Monday, January 15, 2007
Hepi 7th Besday!!
Hari ini genap usia Ayie 7 tahun.Tiada hadiah yang istimewa yang dapat ibu berikan buatmu sayang hanya sekadar doa dan belaian kasih sayang dari kami berdua.Doa kami semoga Ayie akan sentiasa sihat,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.Harapan kami sebagai ibu dan ayah semoga Ayie akan menjadi anak yang pandai dalam pelajaran dan baik yang sentiasa akan menyenangkan hati kami berdua.Ayielah harapan kami.
Petang tadi sempatlah juga kami mengadakan sedikit jamuan untuk Ayie.Takdelah besar sangat sekadar jamuan ringkas yang dihadiri oleh jiran dan teman terdekat sahaja.Sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit rasa kegembiraan dihati Ayie.Sorry...video tidak berapa jelas!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment