Diam tak diam usia perkahwinan ku dengan suami tercinta Sanusi Bin Saidi telah pun menjangkau ke usia 10 tahun.Terlalu pantas masa berlalu.Biarpun banyak rintangan dan dugaan yang kami telah lalui selama ini namun begitu hubungan itu terus kuat bertahan.Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa,kami dapat melalui kehidupan ini dengan penuh tanggungjawab,penuh rasa kasih dan sayang,saling hormat menghormati,saling bertoleransi,mempercayai antara satu sama lain dan yang paling penting adalah menangis dan kertawa tetap bersama.
Banyak yang telah kami lalui sepanjang usia perkahwinan ini.Kurniaan Illahi dengan zuriat yang istimewa Allahyarhamah Siti Hazwani dan Allahyarham Zulhilmi sememangnya menguji kami suami isteri.Bertapa kasih dan sayang kami tidak pernah pudar walau seinci,kami pikul bersama-sama walaupun dengan airmata.Pengalaman yang banyak memberikan kami sifat kasih sayang yang begitu utuh walaupun sekali sekala pertengkaran itu berlaku namun kami tidak pernah membiarkan ia berpanjangan.Dengan kehadiran zuriat seperti Zulfadhli telah membuat kami sedikit berasa bersyukur kerana masih dapat memiliki seorang permata yang dapat mengisi kekosongan hati kami setelah kami kehilangan dua orang anak yang istimewa ini.
Berbekal harapan serta doa agar hubungan kami ini akan terus berkekalan untuk 10 tahun akan datang lagi andainya dipanjangkan usia.Semoga kasih dan cinta kami akan terus mekar dan harum untuk selama2nya hingalah keakhir hayat kami.Biarpun seribu rintangan yang datang,kami mohon kepadaMu Ya Rabbi..."berikanlah kami kekuatan lagi sekiranya suatu hari nanti kami akan menjadi pilihanMu untuk mengharungi ujian dan dugaanMU.Sesungguhnya kami adalah insanMu yang lemah,tanpa keberkatan dan keredhaanMu kami tidak berdaya untuk memikulnya.Semoga Engkau merahmati rumahtangga kami dan semoga kami akan dapat memasuki syurgaMU kelak"...Amin.
No comments:
Post a Comment