Walaupun Siti Hazwani telah lama meninggalkan ibu,namun ingatan itu masih segar terpahat.Biarpun Wani hanya bersama ibu selama setahun sebulan,namun ibu berpuas hati,bersyukur amat dapat melahirkanmu,menjagamu dan membelaimu.Kerana kaulah permata hati ibu yg pertama,bagaimana dapat ibu melupakanmu sayang.Secebis kisah disaat2 terakhir hayatmu...
Entah mengapa malam ini aku boleh lelapkan mata ini dengan lena sekali.Tidak seperti malam-malam yang lalu.Aku dikejutkan oleh jururawat.Jam baru menunjukkan pukul 12.20 pagi.Aku rasa aku terlena agak lama.Jururawat itu bersuara."mummy..you want to carry your baby".Mataku terasa berat untuk dibuka, dengan kepalaku yang masih terawang-awang bila bangun didlm keadaan yang mengejut terus sahaja menyahut."yes...I want."Aku langsung tidak memikirkan apa-apa, terus Wani aku pangku.Suasana di bilik wad juga agak samar-samar lagipun lampu bilik sudah ditutup kerana semua pesakit sudah tidur.Hampir 5 minit juga aku memangku Wani tanpa memikirkan sesuatu yang lain dari biasa.Kemudian jururawat yang masih berdiri di katil Wani yang sejak tadi sibuk membetulkan alat-alatan membuka suara."mummy...I'm so sorry..your baby's no more here already."Aku yang mendengar terus terpaku dan tiba2 terasa darahku mengalir dengan begitu pantas sekali.Aku bertanya."what??..are you sure??" Aku terus memandang ke arah Wani yang baru aku sedari badannya telah kaku dan sejuk.Dalam keadaan yang masih terkejut,aku terus merasai pergerakan nadi didadanya.Memang aku tidak dapat merasai denyutannya. Aku tidak dapat menahan sebak di dadaku lagi,airmataku mengalir sederas2nya.Aku seolah-olah tidak percaya dan hilang arah lalu menyuruh jururawat itu memasang kembali peralatan2 yang pernah menyaluti tubuh Wani sebelum ini.Akhirnya aku akur...Wani telah kembali ke sisi Yang Maha Esa.Dia meninggal pada jam 12.05 pagi,ketika didalam tidur.Seingat aku sebelum aku letakkan Wani ke katil pada pukul 10.30 malam, sebelum itu terjadi satu lagi kecemasan dimana nadi dan oksigen Wani turun dengan mendadak.Doktor dan jururawat berusaha,bertungkus lumus menyelamatkannya.Aku sangat sedih dan hatiku terasa sakit bila melihat tubuh Wani diperlakukan sedemikian.Tetapi apakan dayaku..itu sudah menjadi tugasan mereka.Wani kembali stabil.Aku memangkunya sebentar.Sebelum aku letakkan Wani kembali ke katilnya,sempat lagi aku mendodoikannya lalu mencium pipi dan dahinya sepuas-puasnya,tanpa aku sedari itu mungkin adalah ciuman yang terakhir.Lebih menghairankan aku..malam itu aku boleh terlelap dengan lena sekali sedangkan malam-malam sebelumnya aku langsung tidak boleh melelapkan mataku.Mungkin Allah tidak mahu aku lebih terasa sedih kerana harus merelakan Wani pergi di depan mataku.Aku tahu Wani lebih tenang "pergi" ketika didalam tidurnya.Setelah siap segala prosuder utk keluar wad,aku dan suami membawanya pulang ke rumah malam itu juga.Oleh kerana aku terpaksa menunggu hari siang,malam itu aku menemani jenazah Wani yang aku baringkan di katil ditemani bacaan Yassin.Yang amat menggembirakan aku sebelum jenazahnya dimandikan,aku dapat melihat Wani seolah-olah dia sedang tersenyum.Tidak pernah sama sekali aku melihat senyumannya itu ketika hayatnya.Aku tahu Wani sudah berada di tempat "istimewa" yang dijanjikan untuknya.Aku seharusnya bertuah dan bersyukur kerana Wani terpilih untuk menjadi salah seorang bidadari syurga.Dan aku tidak dapat menafikan memang aku teramat merinduinya biarpun sudah 7 tahun berlalu.Penderitaanmu telah berakhir sayang.Ibu masih merinduimu sayang.Ingatanku kembali menerpa dan teringat saat2 Wani mencium pipiku bertubi2 seolah-olah Wani tidak mahu melepaskanku tika dan saat itu.
Lambaian terakhir darimu...sedangkan Wani memang tidak boleh langsung menggangkat pergelangan tangan tetapi...tiba2 ini yang terjadi.
Al'Fatihah..Aamiin.
No comments:
Post a Comment