Friday, June 02, 2006

KARENAH ISTERI SYAIDINA UMAR

Seseorang yang sudah tidak tertahan lagi dengan karenah isterinya mendatangi Syaidina Umar untuk mengadu. Apabila dia sampai di muka pintu terdengar olehnya suara isteri baginda marah-marah dan tidak kedengaran suara Syaidina Umar menjawab. Berkatalah dia di dalam hatinya; kalau beginilah keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, betapalah lagi keadaanku.

Tiba-tiba Syaidina Umar keluar lalu memanggilnya, "Apakah hajat kamu?" tanya baginda. "Ya Amirul Mukminin. Aku datang untuk mengeluh keberanian dan cerewetnya isteriku, mendadak aku dengar isterimu juga begitu. Malah terfikir olehku, kalau begitu keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, begitu lebih-lebih keadaanku."

Kata syaidina Umar, "Hai saudaraku, aku terima keadaan itu kerana jasa-jasa isteriku padaku;dia seorang tukang masak makananku dan pencuci pakaianku, dan yang menyusu anakku, padahal semua itu bukan kewajipannya. Selain dari itu, dia dapat menahan hatiku dari perbuatan haram. Maka kerana semua itulah aku terima saja kecerewetannya."

Setelah agak lama terdiam berkatalah orang itu; "Kalau begitu, aku pun begitu juga mengenangkan hidup kita di dunia ini pun tidaklah lama."



Nota:Untuk semua para suami kalau boleh cubalah merasai sedikit dari kepayahan isteri yang menguruskan rumahtangga tanpa bantuan.Buat para2 isteri pula termasuklah diri akak janganlah pula mengambil kesempatan cerita diatas untuk melepaskan diri dari melakukan tugas2 rumahtangga biarpun ramai isteri skrg yg keluar bekerja.Sesungguhnya apa yang kita lakukan demi keluarga adalah pergorbanan yang tidak ternilai.Biarpun pengorbanan ini tidak dapat dinilai oleh suami kita..biarlah Allah saja yang membalas segala titik usaha kita untuk kebahgiaan keluarga tercinta.Terimalah seadanya diri masing-masing kerana itulah pilihan kita sehingga ke akhir hayat.

No comments: