Terlalu Istimewa
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor
Hari pertama Hilmi masuk ICU dan demamnya sudah baik,begitu juga dgn jangkitan di paru-parunya w'pun blm 100% sembuh..selepas 2 hari di ICU,Hilmi dihantar ke High Dependency Ward (ward perhatian).Disana keadaan Hilmi semakin baik dan seolah-olah Hilmi akan dpt pulang ke rumah secepat mungkin.Tetapi sejak duduk di ward ini Hilmi kembali demam kemudian kebah..dan demamnya kejap ada sekejap takde.Memang doktor berikan antibiotik utk membunuh kuman yang menyebabkan demam dia.Lendir di paru-paru Hilmi masih pekat dan banyak.Kedudukan lendir pula berada di sebelah bawah paru2 dia,memang sukar utk mengeluarkannya kalau tak buat psiotheraphy.
Masuk hari ketujuh iaitu hari Selasa lepas...sebelah siangnya Hilmi deman naik 38 darjah selsius lepas itu naik lagi ke sebelah ptngnya dan sebelah malam terus naik ke 40 darjah selsius...sampaikan doktor terpaksa menukar ubat antibiotik....Hilmi merengek2 sampai susah hendak tidur.Akak hairan hari ini Hilmi tidak mahu tidur langsung...matanya hanya memandang akak dgn pandangan yang sayu seolah-olah dia tidak mahu terlepas melihat akak.Sebelah mlmnya selepas pukul 3 pagi entah mengapa akak terlelap sekejap dikatil Hilmi.Rasanya hanya seminit tiba-tiba akak terjaga dan akak terperasan Hilmi berpeluh2,dan bebola matanya tidak bergerak2.Akak kejutkan Hilmi pun dia tidak berikan respon.Akak panggilkan nurse dan doktor..mereka ambil darah Hilmi..tetapi selepas darah Hilmi diambil terus badan Hilmi menjadi sejuk dan darahnya beku.
Tanpa berfikir panjang, mereka terus keluarkan 'code blue'...Akak masih lagi buntu walaupun pada zahirnya nampak tenang...hakikatnya hanya tuhan saja yg tahu apa yg terlukis dalam hati ini.Sangkaan akak mungkin inilah hari terakhir Hilmi bersama kami tetapi doktor memberitahu Hilmi kembali bernafas setelah mereka bertungkus lumus cuba untuk menyelamatkannya...cuma dia tidak sedarkan diri lagi.Pada mulanya akak boleh menahan kesedihan tetapi sedikit demi sedikit perasaan akak bertukar sayu dan airmata mulai mencurah jatuh.Mereka hantar Hilmi ke ICU...dan doktor melakukan apa yg mereka sepatutnya dilakukanlah..menyelamatkan nyawa.Sebaik doktor keluar..mereka beritahu peluang Hilmi terlalu tipis kerana tekanan darah Hilmi sudah mulai rendah.Mereka masukkan bermacam jenis ubat untuk menaikkan tekanan darahnya.Seperkara lagi satu kata doktor...jantung Hilmi sebenarnya telah terhenti semasa di High Dependency Ward.
Hilmi bernafas dengan bantuan alat pernafasan dan dia dalam keadaan koma.Matanya hanya merenung ke satu arah.Sedih hati akak tngk Hilmi ketika itu.Alhamdulillah akak dpt cekalkan hati w'pun airmata tetap mengalir deras.Sekali sekala akak ternampak airmata Hilmi keluar dan akak rasa pasti dia di dalam kesakitan.Hari kedua di ICU...darah sudah mulai keluar dari hidung dan mulutnya sehinggakan mereka terpaksa meletakkan gauze di kedua2 lubang hidungnya.Memang tidak sampai hati melihat keadaan Hilmi sedemikian.Akhirnya hari ketiga akak dan suami terpaksa membuat keputusan....meminta tolong dicabutkan semua wayar ubat2 yang ada..biarkan Hilmi bernafas dgn mesin dan oksigen sahaja...akak minta untuk memangku Hilmi dan membacakan dia surah Yassin dan mengucapkan kalimah syahadah ke telinganya...Nadi dan oksigen mulai menurun...akhir sekali setelah abangnya Ayie datang dan mencium kedahinya,Hilmi menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Memang niat akak kalau sesuatu terjadi akak teringin sangat hendak memangku Hilmi dan melepaskan dia 'pergi' didepan mata akak.Kerana dulu akak terkilan sangat krn tidak dpt melihat arwahnya kakak Hilmi....Siti Hazwani menghembuskan nafas terakhirnya.Sebenarnya sebelum ini terjadi berbagai perkara yg dapat akak rasai dan mimpi yang akak alami tntg Hilmi mmg ternyata benar.Akak bermimpi..Hilmi berada di A&E dan kerumuni ramai org...dan dihantar ke ward..dan tracheastomy dia dibuka...dan akhir sekali Hilmi di rumah didatang ramai org yg melawat...wpun hanya dlm mimpi,akak seolah-olah nampak Hilmi masih bernyawa..dan dia tersenyum.
P/S:terima kasih sekali lagi dari akak krn perhatian,sokongan,kata2 semangat utk akak..Insya Allah akak dan keluarga dapat melaluinya.Sesungguhnya ini yg terbaik utk Hilmi...dan Allah lebih menyayangi dia.Sekurang2nya akak telah dpt menjaga hilmi selama 4 tahun tapi akak rasa akak belum puas lagi membelainya...dan semoga apa yang telah akak lakukan selama ini adalah yang terbaik.Memang itu niat dan azam akak..selagi Hilmi bersama akak,akan akak jaga Hilmi sebaik mungkin.
Adakah ini hadiah yang paling terbaik utk akak sempena Hari Ibu dari Hilmi??Mungkin dia ingin melihat akak gembira dan tidak perlu bersusah payah utk dia..lalu Hilmi mengakhiri penjajiannya dgn Allah swt.Akak masih berupaya untuk menjaganya tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui.Hilmi pergi untuk selama2nya mengadap tuhan Yang Maha Esa kembali.Kenangan ini pasti akan tersemat dihati akak sehinggalah akak bertemu dengannya di 'sana' nanti.
Zulhilmi...ibu pasti merinduimu.

No comments:
Post a Comment