Wednesday, May 24, 2006

Bebel Kejap!!

Sebenarnya akak nie bukan pandai sangat nak membebel kat sini,tapi hari akak nak bebel kejap.Bukan bebel apa pasal komputer akak aje...hehe.Punyalah susah nak pulihkan komputer akak nie.Bermacam segala antivirus dan anti spyware akak install (yang free) semuanya tak jalan.Kuat betul virus yang menyerang komputer akak nie.

Lepas tu buatlah keputusan beli software antirus yang original (dah terpaksa).Ingatkan dah pulihlah...itupun sekejap aje..lepas tu ia meragam balik (macam makan ubat yg tak serasilah nie yer).Boringlah juga....hehe.Oleh kerana dah tak tahu nak buat apa,akak pun call Microsoft.Alamak speaking London laaa org2 microsoft nie.Nasib baik faham...yang kesian tu juruteknik komputer diaorglah...nasib baik akak nie tahu juga pasal komputer...bila diaorg suruh buat tu buat nie kat komputer akak.Jadi dapatlah selesaikan kejap biarpun juruteknik tu memberikan pertolongan melalui telefon.Apasal org2 microsoft kat sini speaking London...punyalah bersleng2...kan senang cakap english biasa aje.Lepas nie akak nak kene belajar dgn noushylah cara cakap stail London yer...hahaha.

Aduh...ingatkan dah ok...rupa2nya belum lagi.Memang akak ada tanya dengan juruteknik tu kalau tetap tak boleh..nampaknya kenalah format komputer akak.Hari minggu lepas operasi untuk format komputer pun bermulalah...alhamdulillah komputer akak sudah sihat 100% dan ubatnya iaitu antivirus kena up to date selalu...hehe.Sekian saja bebelan akak.

No comments: