Aku sering dipandang sinis.Hina sangatkah aku? Aku bukan lesbian. Pakaian aku saja macam lelaki.Rambut aku saja yang pendek.Masih masuk ke tandas wanita.Bila solat aku tetap memakai telekung.Masih memiliki bentuk asal kewanitaan.Tidak pernah terlintas untuk melakukan pembedahan.Ya, aku memang kasar.Aku tahu bersilat.Demi mempertahankan diri aku sahaja.Kerjaku yang memerlukan untuk aku menaiki motosikal.Aku penghantar pizza.Aku sukakan perkara yang lasak.Aku tidak kisah apa orang nak kata.Aku tidak ganggu mereka pun.Biarkan.Bila penat tahulah mereka diam.
Kadang-kadang mak pun marah.Aku tahu.Mak sedikit kesal. Dia mengharapkan anak lelaki sewaktu mengandungkan aku.Mungkin ini penyebabnya.Tapi aku percaya perancangan Allah.Segala tugas berat dirumah aku yang buat. Semua itu sudah berlalu.Mak tetap nak aku jadi seorang wanita sejati. Penat dia berleter.Jenuh sudah dia membebel. Aku hanya diam seribu bahasa.Buat-buat tidak mendengar.Mungkin mak risau.Mak takut aku tak kahwin.Aku serahkan saja padaNya.Aku percaya jodohku ada.Aku juga ada perasaan untuk memiliki seorang lelaki idaman.Setiap solat aku berdoa. Minta aku cepat dapat jodoh.Jodoh yang boleh membimbing aku.Usiaku hampir mencecah ke 30an.Kedua-dua adik perempuanku sudah berkahwin.Kakakku juga.
Dani, sahabat baikku sejak sekolah menengah.Dia saja yg hormat pendirian aku.Sebenarnya aku memang suka dia.Dia saja yang tidak tahu.Sejak dari sekolah lagi.Kini aku harus melupakan saja.Dani sudah bertunang.Mulanya aku kecewa.Ya, pernah terlintas rasa cemburu.Ingin juga aku menjauhkan diri.Putuskan persahabtan kami. Tapi untuk apa? Dani tidak tahu perasaan aku.Jika aku luahkan pun nanti aku yang malu.Siapalah yang sudi bercinta dengan perempuan kasar seperti aku.Aku takut hilang Dani jika dia tahu.Aku takut dia tertawakan aku.Tahun depan mereka akan bernikah.Aku akur.Aku pasrah.Aku gembira jika dia bahagia.Demi persahabatan aku terima.Aku tidak rela hilang sahabat sejati.Doaku sentiasa untuk dia.
Masa berlalu dengan pantas.Dani semakin sibuk dengan persiapan majlisnya.Entah mengapa? Aku muka terasa lain.Cemburuku makin menebal.Bila Dani tidak banyak meluangkan masa denganku lagi, aku jauh hati.Hubungan kami semakin jauh.Aku bawa diri.Cuba mengelak agar perasaan cintaku terhadap Dani dapat aku kikis.Tetapi gagal.Aku lemah.Makin aku jauhkan diri makin menebal rasa cintaku terhadap Dani.Disetiap solat aku berdoa.Mohon diluputkan perasaan ini.Tetapi mengapa? Ia terus menebal dihati aku.Aku sendirian menangis sepanjang malam.Belum pernah aku begini.Dani sedar perubahanku. Aku tidak selincah dahulu.Banyak berdiam diri bila berjumpa Dani.Aku putuskan untuk pergi jauh. Aku luahkan pada Dani. Aku bohong pada Dani.Aku kata bos nak aku pergi latihan selama 6 bulan.
Lagi 2 bulan Dani akan bernikah. Dani sedikit kecewa.Dia tidak gembira jika aku tiada dimajlisnya.Aku yakinkan dia akan datang ke majlisnya nanti.Terpancar rasa gembira diraut wajah Dani. Dia kembali bersemangat.Tapi itu tidak mungkin. Aku tak rela melihat Dani menjadi milik orang lain. Aku pasti terseksa. Aku harus tinggalkan Dani.Setelah berkahwin dia pasti tidak punya waktu lagi untuk lepak denganku.Walaupun gayaku seperti lelaki, aku tetap seorang wanita tulen. Pasti isteri Dani cemburu.Aku tidak rela jadi penyebab.Aku harus pergi.
Semenjak dihari pernikahan Dani aku tidak menghubungi dia lagi. Aku tidak hadir seperti yang aku janjikan. Aku tahu Dani tentu marah. Sudah pasti dia tidak akan mahu berjumpa dengan aku lagi.Aku sudah bersedia kehilangannya.Aku sibukkan diri dengan kerja.Aku mohon dengan bos untuk ditukarkan ke bandar lain.Aku tidak rela mengenang semua kenangan bersama Dani disini.Aku mahu mulakan hidup baru.Cintaku masih ada untuk Dani.Kata orang jika kita sayangkan seseorang kita harus melepaskan dia. Aku akan cuba. Akan akan cari cinta baru.
Hampir 3 bulan aku disini.Tempat baru. Bandar baru.Yang pasti tiada memori yang aku bawa.Namun aku tidak dapat membohongi diri. Cinta Dani aku tetap bawa.Aku cuba mengubah identitiku. Aku mula berpakaian seperti seorang wanita walaupun kaku.Rakan sekerja tersenyum sinis dengan perubahan aku.Aku tidak kisah.Aku mesti lupakan Dani.Tetapi bila Dani akan pergi dari aku? Aku tak kuat. Aku cuba dan cuba tetapi mengapa? Dani tetap ada dalam hati aku.Perasaan aku makin kuat. Debaran jantung aku makin kencang. Kenapa dengan aku? Penyelia beritahu akan datang bos baru ke sini. Aku tidak sabar hendak tahu.Debaran jantungku tiba-tiba kencang.Siapakah dia?
Aku terkedu.Aku nampak seseorang. Kenapa dia disini? Aku hilang arah. Aku cuba untuk lari.Kakiku berat.Debaran hatiku makin kuat. Aku malu untuk menatap wajahnya.Rasa bersalah juga ada kerana aku tidak kotakan janji. Dani didepan mataku. Dia tersenyum lebar. Dia menghulurkan tangan.Aku cuba untuk tidak sambut.Tanganku longlai. Dia bisikkan sesuatu. Aku terpaku.Adakah aku salah dengar? Tidak!! Aku pasti ayat-ayat yang Dani bisikan.Dia cintakan aku.Dia datang untuk aku.Dani tidak sedar selama ini dia juga cintakan aku.Dia rasa bodoh sangat kerana tidak tahu selama ini.Dia juga sangka aku anggap dia sebagai sahabat.Sehari sebelum hari pernikahan, Dani batalkan pertunangannya.Dia cuba cari aku.Aku tersipu malu.Mukaku menjadi merah.Masih tidak percaya.Itulah hakikatnya.Aku sambut tangannya.Aku genggam cinta ini kuat-kuat. Aku tak mahu lepaskan lagi. Tidak akan.Aku pasti!!!
No comments:
Post a Comment