

Komputer Kena Serang!!!!


Aduh...memang sakit kepala betul bila mengadap komputer yang kena serang dek virus dan spywarekan.Nak online pun susah.Ada sesiapa tahu tak software antivirus dan anti spyware yang terbaik.Macam-macam software dah akak guna..semua tak jalan.

Untuk sehari dua nie tak dapatlah akak nak online...nak kena selesaikan dulu masalah komputer akak nie.Komputer nie nak suruh akak keluarkan duitlah nie beli software antivirus yg power....

Ok semua nanti kita jumpa lagi k...akak dah selesaikan masalah komputer dulu.Salam sayang dari akak.MUUUAAHHHH!!

Sunday, May 14, 2006

Wanita Itu Cantik!!

MySpace LayoutsAllah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!

Setiap Wanita itu Cantik...

Thursday, May 11, 2006

Kembali Semula

Terima Kasih semua diatas sokongan moral dan kata2 semangat untuk akak.Kehidupan harus diteruskan.Akak masih mempunyai tanggungjawab dibahu untuk dipikul dengan memberikan kasih sayang dan perhatian kepada Zulfadhli.Kalau dulu dia rela berkorban untuk mengizinkan akak menumpukan sepenuh masa kepada arwahnya Zulhilmi,kini tibalah pula masa untuk dia mendapatkan perhatian dari akak.

Sungguh pantas masa berlalu...diam tak diam sudah hampir seminggu Hilmi meninggalkan kita.Masa akan terus berlalu..kenangan tetap terpahat dihati.Semoga kehidupan ini akan menjadi baik dan bahagia selalu.

Buat ibu-ibu diliuar sana akak juga ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Ibu.Semoga yang telah menjadi seorang ibu akan lebih cekal mengharungi keluarga dan anak2.Dan buat anak2 cintailah ibu kalian sepenuh hati.Selagi mereka ada di dunia ini,berikanlah perhatian biarpun hanya seminit.

Saturday, May 06, 2006

Kau Pergi Jua


Terlalu Istimewa

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor

Hari pertama Hilmi masuk ICU dan demamnya sudah baik,begitu juga dgn jangkitan di paru-parunya w'pun blm 100% sembuh..selepas 2 hari di ICU,Hilmi dihantar ke High Dependency Ward (ward perhatian).Disana keadaan Hilmi semakin baik dan seolah-olah Hilmi akan dpt pulang ke rumah secepat mungkin.Tetapi sejak duduk di ward ini Hilmi kembali demam kemudian kebah..dan demamnya kejap ada sekejap takde.Memang doktor berikan antibiotik utk membunuh kuman yang menyebabkan demam dia.Lendir di paru-paru Hilmi masih pekat dan banyak.Kedudukan lendir pula berada di sebelah bawah paru2 dia,memang sukar utk mengeluarkannya kalau tak buat psiotheraphy.

Masuk hari ketujuh iaitu hari Selasa lepas...sebelah siangnya Hilmi deman naik 38 darjah selsius lepas itu naik lagi ke sebelah ptngnya dan sebelah malam terus naik ke 40 darjah selsius...sampaikan doktor terpaksa menukar ubat antibiotik....Hilmi merengek2 sampai susah hendak tidur.Akak hairan hari ini Hilmi tidak mahu tidur langsung...matanya hanya memandang akak dgn pandangan yang sayu seolah-olah dia tidak mahu terlepas melihat akak.Sebelah mlmnya selepas pukul 3 pagi entah mengapa akak terlelap sekejap dikatil Hilmi.Rasanya hanya seminit tiba-tiba akak terjaga dan akak terperasan Hilmi berpeluh2,dan bebola matanya tidak bergerak2.Akak kejutkan Hilmi pun dia tidak berikan respon.Akak panggilkan nurse dan doktor..mereka ambil darah Hilmi..tetapi selepas darah Hilmi diambil terus badan Hilmi menjadi sejuk dan darahnya beku.

Tanpa berfikir panjang, mereka terus keluarkan 'code blue'...Akak masih lagi buntu walaupun pada zahirnya nampak tenang...hakikatnya hanya tuhan saja yg tahu apa yg terlukis dalam hati ini.Sangkaan akak mungkin inilah hari terakhir Hilmi bersama kami tetapi doktor memberitahu Hilmi kembali bernafas setelah mereka bertungkus lumus cuba untuk menyelamatkannya...cuma dia tidak sedarkan diri lagi.Pada mulanya akak boleh menahan kesedihan tetapi sedikit demi sedikit perasaan akak bertukar sayu dan airmata mulai mencurah jatuh.Mereka hantar Hilmi ke ICU...dan doktor melakukan apa yg mereka sepatutnya dilakukanlah..menyelamatkan nyawa.Sebaik doktor keluar..mereka beritahu peluang Hilmi terlalu tipis kerana tekanan darah Hilmi sudah mulai rendah.Mereka masukkan bermacam jenis ubat untuk menaikkan tekanan darahnya.Seperkara lagi satu kata doktor...jantung Hilmi sebenarnya telah terhenti semasa di High Dependency Ward.

Hilmi bernafas dengan bantuan alat pernafasan dan dia dalam keadaan koma.Matanya hanya merenung ke satu arah.Sedih hati akak tngk Hilmi ketika itu.Alhamdulillah akak dpt cekalkan hati w'pun airmata tetap mengalir deras.Sekali sekala akak ternampak airmata Hilmi keluar dan akak rasa pasti dia di dalam kesakitan.Hari kedua di ICU...darah sudah mulai keluar dari hidung dan mulutnya sehinggakan mereka terpaksa meletakkan gauze di kedua2 lubang hidungnya.Memang tidak sampai hati melihat keadaan Hilmi sedemikian.Akhirnya hari ketiga akak dan suami terpaksa membuat keputusan....meminta tolong dicabutkan semua wayar ubat2 yang ada..biarkan Hilmi bernafas dgn mesin dan oksigen sahaja...akak minta untuk memangku Hilmi dan membacakan dia surah Yassin dan mengucapkan kalimah syahadah ke telinganya...Nadi dan oksigen mulai menurun...akhir sekali setelah abangnya Ayie datang dan mencium kedahinya,Hilmi menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Memang niat akak kalau sesuatu terjadi akak teringin sangat hendak memangku Hilmi dan melepaskan dia 'pergi' didepan mata akak.Kerana dulu akak terkilan sangat krn tidak dpt melihat arwahnya kakak Hilmi....Siti Hazwani menghembuskan nafas terakhirnya.Sebenarnya sebelum ini terjadi berbagai perkara yg dapat akak rasai dan mimpi yang akak alami tntg Hilmi mmg ternyata benar.Akak bermimpi..Hilmi berada di A&E dan kerumuni ramai org...dan dihantar ke ward..dan tracheastomy dia dibuka...dan akhir sekali Hilmi di rumah didatang ramai org yg melawat...wpun hanya dlm mimpi,akak seolah-olah nampak Hilmi masih bernyawa..dan dia tersenyum.

P/S:terima kasih sekali lagi dari akak krn perhatian,sokongan,kata2 semangat utk akak..Insya Allah akak dan keluarga dapat melaluinya.Sesungguhnya ini yg terbaik utk Hilmi...dan Allah lebih menyayangi dia.Sekurang2nya akak telah dpt menjaga hilmi selama 4 tahun tapi akak rasa akak belum puas lagi membelainya...dan semoga apa yang telah akak lakukan selama ini adalah yang terbaik.Memang itu niat dan azam akak..selagi Hilmi bersama akak,akan akak jaga Hilmi sebaik mungkin.

Adakah ini hadiah yang paling terbaik utk akak sempena Hari Ibu dari Hilmi??Mungkin dia ingin melihat akak gembira dan tidak perlu bersusah payah utk dia..lalu Hilmi mengakhiri penjajiannya dgn Allah swt.Akak masih berupaya untuk menjaganya tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui.Hilmi pergi untuk selama2nya mengadap tuhan Yang Maha Esa kembali.Kenangan ini pasti akan tersemat dihati akak sehinggalah akak bertemu dengannya di 'sana' nanti.

Zulhilmi...ibu pasti merinduimu.