Wednesday, June 28, 2006

Virus Oh Virus

Aha...dah dpt satu virus dari lope setelah sekian lama tak dapat virus nie.Kenalah menjawab juga.Nasiblah virusnya tak bahaya....senanglah sket.Ok Lope ini antara jawapan dari virus Lope tu.

4 orang terpenting dalam hidup akak :
1. Ayah dan Ibu
2. Adik beradik
3. Suami dan anak2 tercinta
4. Semua teman2 yg mengenali akak.

4 hal yang mengasyikan dalam hidup akak :
1. Bila melihat satu keluarga gembira selalu.
2. Sekiranya dapat membantu mereka yg susah.
3. Sekiranya menjadi seseorang yg sentiasa disenangi org lain.
4. Apabila hati ini mendapat ketenangan.


4 tempat yang ingin akak kunjungi :
1. Syurga yang menjadi idaman setiap org islam.
2. Sudah pastinya hendak ke Mekah.
3. Tempat2 yang penuh dgn keindahan alam.
4. Kalau berpeluang ingin juga melancong ke luar nagara.


4 orang yang akak ingin sngt temui :
1. Rasullullah SAW.
2. Sahabat2 Rasullullah SAW dan para syuhadah.
3. Anak2ku yang Moga2 akan memudahkanku memasuki syurga,klu tidak pun yg akan memberikan syafaat utk ke syurga.
4. Teman2 sekolah lama.


4 hal yang pernah di lakukan orang sekitar yang akak benci :
1. Yang tidak menepati masa.
2. Yang hiprokit.
3. Yang suka membuat fitnah.
4. Yang mementingkan diri sendiri.

4 obsesi yang masih belum tercapai :
1. Masih banyak lagi,terutama amalan2 utk akhirat.
2. Sekiranya ada rezeki ingin melahirkan seorang zuriat lagi.
3. Ingin menjadi yg terbaik dalam hidup sebgi isteri dan ibu..juga sebgi manusia.Insya Allah.
4. Entah..tak tahu apa lagi..hehehe


Maaflah akak tak mau nak sebarkan virus nie...klu sape nak tu ambil sajalah..hahaha.

Monday, June 26, 2006

Isteri Yang Solehah

Kita sedar betapa susahnya, penat-jerihnya dan tungkus-lumusnya untuk
menjadi isteri solehah yang kita idamkan untuk mendapat tempat disyurga
dan diredhai oleh suami kita sentiasa. Walaupun kita tidak diberi
jaminan. Hanya Allah swt yang akan
menjadi hakim di hari pembalasan nanti. Tetapi, kita diberi
garis-pandu dan tanggung-jawab bagaimana untuk menjadi isteri yang solehah dan
kita telah juga
dijanjikan tempat disyurga oleh Nabi Muhammad saw. Seperti sabdanya,
"Jika perempuan telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa dibulan
Ramadan dan
memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan
kepadanya, "masuklah ke syurga dari mana saja pintu-pintu syurga yang kamu
kehendaki." (HR
Ahmad dan Thabrani). Bagaimana kita harus jalankan amanah ini dan
dipertangungjawabkan akan kelokanan kita didunia ini? Hanya diri sendiri
yang dapat
menjawabnya dan hanya Allah swt mengetahui segala-galanya. Mari kita
ingat-mengingati antara satu sama lain akan kewaijipan kita disisi suami
dan
keluarga yang tercinta dalam perjalanan agama Islam ini.

4 TANDA ISTERI/PEREMPUAN YANG BERKAT
------------------------------------
1. Perempuan yang cepat nikah (kahwin)
2. Perempan yang banyak anak
3. Perempuan yang rendah (murah) mas kahwinnya
4. Perempuan yang baik maruah (akhlak)

8 TANDA PEREMPUAN YANG BAIK MARUAHNYA
-------------------------------------
1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya,
ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya
dan masyarakatnya. Iaitu:-
-Dengan suaminya bersopan-santun dalam segala
percakapan dan tindakannya
-Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang
baik (tidak suka memaki-memaki dan berbahasa kesat)
-Dengan ibu-bapanya bersopan-santun, beradab
-Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak
suka bertengkar dan mengata- mengata serta
memfitnah

2. Tidak jahat mulut iaitu tidak gemar mengadu-
mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-
jiran tentang keburukan suaminya.

3. Banyak sabarnya didalam menempuh segala kesusahan
ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-
perintahNya.

4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan
isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan
untuk orang lain.

5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan,
ada syukur tak ada sabar.

6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi keinginannya.

7. Memadai (redha) dengan apa-apa pemberian suaminya
samada pemberian itu digemari atau tidak.

8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu
sahaja.

8 TANGGUNGJAWAB ISTERI (Tambahan)
---------------------------------
1. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan
susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.
2. Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja.
3. Sentiasa menjaga diri dan rumah-tangga.
4. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal
kebajikan.
5. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci
oleh suami.
6. Segala laku perbuatannya hendaklah menyenangkan
hati suami.
7. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam
setiap waktu terutama selepas solatnya.
8. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalan-
amalannya dengan gemar membaca, mendengar keset-
keset syarahan, serta mengikut majlis-majlis agama
dll.

WASIAT RASULULLAH KEPADA WANITA
-------------------------------
Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah
melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya
adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu
berterimakasih kepada suami. Andaikata engkau (suami)
berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,
kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka
ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama
sekali kebaikan darimu." (HR Bukhari).

* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam
menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti
kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.
* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas
kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya
(jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan
terimakasih diatas pemberian suaminya)
* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah
contonnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri
yang mengatakan "sudah 10 tahun saya kawin dengan
awak, tak ada apa-apa pun!"
* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang
berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut
rumah dan mengumpat.
* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam
beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh
dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling
dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.

Wallahu 'alam

Thursday, June 22, 2006

10th Wedding Anniversary

Photobucket - Video and Image Hosting

Diam tak diam usia perkahwinan ku dengan suami tercinta Sanusi Bin Saidi telah pun menjangkau ke usia 10 tahun.Terlalu pantas masa berlalu.Biarpun banyak rintangan dan dugaan yang kami telah lalui selama ini namun begitu hubungan itu terus kuat bertahan.Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa,kami dapat melalui kehidupan ini dengan penuh tanggungjawab,penuh rasa kasih dan sayang,saling hormat menghormati,saling bertoleransi,mempercayai antara satu sama lain dan yang paling penting adalah menangis dan kertawa tetap bersama.

Photobucket - Video and Image Hosting

Banyak yang telah kami lalui sepanjang usia perkahwinan ini.Kurniaan Illahi dengan zuriat yang istimewa Allahyarhamah Siti Hazwani dan Allahyarham Zulhilmi sememangnya menguji kami suami isteri.Bertapa kasih dan sayang kami tidak pernah pudar walau seinci,kami pikul bersama-sama walaupun dengan airmata.Pengalaman yang banyak memberikan kami sifat kasih sayang yang begitu utuh walaupun sekali sekala pertengkaran itu berlaku namun kami tidak pernah membiarkan ia berpanjangan.Dengan kehadiran zuriat seperti Zulfadhli telah membuat kami sedikit berasa bersyukur kerana masih dapat memiliki seorang permata yang dapat mengisi kekosongan hati kami setelah kami kehilangan dua orang anak yang istimewa ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Berbekal harapan serta doa agar hubungan kami ini akan terus berkekalan untuk 10 tahun akan datang lagi andainya dipanjangkan usia.Semoga kasih dan cinta kami akan terus mekar dan harum untuk selama2nya hingalah keakhir hayat kami.Biarpun seribu rintangan yang datang,kami mohon kepadaMu Ya Rabbi..."berikanlah kami kekuatan lagi sekiranya suatu hari nanti kami akan menjadi pilihanMu untuk mengharungi ujian dan dugaanMU.Sesungguhnya kami adalah insanMu yang lemah,tanpa keberkatan dan keredhaanMu kami tidak berdaya untuk memikulnya.Semoga Engkau merahmati rumahtangga kami dan semoga kami akan dapat memasuki syurgaMU kelak"...Amin.

Monday, June 19, 2006

Demam World Cup!!

Nak bercerita tentang bola sepak nie memang tak pandai sangat tapi cubalah juga.Benar-benar hairan dalam masa 4 tahun sekali satu dunia mesti akan dijangkiti oleh deman bolasepak niekan.Kalau jangkitannya kuat kepada peminat-peminat yang fanatik memang boleh jadi parah tu.Biarlah kita demam yang biasa aje..makan ubat lepas tu baik daaaa...hahaha

Cuba kita tengok gelagat peminat-peminat yang menyaksikan perlawanan pasukan masing-masing...macam satu pesta.Berbagai rupa dan gaya.Mereka tiada rasa segan dan malu untuk mempamerkan keseronokan dan kegembiraan mereka apabila memberikan sokongan.Apabila pasukan mereka menjaringkan gol...sudah pasti sorak keriangan yang bergema di stadium ketika itu.Bagi kita yang berada dinegara Asia yang waktu perlawanan mereka tidak sama dengan waktu tempatan,sehingga ada antara perlawanan yang bermula diwaktu kita perlu tidur.Kerana dah minat kita sanggup untuk kunci jam dan bangun pagi-pagi buta tukan...alahai dah bahang bolasepak nie memang panas sekali.

Akak nie nak kata minat bola..macam tak minat,nak kata tidak.... ada juga pasukan yang akak
minat..iaitu Brazil.Memang dari dulu lagi akak minat pasukan Brazil nie.Suka tengok cara mereka bermain seolah-olah begitu bersemangat sekali.Walaupun ramai antara pemain-pemain Brazil ini tidak sekacak pemain pasukan-pasukan lain tapi dari segi corak permainan memang lain dari yang lain.Yang paling akak suka tengok adalah senyuman si Ronaldhino tu...dia kene marah pun tetap senyum.Harap-harap Brazil akan jadi Champion lagi tahun ini.

Pesta World Cup hanyalah sebulan,lepas nie kita akan kembali kepada kehidupan biasa.Lepas nie kita kenelah tunggu 4 tahun lagi untuk menyaksikan pesta bolasepak World Cup yang sememangnya akan membuat satu dunia bersatu dan dapat melupakan seketika tentang persengketaan.Ole..ole..ole...

Saturday, June 17, 2006

Memelihara Kedamaian Hati

Salah satu tanda keperibadian seorang muslim itu adalah berzikir. Kita dianjurkan berdzikir setiap saat, dari bangun hingga tidur kembali. Secara harfiah, arti dzikir adalah mengingat Allah dengan menyebut nama-nama-Nya.

Insya Allah, dengan membiasakan lidah untuk mengucap kalimat-kalimat thayyibah, akan semakin mempertinggi ma'rifat kita kepada Allah swt. Dengan dekat kepada Allah, hati jadi tenang. Berikut ini adalah tujuh kalimat thayyibah yang harus menjadi penghias bibir umat setiap waktu.

1. Bismillahirrahmanirrahim.

Diucapkan setiap kita mengawali segala perbuatan. InsyaAllah, jika lidah kita terbiasa, perbuatan ini sudah menjadi refleks kita, maka akan lebih mudah bagi kita untuk menjaga diri dari perbuatan buruk. Karena senantiasa kita diingatkan bahwa ada Allah yang melihat perbuatan kita.

Kalimat ini sekaligus mengingatkan kita, bahwa segala sesuatu adalah milik Allah, termasuk diri kita yang hina ini. Juga setiap perbuatan kita, hendaknya semua berada di garis yang ditetapkan Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah menyatakan, "Bahwa setiap perbuatan baik yang tidak dimulai dengan kalimat basmalah, maka perbuatan itu tak berkah."

2. Alhamdulillah

Inti dari ucapan dzikir ini adalah ungkapan rasa syukur atas kurnia dan rahmat Allah swt. Sesungguhnyalah, pancaran perasaan syukur adalah energi kehidupan yang sangat besar bagi manusia. Mereka yang paling banyak bisa bersyukur, bererti telah memiliki yang terbanyak dibanding orang lain.

Mengenai hal ini difirmankan dalam Qur’an Surah Ibrahim ayat 7,”bahwa Allah akan menambah rahmat nikmat-Nya kepada mereka yang mampu bersyukur. “

Dengan mengucap kalimat ini setiap selesai melakukan satu pekerjaan, manusia seakan menguatkan keyakinannya bahwa tak akan pernah terjadi sesuatupun tanpa campur tangan Allah. Jika sesuatu itu baik, dirasakan sebagai pertolongan Allah. Jika sesuatu itu kurang baik, tetap disyukuri dengan berkeyakinan bahwa itupun sudah lebih baik dari pada tidak sama sekali.

Dan manakala seseorang telah terbiasa mengucap syukur untuk hal-hal yang kecil, maka ketika Allah menganugerahkan nikmat yang sedikit lebih besar, maka kenikmatan yang dirasakan orang tersebut akan berlipat ganda.

3. Astaghfirullah

Difirmankan dalam QS. Ali Imran 135, "Orang-orang yang berbuat kekejian atau menzalimi dirinya lalu ingat kepada Allah, maka minta ampunlah untuk mereka atas dosa-dosa yang dilakukan."

Sungguh Maha Suci Allah Yang Maha Sempurna. Setelah Ia ciptakan manusia sebagai makhluk hidup yang secara sunnatullah bisa berbuat khilaf, sekaligus Ia berikan 'ubat' bagi kekhilafan tersebut. Bagi mereka yang pandai meminum ubat ini, maka mereka tak akan terserang penyakit hati yang lebih serius. Allah Maha Pengampun, terutama bagi siapapun yang segera bertobat begitu sadar telah berbuat khilaf.

Ummat Islam harus membasahkan bibir mereka dengan istighfar ini, sehingga noda-noda dosa yang sempat menempel sedikit demi sedikit setiap hari tidak segera menumpuk menjadi noktah hitam yang tebal. Semakin lama noda-noda ini tertumpuk, akan menjadi semakin sulit untuk menghilangkannya. Maka benarlah bahwa kebanyakan kesalahan besar berawal dari kekeliruan-kekeliruan kecil yang tidak dibenari.

Sayangnya, seringkali manusia terlambat menyadari kekhilafannya itu. Untuk menghindari keterlambatan taubat, maka dianjurkan untuk istiqamah mengucapkan zikir ini setiap hari, terutama setelah shalat, walau dirasakan tak ada kesalahan yang diperbuat. Rasulullah saw sendiri, yang sudah dijamin ma'shum, (terjaga dari dosa), dalam sehari mengucap istighfar setidaknya 100 kali.

4. Insya Allah

Diucapkan ketika seseorang berniat hendak melakukan sesuatu di masa yang akan datang. Zikir ini akan mengingatkan kita, bahwa kehendak Allah adalah di atas segalanya. Tak seorangpun mengetahui apa yang akan terjadi detik setelah ini. Itu sebabnya, tak akan pernah ada janji yang diikat 100 % antara manusia, kecuali dengan menambahkan kalimat, Insya Allah (QS. Al Kahfi, 23-24).

Sayangnya, banyak orang mempergunakan kalimat ini secara keliru, hingga ada anggapan bahwa kalimat mulia ini diucapkan sebagai kelonggaran untuk tidak menepati janji. Perbuatan umum ini banyak terjadi dalam sebagian masyarakat, sehingga membuat banyak orang memandang negatif kalimat ini.

Adalah tanggung jawab kita bersama, kaum muslim, untuk meluruskan pandangan ini. Dimulai dengan diri kita sendiri. Mari kita buktikan bahwa ucapan Insya Allah bukan berarti niat untuk melanggar. Akan tetapi sebagai ikatan janji yang sudah pasti akan ditepati secara logika manusia, disertai kepasrahan terhadap kehendak Allah yang sewaktu-waktu bisa membuyarkan rencana.

5. Laa Haula walaa quwwata illaa billaah.

Zikir yang merupakan pengakuan terhadap kefanaan manusia dan ke-Maha Kuasanya Allah ini diucapkan ketika seseorang mengambil keputusan (ber'azam). Kalimat thayibah ini adalah pancaran dari sikap tawakal seseorang. Setelah berupaya nyata mempertimbangkan, maka ketika keputusan diambil, dilanjutkan dengan tawakal kepada Allah, yang dinyatakan dalam sikap menerima risiko apapun yang terjadi nantinya akibat diputuskannya keputusan tadi. (Qs Ali >Imran : 159).

6. Laa Ilaaha Illallah

Banyak hadis nabi Muhammad yang menyebutkan keutamaan kalimat thayibah ini. Bahkan disebutkan pula sebagai kunci pintu syurga. Dalam praktiknya, masih banyak muslim yang terus menerus melafazkan kalimat ini dalam setiap kesempatan, sayangnya, masih hanya sekadar refleks bibir saja.

Padahal, andai seseorang mengucapkan dzikir ini sambil mengupas hikmahnya, sungguh nikmat dan manfaatnya akan diperoleh tiada habis-habisnya. Karena arti dari kalimat ini begitu luasnya. Dan manfaatnya pun boleh dirasakan di setiap waktu dan dalam keadaan apapun. Intinya satu; mengingat kebesaran Allah SWT.

7. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

Sungguh benar bahwa manusia adalah milik Allah, dan setiap inci pergerakan tubuhnya berada dalam genggamanNya. Namun kenyataan bahwa segala sesuatu itu pasti kembali kepada pemiliknya, Allah SWT. sulit untuk diterima manusia. Zikir yang diucapkan di saat menghadapi musibah ini akan membantu kita untuk mengingat akan hal ini.

Insya Allah, dengan membiasakan merasai hikmah kalimat ini, kita menjadi lapang dada dalam menghadapi setiap peristiwa, seburuk apapun, yang sudah menjadi takdir kita. Semakin dalam seseorang menghayati hikmah zikir ini, semakin ringan dia menghadapi kehidupan yang berat ini, tanpa harus menghadapi stress ataupun tekanan.


…orang beriman…bila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka…

Thursday, June 15, 2006

Mimpi

Hari ini akak ingin bercerita tentang mimpi....yelah mimpi yang kita alami masa dalam tidur tulah...bukan mimpi yang mcm lagu si Daniel MI tu atau mimpi yang mungkin tidak kesampaian..hehehe.

Dipendekkan cerita pada hari minggu yang lepas...akak bermimpi telah didatangi seseorang yang sememangnya akak masih merinduinya disaat ini.Sungguh manis senyuman yang telah dilemparkan.Masih tidak dapat akak lupakan wajahnya yang berseri-seri dan bercahaya itu.Arwahnya anak akak,Zulhilmi memberikan senyuman yang terakhir buat akak.

Selama Hilmi masih di sisi akak belum pernah akak melihat dia tersenyum sedemikian rupa lebih-lebih lagi semenjak dia menggunakan ventilator.Senyumannya hanya akak dapat lihat dari kerlipan cahaya dimatanya saja.Disaat akhir hayatnya juga akak tidak berpeluang melihat arwah tersenyum...tetapi senyuman yg wujud dalam mimpi akak dan renungan matanya yang bersinar-sinar itu telah membuat akak terharu.

Sudah pasti akak tidak akan melupakan senyuman itu untuk seketika ini.Akak berharap biarlah ia terus tersimpan dikotak fikiran akak dan akan terus bersemadi disana.Walaupun kehadirannya untuk seketika tanpa suara...namun ia amat bermakna buat akak.Samada mimpi itu hanya sekadar mainan tidur atau benar-benar terjadi yg pasti akak dapat melihat senyuman arwah Hilmi.Terima kasih sayang untuk senyuman itu.

Al-fatihah!!

Tuesday, June 13, 2006

Today is my birthday!!!


Terlupa pula akak yang hari ini adalah hari kelahiran akak yg ke 34 tahun...ermmmm dah tua akak yer..hehehe.Happy Besday To Me....yeahhhh.Semakin meningkat usia kenelah semakin matangkan.

Semoga dengan usia yang masih dipanjangkan Allah swt ini akak berharap dapat menggunakan sebaik mungkin semoga dipanjangkan usia lagi untuk mencari bekalan buat masa depan.

Semoga akak menjadi isteri yang terbaik dan dapat menjaga kebahgiaan rumahtangga sehingga ke akhir hayat.
Semoga menjadi seorang ibu yang terbaik dan akan menjadi contoh atau idola buat anak akak.Semoga kasih dan sayang serta perhatian yang akak telah curahkan akan diingati oleh anak2."buat Ayie semoga ibu akan dapat membesarkan dirimu sehinggalah dirimu menjadi seorang insan yang berjaya" dan "buat kedua-dua arwah anak ibu Wani dan Hilmi...walaupun ibu tidak berpeluang menjaga diri kalian lagi..ibu bertuah dan bersyukur kerana kalian sudi berada di dalam rahim ibu selama 9 bulan dan mengizinkan ibu melahirkan kalian biarpun dalam kepayahan."

Semoga akak akan menjadi insan yang disenangi dan disayangi selalu.I love to be myself!!Thanks semua kerana sudi memberikan akak kata-kata semangat dan dorongan dikala akak menghadapi kesukaran..walaupun kita semua tidak pernah bersua muka..namun ia dekat dihati...LOVE U ALL.

Friday, June 09, 2006

Jom Tengok Wayang!!


Hari ini dalam sejarah,sepanjang usia perkahwinan akak sehingga sekarang akak belum pernah pergi ke pawagam menonton wayang.Si bujang akak nie bila dia tngk iklan filem Cars nie kat tv terus dia ajak akak tngk wayang.Jadi hari pertama filem ini dikeluarkan iaitu semalam terus dia ajak pergi.Tak sampai hati nak tolakkan..kesian dia beria-ia sangat nak tengok,kenelah akak setuju.Sanggup betui Ayie bangun awal pagi.Sebelum tengok wayang kami bekfes dulu kat McD .Sempat lagi bergambar dengan si Donalds...hehehe.Amboiii si Donalds pun senyum melirik tu...hahaha.


Lepas tu pergilah beli tiket..dan Ayie ambil kesempatan bergambar dengan kereta peribadinya yang tidak bergerak-gerak tu.Kereta dengan baju Ayie sepadan pula tu..Macam berjanji ajekan....hahaha.Sebenarnya akak bukan minat sangat nak masuk panggung,terasa rimas aje...duduk dlm gelap dengan layar sebesar-besar layar pula tu.Baru sejam Ayie dalam panggung tu,dia pula dah rimas...tanya bila nak habis.Tulah akak dah cakap tapi dia nak cuba tengok juge.Takpe cari pengalaman,lepas nie sure dia tak mau tengok wayang lagi.Ok sekian saja cerita akak pada hari ini.Sesiapa yang belum tengok filem nie pergilah tengok...***wink**

Tuesday, June 06, 2006

Pantun Malas Sembahyang

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Friday, June 02, 2006

KARENAH ISTERI SYAIDINA UMAR

Seseorang yang sudah tidak tertahan lagi dengan karenah isterinya mendatangi Syaidina Umar untuk mengadu. Apabila dia sampai di muka pintu terdengar olehnya suara isteri baginda marah-marah dan tidak kedengaran suara Syaidina Umar menjawab. Berkatalah dia di dalam hatinya; kalau beginilah keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, betapalah lagi keadaanku.

Tiba-tiba Syaidina Umar keluar lalu memanggilnya, "Apakah hajat kamu?" tanya baginda. "Ya Amirul Mukminin. Aku datang untuk mengeluh keberanian dan cerewetnya isteriku, mendadak aku dengar isterimu juga begitu. Malah terfikir olehku, kalau begitu keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, begitu lebih-lebih keadaanku."

Kata syaidina Umar, "Hai saudaraku, aku terima keadaan itu kerana jasa-jasa isteriku padaku;dia seorang tukang masak makananku dan pencuci pakaianku, dan yang menyusu anakku, padahal semua itu bukan kewajipannya. Selain dari itu, dia dapat menahan hatiku dari perbuatan haram. Maka kerana semua itulah aku terima saja kecerewetannya."

Setelah agak lama terdiam berkatalah orang itu; "Kalau begitu, aku pun begitu juga mengenangkan hidup kita di dunia ini pun tidaklah lama."



Nota:Untuk semua para suami kalau boleh cubalah merasai sedikit dari kepayahan isteri yang menguruskan rumahtangga tanpa bantuan.Buat para2 isteri pula termasuklah diri akak janganlah pula mengambil kesempatan cerita diatas untuk melepaskan diri dari melakukan tugas2 rumahtangga biarpun ramai isteri skrg yg keluar bekerja.Sesungguhnya apa yang kita lakukan demi keluarga adalah pergorbanan yang tidak ternilai.Biarpun pengorbanan ini tidak dapat dinilai oleh suami kita..biarlah Allah saja yang membalas segala titik usaha kita untuk kebahgiaan keluarga tercinta.Terimalah seadanya diri masing-masing kerana itulah pilihan kita sehingga ke akhir hayat.

Thursday, June 01, 2006

Suratan atau Kebetulan

Bila mendengar lirik lagu ini "sesuatu yang tak disangka,seringkali mendatangi kita,inikah suratan dalam kehidupan atau sekadar suatu kebetulan" membuat akak terfikir sesuatu.Kalau akak fikirkan tntg hari lahir dan hari kematian kedua-dua arwah anak akak.Arwah anak sulong akak Siti Hazwani,hari lahirnya 14/1 dan kematian 11/2.Arwah Hilmi pula hari lahir 9/4 dan kematian 5/5.

Kedua-dua arwah anak akak meninggal selepas hari lahir mereka dan sebelum genap sebulan untuk bulan seterusnya.Arwah Wani meninggal 11/2 iaitu sebelum 14/2 beza 4 hari sebelum genap sebulan.Arwah Hilmi pula meninggal 5/5 iaitu sebelum 9/5 beza 5 hari sebelum genap sebulan.Adakah ini satu suratan atau kebetulan.Bukan akak nak fikirkan sangat soal ini tetapi bagaikan tidak percaya ia terjadi seumpama suatu kebetulan.

Apa-apa pun hanya Dia yg Maha Mengetahui.Kadang-kadang kita tidak pernah terfikirkan tntg kebetulan kerana memang kita tidak merancangnya.Apa yang akak sedang fikirkan sekarang ini hanyalah untuk mengingatkan diri akak,samada ini suratan atau kebetulan seharusnya akak syukuri nikmat dan kelebihan yang Allah berikan.