Melihat aksi Fahmi yang cergas dan ceria membuatkan hati ini bersyukur dan gembira sesangat kerana keghairahan menyambut kelahiran Ayie yang cergas seperti ini dahulu kembali mengamit memori itu.Kegembiraan itu berulang sekali lagi walaupun agak keletihan melayan karenah Fahmi yang telah menunjukkan sedikit kenakalannya amat tidak terasa oleh akak.Masa berlalu terlalu pantas diam tak diam Fahmi sudah mencecah 3 minggu.Keletahnya juga sudah berubah dari hari ke hari.Apatah lagi ragamnya sekarang ini bila siang hari aje asyik tidur dan berjaga sebelah malam...betul-betul menduga keimanan akak.Bagi diri ini itulah satu keseronokan yang tidak dapat digambarkan sebagai seorang ibu..sanggup berkorban apa aje demi anak tercinta.
Sekian lama akak tidak dapat menatap saat-saat begini bila ditakdirkan arwah Hilmi tidak secergas ini.Namun begitu akak tidak pernah menyesal kerana itu sudah ketentuanNYA dan alhamdulillah akak berpeluang menjaga arwah walaupun dirinya dalam keadaan yang sedemikian.
Semoga kebahgiaan ini akan menjadi milik akak sekeluarga sekali lagi dan Insya Allah diperkenankan oleh Allah swt.
No comments:
Post a Comment