Kita sedar betapa susahnya, penat-jerihnya dan tungkus-lumusnya untuk
menjadi isteri solehah yang kita idamkan untuk mendapat tempat disyurga
dan diredhai oleh suami kita sentiasa. Walaupun kita tidak diberi
jaminan. Hanya Allah swt yang akan
menjadi hakim di hari pembalasan nanti. Tetapi, kita diberi
garis-pandu dan tanggung-jawab bagaimana untuk menjadi isteri yang solehah dan
kita telah juga
dijanjikan tempat disyurga oleh Nabi Muhammad saw. Seperti sabdanya,
"Jika perempuan telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa dibulan
Ramadan dan
memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan
kepadanya, "masuklah ke syurga dari mana saja pintu-pintu syurga yang kamu
kehendaki." (HR
Ahmad dan Thabrani). Bagaimana kita harus jalankan amanah ini dan
dipertangungjawabkan akan kelokanan kita didunia ini? Hanya diri sendiri
yang dapat
menjawabnya dan hanya Allah swt mengetahui segala-galanya. Mari kita
ingat-mengingati antara satu sama lain akan kewaijipan kita disisi suami
dan
keluarga yang tercinta dalam perjalanan agama Islam ini.
4 TANDA ISTERI/PEREMPUAN YANG BERKAT
------------------------------------
1. Perempuan yang cepat nikah (kahwin)
2. Perempan yang banyak anak
3. Perempuan yang rendah (murah) mas kahwinnya
4. Perempuan yang baik maruah (akhlak)
8 TANDA PEREMPUAN YANG BAIK MARUAHNYA
-------------------------------------
1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya,
ibu-bapanya, rakan-rakannya, jiran-tertangganya
dan masyarakatnya. Iaitu:-
-Dengan suaminya bersopan-santun dalam segala
percakapan dan tindakannya
-Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang
baik (tidak suka memaki-memaki dan berbahasa kesat)
-Dengan ibu-bapanya bersopan-santun, beradab
-Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak
suka bertengkar dan mengata- mengata serta
memfitnah
2. Tidak jahat mulut iaitu tidak gemar mengadu-
mengadu hal kepada ibu-bapa, rakan-rakan, jiran-
jiran tentang keburukan suaminya.
3. Banyak sabarnya didalam menempuh segala kesusahan
ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-
perintahNya.
4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan
isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan
untuk orang lain.
5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan,
ada syukur tak ada sabar.
6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi keinginannya.
7. Memadai (redha) dengan apa-apa pemberian suaminya
samada pemberian itu digemari atau tidak.
8. Tidak gemar banyak cakap, cakap sekadar yang perlu
sahaja.
8 TANGGUNGJAWAB ISTERI (Tambahan)
---------------------------------
1. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan
susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama.
2. Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja.
3. Sentiasa menjaga diri dan rumah-tangga.
4. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal
kebajikan.
5. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci
oleh suami.
6. Segala laku perbuatannya hendaklah menyenangkan
hati suami.
7. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam
setiap waktu terutama selepas solatnya.
8. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalan-
amalannya dengan gemar membaca, mendengar keset-
keset syarahan, serta mengikut majlis-majlis agama
dll.
WASIAT RASULULLAH KEPADA WANITA
-------------------------------
Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah
melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya
adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu
berterimakasih kepada suami. Andaikata engkau (suami)
berbuat baik kepada seseorang diantara mereka setahun,
kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu, maka
ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama
sekali kebaikan darimu." (HR Bukhari).
* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam
menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti
kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayan suami serta melakukan kerja-kerja dirumah.
* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas
kemurahan Allah yang didatangkannya melalui suaminya
(jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan
terimakasih diatas pemberian suaminya)
* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah
contonnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri
yang mengatakan "sudah 10 tahun saya kawin dengan
awak, tak ada apa-apa pun!"
* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang
berdosa contohnya bercakap tentang perabut-perabut
rumah dan mengumpat.
* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam
beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh
dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling
dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah.
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment