Terlebih dahulu akak nak minta maaf banyak-banyak buat semua yang berkunjung ke blog akak nie,kerana buat 2 atau 3 hari ini akak tak berpeluang untuk melawati ke blog-blog lain.Almaklumlah sibuk sikit sebab tahun ini Ayie sudah masuk Darjah Satukan.Hari nie adalah masa sikit untuk duduk depan pc periksa apa yang patut,kalau tak memang malas.Yelah dari melayan perasaan sendirian lebih baik akak buat kejekan.Kerja rumah pun dah siap.Gambar pun tak sempat nak upload jadi takdelah gambar untuk hari pertama Ayie ke sekolah.Maknya pun tumpang seronok juge bila teringat zaman dulu masuk sekolah..hehehehe
Ayie memang tidak banyak bercakap,hari pertama disekolah memang agak pendiam tetapi nasib baik ada anak jiran yang satu sekolah dengan Ayie walaupun tidak satu darjah.Para ibu bapa tidak dibenarkan menunggu dalam kawasan sekolah selepas pelajar masuk kelas.Masa rehat memang dibenarkan untuk ibu bapa duduk di kantin menemani anak-anak selama 3 hari ini.Hari ini akak tidak duduk dikantin dan membiarkan Ayie makan bersama dengan rakan-rakannya.Yelah untuk membiasakan agar Ayie lebih berani.Nanti kalau akak ada di sekolahnya,mulalah mata dia nak berair macam semalam.Ayie nie memang seorang yang sentitif.Macam mak dia juge..*wink*
Balik dari sekolah mulalah Ayie menceritakan tentang kawan-kawan dan apa yang dia belajar semalam.Nampak macam seronok tapi tak tahulah minggu depan bila sudah mulakan pelajaran.Ok..akak nak chow dulu,kejap lagi nak ambil Ayie balik.
No comments:
Post a Comment