
Sampai di hospital akak terus dihantar ke labour suite..masa itu air tuban semakin banyak mengalir hingga dah jadi color hijau dah.Apalagi terus akak ditolak masuk ke bilik bersalin.Semasa dibuat CTG semuanya dalam keadaan baik tetapi semasa doktor hendak periksa samada pintu akak sudah terbuka tiba-tiba ada masalah dan akak diberitahu baby naik keatas dan heart beat baby tiba-tiba menurun.Doktor terus masukkan drip dan ubat utk tenangkan baby dan proses untuk bersalin secara C-section perlu dilakukan.Lagipun pintu akak baru terbuka 2 cm aje.Tidak boleh ditunggu lagi.Harus segera dijalankan pembedahan.
Sebaik diusung ke OT (bilik bedah) lebih kurang pukul 2 lebih pagi.....akak di suntik ubat bius di tulang belakang.Punyalah sakit tidak terkira dan kaki akak tidak dapat bergerak lagi.Dalam keadaan separuh sedar dengan kesejukan bilik bedah tersebut akak betul-betul menggigil walaupun akak tidak merasa apa-apa dari paras pinggang ke bawah.Lebih kurang pukul 3.20 pagi Zulfahmi selamat dilahirkan dengan berat 2715gram dan kedengaran tangisannya yang menyentuh sanubari akak sebagai seorang ibu.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat.Akak juga diberitahu bahawa tali pusat telah melilit leher Fahmi semasa pembedahan dijalankan.
No comments:
Post a Comment