Diam tak diam sudah hampir 4 tahun juga akak telah menceburikan diri dalan dunia blog ini.Ramai juga yang akak kenali.Dari usia yang muda malah ada juga yang sebaya dan tidak kurang juga yang lebih senior.Sewaktu akak mula-mula berblogging hanya sekadar ingin meluahkan rasa hati agar akak dapat melepaskan rasa kegelisahan yang sedang melanda kehidupan akak dikala itu.Pasti ramai juga yang telah tahukan keadaan akak dahulu.Sekarang ini bilangan yang akak kenali semakin ramai...samada yang masih aktif atau tidak.Rasa-rasanya boleh ke dibilang dengan jari nie??..hihihi.Sewaktu akak sedang melalui kesedihan..kalianlah yang sudi menemani akak.Memberikan kata-kata semangat agar akak mendapat kekuatan melalui kehidupan ini dengan lebih tabah lagi.Terima kasih akak ucapkan.Memang tiada kata-kata yang indah dapat akak tintakan disini hanya ucapan "terima kasih" yang tidak terhingga buat semua.Sebagai membalas budi baik kalian dengan rasminya akak memberikan replika ini kepada nama-nama yang layak untuk menerimanya.Antara NAMA-NAMA pemenangnya ialah:
1.SYARI,NASH,NOUSHY-SYAH,SHAI,Buat mereka yang namanya tidak tercatit dalam penerimaan anugerah ini akak mohon kemaafan kerana ramai sangat yang akak tidak dapat ingat tetapi kalian yang telah lama mengenali akak terimalah juga anugerah ini sebagai tanda ingatan.Diharapkan yang tidak disebut namanya janganlah berkecil hati yer...sudilah menerimanya juga yer.
No comments:
Post a Comment